Kita yang masih bernyawa ini meneruskan perjuangan rakan-rakan kita yang telah pergi menemui Maha Pencipta. Anwar masih berhutang dengan mereka dan kita pula masih berhutang dengan Anwar kerana Anwar telah mengorbankan segalanya, diri dan keluarganya demi sebuah perjuangan reformasi yang kita idamkan.
Anwar telah alami penderitaan dan kesengsaraan. Anwar telah difitnah, dizalimi, diseksa, dipukul dan diaibkan bertahun-tahun. Insan yang telah melalui pengalaman buruk ini sudah pasti merasai keinsafan tentang erti kezaliman dan penderitaan. Sudah tentu beliau tidak mahu rakyat dizalimi dan derita kerana beliau telah merasainya.
Ayuh, kita tiada pilihan selain dari mengangkat tokoh ini untuk memimpin negara tercinta ini. Kita bantu Anwar untuk membayar segala hutangnya kepada pejuang reformasi terdahulu.
WFAUZDIN NS