JIKA BN GANTI PN

 JIKA BN GANTI PN


Inilah isyaratnya yg dihantar oleh Ketua Umno DSZH Kalau BN yg menang besar di Sabah. Sebagai Abang Besar Wak Jahid akan menawarkan pelbagai jawatan dan imbuhan yg lumayan kepada pemimpin2 Umno, Pas dan sekutunya jika mereka kembali berkuasa. 

Rampasan kuasa oleh Bersatu dari kerajaan yg sah iaitu PH tempoh hari hanyalah sebagai alat atau batu loncatan untuk mengambil-alih kerajaan. Geng Bersatu dan Azmin tlh membuka peluang atau pintu seluas-luasnya kpd Umno untuk menguasai semula kerajaan.

Peluang ini perlu digunakan oleh umno sebaik-baiknya untuk menguasai kembali persada politik tanah air. BN atau Umno perlu diselamatkan atau diangkat kembali kedudukan mereka sebagai kerajaan yg sah dan Muhyidin atau kerajaan sementara PN perlu digulingkan seberapa segera bagi mencapai hasrat terpendam pemimpin2 umno untuk menjadi kerajaan. 

Hasrat ini juga sukar dicapai tampa kerjasama dari Pas. Sebab itu umno mengadakan kerjasama dgn Pas. Jika hasrat ini berjaya direalisasikan melalui PRU15 nanti maka ghanimah atau harta kekayaan negara akan dibahagi-bahagikan sesama mereka sendiri. Muhyidin tdk lagi menjadi ancaman atau berani lagi mengugut dan memejarakan pemimpin2 Umno.  

Bestnya ada kuasa macam Muhyidin tu. Kekayaan negara itu akan dibahagi-bahagikan secara adil. Satu untuk kau dua untuk aku.. hihihi 😏😏😏

Itulah janji-janji politik. Ini semua adalah salah Mahadir dan Muhyidin. Kita khianatkan mereka kembali sebagaimana yg mereka telah khianati PH dulu2 tu. 



Perubahan politik, ubah nasib penduduk Pulau Berhala

 

Oleh Sheera Ghafar

Pulau Berhala mengajar kita bahawa apabila rakyat bersatu hati mengubah suasana politik di Malaysia, nasib mereka pasti akan berubah lebih baik, sedikit demi sedikit.

19 September 2020, penulis mengikuti aktiviti ziarah Calon N56 Tanjong Papat, Frankie Poon Ming Fung merangkap Pemangku Pengerusi DAP Sandakan ke perkampungan Pulau Berhala.

Buat pertama kalinya penulis menjejakkan kaki ke pulau ini yang tumbuh sebagai sebuah perkampungan dengan sejarah panjang. Dulunya, pulau ini merupakan sebuah pusat penempatan pesakit-pesakit kusta dan menjadi pusat tahanan perang ketika zaman penjajahan Jepun, pada tahun 1942.

Begitulah sedikit sebanyak latar belakang penghuni Pulau Berhala yang kini berjumlah lebih kurang 2,000 orang.

Ketika menjejak kaki pertama kali di jeti Pulau Berhala ini, rombongan kami berasa amat terharu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk Pulau Berhala. Kami juga disambut oleh keriuhan kanak-kanak yang kelihatan teruja menerima kunjungan ini. Malah, beberapa orang daripada mereka ikut bersama-sama dalam sesi ziarah rumah ke rumah yang kami jalankan.

Semasa berjalan-jalan dari pintu ke pintu, di atas jambatan kayu, simen dan juga rumah-rumah di daratan, penulis diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung sini bahawa sejak tahun lepas, mereka telah menikmati bekalan air bersih dan dengan bangganya menunjukkan sebuah tangki air besar dan panel tenaga solar yang mampu mengepam air dari bawah tanah, kemudian disalurkan ke rumah-rumah penduduk Pulau Berhala.

Ramli Jirdani, salah seorang penduduk di sini mengakui bahawa bekalan air bersih yang diusaha-sediakan oleh Parlimen Sandakan dan DUN Tanjong Papat ini amat memudahkan kehidupan sehariannya sekeluarga.

Sebelum ini, sumber air bersih mereka hanyalah air telaga dari dua buah perigi serta air hujan. Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menjalankan tugas dengan pantas, menyambung tanggungjawab dan peranan ayahnya yang meninggal dunia.

Beliau dan Adun Tanjong Papat, Frankie Poon ketika itu telah membantu menyediakan keperluan asas ini kepada penduduk Pulau Berhala yang berpuluh-puluh tahun hidup dalam kesusahan.

Seorang penduduk, Crecencia binti Borkin pula memberitahu penulis bahawa sebelum ini dia menadah air hujan untuk dibuat minum dan membasuh pakaiannya sekeluarga. Kini, dengan wujudnya tangki air yang disediakan, kehidupan Crecencia sekeluarga menjadi lebih mudah.

Selain itu, di sepanjang jalan ketika menyusuri rumah ke rumah, penulis kagum dengan tiang-tiang lampu dengan tenaga solar di bahu-bahu jalan. Ini juga merupakan antara sumbangan yang amat diperlukan penduduk Pulau Berhala kerana suasana akan sangat gelap ketika malam, tanpa lampu jalan. Keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak juga, lebih terjamin.

Apabila ditanya tentang rancangan masa hadapan Frankie Poon jika sekali lagi diangkat menjadi Adun Tanjung Papat, beliau menyatakan bahawa pihaknya ada merancang untuk menambah lebih banyak lampu jalan di lorong dan jalan di Pulau Berhala. Rancangan ini pastinya menggembirakan penduduk yang sebelum ini bergantung pada penjana kuasa diesel untuk memperoleh cahaya bagi menerangi malam mereka.

Kemudian, penulis melewati satu blok lain bersama-sama jentera kempen Frankie dan mendapati terdapat beberapa batang jambatan diperbuat daripada simen. Projek tersebut dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan pada September tahun lepas bagi menggantikan jambatan-jambatan kayu yang roboh akibat bencana alam di Sandakan.

Seorang penduduk menyatakan bahawa dirinya sekeluarga merasa lebih selesa dan selamat melalui pembinaan jambatan simen ini yang menghubungkan jalan dari rumahnya ke jambatan utama.

Tambah Frankie, pihaknya akan menambah baik beberapa jambatan usang yang telah dikenal pasti dalam lawatan ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk Pulau Berhala.

Itulah antara sedikit sebanyak perubahan yang dibawa oleh Pakatan Harapan Plus di Pulau Berhala ini.

Namun, rata-rata penduduk yang ditemu duga oleh penulis memohon kepada Frankie Poon, jika menang dalam PRN Sabah pada 26 September ini untuk membina sebuah sekolah di Pulau Berhala ini. Pada mereka, sekolah adalah keperluan paling penting di sini melebihi daripada bekalan tenaga.

Penulis menginsafi kesusahan anak-anak di perkampungan ini yang setiap hari perlu melalui badai ombak untuk memperoleh ilmu dan mencapai cita-cita mereka. Anak-anak di perkampungan ini perlu bersedia 4.30 pagi di jeti setiap hari untuk ke sekolah di bandar Sandakan. Setiap hari juga ibu bapa perlu menyediakan tambang bot RM10 dan hakikatnya ia amat membebankan setiap keluarga di sini.

Mengikat perut, bergadai nyawa untuk pendidikan anak-anak. Begitulah realiti kehidupan penduduk di sini.

“Sekolah lagi penting daripada bekalan elektrik.” Kata Pak Utuk dan memberi kesan mendalam kepada penulis sendiri.

Untuk mengubah nasib mereka dan membuat impian ini menjadi nyata, rakyat Sabah perlu bersepadu pada 26 September ini dan membuat pangkahan tepat kepada calon-calon Warisan Plus yang pastinya dapat merealisasikan harapan masyarakat Sabah, bukan sahaja di Pulau Berhala atau DUN Tanjong Papat, tetapi Sabah secara keseluruhannya.

Keluarlah mengundi.

28 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MELAYARI WRLR. SILA TEKAN   >    UNTUK BERITA AWAL HARI INI.SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.

Keras suruh tutup kilang arak masa PH, edar minuman keras masa PN

 

Keras suruh tutup kilang arak masa PH, edar minuman keras masa PN

DSAI buka akademi bolasepak, lahirkan pelapis bermutu

 

Akademi Bolasepak Port Dickson melatih 46 pelajar sekolah sejak setahun lepas

PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson bersama REA Energy Resources telah menubuhkan Akademi Bolasepak Port Dickson sejak setahun yang lepas; yang telah menarik sebanyak 46 orang ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah berumur dari sembilan tahun (U9) hingga 17 tahun (U17).

Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi latihan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

“Selain latihan asas dan intensif, pihak pengurusan akademi juga menganjurkan perlawanan persahabatan dengan akademi-akademi lain yang berada di bawah Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) atau kelab-kelab persendirian lain, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Selain daripada jurulatih tetap, pihak Akademi juga turut mengundang beberapa bintang bolasepak tanah air untuk memberi inspirasi kepada para pemain akademi, antaranya Safee Sali, Rudie Ramli, Rizal Zambery Yahya, Shahrom Kalam dan Razman Roslan,” kata Anwar.

Anwar berkata, antara pencapaian yang boleh dibanggakan daripada Akademi Bolasepak Port Dickson adalah seramai lima orang pelatih Bawah 12 tahun (U12) terpilih ke pemilihan Akademi Tunas (NFDP) dan tiga orang pelatih Bawah 17 tahun (U17) terpilih ke pemilihan Pusat Latihan Daerah (PLD NFDP).

“Semoga program ini bermanfaat ke arah melahirkan generasi pelapis yang bermutu, bermula dari peringkat kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap dalam mengisi keperluan pembangunan bolasepak tanahair.

“Selain itu, diharapkan semoga program ini dilihat sebagai satu usaha program tanggungjawab sosial di samping memberi peluang kepada generasi muda di Port Dickson untuk menggilap bakat di dalam sukan bolasepak ini,” ujar Anwar lagi.


NAJIB BOHONG FILIPINA TAK TUNTUT SABAH ZAMAN BN


 

Pada sekitar Jun 2016, setelah terpilih sebagai Presiden, Rodrigo Duterte mengatakan bahawa beliau akan berpegang teguh pada kedudukan asal pemerintah Filipina dalam isu Sabah.

"Saya berpegang teguh pada kedudukan asal pemerintah, tidak ada yang berubah," kata Duterte, dipetik beberapa media.

PEMIMPIN UMNO SINIS PAS TIDAK BERI LALUAN


 

Tengku Razaleigh membangkitkan sikap PAS yang tidak memberi peluang kepada UMNO untuk menduduki kerusi Exco kerajaan negeri. Tetapi PAS diterima dalam kerajaan Pusat, sebagai menteri dan sebagainya.

“Di Terengganu pun dia tidak bagi. Kita ada banyak kerusi di Terengganu tapi satu kerusi pun dia tak bagi. Di Kedah pun sama.

5 lelaki kes pencemaran Sungai Gong dibenar ikat jamin RM400,000 seorang




Bernama

 Lima tertuduh kes pencemaran Sungai Gong dibenar ikat jamin RM400,000 seorang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan 4 ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik, Yip Kok Wai, 53, Yip Kok Mun, 58, Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60, serta pengurus bengkel berkenaan, Ho Voon Leong, 59, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Beliau turut memerintahkan kelima-lima lelaki itu menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan memberi amaran sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan menarik perintah jaminan itu.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata beliau mengambil kira faktor seperti keseriusan kesalahan dihadapi semua tertuduh selain faktor kesihatan mereka serta bahaya yang menanti sekiranya kesalahan diulangi.

“Ini adalah kes serius yang mendapat perhatian ramai, oleh itu mahkamah membenarkan semua yang tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM400,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan semua tertuduh perlu serahkan pasport kepada mahkamah, dan jika kesalahan dilakukan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan tarik balik jaminan,” katanya.



PRN Sabah: Benarkan rakyat Sabah yang dikuarantin guna undi pos

 



Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang dihadapi 270 pegawai dan anggota polis di Sabah apabila tidak dapat mengundi awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana masih dikuarantin.

 Mereka berpandangan setiap rakyat mempunyai hak untuk mengundi, meskipun dikuarantin atas faktor keselamatan dan kesihatan.

 "Hak mengundi adalah hak untuk semua warganegara Malaysia.

 "Kami ingin menyaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan rakyat Sabah yang dikuarantin COVID-19 juga dapat membuang undi pada 26 September," kata tujuh calon KEADILAN dalam kenyataan.

 Calon-calon KEADILAN juga bersepakat mencadangkan supaya SPR membenarkan rakyat yang dikuarantin menggunakan cara undi pos pada hari mengundi.

 "Rakyat Sabah harus yakin terhadap sikap professionalisme SPR dan KKM akan dapat memastikan proses mengundi itu dapat dijalani dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

 Kepada rakyat Sabah yang bakal mengundi pada 26 September, kami menyeru mereka agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan, supaya proses berjalan dengan lancar dan kesihatan awam terjamin," katanya.

 Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh calon DUN Api-Api, Christina Liew, calon DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud, calon DUN Inanam, Peto Galim, calon DUN Klias, Abdul Rahman Yakub, calon DUN Sook, Raymond Ahuar, calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil dan calon DUN Matunggong, Sazalye Donol Abdullah.

 

TERLONCAT UMNO, PAS MAHU 40 KERUSI PARLIMEN


FAKTOR ABAH DIYAKINI TIDAK MAMPU TUMBANGKAN WARISAN


 KEMPEN “Abah” dijangka tidak memberi kesan besar kepada Pilihan Raya Negeri Sabah kerana faktor tempatan lebih jadi tumpuan berbanding isu kebangsaan, kata penganalisis.

“Personaliti, hubungan keluarga dan rekod prestasi lebih penting di sini,” kata Profesor Dr Hamidin Abd Hamid dari Universiti Malaya di Kota Kinabalu, semalam.

Hamidin yang juga felo penyelidik Ilham Centre berkata, walaupun rating Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tinggi di Sabah ia tidak akan diterjemahkan dalam bentuk undi secara langsung.

“Kami dapati yang banyak faktor lain lebih dominan di sini walaupun Muhyiddin dapat sambutan baik.”

Tidak seperti negara tetangga misalnya Indonesia dan Filipina, Hamidin berkata, Malaysia tidak mengamalkan sistem presiden dan promosi seorang politikus tidak akan memberi faedah kepada pilihan raya negeri.

“Pengundi Sabah, terutamanya di kerusi pedalaman mengharapkan untuk wakil rakyat mereka selalu turun padang. Mereka mahu seseorang yang mereka boleh jumpa selalu dan tidak kisahlah sepopular manapun Muhyiddin, mereka tahu dia tak boleh tolong mereka dalam isu kehidupan harian.”

Hamidin berkata bekas perdana menteri Najib Razak menggunakan kaedah kempen serupa pada pilihan raya 2013 dan 2018.

“Bila dia pertama kali guna pada 2013, ia berkesan kerana imejnya masih positif dalam kalangan pengundi. Tetapi, dia gagal pada 2018 kerana sudah tercemar dengan kontroversi 1MDB dan GST.”

Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin menggunakan sepenuhnya populariti perdana menteri itu bagi menarik sokongan pengundi Sabah daripada Warisan Plus pada pilihan raya kali ini.

Sejak penamaan calon pada 12 September lalu, sepanduk dan papan iklan “Abah” – nama manja Muhyiddin – menghiasi 29 kawasan yang ditandingi PN. Papan iklan terpampang wajah Muhyiddin dengan slogan “Undi Abah untuk Sabah” turut dapat dilihat di sepanjang jalan utama seluruh Sabah

Penganalisis politik melihatnya sebagai cubaan menggunakan rating populariti Muhyiddin yang mencecah sehingga 90% di Sabah, berdasarkan kajian dibuat badan pemikir Society Empowerment & Economic Development for Sabah (Seeds) pada 24 hingga 31 Ogos lalu.

Pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Arnold Puyok berkata penggunaan perkataan “Abah” sebenarnya satu kesilapan.

“Di Sabah mereka guna ‘Apak’, di Sarawak kami guna ‘Abai’. Untuk guna ‘Abah’ di sini, seolah beri rasa yang kuasa persekutuan sekali lagi cuba memalayakan Borneo,” kata Puyok ketika ditemui di Kota Kinabalu.

Tambahnya, strategi “Abah” bukanlah baharu kerana bekas ketua menteri Adenan Satem juga pernah merujuk Najib sebagai “Abai” pada Pilihan Raya Sarawak 2016.

“Tetapi sekali lagi, itu Sarawak, ini Sabah. Di sini, ia kurang berkesan kerana pengundi mengutamakan calon berbanding naratif nasional.”

Puyok yang mengetuai pasukan kajian Seeds, berkata, kajian mereka menunjukkan walaupun populariti Muhyiddin jauh lebih tinggi berbanding Ketua Menteri Sementara Sabah Mohd Shafie Apdal, ia tidak mempengaruhi pengundi apabila ditanya siapa yang mereka mahukan sebagai ketua negeri.

Kajian mendapati, 39.6% responden masih memilih Shafie berbanding 15.3% memilih Musa Aman, 11.3% memilih Hajiji Noor dan Bung Moktar Radin hanya mendapat 11.1%.

Hajiji adalah calon ketua menteri PN, manakala BN pula memilih Bung sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya mengalahkan Warisan Plus kali ini.

Walaupun tempoh berkempen sudah masuk seminggu, sekumpulan pekerja jentera pilihan raya masih bekerja menaikkan poster Muhyiddin di sepanjang jalan Kota Kinabalu-Ranau.

Mereka tidak ada poster calon Star, Jeffrey Kitingan yang bertanding di DUN Tambunan.

“Kami hanya naikkan poster ini sebab itu yang disuruh,” kata Donol Wilfred.

Katanya, beliau tiada poster calon Star.

“Poster Jeffrey ada berhampiran kampung terletak jauh di dalam,” jelasnya.

“Sebenarnya, dia tak perlukan pun. Dia tak perlukan ini juga.

“Tetapi kami buat apa yang disuruh. Lagipun, dapat duit (kerja naik poster),” kata pengundi Tambunan itu. – 22 September 2020 (Dipetik daripada TheMalaysianInsight)



‘Balik mengundi lawan katak’

 

‘Balik mengundi lawan katak’

Kempen bercorak permainan video dengan hanya berdurasi 44 saat menjadi antara kaedah mendekati pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 terutama yang berada di luar negeri.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyifatkan bahan kempen dengan watak berimej antara orang nombor satu Parti Warisan Sabah (Warisan) dan BN itu sebagai menarik.

“Kaedah dan pendekatan yang menarik. Tahniah Warisan.

“Katak power lawan People’s power. Ayuh rakyat Sabah, balik mengundi lawan katak,” ciap Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Menteri Wilayah di Twitter.

Rakaman pertarungan dua pusingan itu antara Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sebelum memulakan permainan, terdapat dua pilihan tentang bantuan kepada Shafie menentang Bung demi Sabah.

Pilihan itu sama ada ‘Balik Undi’ atau ‘Let Katak Win’ yang kemudiannya menyaksikan Shafie dengan ungkapan ‘People’s Power’ berjaya menumbangkan Bung hingga ‘KO’ di akhir ‘permainan’ itu.

PRN Sabah kali ini menyaksikan sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan pengundi 1.1 juta orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada 12 September lalu menjangkakan 75 peratus dijangka keluar mengundi berbanding hanya 69 peratus sebelum ini.

Dilaporkan terdapat kira-kira 18 peratus atau lebih 200,000 pengundi Sabah berada di luar negeri pada masa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 18 September memberitahu jumlah penerbangan ke Sabah sudah ditingkatkan dan akan lebih banyak pada hari pengundian kelak.

Seramai 447 calon dari 16 parti dan 56 calon Bebas disahkan bertanding dengan DUN Bengkoka mencatat rekod persaingan terbanyak iaitu 11 penjuru.



TOLERANSI ANTARA KAUM

 


安华:异中求同·西马人应学沙种族包容


Saya terharu dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan rakyat Sabah. Saya seru warga Semenanjung untuk contohi semangat toleran rakyat Sabah. Ini liputan bahasa Mandarin berhubung kenyataan saya.




ANWAR DI TRT WORLD FORUM


Ancaman pada dunia hari ini adalah kejahilan, dan ini membawa maksud tidak memahami dan menghargai perbedaan.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA CALON PKR PRN SABAH 2020


Image may contain: one or more people, text that says "이즈 CALON PKR PRN SABAH 2020 #SemuanyaUntukSabah PETO GALIM N18INANAM MUSTAPHA SAKMUD N9 TEMPASUK SAZALYE DONOL 5MATUNGGONG CHRISTINA LIEW CHIN JIN N20 API-AP ABDUL RAHMAN N32 KLIAS ALIJUS SIPIL 14TAMPARULI RAYMOND AHUAR N45 SOOK"



22 September 2020

Hak mengundi adalah hak untuk semua warganegara Malaysia. Kami ingin menyaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan rakyat Sabah yang dikuarantin COVID-19 juga dapat membuang undi pada 26 September.

Kami kesal kerana 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak dapat menunaikan tanggungjawab mengundi awal kerana masih dikuarantin.

Kami ingin mencadangkan kepada SPR, supaya membenarkan rakyat yang dikuarantin menggunakan cara undi pos pada hari mengundi.

Rakyat Sabah harus yakin terhadap sikap professionalisme SPR dan KKM akan dapat memastikan proses mengundi itu dapat dijalani dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Kepada rakyat Sabah yang bakal mengundi pada 26 September, kami menyeru mereka agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan, supaya proses berjalan dengan lancar dan kesihatan awam terjamin.

1.N20 Api Api - Christina Liew Chin Jin

2.N09 Tempasuk - Mustapha bin Sakmud

3.N18 Inanam - Peto Galim

4.N32 Klias - Abdul Rahman Yakub

5.N45 Sook - Raymond Ahuar

6.N14 Tamparuli - Alijus Sipil

7.N05 Matunggong - Sazalye Donol Abdullah

 

Pembangunan Tempasuk agenda calon KEADILAN, Mustapha Sakmud

 

Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Mustapha Sakmud mempunyai cita-cita untuk membangunkan kawasannya setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

 Beliau berpandangan Tempasuk masih jauh ketinggalan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah mentadbir negeri Sabah selama 40 tahun.

 "Pembangunan masih ketinggalan kalau dibanding dengan semenanjung. Ada jalan masuk yang masih belum bertar dan di kampung-kampung lebih teruk, tidak ada sistem langsung. Kalau nak dapat surat perlu dapatkan di balai raya dan masjid.

 "Sistem pendidikan juga sama, ada sekolah yang masih dibina menggunakan kayu, saya rasa di semenanjung sudah tidak ada sekolah seperti ini, malah sekolah dibina di kawasan banjir sekali gus menyukarkan anak-anak ke sekolah," katanya.

 Mustapha juga berasa kesal kerajaan negeri terdahulu gagal menyediakan perbelanjaan untuk pembangunan secukupnya yang amat diperlukan rakyat.

 "Tidak dinafikan ada pembangunan tapi kadar pembangunan itu amat rendah. Bajet kerajaan negeri sebelum ini adalah dalam RM4 bilion untuk pengurusan negeri, dengan 84 peratus untuk pengurusan sedangkan untuk pembangunan hanya 16 peratus.

 "Mana mungkin boleh bangunkan kawasan, dan kalau berbanding kerajaan negeri Selangor, mereka melakukan bajet seimbang sebanyak 50 peratus pengurusan dan 50 peratus untuk pembangunan.

 "Bila Warisan ambil alih, kita baru nak mula mencari alternatif dan ia mengambil masa tetapi baru nak merangka dalam 26 bulan, dewan dibubarkan sebab kerasukan orang terdahulu mahu mengambil kuasa secara paksa dan kita perlu bertanding semula untuk mendapat mandat rakyat.

 "Ini lagilah melambatkan proses pembangunan negeri dan menyebabkan ekonomi berjalan dengan agak perlahan," katanya.

 Mustapha juga berharap dapat memperbaiki sistem pengurusan pertanian di Tempasuk.

 "Di Sabah, Tempasuk antara kawasan yang mempunyai jelapang padi dan menyumbang kepada 24 peratus hasil keluaran beras negeri, dengan 1 peratus sahaja dari luar negeri.

 "Namun, satu hektar pendapatannya tidak sampai 2 tan dengan satu ekar adalah RM300 dan kalau 3 ekar pendapatannya adalah RM900 hasil daripada 4 bulan dalam satu musim menuai padi.

 "Jadi, generasi muda petani terbeban dengan pendapatan kecil sebab mereka kata kalau kerja sekuriti pendapatan sampai RM1,200. Jadi kita mahu perbaiki sistem pengurusan pertanian di sini," katanya.

 Justeru, Mustapha membantu petani-petani di Tempasuk mempelajari sistem pengurusan pertanian di Sekinchan, Selangor.

 "Semasa Kongres KEADILAN di Selangor, saya bawa 50 orang dari Cabang Kota Belud untuk melawat jelapang padi di Sekinchan, Tanjong Karang.

 "Di Sekinchan, sistemnya agak teratur dan hasil satu hektar boleh mencecah 8 hingga 12 tan, jauh perbezaannya dengan petani di Sabah.

 "Jadi kita cuba ambil pengalaman dari negeri Selangor, kita buat perjanjian persefahaman antara Cabang KEADILAN Kota Belud dan Cabang Tanjong Karang dan selepas pegang kerajaan negeri insya-Allah kita akan buat program sekelompok petani muda akan dibawa ke Selangor untuk mempelajari sistem penanaman dan perairan untuk dibawa ke Tempasuk untuk selesaikan isu pertanian di kawasan ini," katanya.