RAKYAT MALAYSIA DAH MULA 'MUAK' DENGAN GELAGAT MUHYIDDIN…

 

Image may contain: 1 person, sitting

BOB KELANANG

Rata-rata orang ramai mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.

Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 13 Januari lalu.

Kecaman warganet tersebut dilihat membanjiri ruang komentar Facebook rasmi Muhyiddin.

“Ini apa bendalah. Ulang balik apa yang dah dibentangkan pada pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan. Ini bukan bantuan tambahan,” tegas pengguna Facebook, Jeff.

Sementara itu, Anita Edwin berpendapat Muhyidin tidak sewajarnya sesuka hati mengadakan perutusan untuk menyatakan perkara yang sama.

“BPN (Bantuan Prihatin Nasional) pun dari tahun lepas untuk bayaran bulan ini. Sebenarnya, umumkan pakej baru BPN 3.0, rakyat baru lega,” ujarnya.

Hal berkaitan BPN juga disebut ramai warganet lain termasuk Faizal S.

“Benda ulangan. Tak menarik. BPN pun memang bayar bulan Januari, tapi abah (gelaran untuk Muhyiddin) menipu kata dipercepatkan,” tempelaknya.

Dalam masa sama, langkah pemberian moratorium turut dibangkitkan.

“Pengumuman yang tiada perincian. Cakap bolehlah kata moratorium diteruskan tapi adakah bersyarat atau sebaliknya?

“Baik tabur duit dan gula-gula atas jalan raya. Bertabahlah kepada rakyat yang terus dibebani pelbagai masalah sama seperti isu KWSP yang tiada kesudahan,” kata Muhammad Hafiey.

Malah, ada yang secara sinis mengaitkan penampilan Muhyiddin dengan situasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

“Tiada apa pun yang menarik perutusan PM tadi. Ianya hanya sekadar hadir di depan TV untuk menunjukkan bahawa Malaysia masih ada Perdana Menteri yang sama sebelum PKP dan semasa PKP,” sindir Hafis Ayob.