Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB.
“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.
“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi.
“Kita kena seimbangkan antara kepentingan ekonomi dan kesihatan.
“Kita telah laksanakan PKP selama empat minggu sehingga awal Februari, ia kemudian akan disusuli dengan PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.
“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” ujar beliau.
Dengan kenyataan Dr. Noor Hisham ini, apa jadi dengan perisytiharan darurat?
Masih perlukah darurat diteruskan sehingga 1 Ogos?
(Shahbudindotcom 25/01/2021)