SANDIWARA DUA BERANAK

 


Tun and Mukhriz's statement conclude everything. Tun dan TSMY masih sekapal. TSMY dinaikkan PM oleh rencana Tun sendiri. Dibelakang PN ialah Tun sendiri. 

Akhirnya PN dan PH dikawal oleh Tun. Tun cuba wujudkan kerajaan perpaduan lepas letak jawatan, tapi semua x sokong. Plan B ialah naikkan TSMY dalam PN, dan Tun kawal PH. Sebab tu sebenarya mudah je kalau PH nak take over balik kerajaan kalau Tun sokong. Tapi again syarat Tun, ialah Shafie Apdal jadi PM bukan Anwar. So either way, Tun still akan control PM. Yang penting bukan Anwar yang naik. 

Anwar dah tau dari awal game Tun ni. Sebab tu dia tak setuju Shafie Apdal sebagai PM. Dia firm PM mesti dia sendiri. Bila orang salahkan Anwar, sebab gagal kerjasama untuk PH 2.0 form gov, inilah sebabnya. Hari ni, Tun dan Mukhriz melenting kalau TSMY jatuh. Sebab apa? Bukan ke ikut skrip Tun dikhianati TSMY? Patutnya gembira TSMY jatuh. 

Sebab tu saya x teruja dengan PRN negeri Sabah ni. Sama je dua-dua side. PN ada orang Tun, Warisan dah tentu bawah Tun. Amanah dan Dap mungkin kerana masih percaya Tun, sanggup bertanding bawah logo Warisan. Itu sebabnya Anwar tetap nak bertanding dengan logo PKR bukan Warisan.

Rakyat berhak tau apa yang sebenarnya berlaku. Ini belum lagi nak cerita apa punca kejatuhan PH. Tun sabotaj PH sejak awal hingga menjurus kepada naiknya Kjaan PN. Hanya yang nampak saja perasan. Azmin juga tau dari awal. Sebab tu Azmin berani terang-terangan menentang Anwar dari awal. Politician akan playsafe until only if something better awaits him. Dan dia bersama Tun dari awal untuk jatuhkan PH dengan bantuan Hishamuddin dll.

Cukup-cukup lah sandiwara Tun, PPBM, Pejuang. Pada saya mereka ni dah x relevan lg dan x boleh dipercayai lg. Sbb tu Anwar sendiri x nak dah bekerjasama dgn Tun and the geng ni jika bentuk Kjaan baru.


Azizul Abd Hamid




TIADA PEMENANG MUTLAK GRS TIDAK DIDAFTAR TERSERAH KEPADA TYT



Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri.


Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi, namun GRS tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan yang berdaftar.


Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.


Berikutan itu, berdasarkan artikel berkenaan, Warisan adalah parti berdaftar yang memenangi majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 29.


Perkara tersebut turut ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika bercakap kepada media tentang keputusan PRN Sabah.


“Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah Parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.


“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.


“Saya melihat bahawa saya juga tidak lupa bahawa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil , begitu juga keadaan yang kita lihat di bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tetapi parti terbesar ialah Warisan yang memimpin kerajaan,” katanya.


SPR dalam pengumuman keputusan penuh PRN malam ini menyatakan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) menang 14, Parti Bersatu Sabah (7) dan Bebas tiga kerusi.

'Muhyiddin hilang majoriti, kembalikan kerajaan mandat rakyat'

 

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN menyokong agar segera dikembalikan kerajaan yang diberi mandat memerintah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

 Menurut Ketua Whip Parlimen KEADILAN, Datuk Johari Abdul, Ahli-ahli Parlimen yang bermesyuarat pada petang ini bersetuju agar kerajaan baharu dibentuk dan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi.

 "Ahli-ahli Parlimen KEADILAN memberi sokongan penuh kepada langkah yang diambil mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya.

 "Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat," katanya dalam satu kenyataan.

 Menurut Johari lagi, ahli-ahli parlimen yang bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu haruslah menunjukkan komitmen terhadap keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan. Kerajaan juga mesti fokus memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi, termasuk badan kehakiman.

 Sehubungan itu, Johari menegaskan kehilangan sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus ditangani segera.

 "Kami turut mengambil maklum dengan kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno BN telah beralih sokongan dan kini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri," katanya.

 Selain itu, Ahi-ahli Parlimen KEADILAN turut memanjatkan doa agar Yang di-Pertuan Agong sembuh daripada kegeringan baginda dan menyelesaikan isu-isu kenegaraan dengan baik.

"Kami memanjatkan doa agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberikan kesembuhan segera dan dikurniakan kesihatan yang baik," kata Johari lagi.

 Mesyuarat ahli-ahli parlimen KEADILAN yang diadakan petang tadi membincangkan kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020 bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

 

PBS BERSAMA WARISAN PLUS BOLEH BENTUK KERAJAAN


HORMATI KEPUTUSAN RAKYAT SABAH – ANWAR


PN DAN MN MUNGKIN BUNGKUS..

 

PBS hari ini mengumumkan untuk mengadakan mesyuarat pada mlm ini (jam 7.30pm:27/9/2020) berhubung dgn pembentukan semula kerajaan Negeri Sabah. 

Sumber-sumber yang boleh di percayai mengesahkan bahawa mesyuarat ini hanyalah satu formaliti sahaja kerana di katakan bahawa semua adun-adun PBS termasuk presidennya telah menemui DS Shafie Apdal sebentar tadi (4.30pm) dalam merangka kerjasama dan strategi tentang perlaksanaan bagi penubuhan Kerajaan baharu Sabah.

Jika ini benar-benar berlaku...maka, KERAJAAN baharu Sabah akan di bentuk hasil penyatuan WARISAN, DAP, PKR dan PBS. Buat pertama kalinya..Sabah mungkin memiliki seorang Timbalan Ketua Menteri yang di lantik dari seorang calon parti PBS. 

Nasib adun-adun BN dan PN masih belum di ketahui ketika sudah terdengar desas desus mengatakan bahawa 4-5 adun-adun tersebut akan berhijrah kepada parti Warisan @ pun PBS.

Ini kalilah Pak Bung dan Bang Jiji kempunan..




HARI ULANGTAHUN GERAK DI GOMBAK MENJELANG HARAPAN MENGANGKAT ANWAR SEBAGAI PM




Malam ini, Ahad (27/9/20) jam 9.00 mlm, bertempat di Gombak, tanah tumpahnya Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor,  pihak GERAK98 akan mengadakan sambutan hari ulangtahunnya.

Boleh dikatakan semua negeri di semenanjung telah dikunjungi oleh Pengerusi gerak98, Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor di dalam misi jelajah GERAK98.  GERAK98 yang dihidupkan kembali oleh Sdr Ezam dan rakan-rakan lama seperjuangannya dahulu hanya tampil secara aktif dan agresif disaat kerajaan mandat rakyat dikhianati.  GERAK98 tidak menumpang senang sewaktu kerajaan PH berkuasa.  Apabila kerajaan mandat rakyat ini dikhianati, atas prinsip menentang kezaliman dan pengkhianatan serta menegakkan keadilan, GERAK98 ke hadapan berdepan dengan pengkhianat serta sekutunya.  

Dikhabarkan tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim telah berjaya mendapatkan sokongan majoriti untuk kembali membawa PH ke Putrajaya.  Jika benar, Alhamdulillah.  Samada Anwar ditabalkan untuk menjadi PM atau tidak, GERAK98 pasti terus bergerak kerana perjuangannya bukan untuk tabalkan Anwar sebagai PM, tetapi untuk membawa roh perjuangan reformasi dan reformasi itu mesti dilakukan di negara ini demi kesejahteraan rakyat.  Kami yakin, Anwar ada kuncinya.  

Ayuh, saya menyeru para pendokong reformasi untuk ke Gombak, malam ini.  Kita laungkan "reformasi" sekuat mungkin menandakan ianya telah begitu hampir dengan kita.  Kita jumpa di sana, InsyaAllah. 


"REFORMASI!!   REFORMASI !!  REFORMASI!!


WFAUZDIN NS

Pengerusi GERAK98

Pahang



KENYATAAN MEDIA 27 September 2020



Semalam rakyat Sabah telah keluar beramai-ramai untuk memilih di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, walaupun negara kini berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 


KEADILAN menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat Sabah. Pada masa yang sama, KEADILAN berharap proses pembentukan Kerajaan Negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.


Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan Warisan Plus, khususnya Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah yang telah memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP yang memenangi enam kerusi dan UPKO yang berjaya memenangi satu kerusi.


Tahniah juga diucapkan buat Datuk Christina Liew, Pengerusi KEADILAN Sabah di atas kejayaan KEADILAN Sabah mempertahan dua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta usaha baik terutama di DUN Sook yang melihat peningkatan hampir dua kali ganda peratus undi buat KEADILAN berbanding 2018.


Saya pohon semua pihak termasuk pimpinan parti akur dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkait COVID-19 terutama dalam isu saringan dan kuarantin. 


Peningkatan mendadak kes terutama jangkitan dalam komuniti amat membimbangkan, dan saya berdoa agar rakyat Malaysia sentiasa patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) KKM dan dilindungi dari wabak ini.


ANWAR IBRAHIM



LOKMAN ADAM BENGANG DENGAN SITUASI SABAH


Jika Anwar kerjasama dengan Zahid, Warisan dan Umno akan bentuk kerajaan di Sabah

 

Jika Anwar kerjasama dengan Zahid, Warisan dan Umno akan bentuk kerajaan di Sabah
Zahid dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat sejak di zaman Abim dan dalam Umno lagi.

Sekiranya benar Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan di peringkat Pusat  melalui kerjasama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia sudah pasti akan mempengaruhi siapa bakal menjadi kerajaan di Sabah.

Penganalisis politik dari UTM, Dr Mazlan Ali (gambar) berkata, jika ia sahih, maka Umno di Sabah boleh jadi akan bekerjasama dengan Warisan untuk membentuk kerajaan baru di Sabah.“Kalau sahih Zahid ada kerjasama dengan Anwar di pusat, saya yakin negeri juga akan ikut pusat. Bahkan Najib sendiri sebelum ini berkata, dia pun akan ikut keputusan parti,” kata Mazlan.

Zahid dalam kenyataannya malam tadi berkata, ketua menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  hendaklah dari Umno kerana mendapat kerusi paling banyak sedangkan Perikatan Nasional (PN) mendapat kerusi lebih banyak berbanding BN.

Anwar dalam sidang medianya pada 23 September lepas memberitahu kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah jatuh kerana beliau sekarang mendapat sokongan yang kuat dari kalangan Ahli Parlimen.

Presiden Umno, Ahmad Zahid pula menyambutnya dengan mengaku ada MP Umno yang menyokong Anwar dan beliau tidak boleh menghalangnya kerana tidak kerjasama rasmi Umno dan kerajaan PN. Ia hanya berlaku antara PN dengan individu MP UmnoDalam pilihan raya di Sabah semalam, Warisan Plus mendapat 32kerusi manakala PN mendapat 24 kerusi manakala BN 14 kerusi.Berdasarkan individu parti, Umno mendapat 14 kerusi manakala Bersatu hanya 11 kerusi sahaja.

“Muhyiddin dari awal mahukan Hajiji (Noor) menjadi ketua menteri manakala Umno pula menetapkan siapa yang mendapat paling banyak kerusi.

“Selepas keputusan PRN Sabah, Umno paling banyak kerusi berdasarkan individu parti manakala PN pula paling banyak mendapat kerusi berdasarkan gabungan.Oleh itu, kata Dr Mazlan, sekiranya kerajaan Persekutuan yang hendak dibentuk Anwar dengan Umno, Sabah akan ikut sama bekerjasama.Di Sabah juga, kata Mazlan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak sefahaman.

UNTUK AKTIVIS AMANAH -PILIHLAH YANG MANA ANDA SUKA..KERANA INI NEGARA DEMOKRASI.

Jika dirasakan selesa bersama Umno dan sebagaimana Pas lakukan, silakan..biar dimaki 7 keturunan sebagaimana Umno jadi hari ini, pun jika nak kembali kepada parti lama, banyak lebai kelarah dalam tu..pun pilihan juga biar dicop sebagai petualang agama...dalam menyokong Anwar tidak juga mudah dan senang, jenuh juga tapi selagi dah terbiasa lama lama alah bisa tegal biasa....kalau ditakdirkan nak jadi pembangkang sampai mampoih..lawan sajalah



 JAMZURI ARDANI 

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor


Selepas pengumuman DSAI hari Rabu lepas, kami sesama aktivis Amanah mula berdebat ... kalau terpaksa memilih untuk bersama antara PAS atau Umno, apa pilihan kita?

 Rupanya ia satu pilihan yang sangat sukar buat rakan-rakan dalam Amanah. Rata-rata kami sangat yakin, politik Malaysia ini cukup sempurna kalau keduanya tidak ada dalam pentas politik negara. Tetapi, realitinya mereka memang ada.

 

Kebanyakan kami tidak pernah membayangkan kemungkinan suatu hari kami akan terpaksa memilih satu antara dua parti ini. Kami berdoa sesungguh hati agar ianya tidak akan menjadi suatu pilihan yang dipaksakan ke atas kami.

 Pun begitu, kalau ianya satu pilihan yang dipaksakan ke atas saya ... saya mungkin akan memilih mana-mana pihak yang menang dan berkuasa. Tak kiralah siapa pun yang bersama saya. Waktu itu, saya fikir mungkin soal prinsip dan maruah sudah tidak lagi wujud atau penting dalam dunia politik. Kalau anda sudah terpaksa memilih antara PAS atau Umno, apa guna lagi bicara soal prinsip dan maruah.

 Kendati pun, meninggalkan dunia politik memang bukan pilihan untuk saya. Dunia politik ini ada banyak pintu masuk, tetapi tiada pintu keluar.

Saya berdoa agar Pakatan Harapan terus melangkah ke hadapan membawa obor politik yang sederhana, bermaruah, berintegriti, demokratik, dan menjunjung prinsip keadilan sejagat. Kalah menang soal lain. Biar kita hilang kuasa, asal tidak hilang maruah.

 

Perlembagaan Sabah beri peluang Shafie sebagai Ketua Menteri

 

FOTO: BORNEO TODAY


Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam tidak mempunyai sebuah parti yang menang melepasi majoriti mudah 37 daripada 73 kerusi.

 Manakala parti berdaftar yang menang paling banyak kerusi adalah Warisan, mendapat 29 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan BN 14 kerusi.

 Berdasarkan Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah boleh melantik ketua sebuah parti berdaftar yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

 Perkara tersebut juga ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sidang media pada awal pagi tadi, mengulas keputusan PRN Sabah.

 “Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.

 “Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.

 

SHAFIE BERPELUANG DILANTIK KETUA MENTERI IKUT PERLEMBAGAAN SABAH

 

PUAK KARTEL PUNCA KERAJAAN PH TUMBANG?


POLITIK SABAH MASIH TIDAK STABIL – SHAFIE


SABAH AKAN TERUS BERGOLAK.SETUJUKAN MUHYIDDIN MELANTIK BUNG MOKHTAR SEBAGAI KETUA MENTERI


Walaupun PRN Sabah sudah berakhir, kemelut politik dan ketidaktentuan di negeri itu dijangka akan berterusan untuk beberapa hari lagi.

Ini berikutan, masih wujud beberapa kesamaran daripada keputusan yang dibuat oleh pengundi Sabah itu.

Dari segi parti yang berdaftar dengan SPR, Warisan berjaya memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu 29, diikuti PN 17, BN 14, PBS 7, Bebas 3, PKR 2 dan Upko 1.

Oleh kerana PN, BN dan PBS bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah atau GRS, mereka setakat ini dikira berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan iaitu sebanyak 38 kerusi.

Dalam erti kata, kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal boleh dikata sudah tumbang sekarang ini.

Cumanya, GRS bukanlah sebuah gabungan yang berdaftar, baik dengan ROS atau SPR seperti mana PN, BN, Warisan dan lain-lain parti.

Dalam keadaan demikian, itulah yang menyebabkan Shafie Apdal masih enggan mengaku kalah kerana mendakwa partinya dikira menang jumlah kerusi yang terbanyak berbanding lain-lain parti yang sah.

Dengan itu, tidak mustahil dalam beberapa jam mendatang, acara lompat-melompat dan pesta membeli-belah akan bermula dengan meriah sekali berikutan keinginan kedua-dua pihak untuk mengesahkan kemenangan masing-masing.

Akhirnya, siapa yang berjaya membuat tawaran lebih baik, merekalah yang berjaya memperolehi lebih banyak sokongan dan seterusnya berpeluang membentuk kerajaan.

Secara mudahnya, sehingga ini belum boleh diketahui siapa yang akan dibenarkan oleh Istana Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, malah mungkin gerakan menarik sokongan sedang giat dijalankan.

Itu pergolakan pertama yang tidak diketahui bila akan berakhirnya.

Pergolakan kedua ialah tentang mengisi jawatan Ketua Menteri sekiranya GRS diiikriraf sebagai memenangi PRN Sabah.

Sebagaimana yang diketahui umum, BN mencalonkan Bung Mokhtar Radin untuk jawatan Ketua Menteri, manakala PN menonjolkan Hajiji Noor.

Daripada 14 kerusi yang dimenangi oleh BN, semuanya dimenangi oleh calon daripada UMNO.

Bagi PN pula, daripada 17 kerusi yang dimenanginya, 10 dimenangi oleh Bersatu dan 7 lagi oleh Star.

Ini bermakna, dari segi parti yang menyumbang jumlah kerusi terbanyak kepada kemenangan GRS, ia telah disumbangkan oleh UMNO.

Sebagaimana yang disebut oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dengan itu maka Bung Mokhtar seharusnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili GRS.

Soalnya, apakah Hajiji setuju dan mahu mengalah?

Apakah juga Muhyiddin Yassin setuju Bung Mokhtar dilantik sebagai Ketua Menteri sedangkan beliau sudah menonjolkan nama Hajiji sebelum ini?

Lebih daripada itu, apakah Muhyiddin turut tidak kisah dengan kedudukan Bung Mokhtar yang masih berdepan kes di mahkamah untuk dilantik mengetuai sebuah kerajaan negeri?

Kalau Muhyiddin berkeras mahukan Hajiji pula, bagaimana jika UMN tidak setuju dan beberapa Adunnya mengancam untuk mengalih sokongannya?

Selain itu, apakah sokongan PBS dan Star sentiasa kekal bersama GRS?

Tidak mungkinkah mereka boleh beralih kepada Warisan jika terma dan syarat-syarat diminta dipenuhi?

Yang pasti, UMNO dan Bersatu akan terus berkocak dan bergasak untuk beberapa hari akan datang ini. (Shahbudindotcom 27/09/2020)

NAMPAKNYA PILIHANRAYA SABAH TIDAK DIPENGARUHI ISU PEMIMPIN

 

HAMDAN TAHA

Image may contain: text that says "KERUSI DIMENANGI Parti Cinta Sabah (PCS) PILHAN AYA SABAH 2020 EXI Parti Warisan Sabah (Warisan) Parti Bersatu Sabah (PBS) 29 7 Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) United Progressive Kinabalu UPKO Organisation (UPKO) 1 Liberal Democratic Party (LDP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2 Barisan Nasional (BN) Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) 14 RETIKATAN Perikatan Nasional (PN) Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) 17 Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Parti Kebangsaan Sabah (PKS) BEBAS Bebas Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) 3 Sumber: Surahanjaya Pilihan Raya JUMLAH 73 Diterbitkan: 27 Sept 2020 Infografik Bernama"


Kemenangan yang sama seperti pru ke 14....cuma sekarang jumlah kerusi telah bertambah. Warisan masih kekal bergitu tetapi sahabat baik dia upko tidak membantu langsung. Dap kekal kuat...pkr menang dua kerusi seperti sebelumnya. Warisan parti Pendatang berjaya di lagu kan kepada masyarakat kadazan dan bumiputra sabah...mereka takut dan menolak atas isu itu...

Di sebelah BN pula hanya umno yang berjaya menang 14 kerusi,target menang 22. Mca tidak membantu langsung. Jika cina di sabah pun tolak mca....di semenanjung lebih teruk lagi. Umno kena ambil balik kerusi kerusi penting seperti tg malim dan tapah dan banyak lagi kerana mca mic tidak akan menang...

Pn menang 17 agak kuat kerana mereka bertanding di 29 kerusi. Terbukti di sabah tokoh itu penting. 10 dari bersatu yang bertanding semuanya Yb dan orang lama dan ada kewangan kukuh. Star dan PBS sama mereka untung kerana masyarakat mereka menolak upko...maka star dan PBS menang agak bergaya terutama star...sehingga calun bebas yg star sokong pun menang...

Di semenanjung kita tidak tahu bagaimana rakyat memilih....tapi boleh di katakan ada persamaan tempat tempat mejoriti melayu pasti akan memberi sokongan pada PN dan BN (umno). Sama seperti sabah yang pengundinya bumiputra...sapu bersih...

PH atau apa pun nama mereka selepas ini nampaknya sukar kerana semasa Tun Dr M menjadi PM di zaman PH telah merosakkan imej PH. Dap pula telah menghancurkan diri mereka kepada pengundi melayu tetapi berjaya kekalkan kekuatan pada masyarakat bukan melayu. PKR tersepit di tengah tengah...

Apa pun keputusan di sabah membuktikan....isu katak...lompat parti...rasuah....sex...main bini orang...sapu duit rakyat...apa juga isu pada tokoh politik tanah air....rakyat langsung tak ambik kisah....mereka tetap undi berdasarkan sentimen dan duit yang mereka dapat masa mengundi...mereka tak ambik kira isu isu peribadi pemimpin atau parti. Bukti calun lompat menang semua kecuali melalap...calun bebas tu pun lompat...menang....kerana kemampuan mereka di tempat masing masing....

Allahualam

 

Inilah pesanan arwah tok guru Nik Aziz tentang anuar ibrahim









SEMOGA HARAPAN AL-MARHUM AYAHANDA TOK GURU DAPAT DILESTARIKAN



Kita semua berharap jika benar apa yang dinyatakan oleh Yang
Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, maka lakukan pertukaran
pemerintahan negara dengan penuh tertib dan aman sebagaimana yang berlaku sebelum
ini.
Kita tahu semua individu yang berkhidmat sebagai wakil rakyat
mempunyai jasa dan kelayakan mereka sendiri. Semoga Allah beri taufik &
rahmatNya dalam perubahan pentadbiran negara kali ini.
Kita sedar bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan
Agong merupakan ketua negara kita yang adil. Letakkan sepenuhnya kepercayaan
pada kebijaksanaan baginda dalam apa jua keputusan yang akan dibuat.
Wallahu'alam.. Sebarkan video ini seluas-luasnya.
....
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا
الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
Surah al-Nisa’ : 59
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu.”


- Nik Omar Nik Abdul Aziz