WAH ..HILANG ATAU LENA

 

RINA HAMZAH

DAH MAKIN TERUK !!

Timbalan Speaker Dewan Rakyat tegur Menteri Kewangan ponteng tak hadir mendengar perbahasan belanjawan.

"Kita faham kena tunggu TAC dari CIMB makan masa, tapi janganlah sampai ponteng parlimen” - ujar Azalina tegas

Inilah kerajaan yg Melayu Isle harapkan...

SR

Image may contain: 2 people, text that says "2921 MENTERI & DUA TIMBALAN 'TUANG' SESI PERBAHASAN BELANJAWAN AZALINA ΟΤΗΜΑΝ kata: AZHAR HARUN kata: TIM. SPEAKER TEGUR MENTERI KENA HADIR "Saya perhati tiada timbalan menteri atau menteri (kewangan). Salah seorang kena ada sebab ini adalah perkara penting. SPEAKER TIDAK TAHU MENTERI DI ΜΑΝΑ "Saya pun tak tahu menteri (kewangan) tiada di sini. Boleh jadi mereka tengok dari luar. "[...] Tolonglah pesan pada kawan-kawan kita; menteri atau timbalan menteri; salah satu kena ada sebab nak dengar isu. Tetapi tiada pun peruntukan yang mewajibkan menteri dan timbalan menteri kena ada dalam dewan ketika (perbahasan) bajet." 11 November 2020"


 

Mereka yang merangka belanjawan ini jelas tidak faham ekonomi – Dr Muhammed Khalid




Adakah belanjawan yang dibentangkan minggu lalu dapat menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan krisis ekonomi?

Adakah ia dapat memastikan bahawa Covid-19 ditangani dengan pantas, rakyat yang terkesan mendapat bantuan yang berkesinambungan dan sebaik-baiknya, syarikat dapat terus menjalankan perniagaan dan kekalkan pekerja serta ekonomi dapat berputar kembali?


Sejujurnya, jika kita mengkaji laporan belanjawan ini dengan teliti, ia tidak mencapai matlamat. Kerajaan melepaskan peluang terbaik untuk berani membantu rakyat.


Mari kita lihat satu-persatu.


Pertama, walaupun peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) naik, peningkatan tersebut hanya sebanyak empat peratus meskipun kita menghadapi krisis kesihatan terburuk yang pernah dialami di Malaysia.


Terdapat laporan bahawa ada beberapa peruntukan rawatan perubatan yang dikurangkan dengan teruk. Laporan pengurangan tersebut telah dibantah oleh Menteri Kewangan tetapi penjelasannya tidak berapa jelas dan lengkap. Sebaiknya, Menteri Kewangan perlu lebih telus dan menyenaraikan secara terperinci segala peruntukan untuk semua rawatan perubatan.


Namun, inisiatif tahun lepas seperti program vaksin pneumokokal yang diteruskan oleh kerajaan baharu ini amatlah dialu-alukan. Begitu juga dengan program bekalan susu untuk pelajar miskin, namun, lebih baik jika program ini melingkupi semua murid dan bukan sahaja anak-anak daripada keluarga miskin kerana anak-anak Malaysia secara keseluruhan sedang menghadapi masalah kekurangan zat makanan.


Peruntukan kepada keluarga yang terkesan tidak mencukupi


Kedua, dari aspek membantu mereka yang terkesan terutamanya golongan B40, pekerja sendiri dan juga M40, belanjawan ini sepatutnya lebih membantu. Bantuan yang diberikan terlalu kecil ataupun tidak relevan untuk memberi kesan.


Amat hairan tidak ada bantuan baharu yang diberikan walaupun ramai yang menghadapi kesulitan kewangan akibat masalah ekonomi yang terburuk pernah dialami. Tiada lagi Bantuan Prihatin Nasional yang khusus. Sebaliknya hanyalah penjenamaan semula Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah dilakukan sejak tahun 2012 (dimulakan dengan BR1M), kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Ini pelik sekali, seolah-oleh Putrajaya merasakan rakyat tidak tertekan dengan pandemik ini, maka bantuan diberi seperti biasa seperti tahun-tahun sebelumnya.


Yang lebih mengejutkan, rakyat yang sudah tersepit terpaksa menggunakan wang simpanan mereka di KWSP. Cadangan ini bukan hanya tidak masuk akal, tetapi juga tidak bertanggungjawab kerana simpanan KWSP adalah untuk usia tua.


Lebih kurang satu daripada lima pekerja yang mempunyai simpanan akaun 1 di KWSP ada simpanan tidak sampai RM6,000 dan separuh dari ahli KWSP hanya mempunyai simpanan purata lebih kurang RM12,000 sahaja.


Wang inilah simpanan yang mereka ada untuk persaraan nanti. Sebaliknya, pemerintah mengatakan gunakan simpanan anda sendiri untuk menangani kesulitan kewangan. Jika mereka keluarkan sekarang, bagaimana apabila bersara kelak?


Harus diingatkan, tidak semua mempunyai KWSP, kira-kira satu daripada dua pekerja di Malaysia tidak mempunyai akaun KWSP. Bagi mereka yang tidak mempunyai KWSP, apa yang boleh mereka lakukan? Belanjawan ini seharusnya lebih prihatin dan peduli rakyat.


Sebenarnya, kerajaan boleh memberi bantuan bulanan tunai untuk sekurang-kurangnya enam bulan berikutnya untuk semua keluarga B40 dan isi rumah M40. Sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan makanan untuk anak-anak mereka.


Namun, untuk memastikan mereka dilindungi skim perlindungan untuk masa hadapan, semua ahli keluarga (berumur di atas 18 tahun) penerima mesti mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). MyKad, pangkalan data BSH serta program e-wallet dapat digunakan untuk pemindahan wang tunai dengan mudah.


Apa jadi kepada mereka yang bekerja sendiri seperti Mak cik Kiah?


Ketiga, kita harus bertanya, apa sudah jadi kepada pekerja sendiri di sektor ‘informal’ seperti Makcik Kiah? Malangnya, Mak cik Kiah dan yang sewaktu dengannya tidak mendapat bantuan khusus, walaupun kajian menunjukkan golongan ini yang paling teruk terkesan dalam pandemik ini.


Kali terakhir mereka mendapat bantuan adalah bantuan sekali-bayar Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM3,000 beberapa bulan lepas. Belanjawan 2021 tidak melanjutkan GKP, Mak cik Kiah dilupakan. Kerajaan mampu memberi GKP sekali lagi kepada semua yang bekerja sendiri dan GKP boleh digandakan untuk tahun hadapan.


Ini akan membolehkan 2.4 juta daripada mereka bernafas kembali. Namun, untuk memenuhi syarat, mereka yang bekerja sendiri mesti mendaftarkan perniagaan mereka dengan KWSP, Perkeso, dan LHDN. Pada masa ini, kira-kira hanya tiga peratus daripada 2.3 juta pekerja sendiri di negara ini berdaftar dengan Perkeso.


Golongan M40 harus diberi perhatian


Keempat, golongan M40 seharusnya dibantu juga, namun belanjawan ini nampaknya mereka diabaikan. Walaupun ada potongan cukai sebanyak satu peratus, apa gunanya inisiatif ini jika mereka tiada pekerjaan atau hilang pendapatan? M40 juga terkesan. Moratorium pinjaman yang hanya untuk B40 harus juga merangkumi golongan M40. Yang penting, golongan B40 dan M40 haruslah sekurang-kurangnya diberikan moratorium ‘automatik’ untuk pinjaman perumahan di bawah pinjaman RM500,000. Ini dapat memastikan mereka tidak hilang tempat berteduh.


Banyak syarikat akan gulung tikar jika tidak dibantu


Kelima, Belanjawan 2021 seharusnya melindungi pekerjaan dan syarikat. Jika tidak, ramai akan hilang mata pencarian. Apa yang syarikat perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mahukan adalah subsidi upah untuk mengurangkan kos pekerja (supaya mereka tidak dibuang), dan juga lanjutan moratorium pinjaman. Tetapi, subsidi upah hanya diberikan syarikat yang terlibat dalam bidang pelancongan dan peruncitan, walaupun banyak perniagaan yang terjejas dalam semua sektor.


Berdasarkan laporan Kehilangan Pekerjaan Perkeso pada bulan Ogos 2020, sektor yang paling tinggi mengalami kehilangan pekerjaan adalah industri perkilangan (24 peratus), berbanding sektor penginapan, makanan dan minuman (15 peratus), dan perdagangan borong dan runcit (14 peratus).


Jika belanjawan ini tidak diolah kembali, ia akan membunuh banyak PKS, yang menggaji sekitar 60 peratus daripada jumlah pekerja di Malaysia. Ekonomi negara bergantung kepada rakyat untuk berbelanja dan jika ramai yang tiada pekerjaan, bagaimana ekonomi dapat berkembang dan bagaimana kerajaan akan mendapat hasil cukai jika banyak syarikat gulung tikar?


Subsidi upah harus dipanjangkan selama enam bulan akan datang dan secara automatik merangkumi syarikat berpendapatan bawah RM50 juta setahun. Syarikat yang berpendapatan antara RM50 juta hingga RM500 juta semestinya menunjukkan penurunan jualan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam enam bulan terakhir untuk layak.


Moratorium pinjaman untuk firma mesti diteruskan. Kementerian Kewangan mengatakan bahawa syarikat haruslah memohon moratorium pinjaman dan kelulusan adalah mengikut budi bicara bank. Mengapa kita tidak mahu menolong syarikat-syarikat kita dengan meneruskan moratorium ini secara automatik? Bukannya syarikat dapat duit buta, dan tidak perlu membayar balik, kerana mereka mesti membayar balik. Cuma tempohnya dipanjangkan sedikit.


Hilang fokus


Keenam dan akhir sekali, nampaknya belanjawan ini hilang fokus. Maaf saya katakan, tetapi mereka yang merangka belanjawan ini jelas tidak faham ekonomi. Kita menghadapi wabak dan krisis ekonomi yang teruk, ekonomi menguncup pada tahap jauh lebih buruk daripada yang kita hadapi dalam Krisis Kewangan Asia 1998 dan Krisis Kewangan Global 2008. Pengangguran juga tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Namun, belanjawan ini masih merasakan semuanya ‘ok’.


Mengapa bantuan diberikan kepada benda yang tidak berfaedah kepada negara dan rakyat, contohnya, bantuan kepada Unit Propaganda – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang akan menerima lebih RM81.5 juta tahun depan? Yang hairan bin ajaib adalah benda yang lebih penting untuk ekonomi dan rakyat menerima peruntukan yang jauh lebih rendah.


Jasa mendapat lebih banyak lagi daripada bantuan untuk sektor pelancongan walaupun pelancongan merupakan penyumbang utama pekerjaan dan ekonomi tempatan, hanya RM50 juta diberi untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan.


Kanak-kanak juga mendapat peruntukan lebih rendah daripada Jasa, program perkembangan kanak-kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya mendapat RM9 juta, atau lebih kurang hanya satu per 10 dari peruntukan Jasa.


Malah, peruntukan untuk menaik taraf bangunan dan infrastruktur di sekolah-sekolah yang dalam keadaan usang dipotong sebanyak RM58 juta. Walaupun kesihatan mental kini lebih kronik, bantuan kepada sektor ini hanyalah RM24 juta, ataupun tiga kali lebih rendah daripada Jasa. Yang lebih aneh, pejuang negara barisan hadapan hanya mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak RM500, ataupun keseluruhan berjumlah RM50 juta, iaitu 1.6 kali lebih rendah.


Keutamaan bantuan kewangan kita seharusnya kepada mereka yang terkesan. Mengapa kita tidak melindungi mereka yang terdedah tetapi memberi ganjaran kepada mereka yang sudah ada pekerjaan tetap?


Bonus RM500 kepada penjawat awam adalah tidak tepat sekali. Mereka tidak memerlukan bonus ini. Mak cik Kiah dan orang miskin lebih memerlukannya. Lebih baik untuk memberikan RM500 kepada mereka daripada membiarkan mereka mengeluarkan simpanan daripada KWSP. Yang paling mengecewakan adalah tidak ada langsung potongan gaji walaupun satu peratus oleh menteri-menteri untuk berkongsi beban rakyat.


Jika kita tidak memberi bantuan secukupnya kepada rakyat, dan jika syarikat mula gulung tikar, ekonomi akan merosot tahun hadapan. Ini akan menjadi masalah besar.


Seluruh dunia menjangkakan ekonomi akan terus berada dalam keadaan suram tahun depan. Namun, kerajaan menjangkakan aktiviti ekonomi akan kembali seperti pada tahun 2019 di mana pungutan cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan korporat dijangka lebih tinggi daripada kutipan pada tahun 2019. Ini hampir mustahil.


Covid-19 tidak akan hilang pada 1 Januari 2021. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sukar mendapat vaksin yang selamat dan berkesan sehingga akhir tahun 2021. Kita harus jujur menghadapi realiti.


Kita mahukan belanjawan yang mesra rakyat kerana mahu tidak mahu, inilah kerajaan yang kita ada. Maka, adalah dirayu supaya belanjawan ini digubal semula jika kerajaan jujur dan ikhlas prihatin akan nasib rakyat.


~ Dr Muhammed Abdul Khalid ialah pakar ekonomi dan Pengarah Urusan DM Analytics


Source: BH



Umno ibarat hikayat gunung ledang, Pas pula hikayat janji 1001 ‘malang’

 

Trial of Raja Kamarul Bahrin's suit against news portal to start Monday
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONNovember 13, 2020

AMANAH tak akan sokong Belanjawan 2021 jika kekal apa yang ada

 

AMANAH tak akan sokong Belanjawan 2021 jika kekal apa yang ada
Mohamad ke Kelantan hari ini bagi merasminkan Konvensyen AMANAH Kelantan.

WALAUN PUN BENCI BACA HARAKAH

 Tengok...

Walaun Pas pun menyampah baca berita Haramkah
X pelik la x laku skang ni 🤣🤣🤣
Image may contain: text that says "Ahmad Albab Hello Harakahdaily, sila delete posting. Dah jadi Kerajaan ni tak kan tak reti nak diplomasi sesama Menteri... 6 mins Like Reply More"

KAH.......DAP YA SOH BUAT ABPBH. DAP PATUT SAMAN JA LEBAI KELARAH NI

 

ROMNA AYOM

Tudiaaa...

Ini lahhh akibatnya apabila Lebai terlebih DOS makan pengat taikkk...

Tak kan lahhh lowbuy buat pura-pura bangang kott..

"PN kan kerajaan PAS juga"

Kuat Lebai nii ratib DAP...

 

CHRISMAS COMES EARLY

 


FAEZUDDIN PUAD

1. Gaji pokok Exco dan Adun Kelantan dinaikkan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan akan dibayar BERMULA JANUARI hingga OKTOBER TAHUN INI.

2. Diluluskan secara tunggakkan, kenaikan bukan bermula Januari tahun 2021 tetapi Januari tahun 2020.

3. Saya tak faham, apa keperluan mendesak menaikkan gaji Adun dan Exco Kelantan dan diluluskan dalam dewan dengan cepat saat negara berhadapan pandemik Covid-19.

4. Tak boleh ke tangguh sekejap? Sehingga reda Covid-19. Alasan naik gaji sebab kerja wakil rakyat Kelantan makin mencabar ni satu alasan yang bodoh dan tak boleh diterima rakyat.

5. Lebih elok kenaikan gaji tunggakan Januari hingga Oktober 2020 yang berjumlah (RM50,000 x 45 Adun = RM2.25 juta) disalurkan kepada rakyat Kelantan yang susah, yang hilang kerja, yang muflis atau sesiapa saja rakyat Kelantan yang terjejas sebab Covid-19.

6. Claim diri tu berjuang untuk Islam tapi nampak seolah tak sensitif langsung dengan kesusahan rakyat.

7. Sedih




NGOKSSS.....

 NIZAM AKA


Image may contain: 2 people, people sitting, text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Alhamdulillah.Akhirnya yang ditunggu2 oleh umat islam pada hari ini dimakbulkan juga.Perkara Perkara Ini telahpon mendapat persetujuan seluruh ulama demi kebaikan ummat pada hari ni.Alhamdulillah Translate Tweet m Malaysiakini (BM Version) 17m. VIDEO: PKPB: Anugerah Bintang Popular tidak termasuk dalam aktiviti terlarang kini i"

Image may contain: 2 people, text


Ustaz Jaa ngok oiii..Memanglah rakyat bising sebab puak-puk kamu tu naikkan gaji di waktu rakyat susah,sengsara dan menderita akibat covid..Ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan,ramai perniaga-peniaga yang tutup kedai,300,000 syrikat dan kilang ditutup..Tapi diwaktu rakyat susah dan sengsara itulah,puak-puak kamu naikkan gaji..

Pada tahun 2015,gaji dah dinaikkan dari RM4600 kepada RM8000,tapi tak ada sesiapa yang bising sebab masa itu tak ada bala covid dan rakyatpun masing-masing ada pekerjaan dan pendapatan..

Bila puak-puak kamu naikkan gaji di musim rakyat susah,kamu ada macam-macam dalil nak pertahankan puak-puak kamu..Tapi kalaulah PH yang buat kerja gila ini,dah tentu kamu maki,hamun,caci,kutuk dan macam sumpah seranah yang puak-puak kamu bakal hamburkan..

Bila agak-agaknya ustaz bodoh ini nak jadi sedikit cerdik?

 

22 POSTING SEHINGGA KINI...LAGI BERITA AKAN MUNCUL

 


SILA TEKAN > UNTUK BERITA SELANJUTNYA DI AWAL PAGI.TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.

Image may contain: 2 people, people sitting, text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Alhamdulillah.Akhirnya yang ditunggu2 oleh umat islam pada hari ini dimakbulkan juga.Perkara Perkara Ini telahpon mendapat persetujuan seluruh ulama demi kebaikan ummat pada hari ni.Alhamdulillah Translate Tweet m Malaysiakini (BM Version) 17m. VIDEO: PKPB: Anugerah Bintang Popular tidak termasuk dalam aktiviti terlarang kini i"




PERUTUSAN DEEPAVALI 2020

 Image may contain: text that says "SELAMAT MENYAMBU HARI DEEPAALI 2020 ANWAR IBRAHIM Presiden Keadilan Ahli Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_keadilam @anwaribrahim_my @anwaribrahim Ibrahim"



PERUTUSAN DEEPAVALI 2020

Perayaan Deepavali atau Diwali adalah salah satu bentuk perayaan terbesar yang diraikan oleh penganut Hindu seantero dunia. Perayaan ini juga dimaknai dengan memasang lampu-lampu dan cahaya yang menerangi jalanan dan rumah-rumah.
Makna besar dari perayaan ini adalah kemenangan cahaya atas kegelapan, benar atas batil, dan juga keadilan atas kebobrokan.
Atas semangat Deepavali juga, kita rakyat Malaysia harus insaf dan segera menghidupkan kerukunan sebagai jaminan kepelbagaian di Malaysia.
Perayaan Deepavali pada tahun ini masih dalam suasana wabak, dan ini semestinya mengesankan aktiviti perayaan. Saya gesa penganut-penganut Hindu untuk terus tabah dan kuat, serta tingkatkan kewaspadaan agar sama-sama kita keluar dari wabak ini dengan jayanya.
Mewakili keluarga majmuk KEADILAN saya ucapkan “Deepavali Nal Valthukal” kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM


Pembangkang pun ada hak untuk kemuka usul undi tidak percaya


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berpandangan speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberi tafsiran yang salah terhadap isu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, setiap ahli parlimen tidak kira mewakili kerajaan atau pembangkang mempunyai hak untuk mengusulkan undi tidak percaya di sidang Parlimen.

"Speaker mengatakan bahawa pihak pembangkang tidak boleh usul undi tidak percaya tanpa kebenaran dari menteri undang-undang dan kerajaan.

"Secara prosedur memang betul tetapi atas semangat perlembagaan memang salah.

"Ramai ahli parlimen tidak bersetuju termasuk Ahli Parlimen Gua Musang. Undi tidak percaya adalah hak asas dan tonggak demokrasi untuk menguji kesahihan kerajaan.

"Kerajaan yang terus berkuasa tanpa majoriti adalah bukan pemerintah yang demokratik, apa lagi kerajaan bermula mendapatkan kuasa dari pintu belakang.

"Jika ahli parlimen tiada jalan lain untuk usul undi tidak percaya, pilihan akhir untuk uji kesahihan adalah pengundian rang undang-undang," katanya.

Wong juga memberikan cadangan iaitu usul undi tidak percaya boleh dibuat jika speaker memberikan ruang khas kepada ahli parlimen pembangkang untuk mengemukakan usul persendirian seperti yang diamalkan di United Kingdom.

"Jika speaker membenarkan masa separuh hari kepada pembangkang untuk usul 'private members' setiap minggu Parlimen bersidang seperti diamalkan di Parlimen UK, di mana kita diberi jaminan dan peluang untuk bawa usul termasuk usul undi tidak percaya.

"Maka perkara ini boleh selesai secara aman, perbahasan belanjawan ini akan berhenti jadi medan perang politik dan kembali kepada asasnya sebagai perkara mengenai kewangan tahunan negara," katanya.

 

MANA NASRUDDIN TANTAWI YANG DULU GARANG?


RAKYAT PAPA, TIDAK WAJAR GAJI ADUN KELANTAN HINGGA RM12,000


BAHAS BAJET: NAJIB BUKAN MUSUH, PENDIRIAN SAMA -AMK


MAKA BELANJAWAN INI PASTI SESUATU YANG AMAT MENYUKARKAN KERAJAAN

 

Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM

Bernama
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan salah tanggapan mengenai bantuan bayaran balik pinjaman bersasar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua yang terjejas akibat pandemik COVID-19 akan menerima bantuan, demikian menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sambil menafikan salah tanggapan mengenai bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
"Salah tanggapan umum ialah tanpa moratorium menyeluruh, peminjam yang dalam kesusahan tidak akan menerima bantuan (sebaliknya) bantuan itu adalah untuk semua yang terjejas akibat pandemik itu termasuk lanjutan moratorium," katanya.Mereka yang kehilangan pekerjaan terutamanya dalam sektor pelancongan telah menerima moratorium menyeluruh selama tiga bulan dan lanjutan akan diberikan sekiranya mereka menganggur.
Beliau berkata bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.
atu lagi salah tanggapan umum ialah mereka memerlukan terlalu banyak dokumen. Bukan begitu. Bagi golongan B40, bank mempunyai akses kepada penerima BSH (Bantuan Sara Hidup) dan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat). Oleh itu, bank dapat mengenal pasti (mereka)," katanya dalam taklimat kepada editor-editor kanan pada Khamis.
Perusahaan mikro tidak perlu menyerahkan sebarang dokumen dan hanya dokumen minimum diperlukan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu bank memberi nasihat bersesuaian kepada peminjam.
Setakat ini, seramai 640,000 permohonan bantuan telah diterima dengan kadar kelulusan 98 peratus dengan 40 peratus menerima lanjutan moratorium, manakala 60 peratus lagi mendapat pengurangan ansuran.
Beliau turut menegaskan bahawa permohonan bagi semua bantuan bayaran balik pinjaman bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan terpapar dalam rekod CCRIS peminjam.
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah pangkalan data berpusat yang memberi gambaran kepada keadaan kewangan individu.
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap apa-apa sahaja, mereka boleh sentiasa membuat aduan kepada Bank Negara. Saya boleh memberi jaminan bahawa Bank Negara bertindak terhadap setiap aduan yang diterima," kata Nor Shamsiah.
Ketika ditanya sama ada moratorium menyeluruh itu adalah satu kesilapan dan langkah moratorium bersasar sepatutnya diambil sejak awal lagi, beliau berkata: "Tidak. Pada masa itu, itulah keputusan yang tepat memandangkan semua perkara terhenti sepenuhnya.
"Oleh itu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tepat untuk melaksanakan penilaian yang lebih meluas dan menyediakan bantuan serta-merta dari segi moratorium menyeluruh kepada semua isi rumah dan peminjam PKS.
"Ketika ekonomi anda menguncup hampir 30 peratus, itu adalah dasar yang tepat untuk meredakan kebimbangan yang sentiasa ada dalam ekonomi," katanya.
Ekonomi Malaysia merosot sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua 2020 susulan pelaksanaan sekatan perjalanan keluar masuk di negara ini dengan mekanisme penguatkuasaan yang tegas untuk membendung penyebaran COVID-19.
Impak sekatan perjalanan keluar masuk itu dirasakan pada April 2020 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun 28.6 peratus tahun ke tahun.Bagaimanapun, kini semuanya telah meningkat semula.Selepas PKP, sebahagiannya telah mula pulih dan dibayar semula."Jadi, wujud pemulihan, tetapi ada yang masih memerlukan (seperti sektor pelancongan) dan mereka menerima bantuan yang diperlukan dari segi bantuan bersasar," katanya.Beliau berkata mengimbangkan keperluan pihak berkepentingan yang berbeza adalah kritikal dan peminjam perlu diberikan pilihan mengikut keadaan individu."Ramai peminjam telah mula membuat bayaran balik sebelum moratorium ditamatkan," kata Nor Shamsiah.
Beliau berkata 89 peratus daripada peminjam PKS telah mula melunaskan bayaran balik pada September 2020 berbanding suku pertama tahun ini, manakala 73 peratus pula bagi isi rumah.
-- BERNAMA

AGAKNYA ISU SEBENAR BAGI PAS HANYALAH SOKONG SAJA APA YANG PM SUKA…

 

Kalau memperjuangkan lanjutan moratorium lanjutan selama enam bulan lagi dan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP bukan isu sebenar, apa dia isu yang sebenarnya di ketika pandemik Covid19 melanda ini?

Dalam isu moratotium dan KWSP, sedarkah Pas bahawa ia sama sekali tidak melibatkan sebarang pertambahan dana daripada kerajaan, sebaliknya hanya kebenaran atau kelulusan kerajaan saja yang diperlukan.

Duit dalam KWSP adalah wang rakyat atau pencarum sendiri, manakala moratorium pula hanyalah penangguhan sementara daripada membuat pembayaran di mana selepas tempoh enam bulan itu berakhir nanti, pembayaran akan disambung semula.

Di mana datangnya kerajaan ada rugi apa-apa?

Setidak-tidaknya dengan dua kelulusan itu, rakyat mempunyai lebih keselesaan untuk berbelanja di musim Covid19, selain secara langsung dapat membantu merancakkan pemulihan ekonomi negara.

Itu pun susah ke Pas nak faham untuk memberi sokongan dan melihatnya sebagai isu yang benar-benar realiti bagi rakyat?

Habis, apa isu sebenar bagi Pas?

Apakah memberi peruntukan RM85.5 juta kepada JASA bagi tujuan propaganda politik suatu isu sebenar bagi Pas ketika Covid19 melanda?

Begitu juga, apakah memberi peuntukan RM8.5 juta untuk NGO Penggerak Komuniti Negara yang sah bersifat politik kepartian turut merupakan isu sebenar?

Kerana itukah Pas hanya berdiam diri terhadap kedua-dua peruntukan politik di atas, walaupun suara kemarahan rakyat begitu membara menolaknya?

Yang lebih penting, apakah juga terus menyokong Muhyiddin Yassin selagi beliau berjawatan Perdana Menteri agar pimpinan Pas terus dapat nikmat jawatan dalam kerajaan, itu merupakan isu yang sebenar bagi sebuah parti Islam?

Mentang-mentang Muhyiddin macam keberatan untuk meluluskan dua perkara tersebut, tambahan pula Anwar Ibrahim dan Najib Razak begitu gigih memperjuangkannya, maka Pas hanya ambil jalan mudah dengan memihak kepada yang ada kuasa semata-mata.

Habis, nasib rakyat yang susah bagaimana?

Apakah jawapan yang ada dalam kepala pimpinan Pas selepas selesa dengan nikmat jawatan sekarang ini – Aku Peduli Apa?

 (Shahbudindotcom 13/11/2020)