Jamzuri Ardani
Adakah rakyat tahu bahawa kerajaan telahpun
meluluskan peruntukan sebanyak RM17 bilion kepada KKM untuk menjalankan ujian
saringan Covid-19 secara komprehensif pada tahun ini?
Bila KKM keluar kenyataan bahawa hanya kontak
rapat yang bergejala sahaja yang akan diuji, ini menimbulkan tandatanya ke mana
peruntukan sebanyak RM17 bilion itu dibelanjakan.
Adakah sebenarnya kerajaan meluluskan
peruntukan tetapi dananya tidak ada? Ini pernah berlaku sebelum ini di zaman
kerajaan BN dulu. Ataukah, dana itu telah dibelanjakan untuk tujuan lain?
Kerajaan perlu telus dalam perkara ini. Ianya
wang rakyat dan ianya melibatkan kehidupan dan nyawa rakyat. Jumlahnya
juga sangat besar. Janganlah kerana ada fatwa lebai songsang yang mengatakan
darurat itu wajib , maka semuanya jadi halal untuk disonglap.