1.Kami menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku
dan titah Darurat.
2.Namun kami percaya PM telah salahguna
kedudukan memberi nasihat salah dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
3.Umum mengetahui bahawa Muhyiddin Yassin
telah hilang sokongan majoriti ahli2 Parlimen.Beberapa hari lalu (dan hari2
mendatang) Malaysia dan dunia menyaksikan satu demi satu ahli parlimen
menarik sokongan kepada Muhyidin sbg PM.
4.Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan
seorang PM itu dilantik oleh DYMM dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai
sokongan majoriti.Muhydin jelas dan nyata TIDAK ADA MAJORITI.
5.Kami menjunjung kasih memohon DYMM
bertindak selaras Perlembagaan Negara melantik segera seorang PM yang baru dan
mempunyai majoriti.
6.Ini penting demi menjaga nama baik DYMM
Tuanku dan negara di mata rakyat dan seluruh dunia.
7.Tindakan segera DYMM juga perlu demi
menyelamat negara daripada terus dirosakkan oleh seorang PM yang hilang
sokongan dan terdesak.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
GERAK98
13 Jan 2021/ 29 Jamadil Awwal 1442H
#GERAK98