BENARKAH ADA PENGARUH POLITIK & PERLU PANIK ?


Norman Radzuan


Ingat malam minggu malam yang santai untuk menulis tapi kerana kegelisahan rakyat berlakunya PKP bagus kita menulis isu semasa. Ini adalah penulisan ke 5 saya mengenai Covid19. Saya menulis ini utk mengajak rakyat berfikir kesan PKP yang kononnya dalam cadangan kerajaan mengatasi angka Covid19 yang semakin meningkat.


Saya berharap kita dapat membacanya untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Suasana panik yang seolah olah disengajakan akan membuat ramai rakyat Malaysia 'mati'. Hanya pekerja kerajaan yang rela PKP. Hanya pemakan-pemakan rasuah yang tidak peduli kesusahan rakyat mahukan PKP. Hanya orang politik sukakan PKP untuk survival mereka.


Buat pertama kalinya rakyat Malaysia berdepan kesulitan serentak dengan Covid19, banjir besar, tiada foreign investment, larinya pelabur ke negara jiran dan dalam sejarah Malaysia buat pertama kalinya kita mempunyai kerajaan yang paling lemah kerana tiada majoriti.


Saya telah menulis sebelum ini, selama lebih 40 PKPD/PKPP dilakukan di Sabah. SOPnya yang sangat ketat di mana hanya dua orang boleh keluar, tidak dibenarkan beriadah, bercuti, makan di restoran...ia menghampiri PKP tetapi sehingga kini selepas 100 hari, adakalanya kes ke paras 500 sehari. Kes tidak turun tapi yang kita lihat puluhan premis ditutup dalam tempoh 40 hari tersebut, ribuan kehilangan pekerjaan. 


Baiklah kita bermula...perlukah kita panik? Saya pernah menulis tentang orang kita memang mudah panik dengan angka. Ia juga bukan salah 100% orang kita, tetapi KKM dan MKN tidak memberikan detail mengenainya.


Kelmarin Malaysia telah mencecah 128,485,00 kes. Wah tengok nombor patut panik... tapi dalam masa sama 102,000,00 yang pulih, Menteri Kanan tidak menyebutnya. Bermakna hanya sekitar 25 ribu kes masih aktif.


Dari 25 ribu kes aktif....mengikut carta antarabangsa hanya 140 kes yang kritikal. Rata-rata mereka kritikal mempunyai latar belakang penyakit. Sedangkan kes tanpa simptom ( pesakit ringan ) dikhabarkan 90% iaitu peratusan yang sangat positif untuk kita dengar.


Langkah awal PKP semua org menerimanya kerana kita dalam proses mengenali virus ini. Mungkin KKM tidak mahu mencadangkan rakyat mengambil inisiatif atau altenatif seperti dilakukan negara negara2 luar kerana ia diluar dari bidang kuasa KKM. Bagaimanapun kerajaan boleh lakukan dgn cara lain seperti menggunakan NGO.


Ia lucu dan remeh tapi efektif. Masih ingat bila kita ketawakan Menteri Air Kosong, Adam Baba. Rupanya benar dan ia menjadi amalan di negara China ketika ini apabila mereka menggalakkan rakyat mereka minum air suam yg banyak dan ia sgt efektif.


Malah ada negara lain mahukan rakyat proaktif dgn memakan vit C, masak makanan ada kunyit, halia, bwg putih, red bel pepper, ubi keledek(oren), carrot, tomato, brokoli, buah yg limau, betik dan lain yg terbukti byk membantu negara2 seperti China, Taiwan, Thailand dan lain2. 


ADAKAH COVID19 DIPOLITIKKAN ?


Jika skg KKM menasihatkan MKN utk PKP...yg rakyat persoalkan di manakah KKM ketika kerajaan PN mahu merampas kerajaan Sabah yg kini menjadi punca kes Covid19 naik mendadak. Memang KKM tiada kuasa menghalang tetapi KKM boleh bersuara utk menasihatkan kerajaan utk tidak mengadakan pilihanraya di Sabah?


Saya ingin mengajak anda utk berfikir di luar kotak. Mengapa apabila Anwar Ibrahim mengatakan dia cukup majoriti September lalu tiba2 kes naik  mendadak. Begitulah juga hari ini bila UMNO ura2 mahu menolak kerajaan PN sekali lagi kes naik mendadak. Adakah ia satu kebetulan?


Media mula memainkan peranan dgn melahirkan persepsi. Seperti sebelum ini Anwar dan skg UMNO dituduh sebagai pentingkan diri sendiri, tidak memikirkan soal rakyat, berpolitik di kala rakyat dlm suasana Covid19...? 


Mengapa ketika PN merampas Perak, Melaka, Kedah, Johor dan Sabah media tidak memainkan isu ini? Adakah kerajaan PN menggunakan Covid19 sebagai perisai. 


Di sini juga kebodohan pemimpin UMNO bila mereka mahukan pilihanraya dan bukannya pertukaran kerajaan secara majoriti sokongan MP. Akhirnya kerajaan PN terus bertahan selagi Covid19 boleh dijadikan modal. UMNO melalui setiausaha Goreng Pisang sgt memalukan. Org tamak selalu rugi.


ASTRO AWANI GANTI TV3


Dahulu berita yg paling menyampah rakyat Malaysia menonton adalah berita TV3. 30 minit siaran berita tersebut seolah olah Buletin Utama berkempen utk kerajaan BN. Saban hari siang dan malam bertahun tahun lamanya mereka menghentam pembangkang. Sepatutnya berita adalah sumber maklumat utk rakyat bukan utk tujuan politik.


Kini tugas itu diambil dgn cara lebih agresif oleh Astro Awani yg konon berita yg paling dipercayai. Saya masih ingat ketika belanjawan wartawannya menemubual kanak2 sekolah rendah😂 aneh dan lucu.


Siang tadi pembaca berita Astro Awani berkata wartawannya menemubual org ramai mengenai pandangan mereka pilihanraya patut diadakan. Ya saya pun tidak setuju PRU diadakan tetapi yg lucunya apabila 5 individu yg kononnya 'org ramai' yg ditemubual... kelima limanya adalah ahli Bersatu.


Bagi saya ia memalukan dan tidak bertanggungjawab. Wartawan buat kerja tak senonoh dan seolah olah menjadi suara kerajaan. Jika saya Editor pasti saya campakkan artikel atau rakaman tersebut ke dlm tong sampah kerana ia memang kerja sampah. Ia pernah saya lakukan suatu ketika dahulu... berita sampah.


ADAKAH KERAJAAN AKN AKTIFKAN PKP


Saya ada keyakinan PKP tidak akn dilakukan tetapi sekadar menyekat rentas negeri. Pakar ekonomi meramalkan jika sekali lagi Malaysia mengadakan PKP...ekonomi Malaysia akn lumpuh. Pasti Muhyiddin tidak mahu berlaku situasi tersebut.


Sudahlah pelaburan asing tiada sdgkan Indonesia di kala Covid19 ini lebih RM70 billion foreign investment melabur ke negara itu. Negara kita bukan pelabur asing masuk malah banyak yg keluar berpindah le negara jiran. Kenapa ia berlaku? Ia kerana pelabur tidak percaya dgn kerajaan yg tidak stabil ini...


Untuk selesaikan Covid19 dan masalah ekonomi, TS Muhyiddin Yassin kena berjiwa besar utk mengundurkan diri. Sampai bila mahu berlindung di sebalik Covid19 yg hanya membuatkan ekonomi negara lumpuh dan akhirnya rakyat papa kedana.


KKM BANTU RAKYAT JGN PANIK


KKM kena jelaskan sejauh mana serius Covid19. Kita menerima bahawa Covid19 ini bahaya kpd mereka yg berpenyakit. Ia jelas dan KKM tidak boleh lindung perkara tersebut.Kita faham KKM mesti mengawalnya kerana bimbang tiada cukup katil utk dikuarantinkan. 


Semua kita melihat bagaimana sesaknya mereka yg dikuarantin di dlm sebuah Dewan. Jika benar ia sgt bahaya pasti mereka tidak diletakkan seperti PTI di dlm sebuah Dewan. Kata rakan2 yg positif Covid19  tanpa simpton mereka tidak diberi sebarang ubat dan kebiasaannya akn pulih sendiri. Malah Nurse bertugas berkata duduk bersesak itu tidak mengapa kerana masing2 positif.


Saya mempunyai 5 kawan positif dan cousin 5 beranak positif. Kata seorang kawan dia dikuarantin  15 hari tanpa sebarang ubat. Cousin saya pun begitu, katanya anak2 di hospital bermain main lompat katil sana sini tanpa sebarang sakit samada demam atau batuk.


Persoalannya dlm keadaan negara kononnya mahukan PKP negara2 jiran dan maju sibuk dgn vaksin. Negara kita nampak tertinggal dlm soal ini. Mengapa ia boleh terjadi ??? Sibuk berpolitik or sibuk mmmmmm... 10 utk engkau 1 utk aku?


Buat rakyat Malaysia fahamilah new normal atau norma baru ini. Kita kena biasakan hidup dlm Covid19 ini utk tempoh setahun dua lagi. Kita mesti terima hakikat apabila berlaku secara agresif saringan Covid19... ia akn membuatkan angka bertambah. Namun Insyallah ia akn sembuh secara semula jadi mengikut imunisasi tubuh seseorang.


Dulu sekitar Mei hingga September kes tidak melonjak kerana kita tidak lakukan saringan secara agresif seperti skg. Kita hanya fokus kpd kluster jamaah Tabligh. Kita lebih fokus bersandarkan kpd mereka yg mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sebagainya. Tapi apabila kita lakukan secara agresif tanpa mengira ada simptom atau tidak...akhirnya hampir ratusan ribu tanpa simptom mendapat keputusan positif.


Kita lihat jika sekolah tetap akn dibuka maksudnya ia tidaklah terlalu serius. Ia hanya kata-kata politik sahaja untuk rakyat menyalahkan mana2 pihak yg cuba menjatuhkan kerajaan yg sedia ada.

 

KENAPA ORG POLITIK TIDAK TAKUT COVID19?

Kita lihat org politik ke sana sini seperti biasa. Malah makan beramai satu meja tanpa mask. Tiap2 malam mesyuarat sana sini utk pastikan kerajaan masih bertahan. Tidak sesibuk utk selesaikan masalah Covid19.


Tugas PM bukan sibuk menjaga kedududkan MP dan habuan mereka perolehi. Tugas PM kena fikir bagaimana menarik pelaburan, kena tunjukkan kebolehan memimpin selesaikan masalah rakyat...Tugas PM bukan hanya berdoa dan berbicara seorang diri di kaca TV....


Buat KKM bertahan sebulan dua sahaja lagi utk kita mula aktif memberikan vaksin kpd rakyat. Jika PKP dilakukan bukan penyelesaian terbaik... puluhan ribu yg akn merana.