Moratorium, keluar wang KWSP bukan sebahagian bajet 2021
Ipohmali
Antara sebab PH terperangkap semalam, Ia berkaitan isu KWSP dan Moratorium yang dimainkan sentimennya oleh Najib.. Kesilapan terbesar PH, Tidak tawarkan Pilihan kepada Rakyat.. Benar Kata Nurul Izzah.. ” Sebaiknya kerajaan dahulukan dana, selamatkan simpanan rakyat. “
Betul.. Pandangan Nurul Izzah itu tepat.. Belanjawan adalah mengenai peruntukan atau Perbelanjaan Kerajaan.. Itu sebab aku sejak awal tegur pemimpin PH termasuk Amanah dan Lim Guan Eng.. Kenapa terperangkap dengan sentimen pengeluaran KWSP.. ?Sebenarnya Kerajaan sendiri mampu bagi RM 10 ribu tanpa pengeluaran KWSP..
Dakwaan Nurul Izzah benar..43% daripada senarai pencarum di bawah umur 55 tahun, mempunyai simpanan kurang daripada RM 10 ribu melalui Akaun 1.. bayangkan 43% hanya bawah 10K..apakah kita mahu lihat depa habiskan simpanan depa kerana tekanan Hidup ?
Bagi aku Tak Bertangungjawab.. Sebuah Kerajaan yang berperanan sebagai Ibu bapa.. Menggunakan Duit simpanan anaknya ketika anaknya kelaparan adalah zalim.. Yang Tepat, Sebagai Bapa carilah dari simpanan sendiri atau Berhutang pun takpa.. Janji kita dapat sediakan hak mereka yang dalam Kesusahan..
Congak mudah macam ni.. Jika kita ambil contoh peruntukan kedua Pakej Prihatin 2.0 RM 10 Billion.. tak perlu ambil contoh Pakej Prihatin pertama sebanyak RM 45 Billion..jika Bantuan yg ditawarkan bersasar.. PH mampu bagi tawaran RM 10 ribu percuma atau bentuk geran..atau Softloan pada 1 Juta Rakyat tanpa perlu pengeluaran KWSP…
PH boleh tawarkan..Mereka yang kehilangan Kerja.. Bekerja Sendiri..yang takda pendapatan layak mendapat Kemudahan ini.. Depa akan dapat Modal, Duit sebanyak RM 10K, atau sekurangnya, Kerajaan bagi RM 5 ribu..dari KWSP RM 5 ribu.. Jika Kerajaan agih RM 5 ribu.. 2 Juta rakyat akan dapat Manfaat.. yang takda EPF pun boleh dapat.. yang ada simpanan banyak tu..lantak depa lah nak guna duit depa dalam KWSP..
Malangnya ramai Pemimpin PH takda Belanjawan Alternatif untuk kita tawar menawar dengan PN.. Takda Pakej Rangsangan Alternatif untuk kita tawar menawar dengan PN.. akhirnya kita ikut Pemimpin yang licik dengan Tipu daya..yang disahkan Mahkamah Sebagai Pengkhianat Negara..
Pemimpin dan Penyangak yang sama inilah didedahkan dalam Mahkamah..Ambil RM 4 Billion ana Pencen rakyat dari KWAP.. Bagi pada syarikat SRC dan sebahagian dana ini dipindahkan ke akaun peribadi Najib.. Ini Fakta Mahkamah.. RM 4 Billion itu kalau diagihkan kepada rakyat 400 ribu orang akan dapat RM 10 K secara percuma..
Tapi itulah kesilapan besar kita.. Kita takda tawaran dan Pilihan kepada Rakyat.. cuba kita bagi Pilihan lain..apakah Rakyat mahu marah pada kita sebab kita tolak belanjawan ? tidak..depa akan pilih tawaran kita sebab Kerajaan sendiri aku bagi dan dahulukan Duit kepada Rakyat tanpa depa sentuh simpanan hari tua depa..
Dan bila kita gagal bagi tawaran akhirnya minda Rakyat hanya tertumpu kepada cadangan Najib razak.. dan bila Najib dan UMNO betawar menawar dengan PN.. Akhirnya terjadi lah seperti semalam.. Kita terperangkap dan akhir tidak dapat menolak Belanjawan disebabkan terikat dengan sentimen KWSP yang dimainakan Najib Razak..:)