Amanah offer Pejuang, jika parti mahathir ini tidak dapat
bertanding dalam PRU nanti kerana partinya tidak lulus pendaftaran, Pejuang boleh
guna logo Amanah.
Patutnya, Mukhriz ucap terima kasih.
Tapi Mukhriz masih berlagak, dia letak syarat bahawa Amanah
mesti tidak bersama parti kleptokrasi, katanya.
Wah...macam la parti dia tu lebih besar dari Amanah atau
berharga sangat. Semenjak bila pula parti dalam PH bersama kleptokrasi?
Apa yang kita tahu, parti yang kutip kleptokrasi masuk dalam
partinya sewaktu kerajaan PH jadi kerajaan, parti itu adalah parti Mahathir
sendiri. Berbelas MP dari Umno dikutip masuk Bersatu ketika itu, termasuk yang
ada kes skandal 1MDB. Masuk Bersatu je, tutup kes. Contohnya seorang MP wanita
dari Melaka. Bagaimana dengan mustapha mohamad? Itu belum kira S/Usaha politik
mahathir sendiri, Zahid Md Arip yang terang-terang mengaku dalam mahkamah bawa beg
berisi duit untuk Isa Samad sewaktu beliau jadi pegawai kepada Isa Samad, Pengerusi
Felda ketika itu. Semua kes diselamatkan oleh bapak Mukhriz, Mahathir. Kamu
mahu berlagak mahu tunjuk Pejuang tu bersih dan suci?
Lagi satu, usah mimpilah PH mahu kutip bapak kamu selagi
Keadilan berada dalam PH. Bertanding atas logo 'hidung besar' pun kami akan
lawan kamu.
WFAUZDIN NS