ZANIRUN BABA
Assalamualaikum Wbth.
YB Senator Tuan Guru.
1. Terlebih dahulu
saya memohon maaf sekiranya YB Senator Tuan Guru, terganggu dengan kehadiran
surat terbuka ini.
2. Ringkasnya, surat
ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang dhaif lagi
faqir ini berkaitan situasi suasana sepi di masjid dan surau buat masa sekarang
ini.
3. Kami para jemaah
masjid dan surau yang terjejas umumnya, maklum ijtihad ketetapan berkaitan
S.O.P di masjid dan surau telah diambil dengan cermat dan sebaik mungkin.
4. Ini bagi
memastikan untuk mengelakkan FITNAH timbul kluster baru dari mana-mana masjid
atau surau dengan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya.
5. Mohon maaf YB
Senator Tuan Guru, bagi kami yang jahil ini dengan menghalang atau membatasi
kehadiran jemaah yang sangat tidak masuk akal untuk beribadat di Rumah Allah
inilah FITNAH yang sebenarnya.
6. Kami percaya YB
Senator Tuan Guru, sendiri sangat sedia maklum bahawa pematuhan S.O.P
penyekatan penularan COVID-19 oleh para jemaah adalah yang paling berdisiplin
dan
terbaik
.
7. Kami tak pernah
berlaga bahu, mematuhi jarak satu meter, masuk ke masjid / surau dengan penuh
tertib. Lepas solat kami tidak duduk dekat-dekat bahkan tidak bersalaman
seperti biasa.
8. Keadaannya jauh
berbeza dengan apa yang kami sering lihat berlaku di Pasar Malam, pasaraya,
restoran-restoran, kedai-kedai runcit yang jauh lebih ramai, bersesak-sesak dan
seakan tiada S.O.P langsung.
9. Namun tidak pula
kedengaran pembatasan kehadiran pengunjung pasar hanya di hadkan 40 orang
sahaja, hanya AJK Pasar Malam sahaja yang boleh hadir. Kena bawa pinggan dan
gelas sendiri dan sebagainya seperti seakan S.O.P di masjid dan surau.
10. Pengunjung
tempat-tempat seperti ini juga datang dari pelbagai tempat yang kita tidak tahu
status kesihatan mereka. Sedangkan kami ahli kariah dari kampung atau dari
kawasan kejiranan perumahan yang kebanyakan tidak kemana sepanjang PKPB / PKPP
ini. Maksud saya, biasanya jemaah masjid dan surau adalah orang yang sama
sahaja.
11. Kami tak pandai
hendak berdalilkan nas Al-Quran ataupun Hadith untuk membenarkan situasi sepi
yang menyedihkan ini berterusan bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan di
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sedih sangat masjid dan surau sepi tapi
meriah di pasar dan restoran.
12. Namun kami yang
jahil dan faqir ini yakin dengan kita semakin meramaikan kehadiran ke rumah
Allah, untuk sama-sama berdoa, merayu dan merintih kepada Allah. Agar virus ini
segera diangkat oleh Allah SWT itu lah yang terlebih baik. Bukankah DOA ITU
SENJATA ORANG MUKMIN ?
13. YB Senator Tuan
Guru, kita sudah melihat dengan cara dan ikhtiar manusia selama ini tidak dapat
menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas. Bahkan sekarang semakin tinggi
kes baharu setiap hari.
14. Barangkali, Allah
SWT hendak beritahu kita cukuplah selama ini kita hanya yakin dan banyak
bergantung pada sesama manusia. Marilah kita lebih meyalini dan banyak
bergantung hanya pada-Nya pula.
15. Kami bukan ingin
mengingkari S.O.P yang telah ditetapkan, *cuma biarlah jumlahnya kehadiran
jemaah adalah mengikut size masjid dan surau sedia ada. Itu sahaja yang kami
mohon YB Senator Tuan Guru.*
Kami yakin dengan
kebijaksanaan dan kemuliaan YB Senator Tuan Guru, dapat berlapang dada dengan
permohonan kami yang dhaif ini.
Yang Dhaif dan Faqir,
Ustaz Hj Kamil Bin
Sidek.
Jemaah Masjid Darul
Falah,
Kampung Bukit Hijau,
Jeram, Selangor.
_*#Mohon dengan sangat tolong sebarkan seluas mungkin
hingga sampai ke tangan YB Senator Tuan Guru Dr. Zulfikri Mohamad Al-Bakri.*_
11Zanirun Baba
and 10 others