MELALUT LAGI MB KEDAH NI… MACAM MANA PAS PILIH DIA JADI MB KEDAH??


Image may contain: 1 person, text that says "SERI SERI"


BOB KELANANG


MIC hari ini membidas Menteri Kedah Sanusi Md Nor dan mencadangkan kepadanya supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan secara semberono dalam isu cuti peristiwa sambutan Thaipusam pada 28 Januari ini.

Ini selepas, naib presiden parti itu, T Mohan mendakwa bahawa kenyataan MB Kedah sebagai tidak tepat khususnya dalam isu melibatkan masyarakat India.

"Saya minta MB Kedah semak fakta anda. Jangan semberono.

"Dalam isu cuti peristiwa Thaipusam, dia kata bahawa bahawa cuti peristiwa tidak diberikan di Kedah semasa pemerintahan kerajaan BN.

"Ini salah fakta. Kedah mengumum cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam sejak 2013, iaitu era BN. Tradisi itu kemudian diikuti oleh Kerajaan PH pada tahun 2019.

"Jadi, macam mana MB Kedah boleh memberitahu satu maklumat yang salah kepada umum," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS itu sebelum ini bahawa cuti peristiwa sambutan Thaipusam hanya diberikan selepas kerajaan PH.

Cuti peristiwa sambutan Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah selepas, Sanusi mengumumkan bahawa mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam di Kedah susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.

Ia kemudian mendapat kecaman beberapa pemimpin politik khususnya menteri sumber manusia yang juga Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, yang menganggap ia berat sebelah.

"Sebelum ini, dia (Sanusi) juga berkata bahawa dia berbincang dengan tiga kumpulan Hindu minggu lalu dan dia telah memberi penjelasan mengenai perkara pembatalan cuti peristiwa.

"Sehingga sekarang, dia tidak mendedahkan siapa tiga kumpulan itu walaupun sudah dicabar untuk berbuat demikian.

"Lebih memalukan, beberapa NGO telah pun menafikan bahawa MB Kedah berhubung keputusan tiada cuti peristiwa.

"Saya percaya MB ini jenis suka "tembak" tanpa menyemak fakta," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mendesak MB Kedah agar mengkaji semula keputusan membatalkan cuti peristiwa untuk sambutan Thaipusam.

Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata bahawa isu pembatalan cuti peristiwa sangat sensitif dan perlu dikaji semula.

"Walaupun adalah kuasa MB untuk mengumumkan cuti peristiwa, saya harap beliau dapat kaji semula keputusan terdahulu.

"Pembatalan cuti jelas memberi satu pandangan negatif terhadap kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS," katanya.