Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi?
Banyak isu PN hanya utk rakyat intelektual
IA TIDAK MEMBANTU TARIK UNDI MELAYU
Satu persatu isu yg boleh dianggap bola tanggung kpd parti
pembangkang utk menyerang kelemahan pentadbiran kerajaan PN. Persoalannya
adakah ia akn membantu dlm kempen PRU15 nanti. Jawapannya ia tidak membantu...
kenapa?
Isu FDI menjunam 68% ia adalah berita yg patut dibimbangi rakyat
Malaysia. Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah hanyalah AS$2.5 bilion
berbanding negara Singapura (AS$58 bilion - jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18
bilion - jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion - jatuh 10 peratus), Thailand
(AS$11.4 billion - jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion - naik 29
peratus).
Ia berita yg menakutkan dan memalukan negara selepas sekian lama
negara kita menjadi destinasi utama pelaburan asing. Tidak cukup dgn itu negara
kita ditimpa malang bertimpa timpa apabila Skor Malaysia dlm Indeks Persepsi
Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu merosot dua mata, iaitu
perbezaan ketara. Setahun sahaja kerajaan PN memerintah kita sudah merosot 2
mata.
Jika di negara maju rakyat sudah turun ke jalan raya andaikata
Presiden atau PM yg mengetuai kerajaan tidak mahu bertanggungjawab dgn
melepaskan jawatan. Di negara kita PM tanpa majoriti terus berkuasa kerana
masyarakat Melayu khasnya tidak ambil serius angkara kedegilan Muhyiddin tidak
mahu berundur membuatkan ekonomi negara akan terus merudum dari bulan ke bulan.
Jika kita melihat propaganda kerajaan PN melalui media massa
semalam mereka kini cuba mengalihkan isu. Sepertimana mereka mengalihkan isu
merampas 5 negeri ketika Pandemik tetapi di media dgn menggunakan Profesor2
Kangkung.. pembangkang sebaliknya dituduh tidak prihatin nasib rakyat kononnya
di kala Pandemik masih berpolitik.
Begitulah senario ketika ini....apabila malam tadi media mula
memainkan isu kononnya pelabur asing tidak mahu melabur ke negara ini adalah
kerana gangguan parti2 pembangkang.
Sdgkan umumnya atau pakar ekonomi mengetahui menjunamnya 68% FDI
negara kerana pelabur asing tidak yakin kpd kerajaan yg tiada majoriti dan
indeks rasuah yg semakin tinggi. Lebih menakutkan pelabur apabila Malaysia
ketika ini di era darurat.
Malaysia adalah satu2nya negara di dunia kerajaan memerintah
tanpa majoriti. Tiada pelabur berani dtg melabur dan implikasinya puluhan ribu
peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Di saat getir pandemik Covid19 apabila
byk perniagaan ditutup, negara seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila
pelabur asing tidak mahu lagi berurusan di sini lagi.
Kegagalan kerajaan PN bukan sahaja menguruskan ekonomi tetapi
menguruskan Pandemik Covid19. Penderitaan ini ditambah dgn perbelanjaan yg
besar utk menampung kabinet obesiti. Ekonomi negara kita berada di paras sgt
kritikal jika ia berterusan.
Kita yakin 90% bangsa Cina akan menolak kerajaan PN kerana ia
berkait rapat dgn ekonomi di mana 80% bangsa ini adalah berniaga. Begitu juga
bangsa India yg berang dgn rakan sekutu PN, PAS yg menganggap parti tersebut
tidak menghormati bangsa India di negara ini.
Isu ini sgt besar tapi sayangnya ia langsung tidak membantu utk
menyedarkan umat Melayu di negara kita. Totok Melayu di kampung memang tidak
akn ambil peduli sebab mereka tidak faham kesan FDI, indeks rasuah dan darurat
itu kpd ekonomi. Sepertimana peneroka kita sudah beri amaran Saham FGV itu akan
merugikan mereka.
Mereka tidak faham mudaratnya puluhan ribu peluang pekerjaan
pada anak2 Melayu telah hilang. Mereka tidak tahu ia memberi kesan kpd BSKL.
Mereka tidak faham ia mengurangkan pendapatan negara melakui cukai.
Problerm negara kita...Org Melayu hanya takut pada Anwar, Cina
DAP, termakan babi atau ayam tidak disembelih, anjing dan hantu. Ceritalah
tentang FDI, Indeks rasuah, korupsi, bail out, defisit dan sebagainya... mereka
tidak mengerti.
Jadi PH jgn happy sgt sb isu sebesar ini tidak byk membantu
memberi sebarang kelebihan. Isu ini hanya laku di mata intelektual Melayu
tetapi dianggap isu remeh kpd totok Melayu. Ia tidak byk membantu utk
menyedarkan rakyat betapa Azmin Ali gagal membawa pelaburan dan menjaga ekonomi
negara dgn baik.
Percayalah mudah sahaja bagi Azmin mahupun Muhyiddin menjelang
pilihanraya nanti dlm kempen mereka. Cukup sekadar mereka melaungkan sokonglah
kami demi kesatuan Melayu Islam. Partner mereka PAS cukuplah 'mensetankan' org
lain dgn dalil dan fatwa mereka...inilah Malaysia tanahair ku.
. Tq