BOM JANGKA ARAB SAUDI.


Jamzuri Ardani


Kerabat Diraja Saudi (Saudi Royal House) mempunyai sekitar 15,000 orang anggota.  Dari jumlah itu 2,000 darinya layak menjadi Raja mengikut turutan kekananan masing-masing. 


Kebanyakan dari mereka adalah bilionaires dan tidak ada yang tidak millionaire. 


Arab Saudi tidak mengutip cukai dari rakyat mereka. Rakyat Saudi hidup hampir sepenuhnya dengan subsidi kerajaan, dari perumahan, pendidikan, kesihatan, keperluan asas seperti air dan elektrik, dan pelbagai lagi subsidi. 


Malah sebelum pandemik melanda, ekonomi Arab Saudi sudah mula menunjukkan masalah apabila kerajaan terpaksa membelanjakan wang rezab negara dengan begitu banyak sekali bagi mengimbangi kekurangan pendapatan dari hasil minyak.  Keadaan menjadi semakin buruk bila pandemik melanda. Rezab negara semakin berkurangan manakala hasil negara semakin mengecil. Perbelanjaan kerajaan sukar diturunkan kerana tanpa subsidi dan pengecualian cukai, rakyat Saudi akan mengalami kejutan besar.  Banyakkan kesan ekonomi, politik, dan sosial di negara tersebut sekiranya kerajaan Saudi kehabisan wang rezab. 


Ianya ibarat bom jangka!!!