Dalil tambahkan judi

 


Dalil tambahkan judi

Dalil tambahkan judi.

Puas sudah mencari di mana dalil itu. Tiada. Yang ada, adalah dalih semata-mata mengekalkan kuasa. Begitulah kualiti politik yang bersandarkan pemikiran agama sempit dan perkauman yang tebal.

Konsep kerajaan Melayu Islam menjadikan bangsa dan agama sebagai barang dagangan di zaman imperialisme barat menjajah dunia Indian. Kristian digunakan oleh pedagang, pelaut dan pengembara mengaut kekayaan untuk kepentingan peribadi. Mubaligh Kristian diusung oleh konglomerat bagi mendapat ‘berkat’ dari Tuhan.

Bahkan setiap misi pelayaran, paderi akan memainkan peranan yang sama penting dengan seorang kapten. Paderi menjanjikan syurga dan pengampunan dosa kepada mereka yang menyertai misi menakluk wilayah yang mereka hukum sebagai ‘infidel’ atau dalam bahasa Melayu sebagai ‘kafir’. Orang ‘kafir’ dihalalkan darah dan nyawanya. Lalu selama 40 hari 40 malam, Alfonso dan tenteranya menumpahkan darah rakyat Melaka. Ini dicatat oleh Alfonso sendiri dengan penuh bangga kerana menjadi pembela Kristian.

Begitu juga sejarah Islam menguasai Kordoba dijadikan hujah untuk Kristian membalas dendam. Misi ketenteraan Portugis dan Sepanyol menggunakan sejarah 800 tahun tanah mereka diperintah oleh orang asing ataupun orang yang mereka sebut ‘moor’. Istilah itu melekat menjadi ‘moro’ di Filifina.

Antara paderi yang memberi panduan kepada kepada paderi-paderi baru mengetahui tentang dunia ‘infidel’ adalah Bishop J.M Thoburn dan J.E Tenison Wood. Awal sebelum itu, Francis Xavier semasa zaman penjajahan Portugis. Bahkan jika rajin membaca artifak di Bukit St. Paul, banyak nama-nama paderi yang dicatat. Merekalah paderi atau ilmuan Kristian yang menggunakan hujah agama bagi menjarah tanah kita.

Terfikir juga, begitu sekali mereka menggunakan agama untuk membunuh, menjarah dan memusnahkan suatu tamadun. Hari ini tidak menghairankan lagi apabila ada kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Islam bukan Kristian tetapi ada persamaan dalam menggunakan agama untuk politik, kuasa, kekayaan dan kedudukan.

Agama sering dijadikan alat dan mangsa oleh pihak yang berkepentingan peribadi. Tak kira agama apakah sekalipun. Kristian, Islam, Hindu dan sebagainya melalui sejarah panjang yang sama. Penyelewengan agama atas nama Tuhan,

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?