MUDAHNYA JADI MENTERI DI ZAMAN PN




“Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku termasuk perkara terkait dengan status agamanya dan pasangannya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan mempolitikkan isu sensitiviti agama adalah perbuatan yang tidak matang malah tidak menguntungkan agama.




SEJARAH HITAM CIPTAAN MUHYIDDIN



Gagal memberi tumpuan kepada rakyat kerana setiap malam tangan di letak di kepala memikirkan tentang nasib keesokan harinya, sibuk membuat percaturan kuasa dan yang paling sedih apabila belanja yang banyak diperlukan untuk menjaga hati dan sokongan ‘makhluk tertentu’ sebagai ghanimah sokongan agar tidak berpaling tadah. Kini Muhyiddin tidak keruan dalam mencari jalan keluar apabila makhluk-makhluk halus yang ditolongnya sebelum ini seolah- olah sentiasa berbisik mencari salah untuk memerangkapnya.




DESAKAN BERBAIK SEMULA BUKAN BERMAKSUD MAHATHIR MESTI JADI KETUA

 

Memang diakui kebelakangan ini wujud beberapa desakan agar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berbaik semula demi kepentingan bersama, khususnya untuk memungkinkan kemenangan PH atau blok pembangkang dalam PRU akan datang.

Dari segi logiknya, walaupun PH boleh dikata mampu memenangi PRU15 dengan kedudukannya sekarang, tambahan jika UMNO dan Bersatu terus berbalah dan enggan mengalah dari segi kerusi, bersatunya semula kedua-dua tokoh itu pasti mencerahkan lagi peluang ke arah kemenangan yang dihajati itu.

Ramai juga menyebut tentang bagaimana bersatunya kedua-dua tokoh itu sebelum PRU14 lalu, walaupun ketika itu Anwar berada di penjara, telah berjaya menumbangkan BN dan Najib Razak, maka jika mereka bergabung semula, Muhyiddin Yassin dan PN pasti mudah dikecundangkan sama.

Walaupun ada yang mendakwa kemenangan PH pada PRU lalu adalah disebabkan Tun Mahathir yang mengetuainya, tetapi pastilah kemenangan itu mustahil dicapai jika tanpa kesatuan pembangkang yang telah diasas dan diperkukuh kewujudannya oleh Anwar sejak 1998 lagi.

Apatah lagi, dalam arus melakukan perubahan atau reformasi dalam negara, nama Anwar dan keluarganya sudah terpahat kukuh dalam minda rakyat sejak sekian lama.

Ertinya, baik Tun Mahathir atau Anwar, kedua-duanya ada peranan dan sumbangan yang seimbang dalam kejayaan PH pada 2018 lalu itu.

Begitu pun, meski sebahagian desakan agar Tun Mahathir dan Anwar berbaik semula itu datang daripada dalam PH sendiri, haruslah difahami bahawa ia bukanlah suatu kata mutlak untuk menobatkan semula bekas Perdana Menteri itu sebagai ketua.

Dalam keadaan PH sudah terbentuk struktur kepimpinannya, menjadikan Tun Mahathir sebagai ketua bermakna akan merobohkan binaan yang telah sedia terbina.

Dalam hal ini, gesaan berbaik itu adalah semata-mata bersandarkan matlamat untuk mencapai kemenangan bersama, bukan untuk meletakkan Tun Mahathir sebagai ketua atau menjatuhkan Anwar daripada kedudukannya sekarang.

Jika itu yang cuba dimaksudkan, ia pasti tidak akan menemui titik persetujuan.

Lagi pula, Tun Mahathir sudah dipilih sebagai ketua PH sebelum ini, maka sekarang giliran beliaulah pula menyokong Anwar mengemudi gabungan itu.

Sebagaimana Anwar dan keluarganya sebelum ini memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir, kini giliran beliau pula untuk membalasnya.

Ketika menjadi Perdana Menteri bersama UMNO dahulu, Tun Mahathir pernah berpesan, apabila giliran kira berada di bawah, kita hendaklah menyokong mereka yang menjadi pemimpin sebagaimana mereka memberi sokongan kepada kita sebelum itu.

Rasanya Tun Mahathir sendiri pasti belum lupa kata-kata yang pernah diucapkannya dalam Perhimpunan Agung UMNO itu.

Maka sekarang, dalam keadaan beliau berada di bawah, partinya Pejuang belum didaftarkan dan hanya ada empat Ahli Parlimen, termasuk dirinya sendiri yang bersamanya, sebenarnya inilah masanya untuk beliau mengotakan segala kata-katanya itu.

Jika dalam keadaan di bawah ini pun beliau masih mahu jadi ketua dan enggan memberi sokongan kepada Anwar yang sudah sedia mengetuai PH, bermakna Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang cakap serupa bikin orangnya.

Lebih penting daripada itu, matlamat utama PH dan blok pembangkang sekarang ialah untuk menumbangkan PN yang dianggap sebagai kerajaan pintu belakang serta Muhyiddin yang disifatkan pengkhianat.

Untuk itu, Tun Mahathir mesti sedia bertolak ansur dan beliau mesti sedar, keadaan PH tidak lagi sama seperti sebelum PRU14 dulu di mana ketika itu beliau dipersetujui untuk mengetuai PH kerana Anwar berada di penjara.

Sekarang Anwar bukan saja sudah bebas, malah sedang mengetuai PH.

Maka, di mana munasabahnya untuk Anwar diminta memberi laluan untuk tempat duduknya diduduki oleh Tun Mahathir?

Kalau Tun Mahathir enggan bertolak ansur, maknanya beliau bukan saja tidak mahu PH menang pilihanraya dan Anwar menjadi Perdana Menteri, malah secara tersiratnya lebih inginkan Muhyiddin terus kekal menerajui negara ini.

 (Shahbudindotcom 23/12/2020)




JATUH AIR MATA BILA MARTABAT ISLAM DIANGKAT

 RINA HAMZAH

Berjujuran air mata kegembiraan, pas benar-benar  mengangkat martabat islam kepuncak paling tinggi sekarang! Dah halal ker bai acara tayang tubuh ni?

30 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 

SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA 

AWAL PAGI. TERIMA KASIH ATAS 

SOKONGAN ANDA.


HARI INI ISU YANG DAHULUNYA MANYALAK BAGAI NAK RUNTUH GUNUNG GANANG KINI DIAM MEMBISU.

DIVIDEN PALING SIKIT DALAM SEJARAH MALAYSIA JUGA PERTUNJUKKAN RATU CANTIK DAN BINA BADAN HANYA PERLU TUKAR NAMA ...AGAK AGAK APA NAMA YANG SESUAI????

Image may contain: text that says "malaysiakini MISS MALAYSIA PLUS WORLD BERITA Miss Plus World Malaysia/Ms Plus Intercontinental Malaysia Facebook Pemuda PAS jumpa penganjur, mahu nama Miss/Mrs Plus ditukar Nadia Azam"


'MUFTI KUTUB UTARA' TERDIAM SEJAK PN MEMERINTAH

 BOB KELANANG



Apa cerita tentang kisah arwah Adib wahai Tok Mopti..? Adakah Tok Mopti sudah lupa dengan api yang beliau sendiri nyalakan dulu..?

Atau Tok Mopti terpaksa nyalakan api itu kerana ingin semata-mata untuk membakar musuh..? Ataupun Tok Mopti berlakon sahaja supaya mendapat simpati dari rakyat demi menghalalkan tujuan yang besar itu..?

BACA ARTIKEL BERKAITAN DR MAZA | Islam terancam? Jangan “emosi”, kita bincang - https://infonegarakini.com/dr-maza-islam-terancam-jangan.../

BACA ARTIKEL BERKAITAN KES ADIB | 9 bulan berlalu, kerajaan PN hanya janji kosong - https://infonegarakini.com/kes-adib-9-bulan-berlalu.../

Mujurlah Tok Sami Buddha di Malaysia tidak ada seorang pun yang berperangai jijik sebegini... kalau tidak... huru-hara negara kita dibuatnya...

Kalau nak tengok agamawan islam dunia sedang berlakon... tataplah gambar ini lama2... anda akan dapat jawapannya..

 

NAJIB LEBIH POWER DARI PM ?

 SHAHBUDIN HUSIN

Semalam Najib menyuarakan rasa tak setujunya dengan laporan yang menyebut Guan Eng akan disiasat polis esok, sehari sebelum sambutan Krismas.

Hari ini, polis terus membatalkannya dan mengatakan siasatan hanya akan dijalankan selepas Krismas.

Rasa macam Najib lebih “power” daripada PM yang ada....



SEMUANYA KERANA RASUAH

 Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan

HAMDAN TAHA

Berkaitan daging import yang menjadi viral semenjak dua menjak ni. Sebenarnya perkara seludup makanan tidak halal di malaysia ni bukan baru berlaku tetapi dah lama dan ianya akan terus berlaku selagi ada pegawai yang terlibat dengan rasuah....maklum lah manusia..

Tetapi setahu saya yang di bawa masuk ke dalam negara kita ini lebih kepada ekor lembu,paru,perut dan bahagian dalaman lembu. Daging lain kurang di bawa masuk terutama dari china peru dan negara negara lainnya kerana harga daging ni mahal dan tidak boleh lawan harga daging dari india yang murah. Setahu saya daging dari brazil agentina dan cina sama sahaja mahal seperti daging dari NZ dan Australia.....

Tetapi ekor lembu dan part dalaman lembu bukan soal mahal tetapi keperluan yang tinggi oleh rakyat malaysia. Kebetulan perut lembu ekor lembu pula bukan makanan utama di negara negara tersebut termasuk tulang rusuk lembu....

Isi ayam juga antara yang di seludup dari cina dan negara negara tertentu kerana malaysia tidak banyak mengeluarkan isi ayam tidak bertulang. Di sebabkan semua restoran hotel dan kedai kedai tom yam memakai dengan banyak isi ayam maka pemintaan tinggi dan tidak mencukupi. Contoh restoran anak saya buat chiken butter sudah tentu isi ayam. Chiken chop...kita akan cari keluaran tempatan seperti ayam amas,pts dan beberapa jenama lagi. Tapi ada yang lebih murah adalah datangnya dari thailand.....tapi cop halal dia hanya cop sahaja....

Tetapi kedai tom yam yang di milik orang petani di malaysia dia akan pakai isi ayam yang konon datang dari thai,ekor lembu wajib tidak kisah datang dari mana....perut lembu...paru...dan semua jenis isi dalam kerana kedai kedai tom yam lah yang pandai makan makanan ini....mereka tak kisah pun tentang halal atau tidak....

Ini lah yang saya tahu serba sedikit....daging pula jarang di bawa masuk kerana tak mampu nak lawan harga daging halal dari india....

 

YANG INI AKU SOKONG SANUSI.BEBAS BERIBADAT TIDAK BERMAKNA SESUKA HATI PACAK RUMAH IBADAT..

 

MB Kedah tak akan bela rumah ibadat langgar undang-undang.Pacak ikut suka.Bina ikut mana saja ada busut,sampai depan hospital pun pacak.Dari kecil sikit sikit sampai jadi rumah besar....

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR : Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan melindungi rumah ibadat yang melanggar undang-undang negeri itu daripada tindakan pihak berkuasa tempatan.

Sanusi berkata beliau tidak patut diminta memberi jaminan tidak akan berlaku perobohan rumah ibadat yang di dirikan tanpa mematuhi undang-undang berkaitan.

“Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133).

“Macam mana seorang menteri besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini,” soalnya, menurut laporan Bernama.

Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa menteri besar Kedah memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.

Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah kerana dibina tanpa kelulusan MBAS dan tapak berkenaan hendak dibangunkan.

Perobohan itu mencetuskan perang mulut antara pemimpin MIC dan DAP dengan Sanusi yang mempertahankan tindakan MBAS.

Antara lain, Sanusi berkata MIC mahu bertindak sebagai hero murahan dalam isu perobohan itu kerana sudah tidak relevan.Beliau juga menuduh pemimpin DAP, P Ramasamy, sebagai “mabuk todi” kerana mengkritik perobohan kuil itu secara keterlaluan. tags: C


Kos Haji: Saifuddin pertikai janji Menteri Agama

 

Kos Haji: Saifuddin pertikai janji Menteri Agama


204 pekebun Musang King gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman

 

Bernama
204 pekebun Musang King gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Ahli-ahli NGO memegang sepanduk di luar Mahkamah Tinggi Kuantan pada 9 Disember lalu berhubung kes semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah. - Bernama
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan fizikal dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.
Siew berkata, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.
"Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini," katanya.
Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara.
Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat.
"Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan.
"Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965," katanya.
Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 Sept dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak.
Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
-- BERNAMA


Jadilah sesumringah Anwar dalam menanti harapan

 

Jadilah sesumringah Anwar dalam menanti harapan

 NOTA PERJUMPAAN

Saya menghadiahkan buku terbaru
saya kepada Anwar.
 
KELMARIN saya mengunjungi Anwar Ibrahim di pejabatnya di Petaling Jaya. Kunjungan itu disertakan sama oleh Adun Tebing Tinggi Perak, Dr Abd Aziz Bari yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak. 

Sebenarnya saya jarang membuat kunjungan terhadapnya. Kunjungan kelmarin itu bolehlah dianggap sebagai rasmi, kerana kami tidak bercakap sambil berdiri atau sekadar berpapasan di jalanan cuma atau santai di warkop. 

Saya diberikan kerusi dan perbualan dalam bilik agak eksklusif. Sedikit serius tetapi tetap ada kesantaiannya.

Dalam perjumpaan berdurasi 53:45 saat itu ada beberapa perkara sempat disinggung untuk mendapat perhatiannya. Saya lebih banyak bercakap sebagai penulis kecil yang bebas berkenaan keadaan politik semasa, sementara Dr Abd Aziz Bari pula bercakap soal politik akademiknya.

Maklumat dan pemakluman.

Menarik dan keterujaan itu dapat saya simpulkan tentang sesuatu diperkatakan oleh Anwar. Suatu maklumat dan pemakluman? Sesuatu yang menyenangkan saya dan juga Dr Abd Aziz dan juga orang lain tentunya. Sepanjang pertemuan itu beliau ceria dan sumringah sekali dan tidak nampak tertekan. Keadaan itu tentulah menyakinkan orang lain juga sehingga boleh membuat apa-apa prediksi sendiri.

Dalam hubungan saya dengan Anwar, saya bersimpati kepada nasibnya yang masih menunggu untuk dinobatkan selaku perdana menteri, tetapi masih belum menjadi kenyataan. Ia berlalu agak lama tetapi dalam kamus orang politik tidak ada apa disebut sebagai lama. Semuanya seakan baru bermula semalam. Anwar merasai dan sedang menghayati itu sebab itu dia tenang.

Untuk dirinya sendiri walaupun beliau sudah berada diambang koridor kuasa sebagai PM, tetapi beliau ditangkis dan terbuang. Pertama tahun 1998 apabila kedudukan sebagai orang nombor dua dilucutkan. Dan terbaru harapannya terkulai apabila hancurnya kerajaan PH yang sudah pun mengkonsensuskan beliau akan jadi PM selepas Dr Mahathir Mohamad (OT95). 

Beliau dilihat jauh tergolek dari kerusi PM tetapi .. baginya tangkisan dan apa yang berlaku itu sebagai baru permulaan semula buatnya. Itu keampuhan sikap seorang pejuang, patah keris beralaskan hulu, tujuh kali jatuh tersembam gagah bangkit berdiri melawan. Lawan tetap lawan. 

Seperti mana saya tulis dalam buku-buku saya bahawa beliau didambakan oleh rakyat untuk menjadi perdana menteri setelah rakyat membaca dan menghadami keuletan beliau sebagai pemimpin. Harapan rakyat saya kira lebih berkobar-kobar daripada impiannya sendiri setelah mengenali betapa sukar untuk beliau melompat ke kerusi itu kerana pelbagai tribulasi dan mehnah dihadapinya, dari dipermainkan, diolok-olok dan dikhianati.

Bagi rakyat pula yang mengenali pasti dan menyadari akan kesempurnaan beliau untuk menjadi PM terbaik buat Malaysia sangat mengharap beliau suatu hari akan diangkat menjadi perdana menteri. Tegasnya politik Malaysia tidak akan lengkap dan sempurna kalau Anwar tidak menjadi perdana menteri. 

Kita ada pandangan dan sikap tersendiri dalam hal ini. Kita juga ada idola masing-masing. Bagi mereka yang menolak dan menghalangnya ada alasan sendiri kenapa mereka bertindak begitu. Nah, begitu juga yang mendambakan beliau jadi pemimpin nombor satu negara ada alasan tersendiri.

Tidak ada masalah kalau kita bertengkar untuk mempertahankan idola dan tokoh masing-masing asalkan saja kita rasional, berwibawa dan bermoral. 

Dalam pertemuan itu saya tidak tanya kepadanya apa usaha dilakukan sekarang ini untuk memenuhi harapan itu, jadi PM. Cuma apa yang dapat diselami Anwar seorang yang optimis dan tidak pernah berputus asa. Semangat yang dipegang itulah harus menjadi pegangan semua orang yang menyokongnya.

Kehebatan diri beliau menghadapi pancaroba itulah juga menyebabkan orang-orang mendukungnya di bawah menjadi semakin utuh dan penasaran berharap beliau segera menjadi perdana menteri.

Mengakhir pertemuan itu ada sepatah perkataan diluahkan sang Bapak Reformis itu yang tidak boleh saya kongsikan di sini. Nantinya bila sampai masanya saya akan buka dan sebut juga sepatah kata-katanya itu yang saya sifatkan sebagai semangkuk emas sedulang intan. Dr Abd Aziz juga mungkin bersetuju atau pun beliau kurang perasan apa disebut Anwar itu.  

Makanya kepada mereka mengharapkan Anwar jadi perdana menteri teruslah ikhlas dan jaga diri semua biar sihat, yakin dan jadilah seperti sesumrigahnya Anwar dalam menanti detik itu. [wm.kl.10:56 am 23/12/2020]

Glossori:

Warko = warung kopi, kedai kopi, mengopi.

Sumringah = jelingah, ceria berseri-seri, gembira dan bahagian.

JOM KITA BERTAKDIRRRRR.....KENAPA LA MURAH SANGAT BAYAR DIVIDEN NEH.....WOIIII TERENDAH DALAM SEJARAH WOIII...ORANG KAMPUNG..DUNIA...

 

NI APA PASAL MURAH SANGAT WEEIIIIIII....MANA WALAUN NAK BERTAKBIR.....TAKDIRRRRRR.


Tahun lalu bila dividen ASB sebanyak 5.50 sen, Pas kata ia sebagai kegagalan kerajaan, tapi tahun ini di mana Pas sendiri berada dalam kerajaan, dividennya cuma 4.25 sen saja atau rekod terendah dalam sejarah.

Beranikah Pas bersuara mengatakan ini kegagalan kerajaan?

 

Pengundi Ampang akan tolak Zuraida dalam PRU-15



Kenyataan Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad yang mahu Pakatan Harapan (PH) menukar ketua pembangkang tidak perlu dipandang dengan serius kerana kedudukan Zuraida sendiri lebih membimbangkan.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Faizah Ariffin berkata Zuraida berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang.

"Saya ingin menyampaikan pesan kepada Zuraida, ini mungkin terjadi kerana kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh dan buktinya hanya mendapat 111 sokongan ketika mendapatkan kelulusan belanjawan 2021.

Malah, Faizah yakin karier politik Zuraida akan berakhir jika beliau bertanding sekali lagi di Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Ampang akan menyaksikan karier politik Zuraida akan disemadikan dengan tenang disitu kerana rakyat akan bangkit menolak beliau sekiranya dicalonkan semula pada PRU-15 akan datang.

"Pastinya calon baru wanita dari KEADILAN akan dipilih oleh rakyat Ampang dek kerana perbuatan jijik dan khianat oleh Zuraida sendiri," katanya.

Justeru, Faizah meminta Zuraida supaya bermuhasabah dalam perbuatannya.

"Zuraida ini bercakap terlalu bongkak dan sombong dalam percakapan. Saya kira Zuraida perlulah muhasabah diri semula.

"Saya ingin kongsikan sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Imran, ayat 54 yang bermaksud;

"Allah merancang, kita juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang."

 

Pergolakan dalaman PN lebih teruk, Hizwan perlu cermin muka sendiri


Saranan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hizwan Ahmad agar pembangkang memilih Ketua Pembangkang yang baharu seperti 'menepuk air di dulang kena ke muka sendiri'

Bagi Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syukri Razab, saranan itu sepatutnya ditujukan kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Perikatan Nasional (PN), bukan kepada pihak pembangkang.

Katanya, realitinya PN bergolak jauh lebih hebat berbanding Pakatan Harapan (PH).

"Pertelingkahan dalaman PN bukan lagi masalah yang boleh disembunyikan. Malah Hizwan dan rakan-rakan PPBM wajar bermuhasabah dengan apa yang berlaku di Perak. Menteri Besar PPBM disingkirkan oleh Umno dengan cara yang memalukan dan akhirnya PPBM terpaksa menerima pula Menteri Besar baru daripada Umno.

"Di peringkat nasional, hingga ke hari ini Perdana Menteri masih gagal membuktikan Kerajaan PN memiliki majoriti yang kukuh apabila undi tertinggi yang boleh diperolehi semasa pengundian belanjawan yang lepas hanyalah sebanyak 111. Perdana Menteri dan PN juga dilihat tidak cukup jantan apabila tidak berani memberi ruang kepada usul Undi Tidak Percaya.

"Pertelingkahan antara pemimpin PN kelihatan jauh daripada selesai apabila Umno dan Pas terus memilih untuk memperkuat Muafakat Nasional tanpa melibatkan PPBM. Keadaan ini membayangkan ketidaktentuan masa depan PPBM terutama menjelang agihan kerusi pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syukri lagi, amat melucukan apabila Hizwan cuba menuding jari terhadap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketidakstabilan politik.

Sedangkan, kata Syukri, pengkhianatan Langkah Sheraton yang disertai Hizwan dan beberapa orang pembelot daripada PH sebenarnya menjadi punca Malaysia jatuh ke dalam ketidakstabilan politik.

"Sejak pengkhianatan itu berlaku, keadaan politik Malaysia terus bercelaru apabila pemimpin kerajaan sibuk berpolitik berbanding memberi fokus terhadap pentadbiran. Hasilnya Firma Penarafan Antarabangsa Fitch Rating telah menurunan taraf ekonomi Malaysia daripada A- ke BBB+.

"Justeru AMK menasihati Hizwan dan rakan-rakan sepengkhianatan untuk cermin diri dan jangan cuba menutup kelemahan PN yang busuknya sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

"Berhentilah bermain politik murahan dan fokus kepada usaha menyelesaikan masalah ekonomi rakyat," kata Syukri.



ISU AIR KEDAH.SUMBANGAN PUN JANGAN BAYARAN LAGI LA JANGAN...APA APA PENANG BAWA KE MAHKAMAH.

 

Isu air: Kedah mahukan bayaran, bukan sumbangan - Jika mahukan bayaran, Penang boleh usahakan mana mana sungai yang ada di Seberang atau dari Perak. Jika nak sumbang diharapkan kerajaan Penang jangan sekali kali membazirkan duit rakyat. malahan seharusnyalah mencari alternatif lain. 

Bernama
Isu air: Kedah mahukan bayaran, bukan sumbangan - Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Kedah berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah namun sedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.
"Kita nak bayaran. Bukan sumbangan. (Kalau) sumbangan, ikut suka bayar berapa duit pun, 4 kupang (40 sen) 5 kupang (50 sen). Sumbangan ini juga kalau nak bagi boleh, tak mau bagi pun boleh," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Muhammad Sanusi turut menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini yang menyatakan kerajaan negeri Pulau Pinang sedia berunding mengenai isu pampasan air sebagai perkembangan positif bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh memberi jaminan untuk tidak merobohkan mana-mana struktur bangunan termasuk rumah ibadat yang dibina atas tanah yang bukan milik persendirian dan bertentangan dengan undang-undang.
"Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133), macam mana seorang Menteri Besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini," soalnya.
Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa Menteri Besar Kedah itu memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.
Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah selepas tapak berkenaan yang dimiliki kerajaan negeri hendak dibangunkan yang seterusnya menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. - BERNAMA

Grand Coalition sepatutnya tambah Ahli Parlimen pembangkang jadi kerajaan

 


Grand Coalition (GC) yang masih diperbincangkan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) seharusnya mencanangkan idea membentuk Kerajaan Persekutuan dengan penambahan sokongan Ahli-ahli Parlimen pro-PH.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, sekiranya jumlah Ahli Parlimen pembangkang hanya sekitar 108 orang, maka hal itu bukanlah idea yang menarik untuk menubuhkan GC.

"Mereka yang mencadangkan benda yang pelik-pelik ini kekal juga 108 Ahli Parlimen. Kalau ditubuhkan Grand Coalition maka kita boleh jadi 114, 115, itu baru namanya Grand Coalition.

"Kalau kita hanya kekal dengan 108, itu bukan Grand Coalition, itu dinamakan kumpulan pembangkang. GC ini maknanya kita nak tambah lagi, tetapi apa penambahbaikan yang kita nak buat?

"Tak boleh macam itu (tanpa tambah ahli), saya tak setuju, kalau nak buat kena ada objektif, sekarang pembangkang tetap pembangkang (dengan jumlah 108)," katanya kepada Suara Keadilan.

Sebaliknya, Abdullah mencadangkan agar PH sebagai gabungan parti pelbagai kaum dimantapkan lagi.

Beliau mengingatkan rakan-rakan pimpinan parti komponen agar berhati-hati dengan idea baharu kerana berkemungkinan ada pihak yang mahu menyingkirkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya tak nampak matlamat (lebih jauh) GC, sudah ada Pakatan Harapan cukuplah. Tak perlu Grand Coalition pun.

"Sekarang Grand Coalition ini, apa yang tersirat saya nampak permainan Dr Mahathir, Shafie nak jadi Ketua Pembangkang. Itu pada pandangan saya," katanya.

Menurut Abdullah lagi, idea politik gabungan besar pembangkang mungkin perancangan licik untuk memperkecilkan peranan parti komponen PH tertentu yang tidak semestinya baik untuk masa hadapan politik ketiga-tiga parti komponen.