POSTED BY AMIR WLR
Kerajaan digesa supaya membenarkan kedai makan dan penghantaran
makanan beroperasi sehingga 10 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukannya di media sosial Twitter dan Instagram.
"Nampaknya ramai yang setuju kedai makan patut dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, untuk take away dan delivery," katanya.
Beliau juga mendapat maklum balas dari peniaga makanan kawasan Lembah Pantai yang meminta kerajaan melanjutkan tempoh beroperasi hingga 10 malam.
Katanya, tempoh antara 6 pagi dan 8 malam terlalu singkat untuk pekerja membeli makan malam dan untuk peniaga burger meraih pendapatan.
"Saya terima banyak pandangan termasuk dari warga Kg Kerinchi dan Pantai Dalam yang ada gerai burger dan kedai makan lain, yang minta dibenar beroperasi hingga 10 malam untuk take away dan delivery sahaja.
"Banyak gerai burger akan mula jam 5 hingga 6 petang, jadi tak banyak masa untuk mereka berniaga.
"Ramai juga yang kata bagi pekerja yang habis kerja jam 7 hingga 8 malam, tak cukup masa untuk mereka beli makanan," katanya.