RINA HAMZAH
Entah siapa menteri KPDNHEP yang lembap tu pun taktahu, ramai
sangat menteri.. Mana tak SAMPAI 70 ORANG !!. Kabinet menteri yang terbesar
dalam sejarah dunia ..
SR
RINA HAMZAH
Entah siapa menteri KPDNHEP yang lembap tu pun taktahu, ramai
sangat menteri.. Mana tak SAMPAI 70 ORANG !!. Kabinet menteri yang terbesar
dalam sejarah dunia ..
SR
1. Langkah awal yang sumbang akan menatijahkan segalanya sumbang. Begitulah halnya Langkah Sheraton adalah lambang pembelotan mandat yang telah menelurkan bajet sumbang untuk kekalkan budaya politik pembelotan.
2. TSMY gagal membuat satu perkara mudah dalam demokrasi berparlimen iaitu membuktikan dia ada majoriti, kerana hanya dengan bukti itu sahaja, barulah beliau layak keluarkan bajet dari kantong negara. Usahkan kami nak meluluskan RM 322B, perakuan bukti asas beliau ada majoriti pun entah ke mana?
3. Oleh kerana tiada asas demokrasi ini, maka kerajaan PN mengisi kelompongan ini dengan pujuk rayu sentimen agama dan kaum, media propaganda (sebab itu mereka perlu RM86 juta untuk JASA), serta berlindung dengan simpati covid 19.
4. Politik ugut juga memenuhi kekosongan ruang mandat demokrasi. Hasrat isytihar darurat seluruh negara oleh kabinet PN adalah budaya ugut politik, kenyataan Menteri Kewangan bahawa bajet ditolak bermakna rakyat akan menderita adalah ugutan politik dan menjadikan frontliners sebagai alasan bajet perlu lulus adalah bentuk ancaman.
5. Seluruh rakyat menjadi mangsa ugutan demi meneruskan langkah sumbang mereka. Kami Ahli Parlimen yang bersumpah dengan semangat perlembagaan memberi jaminan akan mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen tanpa rasa takut atau kerana habuan (without fear or favor). Benteng terakhir demokrasi adalah institusi parlimen yang berwibawa dan dihormati. Rakyat melantik MP selain berkhidmat untuk rakyat, mereka mesti berkhidmat juga mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen.
6. Saya dengan ini menyeru kesemua rakan-rakan MP supaya kembali ke pokok pangkal prinsip demokrasi dengan;
A. Pulihkan segala pelanggaran mandat demokrasi dengan langkah awal membuktikan majoriti terlebih dahulu.
B. Kembalikan kepercayaan rakyat melalui fasa sembuhan rentas parti sebelum pembubaran wajib parlimen iaitu 3 tahun dari sekarang.
C. Perancang dan penggerak pembelotan mandat perlu diadili untuk memastikan ia tidak berulang di masa hadapan.
D. Memperkukuhkan ketahanan nasional melalui semakan menyeluruh undang-undang negara yang berkaitan.
Jika kita gagal memahami punca masalah maka kita akan cuba selesai masalah secara rantingnya dan kemungkinan kes akan berulang sangat tinggi. Fasa Sembuhan Negara dan Pulihkan Demokrasi sangat kritikal untuk mengatasi budaya ugut dan mainan sentimen dari terus mengisi ruang politik kita oleh PM yang tiada majoriti!
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden AMANAH
23 Nov 2020
1. BAYAR DOMAIN...DAPAT SATU WEBSITE..BAYAR SEWA TAHUNAN...
2. BAGAIMANA MENJANA DUIT...MUDAH SAHAJA .JIKA BERITA ANDA BAIK..RAMAI PENGUNJUNG ANDA AKAN DI BAYAR OLEH ADD SENSE. SEKIRANYA 100K SEHARI , ANDA AKAN DIBAYAR SEKITAR 100 USD..ITU SEHARI..KALAU SEBULAN...ANDA KIRA SENDIRI.
3. WARTAWAN...BOLEH SAHAJA ANDA MENCARI DI MANA MANA ATAU ANDA PILIH SEPERTI MALAYSIA NOW INI IKLAN DAN ANDA SEKEJAP SAHAJA MENDAPAT MODAL.
4. PARTI YANG NAK JADI PEMERINTAH MESTILAH MEMERLUKAN STATUS BAIK DALAM BIDANG BERITA, MENGUASAI MEDIA..TAPI KALAU BERITA CIPUT, GAJI PUN MAMPOS NAK BAYAR..MACAMANA NAK JADI PEMERINTAH? HENTIKAN LAH..
5. USAHA.. AKU TAK HAIRAN PUN MALAYSIA NOW NI BOLEH MAJUKAN BERITA MEREKA..KERANA
ISHAMUDDIN RAIS...
BLACK SEJAK DULU MENULIS DI MALAYSIAN INSIGHT MALAH BLOG
LAIN LAIN LAIN...AHHH...LUBUK NAK BUAT DUIT BUKAN SUSAH KALAU BIJAK DENGAN PORTAL MEDIA....
6. TAKKAN LAH SKALA BESAR SEBEGINI PENGUNJUNG 100K...KALAU 500K...500 USD? BAYAR GAJI PEKERJA LEBIH DARI BOLEH....
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dari mana punca kewangan portal MalaysiaNow yang amat kaya raya sehingga mampu bermula beroperasi di tengah-tengah krisis COVID-19.
Katanya, pada ketika ini media-media lain yang sedia ada sedang tenat.
“Ramai yang masih ingin tahu siapa funder MalaysiaNow yang kaya-raya sehingga portal ini mampu pacak billboard-billboard gergasi di merata tempat di Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada satu artikel di MalaysiaNow yang tiba-tiba mengeluarkan ‘berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan.
“Pagi ini, media MalaysiaNow yang amat kaya dengan duit entah dari mana sehingga mampu bermula operasi di tengah-tengah krisis Covid pada ketika media-media lain sedang tenat, tiba-tiba keluarkan “berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan,” tulis beliau di Facebooknya.
Menurut Najib, ‘boss’ media ini yang juga ketua pengarang adalah adik kepada Latheefa Beebi Koya.
“Latheefa pula merupakan penyokong tegar Menteri Kanan paling Kanan sejak dulu-dulu lagi.
“Pengarang portal pula merupakan setiausaha akhbar kepada Mat Sabu,” katanya.
W Faudzin
Usaha terakhir menjelang undian bajet, atok nak burukkan Anwar Ibrahim....
Elok Astro anjur debat je antara orang tua ni dengan Anwar. Mentang-mentang la Anwar tak balas serangan dia.....tak abis-habis meroyan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya kes positif Covid-19 menunjukkan trend peningkatan ketara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof berkata PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan di setiap kawasan terbabit termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.
“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu kita laksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes Covid-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat dasar, Redzuan berkata kerajaan juga sentiasa mengambil maklum keperitan rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi akibat wabak.
“Oleh itu, SOP sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan ditambah baik mengikut keperluan rakyat,” katanya
PKPB dikuatkuasakan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Nov lalu susulan peningkatan kes Covid-19.
Ia dikuatkuasakan selama 2 minggu, serta dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Dis ini.
Selang beberapa hari, perintah sama kemudian dikuatkuasakan di semua negeri kecuali Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Kelantan dikenakan PKPB bermula Sabtu.
TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA.
ADMIN AKAN MENYEDIAKAN LAPORAN TERKINI .
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.
7 BENDA AJAIB DUNIA.....YANG INI YANG KE 8.
BOB KELANANG
Mokhtar Senik kata, walaupun dia sokong kerajaan PN, tetapi
sebarang kemaksiatan kerajaan PN dia berlepas diri. Ini standard lebai
berhukum? Bukankah dulu baca ayat "Dan jangan kamu bersekongkol dengan
kezaliman, kelak di bakar api neraka" dan bawa kisah raja zalim yang
jubahnya tidak mahu dijahit oleh mana-mana tukang jahit kerana tidak mahu
bersekongkol dengan kezaliman. Mana semua ayat dan kisah ini? Boleh pulak
berlepas diri begitu saja? Kamu pilih dia jadi bini kamu, kemudian kamu kata
segala maksiat yang bini kamu buat, kamu berlepas diri?
Wahai lebai mokhtar anak senik. Puak-puak kamu telah lakukan dua
dosa besar, tau tak?
Pertama, bersekingkol dengan pengkhianat dan pembelot merampas
mandat rakyat untuk dapatkan kuasa.
Kedua, tidak berani menegur, hanya sekadar berkata berlepas
diri. Kalau begitu baik tak payah jadi ustaz. Penakut nak nyatakan yang hak.
Cukup-cukuplah jual agama, wahai lebai.
WFAUZDIN NS
SHAH NAZLI ISHAK
LONGKANG PATUH SYARIAH - Marang
Seumur hidup ambe ini pertama kali dpt lihat, longkang timbul
semula setelah di tanam "ini la kesan apabila cuba melawan Olamak bertaraf
"Duta"
Salah satu perkara ajaib di Terengganu yang patut di Book kan...
OH my Marangg
https://www.terengganureport.com/.../projek-longkang...
Contoh penjual air jampi dan penjual agama. Kerja dia mengajar, jual agama sebar fitnah. Tengah-tengah malam buat live fb tunjuk dia ibadat malam...itu pun walaun dok sembah lagi..
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak
tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun yang terus
mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 orang.
Beliau pada mulanya meminta supaya speaker memberikan kelonggaran dan memberikan lebih masa memandangkan ia adalah perbahasan untuk Belanjawan 2020.
"Biar ahli parlimen yang bangkitkan soalan juga hadir dalam dewan untuk mendengar, jadi tidak terhad jumlah 80 orang dan membolehkan mereka mendengar hujah yang disampaikan," katanya di Dewan Rakyat.
Namun, speaker tetap bertegas dengan keputusan untuk memberikan tempoh 20 minit kepada setiap kementerian, menyebabkan Anwar sekali lagi bangkit membantah perkara tersebut.
"Saya faham Menteri mahu beri penjelasan, terima kasih. Tapi Ini bukan nak dengar kuliah menteri. Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan masuk, tunggu dia baca 'executive summary' 20 minit, kemudian baca teks, tak payah jadi ahli parlimen.
"Tuan speaker saya percaya faham peranan Parlimen terutama masa jawapan menteri iaitu membahas, mencelah, mempertikai, mempersoal. Ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit.
"Beri kelonggaran sedikit supaya lebih daripada 80 ahli parlimen boleh masuk dan waktu untuk menteri di tambah supaya ada pencelahan.
"Kalau tidak, parlimen 'does not work in this manner'.
"Menteri beri jawapan eksekutif, tiada soalan ditanya, tiada masa dan kemudian yang lain boleh baca di rumah. Ini bukan semangat yang patut dihormati oleh parlimen," katanya.
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menegaskan beliau akan meneliti cadangan beberapa ahli Parlimen yang meminta masa tambahan perbahasan serta had kehadiran anggota Dewan Rakyat dimansuhkan apabila kementerian memulakan sesi menjawab hari ini.
Hari ini, sebanyak 4 kementerian akan menjawab mengenai Belanjawan 2021, iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya.
Setiap kementerian diberikan masa hanya 20 minit untuk menjawab berbanding hampir 1 jam sebelum ini.
“Saya akan teliti permintaan anda semua,” kata Azhar selepas beberapa wakil pembangkang meminta beliau memansuhkan had kehadiran 80 ahli Parlimen dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) adalah antara wakil pembangkang yang mahu Dewan Rakyat menimbangkan semula keputusan itu, dengan berkata, Parlimen adalah tempat untuk berbahas semasa menteri menjawab sebarang soalan berbangkit.
Ia kemudian disokong oleh Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) and Johari Abdul (PH-Sungai Petani).
Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun) kemudian meminta sidang Dewan Rakyat dilanjutkan selepas jam 2 petang seperti sebelum ini berikutan banyak kementerian perlu menjawab soalan yang dikemukakan.
“Esok, terdapat 7 lagi kementerian dan Khamis, Kementerian Kewangan akan menjawab dan saya khuatir kita semua tidak cukup masa untuk berbahas mengenai Belanjawan 2021,” katanya.
Azhar kemudian berkata, negara kini berdepan ancaman pandemik Covid-19 dan mengehadkan tempoh berbahas adalah antara langkah yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
“Tetapi, saya akan berbincang semula dengan ketua whip parti mengenai isu ini,” katanya.
Semakin dekat menjelang hari pengundian di peringkat dasar Belanjawan 2021 diadakan pada 26 November ini, kebarangkalian ia ditolak nampaknya semakin tinggi.
Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan pendirian tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan Muhyiddin Yassin tidak dibenar untuk dibuktikan.
Cenderung agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin perlu diutamakan terlebih dahulu, pendirian Tengku Razaleigh itu membayangkan kemungkinan beliau tidak hadir atau bersikap berkecuali ketika pengundian pada 26 November nanti.
Kedudukan sokongan Muhyiddin di Parlimen ketika ini hanya mempunyai kelebihan satu undi saja.
Dengan pendirian Ku Li itu, Muhyiddin berkurang satu lagi undi daripada blok BN.
Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, entah kenapa tiba-tiba saja menitipkan pesan kepada pihak yang dekat dengan Muhyiddin agar mengingatkan Perdana Menteri tentang “angka” yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional atau PN.
Kata beliau, Bersatu hanya memiliki 31 kerusi Parlimen, itu pun setelah sejumlah Ahli Parlimen daripada UMNO dan PKR menyertai parti tersebut.
“Dan angka itu masih tidak menandingi jumlah Ahli Parlimen yang dimiliki UMNO dan BN,” ujarnya.
Mungkinkah Ahmad Maslan juga sedang memberi isyarat tidak menyokong Belanjawan 2021?
Sebelum ini, sebagaimana diketahui umum, Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC menyatakan sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah sokongan bersyarat.
Syarat yang dituntut Najib ialah Muhyiddin mesti membenarkan pencarum membuat pengeluaran one-off sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP serta memberi lanjutan wajib moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi.
Setakat ini, walaupun ada kebenaran dalam pengeluaran KWSP, tetapi Najib jelas tidak berpuas hati kerana ia tidak sebagaimana yang diminta oleh BN.
Di bawah BNBBC yang dipengerusikan Najib, terdapat seramai 23 Ahli Parlimen penyokong kerajaan iaitu mereka yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.
Jika Najib membuat keputusan tidak menyokong belanjawan, berapa ramai akan mengikut langkahnya?
Di ketika yang sama, suara-suara dalam UMNO sendiri yang mahu Belanjawan 2021 ditolak atau Ahli Parlimen mesti berpendirian mengikut suara hati mereka, semakin nyaring kedengaran dalam sehari dua ini.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Shahrir Samad misalnya, mereka menganggap menyokong belanjawan yang tidak memihak kepada keperluan rakyat, adalah suatu bentuk pengkhianatan kepada rakyat itu sendiri.
Daripada segala suara yang kedengaran dalam UMNO setakat ini, jelas bahawa nada yang mahukan Belanjawan 2021 ditolak adalah lebih tinggi daripada mereka yang mahu ia disokong.
Bahkan, sudah kedengaran suatu pandangan lain sekarang ini iaitu waima segala tuntutan sedia dipenuhi oleh Muhyiddin sekali pun, belanjawan kali ini tetap perlu ditolak oleh UMNO dan BN.
Hujah mereka ialah berkaitan pembulian dan kedudukan UMNO yang tidak dihargai dalam kerajaan di mana sokongan kepada belanjawan bermakna melanjutkan lagi masa untuk Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, sekaligus membenarkan pembulian terus berleluasa lagi.
Dalam hal ini, apakah Muhyiddin masih mahu menunggu belanjawan ditolak baru mahu berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri atau beliau sepatutnya sudah harus mengibar bendera putih?
(Shahbudindotcom 23/11/2020)
PETALING JAYA: Seorang pemimpin tinggi Umno berkata parti itu tidak mahu dipaksa terima PPBM ataupun sesiapa pun, mengharapkan parti rakan, PAS, akan memahami dan menghormati kedudukannya tentang hubungan dengan parti serpihan itu.
Katanya, Umno bukan dalam misi untuk memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.
“Hanya jauhari yang mengenal manikam,” kata Naib Presiden Khaled Nordin dalam kenyataan, mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa.
Annuar, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno, dalam suatu temubual pada 19 Nov dilapor berkata PAS tidak akan bersama Umno tanpa PPBM.
Menurutnya, PAS bertegas Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan PPBM.
Khaled menepis Annuar sebagai “bukan jurucakap PAS”.
“Ia datang daripada seorang yang hanya ingin menyelamatkan PPBM dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” tambahnya.
Kepada PAS, Khaled berkata Umno menghargai setiakawan parti Islam itu, mengatakan kerjasama mereka banyak memberikan kebaikan kepada politik Melayu-Islam.
Katanya, Umno tidak menghalang PAS menyertai Perikatan Nasional, walaupun gabungan itu dipimpin PPBM, kerana partinya memahami dan menghormati kedudukan PAS.
“Maka demikian juga yang Umno harapkan daripada PAS tentang hubungan Umno dengan PPBM,” katanya.
Tambahnya, PAS pasti sedar Umno akan bertembung dengan PPBM di beberapa kerusi pilihan raya.
“Apa jua rundingan dengan PPBM adalah untuk Umno lakukan terus dengan PN melalui Barisan Nasional,” katanya.
Barisan Nasional ketika ini dianggotai Umno bersama dua sekutu setia, iaitu MCA dan MIC.
Umno menjalin kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, yang dimeterai selepas keputusan pilihan raya umum ke-14.
Kerjasama itu menyaksikan Barisan Nasional memenangi beberapa pilihan raya kecil secara berterusan.
“Umno dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini,” katanya.
Ipohmali
Ape beza Arak dan Bir.. sama lah.. Hat Carlsberg.. Tiger, Heineken tu Bir lah.. Sejak Bila Wine ,Vodka Wiski juak kat Kedai Serbaneka dan Kedai Runcit… ? Nampak tak macam mana Anuar Musa nak game Bani Melayu..
Sejak minggu lepas bila DBKL buat kenyataan akan haramkan jualan arak dikedai Runcit dan Serbaneka.. Ramai kalangan bani Melayu, Terutama Pemimpin PAS pakat puji melambung pada Menteri Wilayah..
Dan kita pun tahu game Anuar Musa.. Tu sebab dia letak tarikh perlaksanaan Oktober 2021 setahun lagi.. Sebab apa plan dia nak beli hati Melayu.. target dia, dia nak umpan DAP..Selepas PRU 15.. dia tukar lah keputusan..alasan dia mudah, Dapat bantahan pekedai Runcit.. Kedai Serbaneka..
Tapi biasa lah DAP..Baru Anuar Musa umpan dah masuk perangkap..DAP kutip sokongan buat bantahan.. Rupanya DAP pun umpan MCA.. kalau DAP tak bertindak pun MCA akan bantah.. MCA bijak, Dia bisik kat telinga Anuar Musa jer.. Kalau tak U-turn giliran depa beraksi pulak..
Rupanya tak sampai Seminggu.. Laporan Berita hari ini..Katanya Bir dan arak minuman Keras Perubatan China tak masuk dalam senarai larangan.. Pulak dah…. Jadi sia sia jer Ketua Pemuda PAS..Ulama PAS memuji Menteri Wilayah…
Maklum lah lebai mana tahu Bir tu apa..Depa dok ingat Bir tu Root Beer A&W…depa tak tau Bir tu lah Carlberg, Heniken dan Tiger…hat orang PAS selalu mengamuk kat kedai Speedmart, 7 ELeven.. depa panggil Arak..Anuar Musa panggi Bir..macam Bani Melayu sebut Babi lah..Lembut sikit Khinzir..
Nabi dah habaq dah..
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا..
“Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”
🙂
FB Azizul Abd Hamid
Isunya kena faham, kenapa Anwar dan PKR tak akan terima Mahathir dan tidak akan sesekali buat hubungan dengan Mahathir dengan konco2 beliau lagi. Kerana pengkhianatan Mahathir terhadap PH, PKR dan Anwar adalah jelas dan nyata.
Nak tahu mcm mana dia khianat pada PKR dan Anwar? Ni nak explain ni, kalau masih tak faham atau pura2 tak faham, tak tau nak kata apa lah.
Rafizi Ramli pernah bersuara membantah Tun M buat keputusan tanpa selesai perundingan dengan PKR. Dalam mesyuarat akhir dalam menentukan pelantikan 4 Menteri tersebut, DS Wan Azizah meninggalkan meeting tersebut kerana tak puas hati. Sebab tu lah semasa pengumuman pelantikan 4 Menteri Utama tu Kak Wan tidak berada di situ.
Kemuncaknya beliau letak jawatan untuk pastikan beliau tidak terikat dengan janji untuk serah kuasa pada Anwar dan menjadi PM semula dalam kerajaan perpaduan yg berikan beliau kuasa lebih luas.
Malangnya ada orang percaya bulat2 kononnya Tun tak terlibat dalam jatuhkan PH sedangkan semua orang tahu perancangan tersebut dah dibuat awal lagi. Kalau Tun M tak terlibat jatuhkan PH, so atas tujuan apa Tun M buat banyak mesyuarat sulit dengan para pemimpin UMNO dan PAS beberapa bulan sebelum kejatuhan PH?
Lagi satu, kerajaan PH takkan jatuh kalau setakat Muhyiddin dan Azmin keluar PH. Kalau tolak Muhyiddin dan Azmin, PH ada baki 109 MP, so takkan lah Tun M tak mampu cari 3 MP lagi untuk cukup hilang tanpa perlu letak jawatan.
MENEBING MALAM
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet dan pengundian pada 26 November nanti. Pendirian itu kerana beliau menurut hati nuraninya mempersoalkan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Bagi Tengku Razaleigh kesahihan Muhyiddin diragui jadi Bajet dibentang kerajaanya juga meragukan. Atas prinsip itu Tengku Razaleigh tidak akan hadir ke parlimen.
Pendirian Tengku Razaleigh itu ditafsirkan dengan berbagai makna kononnya Muhyiddin akan berhadapan dengan masalah untuk meluluskan Bajet 2021. Namun saya mempunyai naluri berbeza dalam hal ini. Walaupun Tengku Razaleigh tidak hadir, tetapi Muhyiddin akan mempunyai jumlah cukup untuk meluluskan Bajet 2021.
Hujah saya simple sahaja untuk menganggap demikian, ia ekoran pembangkang tidak seiya sekata berhubung Bajet tersebut dan menghadapi kerajaan PN. Sekurang-kurangnya empat orang ahli Parlimen yang tidak berparti belum pasti menolak Bajet berkenaan. Sekiranya mereka berfikir dengan penolakan Bajet itu menguntungkan pembangkang khasnya Anwar Ibrahim mereka juga akan pulau sidang menurut hati nurani mereka.
Pemulauan itu akan memberi pelung untuk Muhyiddin mendapat sokongan sekadar cukup makan. Wallahualam. Trims.
W.Faudzin
Dato Seri tak perlu layan atok ok. Teruskan bermain dengan cucu, ada juga faedahnya. Atok tu memadai kami kat bawah ni je hadapi. Bukan susah nak hadapi orang tua nyanyuk ni...
OLEH KERANA VIEW TULISAN OLEH SDR SHAHBUDIN HUSSEIN YANG DIMUATNAIK DALAM BLOG INI MENCECAH 45 K , MAKA DIULANG LAGI TULISAN INI KERANA MELUATNYA RAKYAT TERHADAP BEKAS PM INI.
Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya.
Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa.
Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini.
“Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri.
Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke mahkamah untuk berbaik dan menghantar Tun Daim Zainuddin ke Penjara Sungai Buloh, semuanya adalah rencana untuk menghalang bekas musuhnya daripada menjadi Perdana Menteri.
Sakitnya itu pula tidak mustahil tambah menjadi-jadi, mungkin telah mula menggangu tidur Tun Siti Hasmah Ali, lantaran melihat Anwar semakin hampir ke puncak kuasa berdasarkan perkembangan politik semasa kebelakangan ini.
Kiranya Belanjawan 2021 ditolak dan cadangan mengadakan PRU pula tidak diterima berikutan ancaman Covid19 masih melanda, tentulah pertukaran kerajaan merupakan satu-satunya pilihan yang wajar yang akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertuan Agong.
Tidak mungkin juga usul darurat dapat dikemukakan semula oleh Muhyiddin kerana ia sudah pun ditolak Agong sebelum ini.
Lebih sakit lagi derita Tun Mahathir kerana usaha menolak Belanjawan 2021 yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan itu berlaku berikutan adanya persamaan perjuangan antara Anwar dengan Najib Razak, kini Pengerusi BNBBC.
Kedua-dua Anwar dan Najib dilihat senada tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika isu pengeluaran KWSP tidak diberi kebenaran dan moratorium pinjaman bank tidak dilanjutkan.
Dalam seluruh pembuluh darah Tun Mahathir sekarang, selain Anwar adalah musuhnya sampai mati, Najib juga sudah termasuk dalam kategori yang sama.
Sebab itu, dalam perbahasan Belanjawan, yang diserang Tun Mahathir adalah Najib, bukannya Muhyiddin yang selalu disebutnya sebelum ini telah mengkhianatinya.
Di ketika orang lain, semakin menginjak tua menjadi semakin pemaaf dan mengurangkan musuh, Tun Mahathir sebaliknya kian menambah koleksi musuhnya.
Maka, terus menyalahkan Anwar dan menghujahkan dirinya betul belaka adalah cara Tun Mahathir untuk menagih simpati bagi dirinya, sambil mengharapkan Presiden PKR sentiasa terhalang menjadi Perdana Menteri.
Tujuan menghalang Anwar itu pula tentulah dengan maksud mahu mempromosi dirinya sekali lagi, buat kali ketiga, untuk jadi Perdana Menteri.
Barangkali, boleh “gila” dibuatnya Tun Mahathir kali ini kiranya tertakdir panjang usianya dapat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, sambil diberi ucapan tahniah oleh Najib dan juga Zahid Hamidi kemudiannya.
Sementara Tun Mahathir semakin dimanah usia semakin sakit derita hatinya, Anwar pula tergambar bertambah tenang, ceria dan gembira dengan aktiviti harian seperti bersenam, membersihkan kawasan rumah, bermain dengan cucu, sambil tidak mengabaikan sama sekali tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin politik yang aktif sepanjang masa.
Kuncinya ialah Anwar tidak pernah berdendam, sentiasa berlapang dada, redha dengan ketentuan Tuhan serta tiada dengki, iri hati, jauh sekali ada melakukan khianat sesama rakan sendiri.
Sebab itu, yang meroyan dan bertambah sakit hari demi hari hanyalah Tun Mahathir, manakala Anwar – lihat saja wajahnya – sentiasa saja ceria dan gembira.
Dan akhirnya, pastilah Tun Mahathir akan bertambah-tambah sakit lagi apabila segala serangan dan kata-katanya terhadap Anwar tidak disambut walau sepatah pun oleh Ketua Pembangkang itu.
Kata-katanya tak ubah seperti “angin perut” yang busuk dan memualkan.
Kesiannya…sedih tak terhingga kalau kita ada bapa atau atuk seperti itu.
(Shahbudindotcom 21/11/2020)
RINA HAMZAH
Ada Judi Halal dan Judi Haram..
P E J U W A N G I S L E…
BOB KELANANG
Tahun lalu, pimpinan Pas Perak, Hafez Sabri bersama sekumpulan
telah datang sebuah kedai di Manjoi, Ipoh gara-gara menjual minuman keras.
Beliau menuntut supaya pasaraya tersebut menghentikan penjualan
arak di situ oleh kerana kawasan tersebut adalah majoriti Islam.
Beliau mendakwa, pihak masjid berdekatan dan masyarakat setempat
telah menyatakan bantahan kepada pihak pengurusan kedai tersebut.
Tetapi, katanya tidak ada sebarang tindakan diambil seolah-olah
tidak sensitif dan masih berdegil menjual arak.
Tindakan mereka datang ke kedai tersebut menyebabkan pekerja
yang tidak apa-apa terpaksa mengeluarkan semua air minuman yang dibantah itu
daripada peti ais jualan.
Tindakan tersebut telah mendapat respon Menteri Besar Perak,
Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada ketika itu yang mengingatkan agar NGO yang
mempunyai masalah berhubung sesuatu isu tidak bertindak sendirian dan mengikut
saluran yang disediakan bagi mengelakkan masalah lain timbul.
Namun, setelah melihat kenyataan menteri semalam, mendapati
rupa-rupanya bantahan tersebut adalah silap kerana kedai tersebut bukanlah
menjual arak tetapi bir.
Barangkali mereka keliru tentang perbezaan arak dan bir yang
mana ketika ini Kerajaan PN tetap memberi kebenaran untuk menjualnya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Bir
tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di
kedai runcit serta serbaneka...
TAKDIRRRRRRRRRRRRRRRRR