Simpati dengan Umno. Mereka tahu, Umno telah lama dibuli oleh
Bersatu dalam kerajaan tebuk atap PN. Umno cuba acah2 gertak takutkan Muhyiddin
kononnya Umno akan tarik diri dari kerajaan PN, malangnya Muhyiddin tahu
bagaimana nak 'ubat' mereka.
Sebab itu, berpuluh kali Umno bermesyuarat, akhirnya balik asal
iaitu sokong kerajaan PN. Memang susah mahu bergerak jika 'telor' sudah
dipicit. Munasabahkah waktu sekarang sedang 'sakit' tapi sengaja tunggu
bertahun lagi untuk berubat? Itu menambah penyakit namanya. Sudah maklum,
sekarang ini Umno telah dibuli dan dianiayai oleh Bersatu, mengapa tunggu PRU15
nanti baru mahu tarik sokongan? Berani atau tidak sebenarnya?
Bagi parti lebai, memang perangai lebai begitu. Kami di dalam
Keadilan bukan kenal lebai sehari dua. Saifuddin Nasution, SUA Keadilan malam
tadi ada beri 'tips" kepada Fuad Zakarshi bagaimana mengenali puak lebai.
Sebab itu, jangan pelik jika lebai main dua kolam. Lebai bukan sahaja suka
berbini dua dan lebih, berpolitik pun lebai suka 'berpoligami". Cuma, satu
nikah sah, satu lagi "mutaah'.
Peranan Bersatu, buli Umno dan tekan Presiden Umno dengan kes
mahkamah. Peranan parti lebai pula, laga-lagakan presiden Umno dengan
timbalannya. Lama-lama Umno akan hancur. Itu strategi mereka.
Umno masih menunggu saat hancur?
WFAUZDIN NS