Aiks #K3 PAN nih?? Yg hgpa dok paksa DSAI dan Keadilan terima
AtukSAKATua dan "pejuWANG" dah kenapa? Sdgkan hgpa sendiri taknak bg
puak KHIANAT yg menolak kepimpinan DSAI tu pinjam lambang PAN?
Pelik bin pelik bin pelik bin pelik bin ajaib wal ganjil. Lagi
pelik sbb yg sebut ni ialah Mahpos..!! Penjilat tegar AtukSAKATua kot?
Pelik pula Mahpos pandai bercakap pasal apa-apa keputusan perlu
dibuat di dalam Mesyuarat MP PH? Awat selama ni 4 Stooges #K3 PAN reti hormat
ke keputusan MP PH yg hanya calonkan DSAI seorang shj sebagai calon PM?
Mintak maap lah Mahpos....silap haribulan logo PH pun takkan
dipakai tapi logo Keadilan juga yg akan digunakan sepertimana di PRU14. Logo PH
tu dah terpalit dgn tahik cirit AtukSAKATua. Dia sengaja "pret" atas
logo PH tu nak sabotaj bagi rakyat menci. Basuh guna klorox malah asid
"hydrocloride" pun dah belum tentu buleh keluaq kaler kunin taik
cirit org tua tu. Manyak musyuk. So..move forward..!!
Kalau jentik teloq baru hgpa reti bahasa kot? Mangkarq sungguh
la puak #K3 PAN nih. Ciss..!!
- Zus Din
30 Januari 2021
************************
Pejuang tak boleh guna lambang Amanah: Mahfuz
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak boleh
menggunakan lambang Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15) sekiranya parti itu menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH).
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Amanah
membenarkan lambang parti itu digunakan oleh pihak lain, ia tidak menunjukkan
kesepakatan dalam penggunaan satu lambang.
“Prinsip kita ialah kita nak supaya semua parti pembangkang
duduk semeja berunding, berbincang pengagihan kerusi dan kemudiannya membuat
pendirian untuk gunakan satu lambang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian
pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas Timbalan Presiden Penaja
Pejuang, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan parti itu mungkin menggunakan lambang
Amanah pada PRU15, jika pendaftarannya tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (RoS).
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, sebarang keputusan yang
berkaitan dengan penggunaan lambang hanya akan dibuat oleh Majlis Presiden PH.
“Majlis Presiden PH nanti akan buat keputusan. Sehingga kini
belum ada satu keputusan yang dibuat melainkan berasaskan kepada pilihan raya
kecil yang lalu, semuanya guna lambang PH.
“Jadi kami tetap berpendirian untuk menggunakan satu lambang.
Tak kiralah lambang apapun. Kami akan gunakan satu lambang pada Pilihan Raya
Umum yang akan datang.
“Bila Majlis Presiden buat keputusan hanya satu lambang yang
digunakan, maka lambang lain tidak boleh lagi digunakan,” tegasnya.
Beliau pada masa sama turut berharap agar parti Pejuang memahami
perkara terbabit.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menyatakan
bahawa Amanah tidak pernah membuat apa-apa pendirian atau maklum balas terhadap
kenyataan dibuat oleh Marzuki.
“Saya nak tegaskan kepada semua pihak bahawa itu hanyalah
kenyataan Timbalan Presiden Pejuang dan kami tidak pernah memberikan apa-apa
maklum balas, tidak pernah dibawa ke dalam perbincangan apa-apa mesyuarat di
peringkat kepimpinan tertinggi Amanah sehingga kini,” katanya.
Link : https://www.sinarharian.com.my/.../Pejuang-tak-boleh-guna...
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf