GRAND COALITION SEBENAR (GSC) CUBA DIBANTUTKAN DENGAN "GRAND COLLUSION" (GC) OLEH OT95...??

 



1) PERCUBAAN menghalang "Grand COALITION" Sebenar (GSC) antara UMNO-PKR-DAP ini telah saya sebut sejak November - Disember 2020. Saya menulis lagi mengenainya pada 24 Disember 2020.

2) Sebelum itu berkali-kali saya tulis bahawa #K3 PANDAP hanya membawa suara OT95 a.k.a AtukSAKATua untuk hijack PH melalui "Grand COLLUSION" sebuah pakatan JAHAT dan CURANG..!!

3) GCS ini sebenarnya lebih awal pernah disebut sebagai kerjasama PH+UMNO oleh Sdr. Shahbudin Husin seawal 15 OKTOBER 2020..!!. Sila browse Youtube tonton PVC TV Program "Apa Kata Dahlan" (AKD) bertajuk 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑹𝑬𝑨𝑳𝑰𝑻𝑰 - AKD EP01. Lihat pada minit ke 25:00. Link : https://www.youtube.com/watch?v=SNosrWUKO3E&t=2180s

4) Oleh itu, bila membaca artikel di bawah with all due respect to the penganalisis politik Awang Azman Pawi, dia sebenarnya dah ketinggalan LRT. Saya sudah menulis tentang ini sejak tahun lepas dan menulis lagi pada 24 December 2020 seperti di bawah. Tak apa lah.."Better late than Never"...mungkin dia sibuk menganalisa dan mengkaji sehingga terlewat sebulan utk sedar. Husnuzdon....Description: 😁

5) JIKA kita masih ingat, pada awal Januari 2021 DS Dr. Mujahid Yusof Rawa juga mula bercakap pasal kerjasama ini. Beliau mahukan Penyokong PH dan UMNO faham betul-betul apa yg beliau cuba sampaikan. Takkan kita nak kata Sdr Shahbudin Husin dan DrMYR jugak lapaqkan UMNO?

6) Puak #K3 PANDAP yg acah2 berprinsip memang awal2 tolak kerjasama "Kluster Mahkamah UMNO". Tapi dalam satu program Jom Channel, Lid kata Amanah bersedia berbincang dgn UMNO jika diperlukan. Yg heran tu sampai ke hari ni UMNO tak perlu pun nak berbincang dgn Amanah. Musykil dan kesian.

7) Ironinya...bila saya membawa cerita benar "Grand Coalition" UMNO-PKR-DAP, ada di kalangan penyokong PH sendiri yg mengejek-ngejek, memperlekehkan, maki hamun saya malah mengKEPALA BAPAKkan apa yg saya sampaikan. Saya dicerca dan dituduh lapaq UMNO....Saya turut dituduh menjaja "Fake News" dan "Naratif Palsu"...Description: 😄...Walhal saya hanya menyokong agenda, usaha mengubah LANSKAP POLITIK MALAYSIA demi menyelamatkan Rakyat serta Negara daripada terus tenggelam dgn politik benci, permusuhan, perseteruan yg tajam, caca merba serta tidak stabil. Lagipun saya melihat PA$ dan DAP yg dilihat mustahil akan bekerjasama pernah disatukan dlm satu koalisi oleh DSAI. So, apa yg mustahil??

8) Usaha Politik KONSOLIDASI ini dikatakan telah dimulakan sejak Ramadhan tahun lepas yg ramai tidak tahu. Meskipun saya sendiri skeptikal pada awalnya tapi saya bersetuju supaya PKR dan DAP "explore" wilayah yg belum diterokai. Ini pernah disebut oleh YB Ronnie Liu dalam kes pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

9) Jika kita memahami semangat dan kekuatan REFORM, kita harus faham bahawa KITA MUNGKIN akan tiba pada satu persimpangan di mana kita harus korbankan perasan dan kehendak hati demi matlamat yg lebih besar buat rakyat dan negara. Maksudnya walau secara peribadi kita tidak suka, tapi ia perlu disokong demi KEMASLAHAN rakyat dan negara.

10) Skrg ni penganalisis politik pun berkata begitu dan bercakap mengenainya, mungkin baru pakat nak percaya kot? JUJURnya saya tidak pasti Politik Konsolidasi ini mampu menghasilkan kerjasama itu atau tidak, tetapi pada saya, "IT WORTH A TRY" atau Rakyat dan Negara ini akan terperangkap dgn KERAT yg "KleptoCRAZY" dan "CuriTokrasi".

10) KINI...Rakyat terus dibebani dgn Darurat, PKP, kos sara hidup, hilang pendapatan, ekonomi pandemik dan ancaman nyawa oleh COVID-19. Doakan ada sinar buat Rakyat Malaysia.

Wallahualam.

- Zus Din

30 Januari 2021

***************************************

Mahathir bantut rancangan ‘gabungan besar’ pembangkang.

Minderjeet Kaur

January 29, 2021

Pemimpin DAP dilaporkan tidak pasti sama ada akan menyokong Dr Mahathir Mohamad atau kekal dengan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.

Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.

DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.

“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.

“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.

Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.

“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”

Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.

Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.

Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.

“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS

Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.

“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.

Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.

Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina.

Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.