ANWAR IBRAHIM: DERITA MENGAJAR KITA
ANWAR IBRAHIM: DERITA MENGAJAR KITA
Derita harus mengajar kita. Orang tanya, Anwar pengalaman kamu
11 tahun keluar masuk penjara, ada belajar apa-apa tak?
Ada. Saya dengan penuh tawadhu’ menyatakan bahawa ia mengajar
saya lebih memaaf, lebih simpati tentang derita orang. Saya melihat satu persatu
pekerja asing dicambuk, dirotan, dan saya rasa sedih. Kalau saya lalu di
kawasan itu (di penjara), orang Indonesia bersuara, “Pak Anwar, tolong kami.”
Kerana dia datang cari rezeki yang halal, bayar kepada agen-agen pekerja asing
yang dibelakangnya adalah tokoh-tokoh politik yang kaya raya. Dia kehilangan
semuanya, yang dapat hanya pangkat sarjan di punggung kerana kesan rotan.
NGO SPH, Sertai Group WhatsApp Untuk Maklumat Terkini
https://chat.whatsapp.com/GctjsX8W34f6JViwOq1xAx
Saya lihat anak muda, umur sekitar 14-15 tahun direman selama 6
bulan, matanya lebam, kerana mencuri sepasang seluar jeans. Pada masa itu saya
lihat yang merompak billion naik jadi Tan Sri.
Tetapi kalau ia tak mengajar saya nilai yang lebih baik,
perasaan untuk berbuat sesuatu, mempertahan hak, kembali kepada jalur hukum dan
bukan untuk menindas, maka saya tidak ada nilai untuk kebaikan. Sebab itu bila
orang tanya, dulu saya bercakap kebebasan, menolak penindasan, tetapi kalau
tanya saya sekarang, saya lebih tegas, lenih tegar, lebih real menghayati ruh
perjuangan ini dari segi kebebasan, menolak keangkuhan dan rasuah, dan lebih
menyelami perasaan dan derita orang bawah.
Penjara ini sebenarnya tempat orang bawahan, orang besar-besar
ini golongan minoriti. 90% itu kelas bawahan. Cuma sekarang saja kita dengar,
Dato’, Dato’ Seri akan masuk. Tetapi saya ingin ingatkan bahawa saya value
freedom, hargai kebebasan, kerana orang yang dizalimi termasuklah Melayu,
India, Cina. Ada yang salah, tetapi tak setimpal dengan hukuman yang mereka
jalani. Curi jeans memang salah, tetapi tidak setimpal kena 6 bulan penjara,
dan kena belasah setengah mati.
(ANWAR IBRAHIM 2018)
I S L A H M E
D I A
SUDAH MULA TUNJUK SAMSENG...
BOB KELANANG
Seperti dijangka... UMNO selaku tunjang utama BN dan pemegang
kerusi paling banyak dalam PN memang akan mintak orang lain hormat depa dalam
proses rundingan pengagihan kerusi... memang dah agak pun... DAN sudah boleh
mula tunjuk samseng...
Ini baru permulaan AUNs...
Belum lagi PAS tunjukkan samseng dia plak...
KOH KOH KOH...
Jangan ingat PAS tak berani nak tunjuk samseng dalam PN, tunjuk
pelir dalam Messenger pun depa berani…
KOH KOH KOH… jilaker!!
Kalu kat Kelantan dan Terengganu pun PAS boleh buat kelaku
samseng takmo berkongsi kuasa... korang ingat tempat lain dia mau kongsi gak
ker..??
Kompom la AUNs... akan berlaku perang dalam merebut kerusi dalam
pilihanraya umum akan datang nanti... pastinya UMNO akan nak bertanding di
semua kerusi DAN kawasan yang UMNO biasa bertanding... dan PAS jugak akan nak
bertanding di semua kerusi dan kawasan yang PAS biasa bertanding...
DAN kesemua kawasan ni memang overlap...
KOH KOH KOH... memang bertembung punya...
Itu belum masuk lagi BERSATU nak masuk jarum nak jugak kerusi
dan kawasan bertanding untuk depa... memang double triple overlap...
KOH KOH KOH... dan pastinya akan berlaku pecah sokongan DAN
undi...
KOH KOH KOH...
Kita nantikan jer la...
Apa pun... MCA takkan nak lepaskan peluang depa... MCA mana
pernah bertanding di kawasan majoriti kaum Cina... MCA sentiasa bertanding di
kawasan majoriti Melayu...
KOH KOH KOH... bertembung lagi teruk la... PAS sure takkan bagi
muka...
KOH KOH KOH...
Ini akan jadi perang besar...
TAK GUNA LAH KALAU ADA DUTA TIMUR TENGAH PERKARA SEBEGINI TAK BOLEH SELESAI. ZAMAN PH KEKAL DAN TAMBAH LAGI ...MEMALUKAN..
Arab Saudi dijangka kenakan syarat, caj tambahan baharu kepada bakal haji
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi dijangka mengenakan beberapa syarat dan caj tambahan baharu kepada bakal haji selari usaha mereka membendung penularan wabak COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bakal haji perlu bersedia dari segi kewangan untuk memenuhi tuntutan itu kelak.
“Jika kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membenarkan sebilangan rakyat menunaikan ibadat haji pada musim haji akan datang, SOP yang komprehensif akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), ia akan diuruskan dengan terbaik oleh Tabung Haji (TH).
“Selain SOP dikeluarkan oleh Malaysia, bakal haji juga perlu mematuhi SOP ditetapkan kerajaan Arab Saudi dalam usaha mereka mengekang penularan wabak semasa ibadat haji berlangsung,” katanya pada sidang media di menara TH.
Pada 18 Okt lalu, kerajaan Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menubuhkan jawatankuasa strategik peringkat tertinggi yang memberi tumpuan terhadap kerjasama pasca pandemik COVID-19 termasuk mengenai kuota haji 2021.
Menteri Luar Hishammuddin Hussein berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud dan beliau sendiri.
Arab Saudi dijangka melonggarkan penutupan sempadan bermula 1 Januari 2021 dan membenarkan umat Islam dari negara lain menunaikan haji serta umrah dengan SOP tertentu.
Dalam pada itu Zulkifli berkata, dijangka terdapat syarat pemilihan bakal haji dari aspek tahap kesihatan.
Katanya, bakal haji harus sentiasa diingatkan untuk lebih bersedia dari segi kesihatan fizikal dan mental.
“Biasakan diri dengan norma baharu bagi memudahkan bakal haji menyesuaikan diri jika terpilih mengerjakan ibadat haji nanti,” katanya.
Zulkifli berkata, perincian mengenai jangkaan kos menunaikan haji juga akan dimaklumkan pada akhir Januari tahun depan.
Beliau akan ke Arab Saudi bagi membincangkan isu berkait dengan bakal haji dalam masa terdekat.
“Perkara ini akan dibincangkan dan dibentangkan dari semasa ke semasa. Masalah kita hadapi adalah unjuran kos. Kita akan runding dalam masa terdekat untuk kemukakan kos berkait dengan acara ibadat haji,” katanya.
Kes Illi Najwah Saddique – perspektif saya
. Heboh di media tentang majlis perkahwinan antara seorang remaja perempuan Melayu/Islam dari Malaysia-Illi Najwah-dengan Ketua Pasukan Hoki India yang dilangsungkan di Punjab, India mengikut upacara keagamaan masyarakat Sikh.
2. Ya, isu ini terlalu sensitif dan agak sukar juga untuk saya mendekati isu serumit ini.
3. Saya harus katakan kepada para teman yang berbangsa Sikh, saya harap anda semua faham dan mengerti keresahan umat Islam dalam isu-isu seperti ini kerana umat Islam amat sensitif dan peka dengan kepercayaan atau pegangan mereka.
4. Bagi mereka- umat Islam- isu aqidah atau pegangan kepada agama suatu yang tidak ada ruang untuk berkompromi. Ya, mereka amat amat serius berkaitan soal pegangan agama atau akidah mereka kerana mereka menganggap ianya berupa soal pertimbangan hidup dan mati (life and death) meskipun mungkin setengah dari mereka tidak begitu serius mengamalkan ajaran agama mereka sendiri.
5. Secara peribadi, saya amat faham kesensitifan isu seperti ini kerana sebagai mantan peguam saya pernah terlibat secara langsung dengan isu pertukaran agama atau dalam istilah agama Islam isu murtad. Saya arif sangat kesan isu seperti ini, bukan sahaja kepada pihak yang terlibat dan keluarga mereka malahan juga terhadap isu keharmonian dan perpaduan kaum serta agama khususnya dalam masyarakat rencam bangsa dan agama seperti negara ini jika ianya gagal ditangani dengan baik dan penuh d berhikmah serta dengan “cool head“.
5. Dengan kaveat di atas, saya cuba untuk kemukakan sudut pandang atau perspektif saya berkaitan isu ini. Saya tak mahu kata pandangan saya ini sebagai mewakili kebenaran tunggal dan juga mewakili pandangan masyarakat Islam. Bagi saya, tulisan ini tidak lebih hanya sekadar pandangan saya yang tertakluk kepada pelbagai kelemahan dan mungkin juga kesalahan dan kesilapan.
6. Izinkan saya mendekati isu ini dengan menyatakan ini…bahawa semarah mana pun kita – umat Islam – kepada wanita remaja ini atau keluarga beliau, kita juga, dalam masa yang sama, mempunyai tanggungjawab persaudaraan Islam untuk sama-sama cuba dan berusaha mencari penyelesaian tuntas dan terbaik kepada isu ini.
7. Mungkin, sebagai permulaan, kita tidak wajar menambahparah lagi kerumitan isu ini khususnya dengan memberikan tekanan berterusan yang tidak sepatutnya kepada wanita remaja ini dan keluarga beliau. Ya, seteruk mana pun kita mungkin merasai bebanan kes ini, saya percaya teruk lagi bebanan yang dihadapi oleh wanita remaja ini dan keluarga beliau. Justeru itu, bagi saya, dengan hormat, sebarang elemen ” holier than thou” harus dielakkan. Sebaliknya, bagi saya, penonjolan “Islam is merciful to all” sewajarnya dan sepatutnya diketengahkan.
8. Saya yakin segala keputusan yang wanita remaja ini lakukan bertitik tolak dari rasa cinta yang amat mendalam ke atas pasangan hidup beliau tersebut dan kita semua tahu bahawa cinta itu buta. Kerana sifat “cinta yang buta” itu apatah lagi di kalangan pasangan remaja, maka tidak mustahil wujudnya keculasan, kecuaian, kealpaan dan kegopohan dalam proses membuat keputusan.
9. Justeru itu, saya amat berharap apa yang wanita remaja Islam ini lakukan di Punjab itu-yang mungkin boleh ditafsirkan melanggar batasan dan sempadan agama dan aqidah – hanyalah semata-mata bertitik tolak daripada kejahilan dan kealpaan beliau, justeru melayakkan beliau dikurniakan keampunan oleh Allah atas rahmatNya yang amat luas itu (His vast and unlimited mercy), sekiranya beliau bertaubat.
10. Isu ini juga, kita tahu, merentasi sempadan geografi dan ada kesan tertentu dalam soal hubungan diplomatik dan geo politik antara dua buah negara. Maka, tidak dapat tidak, sebarang keputusan dalam isu ini diharap dapat diperhalusi secermat mungkin dan mengambil kira semua sudut dan keadaan. ูุงููู ุงุนูู
YB Sepang.
21/12/2020.
S U D A H J U M P A D A L I L
BOB KELANANG
https://youtu.be/WlXY5JdpBmo
Aku
memang tertunggu-tunggu je apa dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis
Khutub Utara ni...
KOH KOH
KOH…
Makin
teruk dah ni... xtau la nak kata apa... apa jenis Mopti la dia ni... adoilah...
bahaya betul pandangan dia…
AUNs...
bab aqidah ni mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... iman
ni adalah kepercayaan... yang lahir dari 3 perkara ni...
i. Niat
ii. Lisan
iii.
Perbuatan
Jadi...
gagal salah satu... maka hilanglah iman... hilanglah aqidah... tak payah la nak
pusing-pusing sana, sini bawak cerita itu ini...
Aku nak
bagitau satu la... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh ni tak beriman
kepada Allah Taala... takkan itu pun bodoh sangat Mopti tak reti nak beza...
adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...
Sujud
hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada
makhluk...
…………………
Isu
Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain - Dr MAZA
Beberapa
pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk
menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak
sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin
mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
1.Perkahwinan
merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan
dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut
apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah -
tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa
tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan
perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim.
Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah
kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman.
Sesungguhnya
wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia
mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan
wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin
lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak
kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan
izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka
mempelajari”.
2. Untuk
menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian.
Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah
terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak
tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu
kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu
disuruh oleh agama.
3.
Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama.
Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan
perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan.
Pertama;
jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang
disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar
memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak
menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam
(lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga
Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah
Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud
penghormatan bukan ibadah.
4.
Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu
haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian.
Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah
bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir,
itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari
Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari.
Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada
sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai
kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam
al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah
dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan)
pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan
ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain.
Adapun
jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang
terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah
sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan
mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar
kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm).
5.
Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran,
sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah.
Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam
al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil
dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara
pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau
selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada
ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur
ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69.
Beirut: Dar al-Fikr).
6.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang
yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan
ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam
pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka,
namun mereka belum berjaya.
7. Jika
masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan
terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu
juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis.
Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia
berlaku di luar negara.
8. Saya
berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara
siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong
perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang
diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang
berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu
andaian yang tidak tepat.
9.
Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia
bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim.
Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang
dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka
mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum.
10. Isu
ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes
dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati.
Menghukum
kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan,
melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.
Kan dah GM kata, seronok bekerja di sebalik tabir nih
GINO MARVELA
Kan dah GM kata, seronok bekerja di sebalik tabir nih.
Utk urusan dalaman majlis presiden PH itu mereka sdg uruskan.
Nak bercakaran ka, berbincang ka, keluar ka... itu pilihan mereka dan terserah
kpd kebijaksanaan. Tapi di sisi kami hanya ada PH yang dalamnya punyai
Keadilan, Amanah, Parti Tindakan Demokratik (DAP). Hat lain nak plus-plis-fulus
tu bukan dalam agenda PH. Grand quolition, quotation, coalition ka...grand slam
ka, itu hanya sisihan PH ja, mereka buleh bekerjasama...
PH yg punyai 3 parti tersebut perlu di perkukuhkan terlebih
dahulu!
Dan tahniah kpd parti Keadilan, dalam bising2 pun kerja
penyusunan dalaman berjalan lancar. Juga kpd DAP, walaupun ada satu dua yg
lembam... kalian berupaya utk stabil.
Kami tertarik satu isu di Melaka di mana kerajaan negeri di
saman oleh pihak kontraktor. Dari pengamatan kami, ada satu dua tangan yg cuba
ambil kesempatan dalam ketidakupayaan sykt kontraktor tersebut. Ya kami
mengenal rapat mereka semua, dan hat paling menarik ada kaitan kpd seorang
isteri VVIP. Dan khabarnya ada tangan ghaib yg cuba berhubung dgn pihak ke 3
bagi ambil alih projek penambakan 3 pulau buatan di sana.
Seronok melihat senario di sana, nasib baiklah PH sewaktu
memerintah dahulu kami nyatakan usah batalkan projek yg dh berjalan mahupun dlm
perjanjian. Kelak bakal di saman berbilion...
Utk pemerhatian, kami kini kerap berada di Perak dalam beberapa
urusan rasmi & tidak rasmi. Adalah suatu usaha yg di lakukan di sana, kelak
rakyat di sana dapat manfaatnya.
Dan utk hal politik semasa, kami biarkan PH uruskan sendiri
dalaman mereka antara sesama. Tugas kami pula menguruskan hat kaitan kerja luar
termasuklah sang kuning. Kami bukanlah ahli politik mahupun jawatan dalam
parti, sungguh pun begitu kalian sendiri maklum akan agenda yg kami lakukan
buat individu yg berhampiran di selat Melaka tersebut.
Dan lg satu...khabarnya ada anak tokoh politik tukar agama
kahwin dgn singh. Betui ka ? Pak lebai kelarah parti planet sebelah bumi diam
ja. Bunyi pun dak... ka dh tertelan dahan pokok bidara yg berduri tajam tu ?
Yang berkarya:
aka Gin Marvel.
Note: GM sentiasa online baca karya kalian. Cuma tidak menulis
ja. Sampai di lokasi hat takda line, nak tulih pun takda mood. Nama ja Malaysia
terbagus seantero dunia dalam segala hal, usah kata 5G... 2G pun payah nak
dapat.
Di telan mati anak, di luah mati bapak.
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Saya dulu selalu tegur golongan ruwaibidhah nak bermain dengan
3R ( Race, Religion dan Royalty) adalah perkara yang bahaya. Dia macam pedang 2
mata, silap-silap main boleh terputus tangan sendiri.
Walaun dan lebai kata pasangan tersebut dah masuk Islam lepas
itu balik ke India hanya untuk lengkapkan resepsi belah sana. Walaupun keyataan
yang lebai petik itu dari 3rd party yang bahasa dia sendiri tak consistant, for
the sake of the argument kita terima yang kata mereka berdua dah masuk islam.
Tapi kalau masuk Islam, dia tunduk dan sembah sesuatu selain
dari Allah sudah jadi dosa besar.
Walaun kena ingat yang India di bawah Kerajaan BJP dah gazetkan
satu undang-undang perkahwinan antara agama yang mana kalau mereka berkahwin
dengan niat hendak suruh tukar agama boleh di penjara 10 tahun ( sudah tentu
law in ini bias untuk lelaki muslim yang cuba kawin dengan wanita hindu di
India).
Jadi kalau suami dia masuk Islam dan isteri yang entice dia
supaya masuk Islam, Isteri dia boleh kena dakwa atas undang-undang baharu ini.
dan kena ingat juga yang suami dia tu kapten hoki nasional, kalau dia tukar
agama, silap2 ada rusuahan kaum/agama di sana.
Jadi the best way untuk elak dari kena penjara dekat India
adalah mengaku isteri dia sudah convert ke agama lain atau stay berlainan agama
dan hanya kawin ikut sivil macam pluralisma
Tapi kalau stay berlainan agama, ikut neraca walaun dan SSST
bukankan itu Islam terancam? Menteri Agama PN kata ini luar bidang kuasa dia,
kalau nak playsafe jangan ambil jawatan lantikan politik.
Bila dah kena dekat batang hidung lebai, baru walaun belajar
perkataan dosa peribadi, belajar perkataan tabbayun. Padahal dulu tajassus jadi
makanan tengah hari harian, fitnah jadi makan malam.
Saya secara peribadi bersimpati dengan pasangan tersebut sebab
jadi crosshair antara fanatik agama di dua-dua negara Malaysia dan India. Cuma,
kadang-kadang dengan cara ini baru terbuka mata pentaksub semua yang lebai
mereka yang di banggakan selama ini hanya golonga yang menjual ayat-ayat Allah
demi sedikit habuan dunia.
Allah itu tidak pernah tidur, ini baru sedikit cerbisan fitnah
golongan ruwaibidah di balikkan pada diri penuduh. Yang paling sedih nanti
pengikut yang taksub akan memohon pada Allah supaya pemimpin yang menyesatkan
mereka di azab dua kali ganda sebab pemimpin tadi sudah berlepas diri terhadap
apa yang mereka jamin semasa di dunia.
‘Bukan isu Muhyiddin jadi PM tapi PN langgar sistem’
Pendirian menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan kerana isu seperti Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berkata, perkara paling penting ialah PN melanggar sistem demokrasi di negara ini.
“Kita menentang PN bukan bermula dengan isu anak saudara siapa entah pergi berkahwin dengan warganegara India. Bukan.
“Kita bertembung dengan PN juga bukan kerana isu hiliran seperti tidak terima Muhyiddin jadi Perdana Menteri (PM).
“Isunya ialah Muhyiddin jadi PM tidak ikut sistem. Samalah dengan analogi bawa lari anak dara orang kemudian berkahwin di Siam.
“Bukan masalah sah atau tidak sah. Masalahnya, langgar sistem menyebabkan ada yang terluka.
“Ada yang tercalar (perasaan). Ada yang sampai bertahun tidak boleh jumpa ibu bapa mentua,” katanya dalam Tanwir Politik anjuran AMANAH Kawasan Bukit Gelugor di Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Ustaz Ridzwan, hal seperti itulah dialami PN dalam berdepan PN pada masa ini sejak akhir Februari lalu.
Tegasnya, PN ditolak kerana telah menganggu sistem yang kemudiannya mendatangkan pelbagai akibat.
“Dia (PN) hancurkan sistem. Sejak merdeka kita setuju kerajaan dipilih menerusi cara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Sistem itulah yang disepakati sejak daripada Pilihan Raya Umum pertama 1955 hingga PRU-14 dua tahun lalu,” ujarnya lagi.
NAK BAGI PADA WARGA EMAS..TETIBA TAK JADI PULAK ?
NIZAM AKA
Warga emas yang pada
mula rasa gembira bila umumkan bantuan utk mereka dinaikkan kpd Rm500,bertukar
menjadi kecewa,sakit hati dan sedih bila dicadangkan had umur warga dinaikkan
dari 60 tahun kepada 65 tahun..
Tapi sebaik-baiknya,had umur
warga emas dinaikkan terus kepada 70 tahun dan pencen mula dibayar ketika berumur 65
thn..Baru kjaan PN tebuk atap benar-benar dapat jimatkan wang negara..
Di pej pula disediakan
sebuah ambulan utk setiap pej beserta dgn 2,3 org jururawat yang bertugas jika
berlaku apa-apa kecemasan.. Disediakan sama alat2 bantuan kecemasan dan kerusi
roda..Jgn lupa,setiap pej sediakan kereta dan pemandu utk mengambil/menghantar
pulang warga2 emas itu sbb jika mereka memandu sendiri ke pej,mungkin mereka2
itu terlupa lokasi pej atau mungkin akn tertukar pej..
Rina ni bila agak2nya
nak jadi cerdik sesuai dgn otak sbgai seorg menteri?Kalau langsung tk nak
byr,cadang terus umur 100 thn..
KISAH BAGAIMANA PERUBATAN ALTERNATIF MEMENANGI KES
MAN TOBA
Biasanya puak2 farmasi yg anti dengan perubatan2 alternatif nih.
Pasal depa taknak jualan ubat ubatan mereka terjejas. Siapa sangka, depa siap
upah beberapa org doktor lagi untuk tujuan nak kecam musuh2 mereka.
Contoh ubat dari carnabis. Berkesan merawat barah. Terbukti
pesakit2 barah sembuh. Namun puak2 farmasi ini buat propaganda macam2 untuk
pemimpin negara halang dari dipergunakan dinegara kita untuk tujuan ubat2tan.
Begitu juga isu rokok. Perokok2 terbukti bol3h berhenti merokok
dengan bertukar jadi penguna vape. Bermacam2 helah mereka sebar untuk
memburukkan pengunaan vape ini. Bukan apa, perokok yg merokok, bila sakit akan
cari ubat2 farmasi, bila ramai penguna vape, maka makin berkurang pesakit
akibat merokok.
Ini antara contoh2 yg membuktikan bahawa puak2 cukong kaya
menguasi perniagaan ubat cuba mendominasi pasaran dengan menutup jalan2
perubatan alternatif.
Asiah Abd Jalil
1t8 gSsDecembtehpsmornscorc rmiasrater o10d:mag2e7SS ·
Saya
menang kes saya hari ini!
Mahkamah Majistret Kajang melepaskan dan membebaskan anakguam
saya dari semua pertuduhan, di akhir kes pembelaan.
Masih ingatkah anda dengan page PW?
Pada 7 Januari 2017, PW kononnya membongkar mengenai Dr. Luqman dan anaknya, Cik Suha. Macam-macam
tuduhan tidak benar dilemparkan.
Dr. bermaksud doktor naturopati. Amalan
perubatan naturopati dan ayurveda yang diamalkan oleh
adalah bidang perubatan alternatif yang diiktiraf di bawah Akta
Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016.
Pada 26 Januari 2017, selepas pendedahan di page PW, pusat
rawatan Luqman Herbs Centre di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi diserbu oleh pihak
berkuasa farmasi. Ubat-ubat dirampas.
Selepas itu PW terus galak menyerang Dr. Luqman dan anaknya, Cik Suha. Seolah-olah
bila dah diserbu pihak berkuasa, confirm penipu la tu, menurut logik PW.
Pada 3 Oktober 2017, sekali lagi Luqman Herbs Centre diserbu
oleh pihak berkuasa farmasi. Kali ini lebih banyak ubat dirampas.
Dr. Luqman dihadapkan ke Mahkamah Majistret
atas pertuduhan memiliki ubat tidak berdaftar. Namun anakguam saya kekal
berpendirian untuk tidak mengaku salah. Dr. Luqman bertekad hendak membela diri di
mahkamah.
Sejak 1 November 2017 ketika didakwa kali pertama, hinggalah ke
hari ini, 18 Disember 2020, selama 3 tahun Dr. Luqman turun naik mahkamah entah dah berapa
puluh kali. Demi untuk membela diri dan menceritakan his side of story di
hadapan Mahkamah Yang Mulia.
Semasa perbicaraan, anakguam saya telah memberi keterangan
mengenai amalan perubatan naturopati dan ayurveda yang diwarisi dari negara
India sejak zaman berzaman. Dr. Luqman ialah generasi keenam dalam
keluarganya yang mengamalkan teknik perubatan ini.
Hari ini kebenaran telah tertegak. Dr. Luqman bebas daripada semua pertuduhan.
Manakala page PW bersama admin-admin asal yang terdiri daripada
kakitangan KKM kini telah hilang lesap dari radar.