BOB KELANANG
https://youtu.be/WlXY5JdpBmo
Aku
memang tertunggu-tunggu je apa dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis
Khutub Utara ni...
KOH KOH
KOH…
Makin
teruk dah ni... xtau la nak kata apa... apa jenis Mopti la dia ni... adoilah...
bahaya betul pandangan dia…
AUNs...
bab aqidah ni mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... iman
ni adalah kepercayaan... yang lahir dari 3 perkara ni...
i. Niat
ii. Lisan
iii.
Perbuatan
Jadi...
gagal salah satu... maka hilanglah iman... hilanglah aqidah... tak payah la nak
pusing-pusing sana, sini bawak cerita itu ini...
Aku nak
bagitau satu la... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh ni tak beriman
kepada Allah Taala... takkan itu pun bodoh sangat Mopti tak reti nak beza...
adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...
Sujud
hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada
makhluk...
…………………
Isu
Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain - Dr MAZA
Beberapa
pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk
menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak
sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin
mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
1.Perkahwinan
merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan
dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut
apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah -
tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa
tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan
perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim.
Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah
kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman.
Sesungguhnya
wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia
mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan
wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin
lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak
kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan
izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka
mempelajari”.
2. Untuk
menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian.
Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah
terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak
tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu
kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu
disuruh oleh agama.
3.
Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama.
Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan
perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan.
Pertama;
jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang
disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar
memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak
menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam
(lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga
Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah
Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud
penghormatan bukan ibadah.
4.
Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu
haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian.
Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah
bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir,
itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari
Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari.
Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada
sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai
kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam
al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah
dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan)
pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan
ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain.
Adapun
jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang
terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah
sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan
mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar
kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm).
5.
Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran,
sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah.
Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam
al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil
dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara
pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau
selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada
ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur
ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69.
Beirut: Dar al-Fikr).
6.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang
yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan
ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam
pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka,
namun mereka belum berjaya.
7. Jika
masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan
terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu
juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis.
Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia
berlaku di luar negara.
8. Saya
berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara
siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong
perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang
diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang
berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu
andaian yang tidak tepat.
9.
Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia
bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim.
Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang
dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka
mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum.
10. Isu
ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes
dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati.
Menghukum
kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan,
melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.