MENEBING MALAM
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet dan pengundian pada 26 November nanti. Pendirian itu kerana beliau menurut hati nuraninya mempersoalkan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Bagi Tengku Razaleigh kesahihan Muhyiddin diragui jadi Bajet dibentang kerajaanya juga meragukan. Atas prinsip itu Tengku Razaleigh tidak akan hadir ke parlimen.
Pendirian Tengku Razaleigh itu ditafsirkan dengan berbagai makna kononnya Muhyiddin akan berhadapan dengan masalah untuk meluluskan Bajet 2021. Namun saya mempunyai naluri berbeza dalam hal ini. Walaupun Tengku Razaleigh tidak hadir, tetapi Muhyiddin akan mempunyai jumlah cukup untuk meluluskan Bajet 2021.
Hujah saya simple sahaja untuk menganggap demikian, ia ekoran pembangkang tidak seiya sekata berhubung Bajet tersebut dan menghadapi kerajaan PN. Sekurang-kurangnya empat orang ahli Parlimen yang tidak berparti belum pasti menolak Bajet berkenaan. Sekiranya mereka berfikir dengan penolakan Bajet itu menguntungkan pembangkang khasnya Anwar Ibrahim mereka juga akan pulau sidang menurut hati nurani mereka.
Pemulauan itu akan memberi pelung untuk Muhyiddin mendapat sokongan sekadar cukup makan. Wallahualam. Trims.