Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini

 

Fareez Azman
Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini
Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn pada jam 3.00 petang ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato' Onn, World Trade Centre di ibu negara pada jam 3 petang ini.
Menurut sumber kepada Astro AWANI pada Selasa, mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan situasi semasa berhubung Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.Sebelum ini, UMNO dijangka mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.
UMNO dijangka akan membawakan usul agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan dalam tempoh suku pertama 2021.
Usul memutuskan hubungan kerjasama politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga antara perkara utama yang turut dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO berkenaan.
Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa berhubung mesyuarat petang ini.