Panas! Anwar tempelak ROS nafi pendaftaran Pejuang, Muda

 


Panas! Anwar tempelak ROS nafi pendaftaran Pejuang, Muda

Presiden PKR Anwar Ibrahim membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), berkata keputusan untuk “menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda tidak dapat diterima sama sekali.”

Kata Anwar, ini kerana hak berpersatuan dan menubuhkan politik sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu kita menggesa ROS untuk menyatakan apa alasan serta hujah yang kukuh mengapa parti-parti ini dinafikan pendaftarannya.

“Pejabat pendaftar bukan perkakas politik bagi pihak yang di dalam kerajaan untuk diperalat sesuka hati demi agenda mereka.

“Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti ditegakkan agar para kakitangan jabatan pendaftar tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dan setiap tindakan dan keputusan mereka wajar dipersoalkan,” kata Anwar pada satu kenyataan hari ini.

Semalam, ROS menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Muda (Muda).

Dalam satu emel yang dilihat oleh MalaysiakiniROS tidak menyatakan alasan penolakan permohonan pendaftaran Muda yang diterajui oleh bekas menteri Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Pejuang pula adalah parti serpihan Bersatu yang diketuai oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.