Bagaimanapun, pemindahan operasi itu tiada kena mengena dengan Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) sebagai pengedar sah dan pengimport eksklusif kenderaan Hyundai di Malaysia.
Pemindahan akan berlangsung secara berperingkat hingga penghujung tahun ini, selepas kali pertama dibuka pada 2015 yang menempatkan Akademi Latihan Hyundai sebagai pusat latihan teknikal, kemahiran dan pemasaran bagi pengedar Hyundai Asia Pacific di 33 negara serantau.
BUKA KILANG DI INDONESIA BERNILAI RM6.24B
Pada November lalu, Hyundai Motor Co memeterai perjanjian awal untuk membina kilang pengeluaran baharu di Indonesia dengan jumlah pelaburan AS$1.55 bilion (RM6.25 bilion) membabitkan perancangan hingga 2030. Kilang itu bakal menghasilkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan, termasuk kereta hibrid dan EV pada masa akan datang.
Malah selain Hyundai, Toyota Motor Corporation juga merancang melabur AS$2 bilion (RM8.05 bilion) di Indonesia bagi membangunkan EV bermula tahun lalu hingga 2023 dan sebagai permulaan melibatkan pengeluaran kenderaan hibrid.