Oleh kerana muhyiddin sahih hanya
tinggal 109 sokongan setakat hari ini, ertinya muhyiddin tidak lagi layak jadi
PM. Apabila darurat diistiharkan, maka Umno desak agar PM interim
dilantik sehingga ada PM baru yang punyai majoriti diangkat sebagai PM baru atau
diadakan PRU15.
Siapa paling layak untuk
diangkat sebagai PM interim?
Jawapannya, adalah Anwar
Ibrahim. Kenapa? Pertamanya, Anwar adalah Pengerusi PH dan PH
adalah pilihan rakyat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dirampas secara tidak
demokratik.
Kedua, Anwar telah mengemukakan
surat kepada Istana untuk mengadap Kebawah Duli Tuanku bagi membuktikan beliau
punyai sokongan majoriti, tetapi proses masih tertangguh. Tindakan Anwar
ini meyakinkan kita bahawa Anwar memang punyai sokongan majoriti apatah lagi
dengan pengesahan Anuar Musa tentang 'ketulenan' surat dari Presiden
Umno.
Sehubungan itu, wajarlah Anwar
diangkat sebagai PM interim jika tindakan ini perlu dilakukan walaupun kita
masih berharap ada proses yang lebih baik dan berkesan sepertimana Sultan Perak
menangani krisis MB Perak baru-baru ini. Tindakan bijak Sultan Perak itu
mendapat pujian ramai.
Apa yang penting, kita tidak
boleh berterusan dengan keadaan PKP serta darurat dengan situasi ekonomi yang
sedang kritikal terus berada di bawah seorang PM yang ternyata tiada majoriti.
WFAUZDIN NS