Sekiranya benar Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan di peringkat Pusat melalui kerjasama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia sudah pasti akan mempengaruhi siapa bakal menjadi kerajaan di Sabah.
Penganalisis politik dari UTM, Dr Mazlan Ali (gambar) berkata, jika ia sahih, maka Umno di Sabah boleh jadi akan bekerjasama dengan Warisan untuk membentuk kerajaan baru di Sabah.“Kalau sahih Zahid ada kerjasama dengan Anwar di pusat, saya yakin negeri juga akan ikut pusat. Bahkan Najib sendiri sebelum ini berkata, dia pun akan ikut keputusan parti,” kata Mazlan.
Zahid
dalam kenyataannya malam tadi berkata, ketua menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
hendaklah dari Umno kerana mendapat kerusi paling banyak sedangkan Perikatan
Nasional (PN) mendapat kerusi lebih banyak berbanding BN.
Anwar
dalam sidang medianya pada 23 September lepas memberitahu kerajaan Tan Sri
Muhyiddin telah jatuh kerana beliau sekarang mendapat sokongan yang kuat dari
kalangan Ahli Parlimen.
“Muhyiddin
dari awal mahukan Hajiji (Noor) menjadi ketua menteri manakala Umno pula
menetapkan siapa yang mendapat paling banyak kerusi.
“Selepas keputusan PRN Sabah, Umno paling banyak kerusi berdasarkan individu parti manakala PN pula paling banyak mendapat kerusi berdasarkan gabungan.Oleh itu, kata Dr Mazlan, sekiranya kerajaan Persekutuan yang hendak dibentuk Anwar dengan Umno, Sabah akan ikut sama bekerjasama.Di Sabah juga, kata Mazlan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak sefahaman.