Papa Bob
: Ya ALLAH, kesiannya mereka… papa ada banyak hp, boleh papa
sedekahkan pada mereka…
Akibat kekangan hidup, lima beradik terpaksa berkongsi telefon
bimbit milik ibunya untuk mengakses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
yang dilaksanakan pada sesi persekolahan yang bermula kelmarin.
Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menunggu giliran untuk
menyiapkan kerja sekolah yang dihantar melalui aplikasi WhatApps.
Shilla Borhan, 36, berkata, lima daripada lapan anak tinggal
bersamanya selepas berpisah dengan suami kira-kira lima tahun lalu.
Katanya, semua anaknya yang berusia lapan hingga 12 tahun itu
bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan manakala seorang lagi bersekolah di
Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) di sini.
Menurutnya, sebaik sesi persekolahan bermula kelmarin, dia
memastikan semua anaknya dapat mengikuti PdPR walaupun mereka terpaksa
berkongsi satu telefon pintar.
“Jika tahun sebelumnya saya tidak menang tangan untuk
menguruskan anak-anak bersiap-siap ke sekolah, kali ini ternyata berbeza kerana
mereka hanya perlu menyediakan buku latihan dan mengikuti pembelajaran secara
maya di rumah.
“Bagaimanapun, saya terpaksa membahagikan masa penggunaan kerana
tidak mahu mereka berebut untuk menggunakan satu-satunya telefon pintar yang
ada,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurut Shila, akibat keadaan itu, anak-anaknya sering
menjadikan murid yang terakhir menghantar tugas sekolah yang diberikan kerana
perlu mengikut giliran menggunakan telefon pintar.
“Bukan berniat untuk menagih simpati masyarakat, namun inilah
yang anak-anak saya lalui dalam mengikuti PdPR.
“Tidak semua ibu bapa mampu menyediakan gajet kepada anak-anak
mereka untuk mengikuti PdPR.
“Memang sekolah ada menyediakan salinan kerja rumah yang boleh
diambil ibu bapa di sekolah, namun ia tidak sama dengan cara bersemuka
khususnya kepada murid-murid tahun satu yang baharu memulakan persekolahan,”
katanya.