FAEZUDDIN PUAD
1. Banyak negara di luar sana kes positif Covid-19 jauh lebih
banyak daripada negara kita.
2. Berjuta kes.
3. Mereka juga ada kuatkuasakan perintah kawal pergerakan dan
sebahagian negara lain laksanakan darurat untuk bendung penyebaran Covid-19.
4. Tetapi mereka tidaklah sampai membunuh demokrasi dengan
menggantung parlimen dan dewan undangan negeri.
5. Ahli-ahli Parlimen negara-negara ini masih berperanan
membahas masalah rakyat, mengemukakan pandangan dan menggubal undang-undang
tertentu di dewan walaunpun dalam tempoh darurat.
6. Ada semak dan imbang.
7. Saya tak faham, apa la yang Muhyiddin takut sangat jika
Parlimen dibuka ketika tempoh darurat?
8. Sebab pasaraya buka, tadika buka, bengkel buka, kilang-kilang
buka, restoran pun dibuka. Takkan parlimen ditutup?
9. Kalau majoriti awak tu cukup, nak takut apa? Jadi gentle man
sikit la Muhyiddin.