Mari kita berinspirasi dengan mengambil kira realiti.


Md Zulaimi Kazin


Di Kelantan, dalam PH siapa yg patut lead? Amanah ke atau PKR? DAP letak tepi dulu. Yang mana kuat dan yg mana lemah atau dua-dua lemah?

Kita cula dari DUN dan Parlimen di Tumpat sampai ke Gua Musang, berapa banyak DUN dan Parlimen yang benar-benar dikuasai oleh PKR dan Amanah? Sejauh mana keyakinan kita bahawa kekuatan kita jauh lebih kuat berbanding PRU14 dulu atau makin lemah? Makin kuat atau makin lemah?

Pada pemerhatian saya, sejujurnya kita makin lemah baik Amanah mahupun PKR.

Kita mengharapkan gabungan MN antara Umno dan Pas musnah, sekarang hampir pasti musnah bila akar umbi Umno minta diputuskan.

Soalnya kalau berlaku perpecahan ini baru sama dengan keadaan PRU14 sedangkan kita makin lemah. 

Setuju atau tak setuju kalau PH nak meletakkan diri dlm PRU15 nanti kena buat kerjasama dengan UMNO, dapat bertanding 2 atau 3 kerusi cukup dah tapi ada harapan menang dengan sokongan Umno dan Umno akan ada harapan tambah kerusi dengan sedikit sokongan dari PH. Makna kata kena terima Umno lead di Kelantan. Umno + PH mampu gugat kerajaan 30 tahun Pas. Umno sahaja nak berdepan dgn Pas rasanya masih tak mampu tawan Kelantan melainkan mendapat sedikit tambahan undi dari PH banyak kerusi yang margin kecil dapat ditawan.