PH JANGAN SEMBANG. PATUT BUAT BELANJAWAN ALTERNATIF MENELANG 17 DISEMBER
Elok PH sediakan belanjawan alternatif menjelang 17 Dis
Bila aku kritik kenapa PH tidak minta undi belah bahagi.. Ada Sahabat tag aku, Tulisan yang tadi baru kelulusan peringkat Dasar.., Bab tu aku pun tahu..tak payah habaq.. Nanti akan dibahaskan lagi ke peringkat jawatankuasa dan Kementerian.. lepas tu ada sekali lagi pengundian…
Itu sebab aku kata sejak awal.. Pentingnya Kerajaan PH rangka Belanjawan sendiri.. ada model Ekonomi sendiri..kalau terikut ikut Najib.. kan dan terperangkap.. yang untung dan dapat nama tu Najib, Bukan PH..kita pulak terpaksa ikut dia.. Kita nak pertahan apa..sebab apa pun kita tak kemukakan…
Ini bukan soal Belanjawan.. Tetapi keabsahan Kerajaan dan PM !.. Kalau soal Belanjawan..tak perlu tolak pun.. Kalau nak buat cara Politik matang dan Sejahtera zaman PAS dulu.. habaq lah awai awai.. Ini buat drama nak buat Move, Nak tukar Kerajaan.. semua pakat tunggu 26 NOV.. dah semua orang mai kenduri..baru bagi tau, Ini baru Merisik..
Senang faham macam ni..Macam kita bagi tahu, Itu baru keputusan Parlimen..ada lagi keputusan peringkat Dun… kalau dah menang Parlimen..Soal Negeri bukan penting mana sangat pun.. yang penting kita nak tukar PM dan Kerajaan.. bukan takat tukar Exco..
Kalau takat nak buat serangan hendap kementerian..tak payah cukup sokongan pun..itu Speaker boleh atur waktu..time PAS dan UMNO dulu pun dah buat.. tak perlu sokongan majoriti..Itu takda kaitan dengan Keabsahan seorang PM dan Kerajaan..
Betul, Masih ada satu peluang..tu semua orang tahu.. Tapi masa tu orang pun dah tak heran pun.. mungkin PH sendiri pun masa tu tak cukup bilangan..dia sebenarnya satu jer.. Kita tak minta Belah Bahagi sebab takda sokongan itu jer.. Dia macam ni..Sorang nak tengok Sokongan..Sorang taknak bagi tau..aku takdak sokongan..sembang jer.. Mudah faham kut.. 🙂
UNDI BAJET: ANWAR BUAT LANGKAH TAKTIKAL?
Undi bajet: Anwar buat langkah taktikal?
Oleh: Redzuan RF8 Media
- Tindakan Pakatan Harapan (PH) tidak meminta undi belah bahagi terhadap Rang Undang-undang Perbekalan 2021 semalam mengelirukan dan menghampakan banyak orang.
- Oleh kerana tindakan pelik blok utama Pembangkang itu, rang undang-undang tersebut lulus di peringkat dasar (policy stage) melalui undian suara. Yang secara terbuka tidak menyokong adalah blok bebas Dr Mahathir Mohamad yang turut disokong oleh beberapa orang Ahli Parlimen Amanah. Manakala percubaan ahli Pokok Sena, Mahfuz Omar, mencadangkan undi belah bahagi tidak mendapat sokong PH. Jelas ada arahan dari kepemimpinan PH agar tidak membuat undi belah bahagi.
- Perikatan Nasional (PN) yang kemaruk kemenangan lantas membuat diayah seolah-olah Belanjawan 2021 sudah lulus. Orang ramai yang tidak arif tentang peraturan Dewan mungkin percaya Belanjawan 2021 telah lulus dan Pembangkang belot atau mengaku kalah.
- Jawapannya, Belanjawan 2021 belum diluluskan. Ada dua atau tiga peringkat lagi sebelum pengundian mutakhir yang dijadualkan 17 Disember ini.
- Bagi yang faham sedikit sebanyak mengenai peraturan Dewan dan isu-isu taktikal, mereka tentu tertanya-tertanya apa sebenarnya muslihat PH tidak meminta undi belah bahagi. Hanya undi belah bahagi boleh menentukan secara sahih sama Rang Undang-undang Perbekalan itu mendapat sokong atau tidak.
- Ini menimbulkan syak wasangka dan persoalan mengenai apakah sebenarnya strategi atau mainan politik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim?
- Lantas timbul sekali lagi persoalan apakah Anwar tidak yakin dia mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan seperti yang didakwanya pada 13 Oktober lalu?
- Mungkin ia dan mungkin tidak kerana dia dikhabarkan baru saja menyerahkan dokumen kepada Istana Negara bagi membuktikan sokongan 128 ahli Dewan terhadapnya. Kalau betul dia ada sokong sebanyak itu, PH sudah boleh mengalahkan PN dalam undi belah bahagi untuk menolak Belanjawan semalam.
- Tapi seperti kata YB Anthony
Loke Siew Fook, Ketua Parlimen DAP, dalam satu kenyataan semalam, kalau PH tolak Rang Undang-undang itu, ia akan dituduh ingkar nasihat Yang Di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun sara hidup untuk petani dan nelayan serta bermacam-macam lagi. - Faktor mengenai mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong ini cukup menarik. Andainya betul Anwar telah mempersembahkan bukti 128 SD menyokong beliau maka tindak balas Seri Paduka Baginda adalah penentu masa depan Ketua Pembangkang itu. Jadi dia wajib berhati-hati agar tidak menimbulkan kemurkaan Baginda.
- Kesimpulannya, Belanjawan 2021 belum lulus. Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua iaitu peringkat dasar. Mulai Isnin ini, perbahasan masuk peringkat jawatankuasa di mana peruntukan setiap Kementerian perlu dibahas secara terperinci dan diluluskan. Pada peringkat itu, secara teknikal, setiap hari ada peluang bagi mengusulkan undi belah bahagi oleh mana-mana 15 Ahli Dewan.
- Seperti saya sarankan sebelum ini, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 boleh dipisahkan daripada isu percaya dan tidak percaya terhadap Perdana Menteri dengan Speaker memberi jaminan bahawa usul percaya dan tidak percaya terhadap Muhyiddin tetap akan dibahaskan.
FINAL BELUM LAGI APASAL KERAJAAN PN GEMBIRA SANGAT?
Final belum lagi apasal kerajaan PN gembira sangat?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Hanipa Maidin
Kisah semalam.
- Bermula dari petang semalam hingga beberapa hari berikutnya, kita telah dan mungkin akan terus menyaksikan kegembiraaan, keseronokan dan keriangan Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT kerana kegagalan untuk PH++ melakukan undi belah bahagian ke atas bajet 2021 di peringkat dasar semalam.Biarlah mereka nikmati keseronokan itu.
- Sudah tentu, mereka rasa gembira bila melihat apa yang berlaku semalam di Parlimen. Apatah lagi para penyokong PH++ juga turut kecewa dan mengkritik pedas PH++. Ya, ramai yang kecewa.Saya tak mahu apologetik.Kami juga hakikatnya kecewa seperti anda semua.
- Bagi 13 orang MP yang berdiri menyokong dibuat belah bahagian semalam, mereka telah menerima reaksi yang pelbagai bentuk.Di kalangan penyokong PH++ , mereka menerima pelbagai pujian.Di kalangan PN+MN+BN +GPS pula, mereka menerima pelbagai kecaman dan makian.
- Saya hanya boleh bercakap atas kapasiti YB parti Amanah semalam. Dalam kenyataan YB Seremban ( DAP ) di dalam Malaysiakini semalam, beliau memberi sebab kenapa para ahli Parlimen DAP tidak bangun. Menurut beliau, ada saranan dari ketua pembangkang untuk berbuat demikian dan saranan itu kemudiannya berjaya disalurkan kepada para ahli Parlimen DAP . Saya rasa hal yang sama mungkin juga berlaku pada Ahli Parlimen PKR.
- Ya, Presiden dan Timbalan Presiden Amanah walaupun berhasrat untuk bangun, membatalkan hasrat untuk bangun kerana menghormati saranan YB Ketua Pembangkang. Ya, saya percaya mereka lakukan itu atas semangat kesatuan dan perpaduan PH.Tapi mereka menjadi sasaran yang teruk dikritik.Saya amat bersimpati dengan mereka. Being a leader, that was the price you have to pay, occasionally.
Berbeza dengan DAP, Presiden Amanah ,kami percaya, mungkin tidak sempat atau terlepas pandang untuk salurkan saranan YB Ketua Pembangkang tersebut kepada Ahli Parlimen Amanah.Oleh itu, bagi Ahli Parlimen Amanah, kami yakin, tiada sebarang masalah untuk kami bangun menyokong YB Pokok Sena semalam.Tidak timbul sama sekali soal untuk jadi hero atau wira.
- Anyway, saya juga kena terangkan kepada para penyokong PH.Bukan untuk “justify”, tapi sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat.
Ya, benar anda semua berhak marah dan kecewa.Anda tidak salah untuk marah dan kecewa.Kami boleh hargai kemarahan dan kekecewaan yang teramat itu. Rest assured , you are not wrong to have that feeling.
Sebagai salah seorang pemimpin PH, saya sendiri juga menerima kecaman pedas dari isteri dan anak-anak saya sendiri sebaik sahaja sampai di rumah.Berpesta mereka kritik dengan pedas.Saya tak marah dan hanya boleh senyum dan ketawa dalam duka.Saya tahu mereka amat kecewa kerana saya juga kecewa.Bayangkan tahap kemarahan mereka jika suami atau bapa mereka tidak termasuk dalam 13 MP yang bangun itu?
6A. Apapun, bila YB Pokok Sena bangun meminta belah bahagian diadakan, boleh dikatakan semua YB dari Amanah juga bangun menyokong YB Pokok Sena. Kesemua 4 orang parti Pejuang juga bangun.Saya boleh katakan ianya tindakan spontan.
- YB Ketua Pembangkang dan pimpinan tertinggi PH telah buat sidang akhbar menceritakan apa yang sebenarnya berlaku semalam.
- Bagi para penyokong Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT, anda berhak untuk rasa seronok beberapa hari ini tapi anda tersilap besar jika anda rasa anda semua telah, orang putih kata “are out of the wood yet!”
- Dari segi prosedur Parlimen, YB Seremban betul bila beliau kata kelulusan bajet semalam bukan suatu yang final atau muktamad lagi hakikatnya. Ada lagi proses seterusnya. Akan ada perbahasan dan penggulungan dan undian insyaAllah ketika bajet setiap kementerian mula dibentangkan bermula isnin ini.
- Dari segi prosedur, hakikatnya penentuan muktamad kelulusan bajet adalah di bacaan kali ketiga RUU Perbekalan ( bajet 2021 ) .Hakikatnya, hari itulah, insyaAllah ,adalah “the grand final”nya.
- Kesimpulannya, untuk Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT… let me say this to all of you ” we may have lost the battle for now, but insyaAllah we and the rakyat will win the war!
PUSINGAN SETERUSNYA UNDI BELAH BAHAGI WAJIB
Pusingan seterusnya undi belah bahagi wajib
Oleh: Redzuan RF8 Media
Mohamad Ezam Mohd Nor
1.Penentangan terhadap sebuah kerajaan rosak,tiada asas moral dan berasaskan rasuah mesti total.Undi belah bahagi adalah manifestasi penentangan total.
2.Kerajaan Muhyidin adalah sebuah kerajaan lahir daripada muslihat politik tiada moral, sogokan dan rasuah.
3.Belanjawan yang dibentangkan mesti dilihat dari konteks itu.Hakikatnya Menteri Kewangan hanyalah seorang khadam kepada PM yg tiada asas moral.
4.Justeru,penentangan terhadap setiap langkah kerajaan tiada asas moral dan rosak ini mesti total kerana apapun rencana dan janjinya,natijah akhirnya adalah kerosakan.
5.Bajet 2021 bukan hanya soal Moratorium, KWSP dll.Banyak aspek lain kehidupan rakyat yang terkesan.SOP yang bertukar2 dan menyusahkan,SOP yang double standard,malah ada kes rasuah membabit peralatan frontliners diawal wabak Covid19 membabit puluhan juta wang negara dan pejabat menteri sehingga hari ini lenyap.Itulah natijah sebuah kerajaan yg rosak.
6.Makanya episod yang berlaku di Parlimen siang tadi dimana undi belah bahagi gagal dilaksanakan oleh pembangkang adalah mengecewakan dan mengesankan.Ia memberi mesej penentangan terhadap kerajaan rosak ini tidak total.
7.Reformasi hanya berlaku dengan kesungguhan spt termaktub didalam Al Quran.Lakukan Islah sedaya upaya.Dalam konteks RUU Belanjawan dll dan Parlimen,penentangan total adalah undi belah bahagi.
8.Justeru, Gerak98 menggesa dalam peringkat seterusnya undi belah bahagi mesti dilaksanakan.Ianya manifestasi penentangan total didalam parlimen.Soal menang atau kalah undi itu soal lain.Dalam perjuangan, penentangan terhadap kebatilan mesti dilakukan secara total.
9.Itu bezanya politikus reformis dengan politikus murahan yang menjadikan undinya atau blok,partinya sebagai tukaran laba buat dirinya.Hari ini dan hari2 seterusnya kita akan lihat wajah ahli2 politik murahan ini di Parlimen.
PELUANG MENYATAKAN PENDIRIAN MASIH TERBUKA
Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak.
Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan COVID-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera.
Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian.
Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan.
Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, apakah jumlah sebenar Belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.
Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti.
Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.
Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini.
Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen.
ANWAR IBRAHIM/KETUA PEMBANGKANG. 27 NOVEMBEr 2020.
Anwar mengaku buat keputusan tolak undi belah bahagi
Anwar meng
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONNovember 27, 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang untuk mengarahkan agar tidak menyokong dan menolak cadangan undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat semalam.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau telah meminta ketua-ketua whip parti pembangkang untuk tidak berbuat demikian biarpun rakan komponen lain merasakan undi belah bahagi adalah perlu waktu itu.
“Walaupun rakan-rakan khususnya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian.
“Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang sehari sebelum penggulungan Belanjawan 2021 iaitu pada 25 November, telah mengambil keputusan untuk menolak Belanjawan 2021.
Keputusan itu dibuat tiga pimpinan tertinggi setiap parti PH dan dimaklumkan keputusan itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik sahaja keputusan itu dicapai.
Bagaimanapun pada semalam, tindakan Anwar dan partinya termasuk DAP yang tidak menyokong cadangan undi belah bahagi menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan.
Sementara itu, Anwar berkata, peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas menolak belanjawan termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.
Katanya juga, dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa nanti, ahli-ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan yang disebutkan Menteri Kewangan semalam adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain
Selain itu katanya, kerajaan perlu menjelaskan juga berapa jumlah sebenar belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.
SOAL JAWAB ANTARA YANG TAHU DAN TAK TAHU...
TUKANG TANYA : Bajet tu dah lulus
secara dasar. Perincian ni takde kene mengena lagi dah. Rm320 billuon yang
kerajaan PN nak belanjakan tahun depan dah lulus. Awat tak pernah jadi kerajaan
ka sampai tara ni peningnya?kah kah kah
TUKANG TANYA : allah mak aih.... dah
dasar lulus. Nak sembang perincian apa. Semalam lah waktu yang tepat utk undi
belah bahagi. Selepas ni cuma bincang secara jawatankuasa sahaja. Kalau dasar
dah lulus takkan lah bila ada penambah baikkan dalam jawatankuasa selepas desakan
dan bantahan pembangkang bajet tak lulus pulak?
TUKANG TANYA :Semalam pun bacaan
kali kedua. Peringkat jawatankuasa bacaan perincian dimana speaker akan
berindak sebagai pengerusi sahaja. Takde la pernah berlaku bantahan pada
peringkat jawatankuasa akan batalkan keseluruhan bajet yang sudah dipersetujui
oleh majoriti dari 220 orang MP semalam.
TUKANG JAWAB : dah kalau perincian
tu tak dipersetujui macam mana? Mmg sesetengahnya belum ada perincian,
contohnya budget jasa kpd jkom, brp jumlah baru, brp yg dikurangkan
TUKANG TANYA : bila tak setuju perincian
kementerian akan pinda pinda pinda pinda dan pinda sehingga setuju. Bajet dah
lulus. Pindaan kepada bantahan sahaja yg akan didebatkan. Apa ingat bila ada
pindaan dan kita tak setuju mesti bajet terus tak lulus lah ye? Amboii kalau
tak pernah jadi kerajaan ok je bang cakap macamtu. Kah kah kah
TUKANG JAWAB : awk atau kwn yg tak
faham ni? Bila berlaku ketidaksetujuan dlm perbahasan mana2 yg berkaitan dgn
perbekalan, jika ia membawa kpd undi belah bahagi, ketidaklulusannya membawa
kpd jatuhnya kerajaan
TUKANG JAWAB even klu pakej
rangsangan dibawa ke parlimen (bkn bajet tp ia tetap perbekalan), klu tak lulus
akn membawa kpd maksud undi tak percaya
TUKANG JAWAB : jd perbahasan
peringkat kementerian ini samalah dgn pakej rangsangan, ia bkn bajet penuh tp
tetap dlm kategori perbekalan
TUKANG TANYA : kah kah kah bajet tu
dah lulus. Tu je soal utamanya. Apa sahaja selepas ini tidak akan
menjustigikasikan bahawa bajet kerajaan PN bolrh dibatalkan lagi.
Adoiiii...jadi kerajaan dulu pun teruk macamni jugak kita pun. Ingat walaun ada
dalam pas saja. Kakakakaa
TUKANG JAWAB : Ouhhh mcm tu, u pulak
walaun siapa? Sblm smlm fokus tertumpu kpd bajet akan lulus atau tdk, sbbnya?
Klu tak lulus muhyiddin akan jatuh. Jd concernnya lebih kpd muhyiddin jatuh
atau tdk, bkn bajet tu patut lulus atau tdk. Bila concernnya terlalu ke situ, kita
kena tarik handbrake, sbb ada org nak menangguk di air keruh, kita bkn tak
biasa kena sailang. Soal nak jatuhkan Muhyiddin tu byk lg peluang lain, bkn
smlm je
TUKANG TANYA : i rest my case la
bang. Trying very hard sangat nak membenarkan apa yang tidak ni jadi mual pulak.
Ikut awaklah . Betul dah tu apa kata wak bang. Demi hormat pada persahabatan
kawan tarik hand brake. Tak sanggup kawan nak gelakkan awak yang memang kawana
hormat dari kawan muda belia melihat awak berjuang ni. Carry on bang. Kawan
setuju je dengan awak.
2021 BUDGET VOTING: A GAME? GAME IN? GAME OUT? KENA GAME? GAME CHANGER? OR NOT A GAME AT ALL?
Apa pun; ia berjaya menunjukkan sekuat mana orang tua yang bernama Dr. Mahathir bin Mohamad itu, orang yang satu ketika pernah mengata 66 ahli parlimen menyokongnya, orang yang satu ketika pernah mengata yang dia sudah tidak mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi ada orang yang tetap mahu dia terus mengambil jawatan tersebut.
Jangan klimaks awal. Perbahasan bajet belum tamat. Selepas perbahasan peringkat kementerian tamat, dan selepas bacaan ke-3 akan ada pengundian sekali lagi. Harus diingat juga, dalam sidang Parlimen kali ini banyak usul undi tidak percaya dihantar, cukup untuk salah satunya sahaja dibahaskan, Muhyiddin akan kembali tidak senang duduk. Kalaulah usul yang satu itu menang dan Muhyiddin jatuh, sekurang-kurangnya Bajet telah lulus dan tidak perlu dibentangkan semula.
Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98
#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #gerak98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional
HADI AWANG ADALAH PEMBOHONG BERSIRI… ?
Bob Kelanang
"Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul, pemimpin itu salah, beritahu salah!"
Maka izinkan saya untuk memberitahu kepada Hadi dan semua wal'auntanya bahawa terlalu banyak perkara yang tidak betul atau salah yang telah Hadi lakukan selama ini.
Terlalu banyak pembohongan yang keluar dari mulut seorang yang bernama Hadi , seorang yang diakui sebagai Tok Alim. Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah…
Apa-apalah yang korang mahu 'ampu' mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hadi yang saya paparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yang mampu saya utarakan.
1) Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram. ?
Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.
Menurut Ustaz Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin di KL Awal bulan 11/2015 yang lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:
Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.
2) Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawatan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.
Siapa bohong? Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?
3) Dato Husam juga turut mencabar Hadi mengenai isu ini tapi Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP.
4) Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor.
5) Hadi mengatakan bahawa Unity Government (UG) lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog di kalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hadi Bewok berbohong.
6) Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya.
7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.
8 ) Dalam Amanatnya, dia berkata:
“Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”
Tetapi KINI dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Apa hukumnya Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?
9) Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.
10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri.
Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan.
Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!
Ternyata Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15, jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.
11) Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda, komunis bagai. Tetapi Hadi Bewok terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah.
12) Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hadi Bewok sendiri yang berkhianat untuk mengUGkan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu!!!
Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hadi Bewok adalah pengkhianat yang sebenarnya.
13) Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen.
14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!
“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita… lebih baik kita bersendirian… " kata Hadi .
Tapi dia KINI semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hadi Bewok pelawok besar!
15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.
16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."
Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!
Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dengan DAP."
17) Hadi kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat."
Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.
18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?
19) Ketika kempen pemilihan, Ustaz Ahmad Awang mencabar Hadi Hadi sebagai presiden parti. Hadi telah memfitnah Ustaz Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :
"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri.
20) Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hadi Bewok dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.
Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu.
Ternyata Hadi berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"
Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.
21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan hudud...
22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hadi Bewok berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.
Bagaimana mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?
Hadi berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.
23) “PAS bukan parti pengampu,” parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.
Kata-kata Hadi itu adalah bohong! Di Terengganu Hadi dan PAS gagal melaksanakan ‘sistem semak dan imbang’ walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.
24) Hadi berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!"?
Hadi jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk...
25) Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah.
Ternyata Hadi berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tiada bukti!
26) Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud.
Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hadi terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hadi Bewok hanya berbohong nak tumbangkan Umno/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang Umno sebagaimana dia lakukan ke atas Amanah dan DAP.
27) Hadi menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukkan sebarang bukti mengenainya.
Hadi adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno kerana mengambil alih kerja-kerja Umno menyerang Amanah dan DAP.
28) Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU355 di parlimen. Hadi tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam.
Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang perlaksanaannya.
Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan. Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa
Sebagai penutup, ingin saya panjangkan pertanyaan dari seorang fesbuker yang bertanyakan seperti berikut :
Betul ke, aku dengar cerita, Hadi Awang baru terima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu pacuan empat roda (4X4) Land Cruiser dan sebuah MPV Toyota Fortuner...
Anggaran nilainya lebih kurang RM700,000 sahaja... Dia juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baru khusus untuk isteri keduanya. Betul ke...?
Apabila ditanya, Hadi kata, 2 buah kenderaan mewah dan rumah baru itu adalah hadiah dari anak muridnya.
Macam bohong je...!!!Adakah fitnah?
Dengar cerita lagi, setelah diselidiki, rupa-rupanya dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta, hasil pertolongan Hadi yang melobi Najib melalui panggilan telefon... kerana itu, dia memberikan hadiah itu kepada Hadi sebagai tanda ucapan terima kasih dan mahu membalas budi dan jasa Hadi Awang hingga dia berjaya dapat projek... betul ke...?
Saya tanya je... takkan tanya pun sampai kena taubat nasuha.
Setelah kalian melihat siri pembohongan Hadi di atas itu, apakah layak dia di anggap sebagai seorang ulama?
Layakkah Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah ?
Jawapan itu hanya ada pada diri kalian. Buktikan apa yang saya dedahkan di atas adalah bukan fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata. Jangan taksub membabi buta.
Maka fikir-fikirlah bersama.
KALAU IKUT PUTERI GUNUNG LEDANG PN BERMASALAH SELEPAS NI
Kalau ikut Puteri Gunung Ledang PN bermasalah selepas ni
Oleh: Pentadbir
FB Shahril Samad
Kita boleh terus gunakan anologi hikayat Puteri Gunung Ledang yang dipopularkan oleh Ahli Parlimen PAS semasa perbahasan peringkat dasar Bajet 2021.
Ahli Parlimen PAS-PN itu memperlekehkan dua syarat yang diletakkan terhadap sokongan BN kepada Bajet itu. Dua syarat ini, macam cakap YB Pasir Mas, tidak ada dalam pendapatan – perbelanjaan kerajaan, iaitu bajet kerajaan.
Maka sebab itu, dua syarat itu kena dibawa dalam perbahasan diperingkat dasar. Adalah tepat untuk Menteri Kewangan luluskan dua syarat itu ketika mengulung perbahasan dasar.
Kalau digunakan anologi hikayat PGL, soal dasar ialah soal Sultan Melaka yang hendak berkahwin dengan PGL. Itu sudah diluluskan semalam.
Bermula Isnin, akan dibahaskan pula perbelanjaan ikut dasar yang telah diluluskan itu. Iaitu perbahasan di peringkat Jawatankuasa.
Masa penilitian dan perbahasan di peringkat Jawatankuasa inilah, YB Pasir Mas boleh bangkitkan soal berapa banyak dulang hati nyamuk dan samada nak bina jambatan emas ke atau jambatan simen je.
Hati nyamuk ini macam perbelanjaan mengurus.
Pembinaan jambatan emas ibarat perbelanjaan pembangunan.
Samada menteri-menteri yang jaga perbelanjaan layak atau tidak juga boleh dipersoalkan di perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pindaan pun boleh dibuat. Boleh juga diusulkan ‘potong gaji menteri RM10’ pun.
Jadi, soal dasar Sultan nak kahwin PGL dah lulus.
Sekarang soal hantaran. Dan juga soal rombongan Sultan ke Gunung Ledang.
PN HADAPI UNDI BELAH BAHAGI PERBAHASAN BAJET 2021 SETERUSNYA – ANWAR
PN hadapi Undi Belah Bahagi perbahasan Bajet 2021 seterusnya – Anwar
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kelulusan Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa atau undian perbelanjaan kementerian tidak akan diberi laluan mudah sebagaimana pengundian pusingan pertama pada petang semalam.
Amaran itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat.
Menurut Anwar, isu mengapa Pakatan Harapan (PH) tidak bertindak meminta Undi Belah Bahagi telah disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Katanya, beliau minta mereka bersetuju setelah melihat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi respons yang positif terhadap isu-isu kebajikan rakyat dan cuba menambah jumlah peruntukan.
“Tetapi kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya. Unjuran pendapatan tidak realistik, itu tidak dijawab. Bila disebutkan kelulusan-kelulusan projek, ini sebahagiannya tidak tuntas seperti peruntukan lebih kepada barisan hadapan, kemudahan kepada pasukan keselamatan juga bantuan kepada rakyat miskin seperti petani, nelayan dan sebagainya.
“Zafrul juga tidak hiraukan permintaan peruntukan kepada masyarakat bukan Melayu yang disuarakan dengan kuat, ini langsung diketepikan.
“Bagaimanapun perbahasan teliti nanti adalah pada Peringkat Jawatankuasa bermula hari Isnin. Kita telah mengambil keputusan untuk meminta belah bahagi seandainya di beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita (berlaku pembaziran dan sebagainya).
“Pertimbangan kita ialah memastikan projek pro-rakyat, petani, nelayan, pekebun kecil, penganggur dan pekerja kilang ditingkatkan,” katanya dipetik.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan keputusan untuk tidak menolak belanjawan turut dipengaruhi sentimen rakyat yang risau andainya belanjawan tidak diluluskan maka perkhidmatan awam tidak akan dibayar gaji.
“Kita tidak mahu ganggu peringkat awal, untuk beri gambaran gaji, emolumen barisan hadapan tidak akan terjejas. Kerana ada persepsi yang agak kurang tepat di kalangan rakyat, kalau kita tolak mutlak ia akan menyebabkan terjejas gaji penjawat awam, elaun barisan hadapan juga kemudahan lain seperti bantuan-bantuan rakyat dan sebagainya.
“Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit,” tegasnya.
Dalam pada itu, Anwar menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan Tengku Zafrul yang longgar mengenai pertambahan peruntukan dalam belanjawan tanpa menyebut angka sebenar secara keseluruhan
Beliau mempersoalkan, mana mungkin dengan pertambahan peruntukan kementerian maka jumlah besar belanjawan tidak berubah. Jangkaan pendapatan kerajaan yang begitu tinggi juga diragui ketika pertumbuhan ekonomi negatif ekoran pandemik Covid 19
“Tengku Zafrul gagal memberi penjelasan. Dia umum (pindaan peruntukan) tetapi gagal memberi angka keseluruhan belanjawan. Seolah-olah tidak ada kesan. Ini tidak benar. Menteri Kewangan harus memberi penjelasan kerana unjuran perbelanjaan itu tentulah tersasar. Ini pandangan kita.
“Pendapatan kerajaan yang begitu tinggi melebihi 2019 juga tidak dikira realistik. Yang kita bantah soal asas, pengurusan kerajaan, penyelewengan, peruntukan agenda politik, itu kita tekankan. Keputusan kecil tambahan peruntukan kita tidak bantah. Dan akan difahami oleh rakyat apabila kita kupas satu persatu dalam jawatankuasa peringkat kementerian,” katanya.
Selain itu, Anwar turut kecewa apabila Tengku Zafrul menyatakan pindaan belanjawan itu dibuat selepas berunding bersama pembangkang, sedangkan pembangkang hanya dibawa berbincang sekali dan sebahagian besar daripada 6 tuntutan yang dikemukakan tidak dimasukkan dalam pindaan.
Kepada penyokong kerajaan Perikatan Nasional, Anwar berkata masih terlalu awal untuk mereka meraikan kemenangan sedangkan perbahasan Belanjawan 2021 masih panjang.
“Belanjawan baru pusingan pertama. Ada bacaan pertama, kemudian peringkat jawatankuasa, kemudian bacaan ketiga untuk betul-betul luluskan.
“Jadi masih terlalu awal untuk mereka merayakan dengan berlebihan. Kita bukan nak fikirkan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.
MUHYIDDIN TIDAK MENANG,ANWAR TIDAK KALAH,CUMA MAHATHIR KIAN TERSISIH JAUH
Ramai yang terlihat kecewa dengan keputusan PH menolak undi belah bahagi bagi pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 semalam sehingga menyebabkan ia diluluskan hanya berdasarkan kuatnya suara Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong.
Sehubungan itu, tidak kurang yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan menolak belanjawan tersebut.
Mereka itu, sebahagian besarnya penyokong PH sendiri, dengan lantang menempelak dan mengecam Anwar sehingga menyeret kepada andaian bahawa Presiden PKR itu sudah tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.
Hakikatnya, walaupun belanjawan telah diluluskan di peringkat dasar semalam, ini tidak bermakna Belanjawan 2021 telah lulus dan perjuangan blok pembangkang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sudah berakhir.
Kelulusan semalam hanyalah untuk bacaan kali kedua dan bermula Isnin nanti, akan bermula perbahasan yang diikuti pengundian di peringkat jawatankuasa atau kementerian, seterusnya akan dilakukan bacaan kali ketiga serta pengundian sekali lagi.
Selepas lulus semua pengundian itu, barulah dikira Belanjawan 2021 telah diluluskan untuk dibawa ke Dewan Negara bagi pengesahan, seterusnya boleh dibawa untuk perkenan Yang Dipertuan Agong.
Dalam erti kata lain, Muhyiddin belum lagi boleh diisytiharkan menang dalam perjuangaj belanjawan ini dan Anwar atau juga tidak kalah secara mutlak.
Perjuangan masih diteruskan dan laluan untuk belanjawan ini diluluskan masih lagi panjang, malah boleh dikata tetap berliku.
Walaupun penolakan jika dilakukan semalam, adalah baik untuk memberi gambaran bahawa Anwar dan PH tidak berkompromi dengan kedudukan kerajaan yang tiada keabsahan serta majoritinya diragui, tetapi persoalan penting harus difikirkan, apakah kemenangan boleh diperolehi memandangkan BN telah membuat ketetapan menyokong belanjawan di saat-saat akhir berikutan tuntutan pengeluaran KWSP akhirnya dipenuhi oleh kerajaan?
Sebelum ini, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan hampir pasti berkecuali, beberapa Ahli Parlimen BN, khususnya Najib Razak dan yang lain-lain juga cenderung untuk menolak belanjawan kiranya tuntutan yang mereka minta tidak dipenuhi.
Malah, dalam perbahasan, Najib dan Anwar senada bahawa sokongan mereka terhadap belanjawan adalah mengambil kira sama ada kerajaan sedia memenuhi tuntutan berkaitan KWSP, moratorium wajib enam bulan lagi serta dana untuk propaganda Jasa dimansuhkan.
Makanya, oleh kerana tuntutan itu sedia dipenuhi kerajaan, Najib selaku Pengerusi BNBBC dan Zahid Hamidi atas kapasiti Pengerusi BN mengambil keputusan untuk menyokong belanjawan itu.
Apabila tuntutan itu dipenuhi, bererti bukan saja desakan Najib dan BN telah dipenuhi kerajaan, bahkan desakan Anwar juga turut didengari.
Bayangkan, apa jadi setelah tuntutan itu dipenuhi kerajaan, tetapi Anwar masih juga bersikap menolak belanjawan?
Sudah pasti, beliau akan dikecam dan dianggap tidak mengambil kira keperluan rakyat dan dinilai secara semberono menolak belanjawan.
Lebih-lebih lagi, berdasarkan BN sendiri menyokong belanjawan, penolakan Anwar dan PH jauh sekali untuk membuahkan kejayaan.
Dengan kalah di peringkat dasar lagi, ia akan lebih menyukarkan jika Anwar berhasrat untuk terus menolak belanjawan di peringkat jawatankuasa atau selepas bacaan kali ketiga nanti.
Tetapi, dengan membiarkan belanjawan diluluskan di peringkat dasar terlebih dahulu, Anwar dan PH boleh memfokuskan perjuangan mereka selepas ini untuk peringkat jawatankuasa atau kementerian serta membangkitkan isu-isu peruntukan tidak perlu atau yang tiada kaitan dengan Covid19, seterusnya memohon pengundian belah bahagi bagi tujuan tersebut.
Harus difahami, ada berpuluh-puluh perbahasan di peringkat jawatankuasa atau kementerian bermula Isnin ini dan jika kerajaan tidak mendengar semua bantahan yang disuarakan, kemungkinan ada yang gagal diluluskan lantaran tidak mustahil ada Ahli Parlimen BN turut tidak setuju dengan beberapa perkara dalam belanjawan di peringkat jawatankuasa.
Dalam posting di laman Facebooknya malam tadi, Najib juga menyatakan beliau masih menunggu butiran lanjut mengenai pengeluaran KWSP yang dibenarkan kerajaan dan membayangkan tidak teragak-agaknya untuk menolaknya di peringkat jawatankuasa jika kebenaran yang diberi kerajaan masih tidak memenuhi sebagaimana yang diminta.
Selain itu, strategi menolak pengundian di pertingkat dasar semalam juga bermakna Anwar tidak mendedahkan angka sebenar sokongan yang dimilikinya.
Menyembunyikan buat sementara perkara itu akan menjadikan Muhyiddin sentiasa dalam keadaan tidak menentu dan resah yang berpanjangan.
Ia turut menjadikan Muhyiddin sentiasa bergantung untuk sentiasa memenuhi tuntutan Najib dan BN bagi memastikan kerajaan pimpinannya tidak ditumbangkan.
Akhirnya, keadaan itu menjadikan UMNO dan BN terus menekan Muhyiddin sehinggalah PRU akan datang.
Dalam waktu yang sama, sementara Anwar sebelum ini telah mengadap Agong dengan membawa surat sokongan daripada Najib dan Zahid Hamidi, lulusnya belanjawan semalam tidak bermakna usaha mahu mengambil alih kerajaan sudah berakhir.
Perkara boleh terus berlaku bila-bila masa, sama ada ketika sidang Parlimen ini tengah berjalan atau selepasnya nanti.
Sekali lagi, ini juga menimbulkan keresahan dan jiwa kacau buat Muhyiddin.
Yang nyata, selain Muhyiddin belum menang dan Anwar juga belum kalah, hanya Tun Mahathir Mohamad yang jelas tersandung semalam kerana terbukti beliau semakin tiada sokongan, tersisih dan tidak relevan lagi untuk kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
Sebab itu, tidah hairan, selain Tun Mahathir, para pentaksub bekas Perdana Menteri itu juga jadi agak emosi dan melenting dengan strategi Anwar semalam.
Hakikatnya, Anwar bukan saja telah berjaya menjadikan Tun Mahathir termalu sendiri kerana sokongan terbukti amat kecil di belakangnya, ia juga menunjukkan Presiden PKR itu lebih ke depan dalam permainan strategi politik.
Kemarahan Tun Mahathir lewat petang semalam melalui tulisannya dengan menempak wakil rakyat pembangkang kerana menolak undi belah bahagi adalah bukti jiwanya sedang sengsara dan terluka.
Sementara Anwar kekal tidak melayan walau sepatah cecehan Tun Mahathir terhadapnya, tetapi dalam diam-diam beliau membuktikan kehebatannya. (Shahbudindotcom 27/11/2020)
PELAN TUKAR KERAJAAN KE LAUT?
Md Zulaimi Kazim
1. Kalau siapa bawa agenda TOLAK Belanjawan untuk jatuhkan kerajaan PN sudah tentu kecewa amat sangat dan peluang ini diambil sepenuhnya mereka yang anti Anwar dalam PH.
TAPI....
2. Kalau kita nak pastikan belanjawan ini untuk memenuhi keperluan rakyat dengan kata lain mengutamakan rakyat maka kita menerima mana bajet untuk rakyat dan kita akan bahas dan tolak mana-mana bajet untuk hanya kepentingan politik PN dan beberapa kerat tokey besar kita tunggu AP kita bahas dan desak Menteri kewangan pinda atau kita akan buat undi belah bagi tolak bahagian-bahagian yang tidak manasabah dalam bajet yang dibentang.
3. Untuk bacaan kali kedua yang berakhir semalam pun kita telah berjaya mendesak PN menerima pindaan terhadap pengeluaran KWSP dan Moratorium. RAKYAT wajar berterima kasih kepada PH dan ucap tahniah kepada AP yang main peranan.
4. Sejak moratorium ditamatkan, jualan produk bagi mana usahawan terasa berkurang sehingga 60% betapa rakyat tidak mampu berbelanja selain untuk barang dapur. Ekonomi dalam tenat ramai rakyat hilang pekerjaan, rakyat memang marahbod kerajaan tapi pilihan rakyat hari ini lebih kepada servival hidup bersama keluarga. Rakyat tahu tukar kerajaan hari ini dan ekonomi tetap ambil masa untuk pulih.
5. Apa yang Anwar arahkan pada ahli parlimen PH semalam menunjukkan beliau bukan terdesak nak jadi PM lagi, utamakan rakyat dulu. Anwar tetap dipersalahkan, kalau mengetuai undi berbelah bagi semalam akan kata Anwar ini gila nak jd PM dan bila sebaliknya Anwar akan dihentam spt mereka hentam Anwar dr petang semalam tanpa henti sampai sekarang.
6. Soalnya... apakah bila berjaya tolak bajet semalam secara otomatik kerajaan bertukar?
Adakah Mahfuz tidak tahu atau buat-buat tidak tahu?
Dendam kpd Anwar hilang rasional berpolitik
MAHATHIR TAK SANGKA DIMALUKAN PH
Tidak perlu saya ulas mengapa PKR, DAP dan Warisan menolak undi belah bahagi yg dibuat oleh Mat Sabu kerana rata kita telah membaca sebab2 tersebut.
Ramai yg kecewa kerana seperti saya juga inilah peluang utk menjatuhkan kerajaan PN. Kita kecewa kerana kita sebelum tidak tahu dan ambil tahu bagaimana proses perbelanjaan di Parlimen berlaku kerana inilah kali pertama kita ingin ambil tahu. Dlm mahu ambil tahu byk benda kita tak tahu akhirnya kita marah2 mcm kita serba tahu.
Malah ramai yg menghentam Anwar terutamanya walaupun Syafie Apdal sekutu Mahathir dan MPnya tidak bangun. Lebih pelik Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin juga tidak bangun tetapi Anwar tetap dipersalahkan... itu tandanya kita prejudis.
Ramai penyokong Amanah menghentam Anwar kerana dendam mereka Anwar tidak mahu menyokong Mahathir sebagai calon PM buat kali ketiga😅... itu sahaja.
Saya mulanya terkejut mengapa MP2 PH tidak berdiri menyokong Mahfuz. Saya ambil pendekatan tenangkan diri dan tunggu sebab2nya. Mesti ada sebab lebih 90% MP pembangkang tidak bangun...Selepas 2 jam baru saya mendapat penjelasan dari rakan2 di KL.
Apa implikasi daripada keputusan semalam kpd PH?
Pertama berkisah kpd nombor. Selama hari ini ramai menyindir Anwar tiada nombor tapi mereka yakin Mahathir ada nombor. Terbukti Mahathir tiada nombor. Lebih memalukan Mahathir hanya mampu membawa 13 MP menyokongnya.
Kedua... semalam MP PN/BN hampir semua berada di Parlimen. Sehari sebelum ini kita telah melihat gambar keriangan pemimpin2 UMNO bersama Zafrul. Kita kena belajar politik Malaysia ini berubah setiap jam. PH tahu UMNO sudah membuat uturn buat sekalian kalinya. Ia bukan setakat kesanggupan PN memenuhi permintaan mereka tetapi kita yakin ada rundingan disebalik rundingan ke atas individu2 terbabit.
Ketiga ia satu kemenangan moral kpd kerajaan PH apabila PN akur dgn kemahuan PH atau Anwar agar kerajaan fikirkan tentang Moratarium dan KWSP. Bayangkan jika kita menolaknya di saat ratusan ribu rakyat memerlukan wang tersebut... setiap hari siang dan malam media atau Berita memburukkan PH hanya pentingkan kuasa bukan rakyat. DAP menderhaka kpd raja. Anwar gila jawatan dan sebagainya. Ia memberi kesan buruk jangka panjang utk PH.
Bola tanggung yg diharapkan PN gagal. Sekaligus ia membuktikan kpd rakyat PH benar2 ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Yg mana baik kita sokong dan bukan menolak mentah2 kebaikan dari belanjawan itu. Inilah kemantangan politik atau seni politik. Membaca gerak geri musuh hingga saat2 akhir.
Keempat ia kemenangan moral kpd Anwar dan sekaligus idea licik Mahthir digagalkan dlm dua kemungkinan. Pertama kita semua mengetahui Mahathir ada rundingan dgn Ku Li dgn angan2 jika kerajaan PN jatuh dia mahu menjadi PM buat kali ketiga. Kedua kemungkinan Mahathir ingin memalukan Pengerusi PH tidak mencukupi nombor. Semua org tahu kelicikan Mahathir jika tidak takkan lah MP2 Amanah seperti menganggap Mahathir sebagai rakan dan individu penting utk mereka dlm berpolitik. Malah semalam membuktikan betapa kuat kerjasama mereka bersama Mahathir dan rakan2nya.
Persoalannya skg kita ingin bertanya adakah Mahfuz tidak mengetahui arahan Anwar? Adakah pemimpin2 Amanah tidak melihat Presiden dan Tim Presiden mereka tidak berdiri? Adakah Mat Sabu tidak memaklumkan kpd MP2 Amanah?
Adakah Mahfuz bertindak sendirian walaupun sudah mengetahui arahan Anwar semata mata utk mengambil hati Mahathir? Adakah MP2 Amanah yg sejak kebelakang ini sentiasa berbeza pendapat dgn Anwar sengaja melakukannya? Ini isunya yg kita tunggukan hari ini utk wartawan bertanya kpd Mahfuz.
Lebih penting Mat Sabu patut bertanggungjawab kenapa ia berlaku dan dia patut membuang sidang khas utk memaklumkan kpd penyokong yg skg bercakaran sesama sendiri. Bukannya lagi bertanya kenapa PH tidak menyokong kerana Anwar Ibrahim dan Athony Loke telah menjelaskan semalam.
Saya kagum apa yg dikatakan Ngeh Koo Kham dari DAP. Katanya kita hanya mempunyai satu Jeneral ( Anwar ) yg keputusan akhirnya adalah dari Anwar. Jika prinsip yg sama ada pada MP Amanah saya yakin tidak akn berlaku undi belah bahagi semalam yg hanya menimbulkan perbagai fitnah sesama penyokong PH.
Tanya saya... ada bagusnya selepas ini kekuatan sesebuah kerajaan itu tidak terlalu melebar. Bila berlaku keadaan 50-50 pemimpin2 berlumba lumba bersetuju menerima permintaan rakyat. Tidak lah seperti dahulu rayuan rakyat tidak diendahkan oleh pemimpin2 BN.
Akhir kata kemenangan moral utk Anwar kpd Mahathir yg cuba memecah belahkan PH gagal. Sekaligua membuktikan permuafakatan PH bakal kembali seperti dahulu. Politik dendam Mahathir memang wajar dijauhi PH kerana adalah baik PH fokus membelas rakyat daripada melayani karenah Mahathir yg terkenal semua org tak betul.
Norman Radzuan