HARRIS MCTAVICH
Segmen baru untuk aku lontarkan imaginasi tanpa batas.
Malaysia Tanpa Korupsi (Part I)
Edisi Pertahanan
Tentera Laut Diraja Malaysia
TOTAL VESSEL:88
HELICOPTER CARRIERS:2
DESTROYERS:0
FRIGATES:12
CORVETTES: 28
PATROL VESSELS:40
SUBMARINES:12
Setiap armada berfungsi untuk menjaga kawasan wilayah yang
ditetapkan. Pelbagai ancaman dari pelbagai sudut boleh diawasi dan dicegah
kerana hampir keseluruhan perairan Malaysia dilengkapi dengan kedudukan
pangkalan yang strategik.
Contoh situasi, Armada Selat Melaka yang berkekuatan 2 kapal
Frigate, 6 Kapal Corvette dan 6 Kapal Peronda mampu mengawal disepanjang
perairan di Selat Melaka kerana mempunyai aset yang mencukupi. Boleh berhadapan
dengan ancaman lanun atau serangan daripada RSN Singapore, TNI AL Indonesia dan
RTN Navy.
Bagi Armada Laut Timur Malaya dan Armada Laut Borneo mempunyai
lebih banyak jumlah kapal yang dimiliki. Ini kerana ancaman dan luas perairan
di wilayah itu lebih besar berbanding yang lain. Selain itu, di wilayah ini
setentunya akan ada lebih persaingan kerana Wilayah Laut China Selatan menjadi
rebutan dan ancaman utama ialah PLA Navy China yang ingin merebut wilayah itu.
Sering juga terjadi konflik pencerobohan diantara TNI AL Indonesia, RTN
Thailand, Tentera Laut Vietnam dan
Tentera Laut Filipina. Wilayah ini dikuatkan juga dengan 12 kapal selam untuk memantau dengan lebih senyap di perairan berkenaan
Dengan adanya kekuatan Angkatan Marin yang mempunyai 2 kapal
pengakut helikopter dan 6 kapal MRSS. TLDM mampu untuk melakukan misi logistik
dengan lebih kerap. TLDM juga mampu mengawasi perairan kerana kapal-kapal Kor
Marin boleh memuatkan lebih banyak jumlah helikopter. Kor Marin mampu
melancarkan serangan Amphibious di setiap pantai-pantai sekiranya berlakunya
konflik.