PH jangan silap, bimbang tergali kubur sendiri

 PH jangan silap, bimbang tergali kubur sendiri

APA PUNYA MUHYIDDIN


 Apalah Muhyidin nie ... punya laa lama dah jadi menteri masih tak reti-reti lagi.


Soalan:

1. Kenapa pilih Pfizer? Apa kriteria yang diguna? Ada scheme of things jugak ke?

2. Kenapa tak tunggu kelulusan MOH? Boleh ke kerajaan beli vaksin tertentu tanpa kelulusan MOH?

3. Peruntukan beli vaksin melalui MOH atau MOSTI? Kenapa tidak diperincikan dalam belanjawan?

MAHATHIR TAK SANGKA DIMALUKAN PH

Tidak perlu saya ulas mengapa PKR, DAP dan Warisan menolak undi belah bahagi yg dibuat oleh Mahfuz Omar kerana rata kita telah membaca sebab-sebab tersebut. 

Ramai yang kecewa, seperti saya juga inilah peluang untuk PH menjatuhkan kerajaan PN. Kita kecewa kerana sebelum ini kita tidak tahu dan ambil tahu bagaimana proses Belanjawan di Parlimen berlaku kerana inilah kali pertama kita ingin ambil tahu lebih mendalam. Dalam mahu ambil tahu banyak benda kita tak tahu akhirnya kita marah-marah macam kita serba tahu. 

Malah ramai yang menghentam Anwar  walaupun Syafie Apdal sekutu Mahathir dan MPnya seorang pun tidak bangun. Lebih pelik Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin juga tidak bangun tetapi Anwar tetap dipersalahkan... itu tandanya kita prejudis. 

Ramai penyokong Amanah menghentam Anwar kerana dendam mereka kerana Anwar tidak mahu menyokong Mahathir sebagai calon PM buat kali ketiga😅... itu sahaja. 

Saya mulanya terkejut mengapa MP-MP  PH tidak berdiri menyokong Mahfuz. Saya ambil pendekatan tenangkan diri dan tunggu sebab-sebabnya. Mesti ada sebab lebih 90% MP pembangkang tidak bangun...Selepas 2 jam baru saya mendapat penjelasan dari rakan-rakan di KL. 

Apa implikasi daripada keputusan semalam kepada PH? 

Pertama berkisah kapada nombor. Selama hari ini ramai menyindir Anwar tiada nombor tapi mereka yakin Mahathir ada nombor. Terbukti Mahathir tiada nombor. Lebih memalukan Mahathir hanya mampu membawa 13MP bersamanya. 

Kedua... semalam MP PN/BN hampir semua berada di Parlimen. Sehari sebelum ini kita telah melihat gambar keriangan pemimpin-pemimpin UMNO bersama Zafrul. Kita kena belajar politik Malaysia ini berubah setiap jam. PH tahu UMNO sudah membuat uturn buat sekalian kalinya. Ia bukan setakat kesanggupan PN memenuhi permintaan mereka tetapi kita yakin ada rundingan disebalik rundingan ke atas individu-individu terbabit. 

Ketiga ia satu kemenangan moral kepada kerajaan PH apabila PN akur dengan kemahuan PH atau Anwar agar kerajaan bersetuju dengan Moratorium dan KWSP. 

Bayangkan jika kita menolaknya di saat ratusan ribu rakyat memerlukan wang tersebut... setiap hari siang dan malam media memburukkan PH hanya pentingkan kuasa bukan rakyat. Ia memberi kesan sangat buruk untuk PH bangkit semula. 

Bola tanggung yang diharapkan PN gagal. Sekaligus ia membuktikan kepada rakyat PH benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Yang mana baik kita sokong dan bukan menolak mentah-mentah kebaikan dari belanjawan itu. Inilah kemantangan politik atau seni politik. Membaca gerak geri musuh hingga di saat-saat akhir. 

Keempat ia kemenangan moral kepada Anwar dan sekaligus idea licik Mahthir digagalkan dalam dua kemungkinan. Pertama kita semua mengetahui Mahathir ada rundingan dgn Ku Li dgn angan2 jika kerajaan PN jatuh dia mahu menjadi PM buat kali ketiga. Kedua kemungkinan Mahathir ingin memalukan Pengerusi PH tidak mencukupi nombor. Semua org tahu kelicikan Mahathir jika tidak takkan lah MP2 Amanah seperti menganggap Mahathir sebagai rakan dan individu penting utk mereka dlm berpolitik. Malah semalam membuktikan betapa kuat kerjasama mereka bersama Mahathir dan rakan2nya. 


Persoalannya skg kita ingin bertanya adakah Mahfuz tidak mengetahui arahan Anwar? Adakah pemimpin2 Amanah tidak melihat Presiden dan Tim Presiden mereka tidak berdiri? Adakah Mat Sabu tidak memaklumkan kpd MP2 Amanah utk mengikut arahan Majlis Presiden atau sengaja membiarkan mereka berbuat sesuka hati? 


Adakah Mahfuz bertindak sendirian walaupun  sudah mengetahui arahan Anwar semata mata utk mengambil hati Mahathir? Adakah MP2 Amanah yg sejak kebelakang ini sentiasa berbeza pendapat dgn Anwar sengaja melakukannya? Ini isunya yg kita tunggukan hari ini utk wartawan bertanya kpd Mahfuz. 


Lebih penting Mat Sabu patut bertanggungjawab kenapa ia berlaku dan dia patut membuat sidang khas utk memaklumkan kpd penyokong yg skg bercakaran sesama sendiri. Bukannya lagi bertanya kenapa PH tidak menyokong kerana Anwar Ibrahim dan Athony Loke telah menjelaskan semalam. 


Saya kagum apa yg dikatakan Ngeh Koo Kham dari DAP apabila mahu menenangkan penyokong parti tersebut. Katanya kita hanya mempunyai satu Jeneral ( Anwar ) yg keputusan akhirnya adalah dari Anwar. Jika prinsip yg sama ada pada MP Amanah saya yakin tidak akn berlaku undi belah bahagi semalam yg hanya menimbulkan pelbagai fitnah sesama penyokong PH. 

Kita terkejut apabila Khalid Samad memberitahu rupanya MP Amanah telah mengetahuinya dalam meeting Majlis Presiden tetapi sengaja tidak mahu mematuhinya. Sukarlah PH selepas ini kerana MP-MP Amanah sukar mengikuti Jeneral mereka atas nama hak masing-masing. Susah kalau duduk sekali jenis yang tak boleh duduk berpakat dalam satu organisasi. 

Sebab itu kita berpendapat adalah lebih baik PKR dan DAP menumpukan gabungan bersama dgn mengajak Warisan utk menyertainya. Fokus kepada Selangor, N9, Melaka, PP dan Sabah ia sudah memadai dan bagus untuk Malaysia. Jika tidak Amanah hanya menjadi duri dlm daging kpd PH. 

Penutupnya tanya saya... ada bagusnya selepas ini kekuatan sesebuah kerajaan itu tidak terlalu melebar. Bila berlaku keadaan 50-50 pemimpin2 berlumba lumba bersetuju menerima permintaan rakyat. Tidak lah seperti dahulu rayuan rakyat tidak diendahkan oleh pemimpin2 BN. 

Akhir kata kemenangan moral utk Anwar ke atas Mahathir yg cuba memecah belahkan PH gagal. Sekaligus membuktikan permuafakatan PH bakal kembali seperti dahulu. Jelas Anwar melebihi kepentingan rakyat daripada kepentingan dirinya. Politik dendam Mahathir memang wajar dijauhi PH kerana adalah baik PH fokus membela rakyat daripada melayani karenah Mahathir yg terkenal semua org tak betul.



JANGAN PILIH GENERAL YANG TEMBAK KAKI SENDIRI ATAU CEPAT MELATAH NI?

 No photo description available.


Reason nak keluar PH sebab tak setuju jeneral buat keputusan adhoc berbeza dari mesyuarat lepas tu pakai page rasmi buat press statement tapi sebenarnya dari kenyataan peribadi?
touché. the irony.
Kira matlamat menghalalkan cara ke apa ini. Macam ini kena face the music ke tidak?
No. no, for all the seriousness, kalau dah ada game plan nak tukar jeneral baru, I am all ears. Yakinkan saya and i am willing to listen. Kita tengok what is the next best thing yang ada dalam tangan. Buat EGM, panggil semua ahli decide apa hala tuju parti.
Cuma satu aja saya minta, jangan duk pilih general Machiavellian yang sengaja tembak kaki dia sendiri pastu dok salah orang lain sampai ke la ni.

PKR boleh bertanding 222 kerusi?

 

Mohd Muklis Mohd Syarif

Dalam melayan banyak-banyak komen saya ada terbaca yang ada sorang hamba Allah tulis supaya PKR bertanding 222 kerusi kalau PRU15 nanti pasti boleh menang. Mungkin dia rasa yang sebab ahli PKR sudah capai satu juta dia rasa PKR kuat bila bersendirian.

Inilah dia ujub dan takbur yang Allah benci. Tahu tak dulu PRU14 ada parti yang claim ada ahli satu juta juga; sembang kuat bila bersendirian last sekali hanya menang di pantai timur, itupun sebab walaun import yang duk bersenang lenang negeri PH. Balik kampung undi untuk air karat dan kereta Mercedis ularmak. 1 juta ahli tak boleh menang-mana mana kerusi parlimen, paling kuat average dia 4,504 pengundi satu kerusi parlimen. Dengan 4.5K, agak mustahil hendak menang mana-mana kerusi parlimen.

Tapi yang penting sentimen rakyat itu macam mana. Tadi Muhyidin kata dia akan bubar Parlimen lepas Covid reda, most likely lepas vaksin di edarkan untuk general consumption. Senator Khalas cetak duit pula kata dia yakin PN akan menang 2/3; maybe general assumption dia yang UMNO akan bekerjasama dengan PN untuk berbahagi kerusi. Zahid Hamidi pun baru lepas jumpa dengan Muhyidin untuk bincang kerjasama jadi ada kemungkinan yang UMNO akan setuju jadi balaci Bersatu berbahagi kerusi.

Ini hypothesis worst case scenario kalau UMNO berkerjasama dengan Bersatu dalam perikatan nasional.

Saya rasa akan ada undi protes dari akar umbi UMNO; sebab untuk jadi kerajaan Bersatu kena bertanding 1/3 dari kerusi parlimen, jadi segment pengundi mereka yang sama; luar bandar dan semi urban terpaksa di kongsi bersama-sama oleh UMNO, Bersatu dan PAS. Kalau tak ada undi protes, PH akan kalah teruk dan hanya mampu menang di kawasan bandar; demographi dia akan jadi macam PRU13. Jadi kita kena ingat juga yang UMNO nanti akan terpaksa undi Jemin di Gombak dan di sini PH masih ada peluang untuk menang kecuali Jemin lari kerusi selamat.

Bila UMNO setuju berkerjasama pasti akan ada backdoor deal; contoh kes Musa Aman. Jadi ini akan memburukan sentimen rakyat terhadap PN. Itu belum masuk part kalau parlimen bubar tapi covid belum reda, macam contoh vaksin tak dapat cover 100% sintom mutasi; rakyat sudah trauma PRN Sabah pasti akan ada undi protes. Itu pun kalau kesan ekonomi belum lagi rasa sepenuhnya, sekarang baru 800K orang hilang kerja; sebab itu Muhyidin terdesak hendak buat PRU secepat mungkin. Lagi lambat, lagi pecah temberang dia hanya kaki sembang perutusan depan TV.

Dan bila UMNO, Bersatu dan PAS satu kapal, mereka tak akan ada modal politik pun nak sembang sebab kalau cerita RUU355 lebai terasa, cerita 1MDB Najib terasa, cerita ekonomi teruk AbahMoo terasa. Nak buat modal DAP pun tak jalan juga sebab dengan kerusi MCA yang 2 itu sahaja peruntukan sekolah vernakluar bertambah, bantuan sekolah agama berkurang; jadi Isle memang terancam di bawah PN sebenarnya

Tapi ini kalau PH masih lagi solid 3 parti. Kalau semua dah bawa diri masing-masing, kirim salam sajelah. Baik tak payah masuk bertanding pilihanraya kalau takat nak kalah. Tu belum masuk bab ketiadaan crowd puller macam Rafizi.

So moral of the story; bersekutu itu lebih banyak manafaat dari bercerai. Abaikan geng-geng pemecah-belah PH macam bekas pegawai yang makan dedak dengan menteri zaman PH dulu; depa ini yang meroyan lebih. Maybe bila jadi pegawai first time rasa gaji T20 tu kesal tak sangga. Dan yang akan undi nantipun rakyat yang masih percaya dengan perubahan dan reform dapat dilakukan melalui peti undi; time ini pengadil kalih tiang golpun tak boleh kata apa dah; kalau Allah izinkan.

Dah ingat, siapa yang bersama dengan lebai pasti akan kalah; ini adalah fakta.

 

Bantahan Belanjawan 2021 dihargai, bukti perjuangan Malaysia Baharu akan tetap diteruskan


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 27 November 2020:

Saya hargai bantahan terhadap undian Belanjawan 2021 di Parlimen semalam kerana ini membuktikan bahawa perjuangan untuk sebuah Malaysia Baharu akan tetap diteruskan

Saya hargai bantahan terhadap undi Belanjawan 2021 di Parlimen semalam kerana ini membuktikan bahawa perjuangan untuk sebuah Malaysia Baharu akan tetap diteruskan. Saya memandang bantahan ini dari sudut yang positif.

Malah, mantan setiausaha politik saya sendiri, Dyana Sofea membantah keputusan ini, bersama-sama dengan pelbagai pemimpin DAP yang lain, termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Subang Jaya, Michelle Ng.

Namun, terdapat beberapa salah faham. Pertamanya, yang mengatakan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang — selain daripada beberapa orang yang berdiri semasa meminta untuk berlakunya belah bahagi — telah tewas dengan desakan dan mengundi untuk menyokong Belanjawan 2021.

Perkara ini tidak benar, memandangkan Ahli Parlimen Pembangkang, termasuklah mereka yang berdiri memohon supaya belah bahagi dilakukan, kesemuanya telah mengundi membantah Belanjawan 2021 — tetapi undian ini dilakukan melalui suatu undian suara yang lantang mengatakan tidak kepada Belanjawan ini, dan bukannya melalui belah bahagi, di mana setiap Ahli Parlimen mencatatkan undian mereka sebagai bersetuju atau tidak.

Dalam kenyataan media saya pada 21 November 2020, saya telah katakan:

“Ahli-ahli Parlimen mempunyai dua pilihan apabila Belanjawan 2021 ini perlu diundi untuk bacaan kali kedua pada hari Khamis 26 November 2020 ini:

“Pertama, untuk memaksa berlakunya pertarungan pada hari Khamis ini, sama ada untuk menerima atau pun menolak Belanjawan 2021 ini; atau kedua, untuk mencuba semua pilihan yang ada melalui proses parlimen, dengan mencadangkan pindaan dalam peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2021 terhadap peruntukan-peruntukan yang tidak boleh diterima, seperti RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai badan pelaksana propaganda negatif kerajaan, yang kemudiannya akan disusuli dengan undian untuk bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 pada 15 Disember 2020.”

Memandangkan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan pada 25 November 2020 secara sepakat untuk menolak Belanjawan 2021 dengan memanggil untuk mengadakan belah bahagi dan menolak Belanjawan ini dalam undian tersebut, dan maklumat ini telah disampaikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal, dan kedua-dua mereka memberikan jaminan sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen Warisan dan Pejuang, ke semua Ahli-ahli Parlimen Pembangkang daripada DAP, PKR, dan Amanah bersedia untuk menyokong seruan untuk mengadakan belah bahagi dan pengundian menolak Belanjawan 2021 ini semalam.

Saya tidak mengetahui langsung mengenai keputusan saat akhir oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang memutuskan untuk tidak memanggil belah bahagi walaupun saya boleh meneka sebabnya. Pertamanya, nasihat daripada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 ini, dan keduanya, ucapan penggulungan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, di mana beliau mengumumkan beberapa pemberian tambahan dalam Belanjawan ini yang belum melepasi perbahasan di Peringkat Jawatankuasa sebelum Belanjawan 2021 ini dibacakan dan diundi buat kali ketiga pada 15 Disember.

Selain itu, jelas bahawa tidak ada cukup bilangan untuk Belanjawan 2021 ini dikalahkan memandangkan Ahli-ahli Parlimen UMNO telah menarik semula bantahan mereka dan kini bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada Belanjawan 2021 ini — tetapi perkara ini tidak pernah menjadi faktor kepada Ahli-ahli Parlimen DAP dan PH untuk memutuskan sama ada untuk memanggil belah bahagi atau tidak dalam undian ini.

Memandangkan Yang di Pertuan Agong telah menasihati Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 ini memandangkan situasi semasa wabak Covid-19 dalam negara kita, menjadi lebih penting kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang untuk memberikan Menteri Kewangan lebih banyak masa sehingga Bacaan Ketiga RUU Perbekalan ini pada 15 Disember ini, untuk membuat perubahan dan pindaan yang berpatutan untuk menjadikan Belanjawan 2021 ini satu “Belanjawan Perpaduan” yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia untuk mengharungi wabak Covid-19 ini. Atau, adakah beliau akan terus kekal untuk berdegil dan bersikap anti-perpaduan dengan tidak meminda Belanjawan ini?

Menteri Kewangan telah melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang sebelum pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November, tetapi beliau tidak ada berunding dengan pihak Pembangkang selepas pembentangan Belanjawan ini. Adakah beliau akan berunding dan melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang sebelum Bacaan Ketiga RUU Perbekalan ini pada 15 Disember kelak?

Selepas persidangan Parlimen semalam, saya telah bercakap dengan Anwar mengenai hal untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat, untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti yang perlu mempunyai terma rujukan yang meluas untuk meningkatkan integriti awam di Malaysia untuk negara kita menjadi di antara 30 negara yang paling berintegriti di dunia.

Tetapi, tugas pertama Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti perlulah untuk melihat dan mengkaji laporan Barometer Rasuah Global untuk Asia 2020, yang diterbitkan oleh Transparency International dua hari lepas, yang melaporkan lebih ramai rakyat Malaysia menganggap Ahli Parlimen mereka korup berbanding dengan rakyat-rakyat di tujuh negara Asia lain — iaitu, Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Filipina, China, Kemboja, dan Vietnam — di mana 36% rakyat Malaysia yang ditinjau merasakan Ahli Parlimen mereka korup.

Jawatankuasa ini juga perlu melihat kepada aspek lain laporan ini, di mana 72% rakyat Malaysia merasakan yang rasuah dalam kerajaan adalah satu masalah yang besar dan 39% rakyat Malaysia percaya terdapat peningkatan dalam kes rasuah.

Memandangkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) akan diterbitkan dalam masa dua bulan lagi, yang dijangkakan akan melihat kemunduran dalam kedua-dua kedudukan dan markah yang diperolehi oleh negara kita, membantutkan segala usaha baik 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan dalam melawan rasuah dan menambahbaik integriti awam, Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti perlu mengkaji perkara ini.

Akibat penularan wabak Covid-19, untuk tempoh 19 hari persidangan Parlimen pada bulan November dan Disember ini, persidangan Parlimen hanya berlangsung daripada jam 10 pagi sehingga 2 petang, pengurangan drastik persidangan Parlimen daripada kebiasaannya selama enam jam sebelum ini kepada hanya 4 jam sehari.

Perkara ini telah menjejaskan peranan Ahli Parlimen dalam meneliti dan menyemak imbang tindakan dan polisi kerajaan, dan mengancam fungsi doktrin pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif, legislatif, dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Untuk 12 hari persidangan yang akan datang, bermula daripada 30 November sehingga 17 Disember 2020, Parlimen perlu kembali bersidangan seperti sebelum ini, daripada jam 10 pagi sehingga 1 tengahari, sebelum bersambung semula pada jam 3 petang sehingga jam 6 petang, dengan rehat di antara jam 1 tengahari sehingga 3 petang di mana proses sanitasi boleh dijalankan. – Roketkini.com

ADA STRATEGI LEBIH BESAR DI HADAPAN – SHAMSUL


Pro dan kontra jika PKR sendirian


Norman Radzuan


BERPISAH BUKAN BERCERAI...


Bila menulis di media sosial kita kena berhadapan secara terbuka dgn mereka yg bersetuju dan tidak bersetuju. Berbeza sewaktu menulis di akhbar samada mereka bersetuju atau tidak kita tak tahu dan biarkan mereka berdebat di kedai kopi sesama mereka. 


Cuma saya akn block mereka yg berhujah tanpa fakta dan hanya memaki hamun sahaja di wall. Kita berlapang dada perbezaan pandangan.


Menulis di FB kita tak boleh terlalu panjang. Ada segelintir beranggapan saya seperti menghasut perpecahan PH kerana saya tidak detailkan kenapa ia berlaku ini. Ia benar jika bersatu ia akn menjadikan kita kuat tetapi ada masanya jika kita melihat duduk sebantal itu mudaratnya lebih besar adalah lebih baik tinggal asing2 tapi bersatu  melawan kleptopkrasi.


Sebagai pemerhati politik selama 8 bulan saya melihat pemimpin2 Amanah sering tidak bersetuju dgn Anwar Ibrahim apabila menolak Mahathir menjadi PM kali ke 3. Kemudian menolak Syafie Apdal sebagai calon PM. Dgn alasan Anwar tidak nombor.


Alasan Amanah atau Dap ketika itu saya anggap sebagai keputusan yg cetek, kebudak budakkan dan sgt melucukan. Bagaimana seorang yg dgn sengaja merancang menjatuhkan PH dlm masa beberapa minggu mahu diangkat semula menjadi seorang PM. Malah Dap sendiri mendengar Mahathir bencikan mereka. Mana mungkin ingin memaksa gadis berkahwin yg membenci kita dna berniat ingin menghancurkan karier kita.


Mat Sabu beritahu berulang kali sehinggalah semalam dia memberitahu dia tidak sampai hati hendak memaki hamun Mahathir. Ia satu jawapan yg tidak ikhlas dan jauh terpesong dari isu... siapa yg suruh dia maki mcm 'style' dia dulu 'Anwar Al Juburi', Mahathir Bapak Perompak'... yg kelompok Melayu intelektual mahukan dia meninggalkan Mahathir dari campur tangan hal2 berkaitan PH.


Bila dia berkata masih mahukan bersama Mahathir mengapa tidak mengambil keputusan yg muktamad. Ia umpama isteri menyuruh suami tinggalkan kekasih gelapnya jika tidak ceraikannya. Malangnya suami enggan berbuat demikian dgn alasan bekas kekasihnya itu byk jasanya kpd rumahtangganya. 


Saya akhir2 ini byk menulis tentang isu dalaman PH berbanding dgn lawan politik PH. Ini kerana pasukan bolasepak yg kuat biasanya akn kalah bukan kerana pasukan lawan itu kuat tetapi kerana kepincangan masalah dalaman pasukan. Jadi perbaiki dahulu. Kejayaan Sir Alex bila Beckham besar kepala dihalaunya Beckham begitu sahaja🤔


Berbalik kpd pembubaran PH. Saya melihat pro nya lebih banyak utk kebaikan bersama.


1. Saya menyarankan PKR jgn menghina atau memburuk burukkan DAP atau Amanah. Cukup sekadar mahukan sendirian. Kerjasama tetap boleh berlaku selepas PRU15. PKR hanya perlu ambil kerusi atau Parlimen yg mereka yakini akn memenanginya contoh seperti Shah Alam, Kota Raja, Sepang dan Titiwangsa.


2. Semua org tahu DAP adalah liabiliti kpd PH. Namun di sebalik itu PH dilihat mempunyai kelebihan di kawasan Cina bila bersama DAP. Jadi biarkan DAP bertanding kawasan2 tradisi mereka. Ia seperti tiada bezanya samada DAP bersama PH atau tidak. Sebabnya DAP bertanding di kawasan majoriti Cina. Manakala PKR bertanding kawasan yg mempunyai lebih kaum Melayu di kawasan2 bandar. UMNO tak boleh fitnah lagi di belakang Anwar adalah Lim Kit Siang. Keputusan selepas PRU lain cerita kerana ia seni politik. Yg penting PKR tidak menghentam atau menganggu kerusi DAP dan begitulah sebaliknya DAP lakukan kpd PKR.


3. Dgn Amanah pun PKR jgn bermusuh. Biarkan Amanah menguasai kerusi di negeri2 pantai timur. Mungkin Amanah boleh menguasai Terengganu dan calon ADUN Amanah Marang Terengganu boleh menjadi MB negeri tersebut. Kita doakan kejayaan Amanah menguasai negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Percayalah hati Mat Sabu berat kpd Mahathir . Saya pelik Mat Sabu sejak bersama Mahathir tak pernah bantah dan tidak bersetuju apa yg Mahthir lakukan. Tak pernah Mat Sabu ulas isu Mahathir berkomplot dgn Muhyiddin dlm mesyuarat mereka utk menubuhkan kerajaan baru.


4. Yg bagusnya ideologi PKR dpt diterjemahkan dgn lebih jitu. Sindir menyindir atau serangan dalaman dari ahli-ahli Amanah hanya melemahkan PH dan PKR sendiri. PKR kena yakin banyak kawasan yg sepatutnya dimenangi jika Anwar dan panglima-panglima perangnya berjaya menggunakan isu semasa. Malah jika ia berlaku saya berkeyakinan 30% ahli Amanh akn bersama PKR walaupun ia bukan kemahuan PKR.

5. Kebaikkan tiada isu lagi musuh politik mahu menyerang PKR sebagai barua Cina. Tiada isu lagi Amanah mahu menyerang PKR. Jadi selepas ini Amanah bukan setakat tak perlu maki Mahathir tetapi jadikan Mahathir sebagai calon PM ke 9. Tiada siapa mahu kritik dan menghalang pilihan Amanah tersebut. Jadi secara automatiknya duri dalam daging tiada dan fokus parti PKR, Amanah dan DAP ke arah musuh yg sama dgn ideologi masing-masing.

Bagi saya ia adil cuma saya tertanya kenapa ramai pula rakan-rakan dari Amanah menolak perpecahan ini? Tak yakin boleh berdiri sendiri? Mahu menumpang pengundi PKR dan DAP? Saya tak yakin begitu sebab Amanah ini parti besar terutama apabila Mahathir adalah calon PM mereka.


6. Harapan Anwar menjadi PM hanya Allah yg tahu. Tiap kali dia ingin menjaringkan gol, tiang gol diangkat dan diubahkan ke tempat lain. Jadi adalah baik DS Anwar fokus kpd perkuatkan PKR di Selangor, Melaka, N9, PP... utk saya DS Anwar boleh fokus menjadi MB Selangor. Bangunkan Selangor dgn membawa billion pelaburan. Musuh politik Anwar dulu usah kata Anwar menjadi PM... mahu menjadi MB pun mereka bimbang. Bimbang jika rakyat dapat melihat kewibawaan Anwar menguruskan negeri dengan baik dengan membawa billion pelaburan negara-negar Arab.


Nak tanya masa u all masa bergelar student atau bujang dahulu. Pernah tak kita dulu duduk sebumbung lama dengan kawan kita. Kemudian kita perkenalkan kawan baru kepada rakan serumah kita tadi. Selepas beberapa ketika tiba-tiba kawan kita ini lebih rapat dengan kawan yg baru kita perkenalkan itu. 

Malah mereka bersama-sama mengata di belakang kita dan menyindir kita secara berdepan....saya pernah alami dulu akhirnya saya pindah rumah tapi terus berkawan dgn mereka.



Anwar nafi akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan

 

Astro Awani
Anwar nafi akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan
Presiden PKR nafi keluar kenyataan akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan jika gagal dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Bahkan, laporan yang memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen itu jelas untuk mencetuskan kekeliruan.
“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata pejabat Anwar dalam reaksi segera kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Portal Malaysiakini melaporkan empat Ahli Parlimen mendakwa, Anwar berjanji untuk meletakkan jawatan dalam PH sekiranya gagal membuktikan memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Anwar dilaporkan melafazkan janji berkenaan pada Khamis dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.

PENYOKONG KUAT MENASIHATI DSAI

 Salam,

Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penyokong-penyokong DS Anwar jika tulisan ini mengguris hati anda. Untuk makluman, saya sendiri adalah penyokong kuat kepada beliau selama ini...

Pada pandangan saya..DS Anwar sudah boleh berikan tanggungjawab parti kepada insan-insan lain seperti Nurul Izzah, Rafizi @ Saifuddin Nasution. Cukup-cukup lah bermain dengan kata-kata  yang penuh pengharapan yang kemudiannya boleh membangkitkan kebencian serta akan MENYAKITKAN HATI PENYOKONG-PENYOKONG PKR dan PAKATAN HARAPAN itu sendiri. 

DS, politik Malaysia hari ini berbeza dgn apa yang DS lalui sejak awal 70an dulu. Pengamatan dan pemahaman masyarakat terhadap POLITIK TERKINI, pun jauh sangat berbeza. Cumanya, DS masih mendapat sokongan hari ini hanya kerana kebencian rakyat terhadap KLEPTOKRASI dan PENGKHIANAT PH. 

Semalam DAPSY dan NURUL pun dah berbunyi. Kurang enak bila kita dgr cakap-cakap dari DAP. Lebih kurang enak bila dgr suara2 pejuang PH turut melaungkan rasa amarah mereka. Cukup2 lah DS. Usaha DS itu, tak akan kemana-mana pun. PN tidak akan tumbang dgn kata-kata. PN tetaplah akan mendapat sokongan UMNO dan rakan2 sekutu mereka. KESILAPAN DS kerana marah dan benci kpd Tun M sehingga mengorbankan  janji untuk membantah BELANJAWAN NEGARA hanya menaikkan semula rating atau populariti Tun M sahaja. 

DS dah ada di mana sekarang?. Maaf cakap la DS..., suara DS kini hanya menjadi angin yg bertiup lalu. DS cakaplah apa2 pun hari ini...saya, rakan saya, sahabat2 DS dan penyokong DS sendiri kini sudah berpaling jauh dari mengingati wajah DS. Suara DS bukan lagi suara keramat. 

Fokus kpd PRU ke-15 sahaja lah DS. Itu pun jika penyokong DS masih terus setia. Hentikan percakapan dan hujah yang sia-sia yang kemudiannya membuatkan DS sendiri yang sengsara.

Cukuplah..DS tak payah nak cerita pasal undi Belanjawan Negara yg kedua dan ketiga. Ianya amat mustahil untuk PASUKAN PH menang dan berjaya. Bila dah kalah peringkat undian pertama, takkan ada lagi yg kedua dan ketiga. Cukuplah...saya sendiri dah tak percaya. Jadi, jgn terus hilangkan kepercayaan saya kepada DS lagi kerana semua cakap-cakap DS hari ini, esok dan lusa hanya membuatkan saya terasa kecewa.

Sekali lagi...DS carilah pengganti. Fokuslah ttg masa depan parti. Jangan susahkan lagi kami yang duk menahan serangan dan maki (walauns dan caingok's). Itupun, jika PH masih teringin untuk berkuasa sekali lagi...

Tq.


Ikhlas, jujur dan benar,


Mohd Asri Bakar.



JANGAN BUAT POSTING YANG BOLEH PECAHBELAHKAN PH

 

NORMAN RADZUAN

FB saya telah di sekat untuk membuat hantaran.. saya mohon kawan-kawan di dalam PH agar sebarkan sebanyak mungkin atau copy paste posting saya ini.. Di ruangan komen atau Wall kawan-kawan PH kita Description: 👇Description: 👇Description: 👇

1- Pro-PH perlu berhenti dari membuat posting yang boleh memecah belahkan PH..

2- Jelas di sebalik kecelaruan ini tidak menguntungkan PH hanya mendatangkan impak negatif terhadap penyokong..

3- Di antara kepimpinan parti biarlah di selesaikan antara pimpinan parti dan permuafakatan bersama di antara pimpinan parti

4- Perlu ingat strategi pecah perintah Tun adalah memecah belahkan kelompok besar agar membolehkan mereka kekal berkuasa

5- Pelbagai artikel di keluarkan dari sumber yang di curigai, ada kebarangkalian pages atau blog adalah PRO-PN

6- Focus utama kita yang paling besar adalah persiapan untuk membina kekuatan hadapi PRU15

7- Pertelagahan antara akar umbi hanya lah menguntungkan pihak lain yg bersedia bertepuk tangan bersorak melihat keruntuhan PH

 

TIDAK MENOLAK BAJET BUKAN BERERTI MENYOKONG PN YANG TIADA KEABSAHAN


 1. Tak ada sesiapa yang terima bajet 2021 dari blok PH ++ bulat-bulat. Penerimaan awal Bajet peringkat dasar bukan bermakna noktah berakhir. Peringkat jawatankuasa adalah tindakan susulan untuk meneliti setiap perincian kerana asal bajet telah dibuat berbagai perubahan dalam penggulungan Menteri Kewangan.

2. Adapun keputusan untuk ‘stand down’ undi (tak jadi mengundi tolak bajet) dari Ketua Pembangkang, ianya dibuat pada saat akhir semasa penggulungan sedang berlangsung.

3. Perubahan keputusan pada saat akhir menimbulkan berbagai kekeliruan di kalangan MP blok PH ++ sehingga membuatkan MP Pokok Sena mencadangkan usul belah bagi. Sebagai rekod, kelayakan mengundi disyaratkan 15 MP bangun menyokong usul.

4. Oleh kerana ketua-ketua parti menerima arahan ‘stand down’, bilangan 15 MP tidak mencukupi untuk undian, bagi AMANAH tidak semua MP nya berdiri tanda sokongan, dari PKR hanya seorang, DAP seorang manakala yang lain ialah dari Pejuang menjadikan bilangan mereka 13 MP sahaja.

5. Dari sudut etika, MP dari blok PH tertakluk kepada arahan Ketua Pembangkang untuk menyelaraskan tindakan mereka di dewan. Ketua Whip parti masing-masing akan menerima arahan untuk tindakan. Samada arahan saat akhir tidak diterima, atau arahan samar-samar ataupun sengaja dibuat, itu adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan.

6. Dalam keadaan demikian, pada pendapat saya, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi pada waktu yang sama, kita tidak boleh menyalahkan penyokong2 PH dari berasa marah terhadap insiden yang berlaku. Untuk itu, saya secara peribadi memohon maaf jika tindakan kami menimbulkan keresahan, keliru dan marah atas arahan ‘tarik handbrake’ dari menolak bajet 2021 pada saat-saat akhir.

7. Atas garis yang sama, saya perlu bersikap adil untuk memahami mengapakah arahan saat akhir ini bertukar arah. Alasan Ketua Pembangkang secara asasnya bersandarkan kepada keperluan rakyat adalah lebih utama dari keperluan politik di dalam dewan.

8. Hakikatnya inilah yang berlaku…Semasa penggulungan 26hb Nov, Menteri Kewangan ternyata mengalah kepada tuntutan blok PH ++ dan BN backbencher berbanding dari janji-janji dalam pembentangan awal. Antara lain ialah morotorium pinjaman bank hingga Mac 2021, keluaran otomatik KWSP 10ks secara meluas dan pemotongan peruntukan untuk JASA.

9. Penyokong PH perlu memahami, ini adalah antara tuntutan PH dan BN backbencher yang disuarakan dalam perbahasan mereka. Adalah sesuatu yang merugikan jika kita menolak bajet yang tunduk kepada sebahagian kehendak kita. Bayangkan jika PH ++ menolak bajet ini, kita akan dilihat memperbodohkan diri sendiri dan mengundang kemarahan rakyat.

10. Ketua Pembangkang menegaskan bahawa semua pindaan yang disebut oleh Menteri Kewangan perlu diteliti di peringkat jawatankuasa bajet dan tidak menolak kemungkinan membawa usul belah bagi jika perincian tidak mencerminkan pindaan-pindaan yang dijanjikan. Perjuangan Bajet yang benar-benar menfaatkan rakyat belum berakhir. Saya merayu kepada penyokong PH janganlah cepat membuat rumusan dan andaian yang tidak membantu memperkukuhkan kesatuan dalam PH.

Apa sahaja yang berlaku pada 26hb Nov lalu tidak sama sekali menyokong keabsahan (legitimasi) kerajaan PN yang hingga kini tanpa majoriti yang terbukti. Perjuangan lebih besar ialah membawa usul tidak percaya kepada TSMY dan sekaligus mempertahankan demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa/Ahli Parlimen Parit Buntar/Naib Presiden AMANAH/28hb Nov 2020.



KHUATIR RAKYAT ‘TERLENA’ MENGAMUK JIKA PH TOLAK BAJET


MORATORIUM, KELUAR WANG KWSP BUKAN SEBAHAGIAN BAJET 2021


TAK SOKONG BELAH BAHAGI, SALAHUDIN RELA DIHUKUM


KENYATAAN MEDIA AMANAH PULAU PINANG.



Sabtu, 28 November 2020.


1. Politik itu satu marathon yg punyai pelbagai halangan. Adapun halangan marathon itu menguji ketahanan dan kecekalan mental dan fizikal pemainnya. 


Marathon Politik itu satu perjalanan atau perjuangan yg panjang, ada masa sukar ada masa senang, ada masa bergelora ada masa tenang. Semua ini menguji ketahanan dan kecekalan pemainnya.


2. Pakatan Harapan sudah berkali-kali menghadapi mehnah dan tribulasi yg mencabar, dan Alhamdulillah,  Kepimpinan PH berjaya mengharungi nya dengan baik. 


3. Episod Undi Belah Bahagi RUU Perbekalan 2021 ini hanyalah salah satu ujian kecil bagi Kepimpinan yg berani dan melihat jauh ke hadapan. 


Benar, pada hari sebelum pengundian pada 25.11.2020, Mesyuarat Majlis Presiden PH telah memutuskan untuk menolak Bajet 2021, tetapi keesokannya 26.11.2021 , Penggulungan Menteri Kewangan ada pindaan-pindaan, tambahan-tambahan untuk kepentingan dan kebaikan Rakyat yg ditekankan oleh PH, maka Pengerusi PH berpandangan wajar ianya diberi peluang. 


4. Keberadaan Negara kita dan Dunia hari ini yg menghadapi Pandemic Covid19 yg teruk, melumpuhkan Ekonomi Negara, majority Rakyat menghadapi tekanan ekonomi ini menjadikan RUU Perbekalan ini amat berbeza lain dari yang lain sebelumnya. Semua ini menuntut pengorbanan dan kesatuan dengan mengenepikan politik, sebaliknya memberi keutamaan sepenuhnya kepada kelangsungan Rakyat. 


5. Adapun ada MP2 PH yang bangun untuk mohon Undi Belah Bahagi, ianya atas dasar menolak keabsahan @ legitimasi Kerajaan dan juga Bajet yang tidak dicerakin dgn saksama seperti yg diputuskan dalam Mesyuarat PH, dan ketika saat akhir, mereka terlepas pandang mesej yg dihantarkan oleh Whip Parti untuk tidak bangun. 

 

6. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PH wajar melihat keputusan Pengerusi PH dan MP2 PH ini sebagai satu perkara yg positif demi kelangsungan Rakyat dan Negara.  Ini menunjukkan PH satu pasukan yg berwibawa, bertanggungjawab dan berintegriti mendahulukan kepentingan Rakyat dari segalanya. 


7. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PH perlu beri kepercayaan dan keyakinan kepada pucuk Pimpinan PH, memperkukuhkan PH dan bersiap siaga bersedia di medan tempur yang sebenar, PRU15. Seperti kata-kata falsafah;


"Choose your battles wisely. Know which battles to fight, which battles to leave".


8. Amat tidak kena dan tidak wajar, episod pengundian RUU Perbekalan 2021 ini dijadikan hujah untuk parti-parti PH nemilih haluan sendiri. Sebagaimana ditekankan di atas, RUU Perbekalan ini satu yg lumrah dan rutin, setiap tahun ada, tapi tahun ini ianya sangat berbeza dan special yg menuntut pendekatan yg berbeza.  


9. PH perlu rapatkan saf, perkukuhkan Pakatan Harapan. Berilah kepercayaan dan keyakinan anda kepada Kepimpinan Pakatan Harapan. 


"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat"


"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"    


Dr Zaidi Zakaria

Pengarah Komunikasi 

Amanah Pulau Pinang.




PN PINDA BAJET, BUAT APA SAJA MAHU TERUS BERKUASA – ANWAR