Takkan lupa? Kami dalam industri pembangunan dan binaan diminta
ikat perut 2 tahun sejak 2018 selepastu PH ghuyub...haha..
Memg terbaik pembongkaran ini dan memg ia legasi BN dan PH hanya
teruskan dan kebykannya dapat kpd kontraktor2 pro UMNO. Rakyat biasa jangan
harap la. Tambah-tambah pula yang pro PH lagi le takde harapan.
BETUL. Ada projek-projek yang diberikan diskaun dari asal oleh
kontraktor yng dipanggil kira semula dan ia bleh diteruskan. Tapi ia dilakukan
secara rahsìa. Siapa mereka ini?
Aku nak tahu jugak kenapa era PH dulu ada cakap-cakap di
kalangan Komuniti Pembangunan dan Pembinaan bahawa ada satu
"CONSULTANT" yang akan boleh beri dokumen tender dengan bayran
tertentu untuk dikira semula dan jika boleh diberikan diskaun dari kontraktor
asal maka dia boleh dapat SST bagi projek itu?? Itu rumours ke? So ramai
kontraktor-kontraktor yang dapat tu berbohong? Eh...aku tanya jer.
Hal berkenaan juga pernah ditanyakan oleh Ahmad Fadhli Shaari YB
Pasir Mas dari PA$. Soalan dia tu valid. Kalau takde angin masakan pohon
bergoyang?
Aku setuju PH TIDAK BERSALAH dalam hal projek DIRECT NEGO dan
DESIGN & BUILD. Tapi orang tak faham kenapa aku dok kata Tokong Lim tetap
berbohong dan menipu?? Bosan dah nak explain. Hanya pemegang taruh dalam
industri ini sahaja yang akan faham.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz perlu memperbetulkan senarai projek rundingan terus (RT) Pakatan Harapan (PH) daripada RM6.61 bilion kepada RM352 juta.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut meminta Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek RT zaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membuktikan keihklasan beliau tidak mahu mempolitikkan isu berkenaan.
“Pendedahan senarai projek RT daripada PH sahaja, dan bukannya BN dan PN, dilihat sebagai satu serangan politik yang kotor ke atas PH. Malah apa yang didedahkan ialah penipuan semata-mata.
“Ini kerana daripada jumlah RM6.61 bilion yang diumumkan, 95 peratus atau RM6.258 bilion merupakan projek yang diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan oleh PH,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam kata lain, projek RT di bawah inisiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya hanya 5.3 peratus daripada jumlah itu iaitu RM352 juta.
Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen baru-baru ini mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan terus di bawah pemerintahan PH.
Beliau membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.
Bagaimanapun Zafrul ketika itu tidak mendedahkan perinciannya.
Pemimpin-pemimpin PH serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencabar Tengku Zafrul untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek berkenaan.
Kelmarin Tengku Zafrul mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion melalui perolehan kerajaan secara RT.
Guan Eng dalam sidang media semalam telah menjawab ‘pendedahan’ tersebut antaranya menegaskan bahawa kebanyakan projek RT tersebut bukan inisiatif baru daripada PH, tetapi adalah projek warisan atau sambungan zaman BN.
Tengku Zafrul semalam dilaporkan berkata, isu projek kerajaan yang dianugerahkan secara rundingan terus tidak perlu dipolitikkan dan menambah, perolehan projek kerajaan secara rundingan terus diperuntukkan di bawah undang-undang.
Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming hari ini menyenaraikan 10 sebab mengapa Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali boleh menjadi “Ikon MITI” paling teruk dalam sejarah Malaysia.
1. Penurunan jumlah perdagangan terbesar pada Mei 2020 dalam tempoh 20 tahun
Jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 27.8% dari RM159.2 bilion pada Mei 2019 kepada RM114.9 bilion pada Mei 2020. Ini sekaligus mencatatkan penurunan terbesar perdagangan Malaysia dalam tempoh 20 tahun terakhir.
Manakala Perdagangan Suku Kedua pula turun sebanyak 14.7% daripada RM460.5 bilion pada tahun 2019 kepada RM393.0 bilion pada tahun 2020.
Walaupun semasa krisis kewangan global 2008, penurunan terbesar yang dicatat hanyalah sebanyak 17.8% iaitu pada bulan Ogos 2008.
2. Malaysia alami defisit dagangan pertama pada April 2020 sejak 1998
Malaysia juga mengalami defisit perdagangan pertama sebanyak RM3.63 bilion pada April 2020 di bawah kepimpinan Azmin Ali. Ini juga merupakan defisit perdagangan pertama sejak krisis kewangan Asia 1998.
Sejak tahun 1998, Malaysia telah mengalami lebihan perdagangan selama 269 bulan berturut-turut. Tetapi nampaknya kejayaan ini terhenti sejurus selepas Azmin Ali mengambil alih MITI.
3. Jualan sektor pembuatan susut 33% pada bulan Aril 2020
Sekali lagi, MITI di bawah pimpinan Azmin Ali berjaya mencatatkan penurunan 33% dalam jualan sektor pembuatan iaitu dari RM113.1 bilion pada April 2019 kepada RM75.8 bilion pada April 2020.
Nilai jualan sektor perkilangan juga mencatatkan penurunan sebanyak 16.5% daripada RM337.6 bilion pada Q2 2019 kepada RM281.9 bilion pada Q2 2020.
4. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) menguncup 32% pada April 2020
IPP Malaysia telah menguncup 32% dari 112.4 pada Aril 2009 kepada 76.5 pada April 2020. Penurunan seperti ini belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.
Bukan itu sahaja, IPP juga jatuh masing-masing sebanyak 21.6% untuk Mei dan 0.4% untuk Jun 2020. Bagi suku ke-2 2020, IPP turun sebanyak 17.9%.
5. Ribuan syarikat gagal akses sistem permohonan dalam talian MITI
Kebanyakan penurunan jumlah perdagangan ini berlaku pada fasa pertama PKP. Azmin adalah menteri yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan penurunan ini. Malangnya, beliau gagal merancang dengan baik. Tambahan pula, ribuan syarikat dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi semasa PKP juga kecewa apabila mereka gagal untuk mengakses laman web MITI.
6. Pengumuman awal pembukaan semula ekonomi pada awal Mei tanpa persiapan yang tepat
Setelah menutup sebahagian besar ekonomi tanpa persiapan yang rapi, kerajaan PN mengumumkan pula ingin membuka semula sektor ekonomi pada pertengahan April 2020. Malangnya Azmin telah membuat pengumuman awal tanpa persiapan dan rundingan yang tepat.
Beliau sepatutnya memberikan penerangan yang jelas kepada kerajaan Negeri termasuk di Selangor dan Pulau Pinang. Namun, perkara ini tidak berlaku.
Sebagai contoh, Azmin Ali sendiri umumkan pembukaan semula perniagaan kedai gunting rambut dan salon. Tetapi rupanya mereka belum sediakan SOP yang sesuai lagi untuk mula beroperasi. Ini sekaligus telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk para peniaga salon sendiri.
Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah Kesihatan juga tidak setuju dengan arahan ini. Ini adalah contoh paling jelas kegagalan Azmin untuk menjadi “ikon MITI”.
7. Jumlah jualan kenderaan pada April 2020 merosot hampir 100%
Jualan kereta di Malaysia menyaksikan penurunan 99.7% pada April 2020. Unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk kenderaan automotif menurun dari 500k menjadi 400k bagi tahun 2020.
8. Kenapa masa jadi Menteri Ekonomi bantah CPTPP dan bila jadi Menteri MITI sokong pula?
Semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan PH, Azmin Ali merupakan salah seorang pengkritik paling kuat terhadap Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Tapi nampaknya selepas bertukar portfolio sebagai Menteri MITI, beliau kini lebih menyokong CPTPP dan bahkan mengatakan bahawa kabinet PH telah bersetuju untuk meratifikasikan CPTPP pada tahun 2018.
Ini menyebabkan mantan Menteri MITI, Darell Leiking keluarkan pernyataan penjelasan mengenai keputusan kabinet mengenai CPTPP.
Nampaknya amalan “u-turn” dan cakap tak serupa bikin kini memang dah jadi sebati dalam diri Azmin.
9. Azmin lupa pernah jadi Anggota Kabinet PH
Semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi PH, beliau sendiri bersetuju bahawa BN adalah punca penyumbang kepada jumlah nilai hutang Malaysia sehingga RM1 trilion.
Tapi bila dah jadi pengkhianat, Azmin nampaknya lupa akan semua ini. Dia siap kata semua ini adalah pembohongan. Dengan mudah dia lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada kabinet PH (sama juga seperti Tan Sri Muhyiddin).
10. Mengambil kredit atas usaha orang lain
“Pencapaian” terakhir Azmin yang juga menggelar dirinya sebagai “Ikon MITI” ialah dengan mengambil penghargaan atas usaha orang lain.
Contohnya, sejumlah pelaburan bernilai RM37.4 bilion telah diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer pada suku pertama tahun ini. RM26.3 bilion atau 70.4% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan disumbangkan oleh pelaburan domestic langsung (DDI) dan 29.6% dari pelaburan langsung asing (FDI).
Untuk pengetahuan, sebahagian besar kerja yang dilakukan untuk memperkukuhkan DDI dan FDI adalah usaha kerajaan PH. Tetapi Azmin nampaknya tanpa segan silu menerima kredit untuk angka pelaburan bagi Q1 2020.
Tapi tiada apa yang pelik pun sebabnya beliau memang dari dulu suka ambil kredit atas usaha orang lain.
Contohnya semasa beliau menjadi Menteri Ekonomi, beliau pernah ambil kredit atas Pakej Ransangan Ekonomi yang merupakan hasil usaha pasukan Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Padahal pada masa tu, Azmin dan gengnya sedang sibuk merancang “Langkah Sheraton” untuk jatuhkan kerajaan PH.
Kesimpulannya, Azmin memang layak digelar “Ikon MITI” yang paling teruk dalam sejarah Malaysia!
Kemarin petang aku berjumpa Tengku Razaleigh Hamzah secara empat
mata. Aku bagi tahu dia, dalam maklumat risik yang aku terima Tun Dr Mahathir
Mohamad telah punya 118 sokongan ia itu bertambah 9 orang dari yang ada 109
oleh PN.
2. Masa yang sama, aku beri tahu dia, jika Muafakat Nasional
menerima PPBM. Semua beban PPBM akan terpikul oleh Muafakat Nasional. Terutama
dalam isu saperti ada Menteri yang belum dibersihkan isu 'semburit'. Dan
seperkara lagi jika Muafakat Nasional untuk menunjukkan Melayu.. Ini akan
memperkuatkan dan memperkukuhkan Parti Pembangkang khasnya DAP dan PKR.
3. Pengundi Orang Cina, India dan bumiputra bukan Islam tidak
akan undi PN.. mereka takut kuasa Melayu. Dan ketakutan ini akan menyebabkan
beberapa kawasan Parlimen di Pantai Barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan
kekal di kuasai oleh Pembangkang.
4. Saya meminta YBM Tengku Razaleigh Hamzah berbuat sesuatu
sebelum UMNO akan kalah teruk lagi.
5. Hari ini beliau YBM Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kesemua
Menteri UMNO letak jawatan dalam Kabinet Muhyiddin Yasin.
6. Sehingga kini Perikatan Nasiona tidak membuat sebarang dasar
yang jelas hala tujunya.
7. Jika UMNO masih dalam Kerajaan semasa undi belah bagi
meluluskan undang-undang Bajet 2021 dan kemudian di tolak oleh 118 orang Ahli
Parlimen. Apa pendirian UMNO.
8. Kepada saya Mahyuddin Yasin yang dinasihatkan oleh MakCik
Gemuk dan Setiausaha Politik botaknya hanya pentingkan diri.. bukan rakyat. Dan
adakah Malaysia boleh sukses dengan Perdana Menteri yang hanya berkerja di
rumah dan 4 jam sahaja dalam sehari.
Perdana Menteri Singapura juga menghadapi penyakit kanser.
Tetapi rakyat Singapura mendapat maklumat perkembangannya dari masa kesesama.
Tetapi di Malaysia, Perdana Menteri menyembunyikan kemajuan kesihatannya dan
berlindung di bawah isu Covid 19 dan doanya.
Rais Yatim dengarnya akan di lantik yang di pertua Dewan Negara....lantikan tu hak kerajaan yang ada lah kuasa PM.
Tapi Malaysia ni tak ada orang lain ke yang ada dalam
politik....dia ni dari muda dah makan duit rakyat melalui menjadi Wakil Rakyat...Menteri Besar...Menteri....lepas masuk S46...kemudian masuk Umno jadi Menteri semula...dah tak jadi menteri bagi jawatan Bertaraf Menteri...bagi lagi
pengerusi UIA....dah Umno kalah....masuk Bersatu....jadi Senator....ni nak
lantik yang di Pertua Dewan....walaupun hajat dia nak jadi TYT Melaka....
Bab rezeki ni urusan Allah swt.....tapi jika kerajaan Malaysia
tak bagi peluang orang lain dan orang muda....apa nak jadi Malaysia ni....lagi
tua lagi jadi Perdana Menteri....Menteri...Senator...Presiden Parti....apa nak
jadi Malaysia macam ni....
Art Harun walaupun sikap dan liberal dia tu agak keterlaluan
tapi sekurang kurangnya dia orang baru yang di ketengahkan....masih boleh di
terima lagi...
Takkan dah 80 dan 95 mungkin selagi tak mati semua kita nak bagi
jawatan kat depa depa ni....ini yang menyebabkan rakyat Malaysia tengok politik Malaysia ni menyampah....
Sepatutnya dah umur 65 ke 70 ni berehat lah....duit dah ada
banyak....kaya raya.....penyakit pun banyak juga....bagi lah depa ni ingat
untuk bersama keluarga dan jemaah masjid pula...
Barisan senator pembangkang menggesa kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan semula rancangan untuk melantik pemimpin Bersatu Negeri Sembilan, Dr. Rais Yatim sebagai Presiden Dewan Negara.
Menurut mereka, Dr. Rais yang juga bekas menteri UMNO yang kemudiannnya berpaling tadah menyertai Bersatu, dikira “tidak sesuai” untuk memegang peranan itu.
“Dewan Negara adalah fitrahnya sebuah dewan yang harmoni dan kurang berbalah.
“Justeru, ia memerlukan seorang presiden yang mampu memupuk konsensus dalam kalangan anggotanya.
“Kami berpendapat bahawa Dr. Rais Yatim bukanlah individu yang sesuai untuk memegang peranan tersebut,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Yusmadi Yusoff (PKR), Aiman Athirah Al Jundi (Amanah), Liew Chin Tong (DAP), Theodore Douglas Lind (Warisan), Donald Peter Mojuntin (Upko) dan Marzuki Yahya (Pejuang).
Dr. Rais mengangkat sumpah sebagai senator pada 16 Jun lalu dan sejak itu namanya diperkatakan akan dilantik sebagai Presiden Dewan Negara menggantikan SA Vigneswaran.
Tempoh penggal SA Vigneswaran yang juga Presiden MIC sebagai Presiden Dewan Negara berakhir pada 22 Jun lalu.
Dr. Rais pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan daripada tahun 1978 hingga 1982, ketika itu mewakili UMNO.
Beliau juga turut menerajui beberapa kementerian sepanjang karier politiknya – antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Luar Negeri.
Dr. Rais meninggalkan Umno pada tahun 1990 untuk bergabung bersama bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46.
Beliau kembali menyertai UMNO setelah parti itu dibubarkan.
Dr. Rais sekali lagi keluar UMNO buat kali kedua selepas PRU14 pada 2018 lalu sebaik BN tumbang kepada PH untuk menyertai Bersatu.
Walaupun beliau menyerahkan borang penyertaannya menyertai Bersatu kepada Tun Mahathr Mohamad, Dr. Rais kemudian mengalihkan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin apabila berlaku krisis antara Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri.
Atas sokongannya kepada Muhyiddin, beliau dilantik sebagai senator dan disebut-sebut akan dijadikan Presiden Dewan Negara dalam sidang yang bermula 2 September ini.
..ππππππ... Belum pernah jadi TPM atau Menteri Kewangan, baru pegang jawatan Duta Kurma, Tuang Presideng dah memperlekeh DSAI..egonya dia.
Kalau nak dibandingkan DSAI dengan Tuan Presideng Pas ni macam langit dengan bumi..DSAI dah pernah pegang jawatan TPM dan Menteri Kewangan,
Tuang Presideng jadi MB T'ganu tak sampai pun sepenggal...jadi Duta Kurma dalam k'jaan, itupun Tebuk Atap, baru beberapa bulan saja dah ego. Inilah sifat Setan Hadi.
Pembentukan kuasa politik ‘Melayu Raya’ sebagaimana diungkapkan oleh pemimpin Pas baru-baru ini sebaik sahaja Bersatu dijemput menganggotai Muafakat Nasional (MN) tidak semudah dibayangkan.
Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, di atas kertas memang Perikatan Nasional (PN) atau gabungan MN kelihatan kukuh dengan perkembangan terbaharu itu, namun sifir politik tidak semudah dua campur dua sama dengan empat.
Kata Johari, banyak faktor lain yang mungkin memburukkan keadaan seperti pembahagian kerusi di kawasan Melayu, logo bersama, manifesto dan lain-lain yang sukar dirundingkan.
“Hanya di atas kertas MN kuat, jumlah undi Umno campur Pas dan Bersatu boleh menang (kerusi Parlimen). Tetapi kena ingat waktu itu Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH), yang kalah BN. Belum tentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang rakyat (ikut formula itu), saya ingat berbeza.
“MN pula banyak masalah sekarang, seperti manifesto, logo dan sebagainya. Tinggal dua tahun lagi (sebelum PRU), sempat atau tidak?
“Muhyiddin juga tidak membawa impian PN. Dia bawa impian Bersatu. Ada banyak faktor (kelemahan),” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut Johari, Muhyiddin sendiri belum tentu akan diterima sebagai calon tunggal perdana menteri. Katanya, menjelang PRU terdapat kemungkinan PN atau MN tidak akan mencalonkan Muhyiddin sebagai PM secara muktamad. Mungkin mereka akan melihat parti mana yang memenangi kerusi terbanyak selepas PRU.
“Bila Bersatu masuk dalam MN, harus diingat blok yang terbesar masih BN bukan Pas atau Bersatu.
“Sudah tentu kalau Parlimen bubar Umno tak kan kata menang atau kalah jawatan PM milik Muhyiddin. Kalau Bersatu dapat 3 kerusi macam mana nak jadi PM?
“Agak susah bagi Muhyiddin nak maneuver, dia boleh bercakap, boleh berjanji. Mungkin MN kata ok tapi bubar sahaja Parlimen kedudukan habis, Muhyiddin seperti orang biasa (tiada kuasa tawar menawar),” katanya lagi.
Untuk rekod, MN sedikit bergolak apabila Pas tanpa memaklumkan kepada Umno ikut serta mendaftarkan PN sebagai perikatan politik. Sedangkan Umno menentang idea berkenaan dan mahu logo BN digunakan secara bersama bagi memastikan kemenangan maksimum calon-calon PN.
Bagaimanapun, Bersatu kurang bersetuju dengan idea tersebut kerana watikah calon akan ditandatangan oleh pengerusi BN dan memberi kelebihan kepada Umno untuk menuntut lebih banyak kerusi serta mengenepikan Bersatu.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mempersoalkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang mendakwa 2 projek dianugerahkan secara runding terus oleh kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di luar pengetahuannya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendedahkan bukti tangkap layar hantaran Facebook Zuraida memaparkan gambar lawatan beliau ke salah 1 tapak projek berkenaan tahun lalu.
Menerusi bukti tangkap layar itu, Zuraida didapati mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, bertarikh 10 Disember tahun atas kapasiti menteri KPKT.
“Kisah menarik hari ini. YB Zuraida kata tidak tahu tentang projek ‘direct nego’ RM170 juta yang didedah Menteri Kewangan semalam,” kata Fahmi dalam hantaran Facebooknya.
“Tapi ada FB post yang menunjukkan beliau hadir di 1 lokasi yang dipercayai tapak projek tersebut. Macam mana kamu kata tidak tahu?.”
Melalui bukti tangkap layar itu, Zuraida, juga dipetik berkata kementeriannya akan membina 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin dalam tempoh setahun. tahun.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan kenyataan mencatatkan perincian 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikatakan diperuntukkan melalui runding terus bawah kerajaan pimpinan PH.
Bagaimanapun, Zuraida berkata 2 projek melibatkan kementeriannya diluluskan tanpa pengetahuannya.
Tengku Zafrul dalam kenyataannya mendedahkan KPKT memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM170.3 juta kepada syarikat Bumi Segar Indah Sdn Bhd untuk membina, beroperasi dan menyelenggara 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin.
Kementerian itu juga memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM501,206.37 kepada Century Software (Malaysia) Sdn Bhd untuk menyelenggara sistem kewangan dan perakaunan.
Peruntukan KPKT bernilai RM170.79 juta itu merupakan ke-5 terbesar dalam nilai projek runding terus didedahkan menteri kewangan.
Zuraida, yang juga bekas naib presiden PKR, salah seorang daripada 11 ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu pada Mac susulan pemecatan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali sebelum 10 daripadanya menyertai PPBM secara rasmi minggu lalu.
MENARIK UNTUK SAYA MEMBACA DAN MENELITI, kenyataan oleh Dr. Xavier Jayakumar semalam bahawa,
“Sepanjang saya jaga kementerian selama 22 bulan, saya tak pernah tulis kepada Kementerian Kewangan minta projek dibuat secara rundingan terus. Ada satu sahaja projek dibuat runding terus, itu pun projek itu diberikan kepada Khazanah Nasional sebab Khazanah nak buat kerjasama dengan Boeing, dan ia dibawa kepada mesyuarat dan Kabinet meluluskan.”
Kenapa menarik? Sebab kala itu hanya ada dua orang wakil kabinet dalam Lembaga Pengarah Khazanah, iaitu Dr. Mahathir bin Mohamad dan Azmin Ali. Jadi betullah kata Xavier bahawa parlimen sudah jadi sarkas. Sebahagian menteri dalam Kerajaan PN sekarang adalah juga menteri di masa PH, termasuk Azmin Ali, dia bukan sahaja tahu, bahkan terlibat sama dalam penganugerahan dan penerimaan projek runding terus. Mengapa diungkit sekarang?
Diungkit seolah-olah Kerajaan PH telah berbuat sesuatu yang salah, salah besar! Setakat hari ini, kaedah, tata cara dan tata kelola yang diguna pakai dalam pengurusan perolehan kerajaan masih membenarkan kaedah runding terus, fullstop!!! Maksudnya ia tidak salah pun… menjadi salah kalau berlaku salah guna kuasa, rasuah atau penyelewengan dalam perlaksanaannya. Yang beria-ria berkeras mahu menyalahkan PH ini peliknya datang dari bekas pemimpin dan ahli PH juga, khususnya pengkhianat Keadilan, pengikut Azmin Ali. Lalu dilagukanlah kononnya itu janji Lim Guan Eng, manifesto Pakatan Harapan. Saya cuma mahu beritahu, waktu Mahathir berkeras mahu memangku jawatan Menteri Pendidikan yang jelas melanggar manifesto, kamu semua juga yang galak mengikut dan mencium bontot orang tua itu. Bila orang tua itu sudah jatuh kamu tinggalkan dia, ini bukan sekadar hipokrit, bukan sekadar khianat, tetapi jahat dan tiada hati perut.
Jadi kenapa isu runding terus ini digegarkan di Parlimen? Pada waktu ini? Jujur dan telus mahu mengatakan PN lebih baik dari PH? Tak mungkin, sebab sebahagian menteri PN itu adalah juga menteri PH dahulunya, ibarat menepuk air di dulang, ibarat meludah ke langit! Saya lihat ia sekadar mencipta isu, supaya khalayak disibukkan dengannya, menjadi fokus perbincangan, lupa kepada yang lain. Kenapa cipta isu? Untuk menghalang kejatuhan Kerajaan PN, majoriti Kerajaan PN boleh hilang hanya dengan seorang manusia bernama Dr. Khairuddin at-Takiri, maka dia mesti dilindungi dan diselamatkan. Caranya? Buat isu baru yang boleh menenggelamkan kes jelas lagi nyata melanggar kuarantin wajib yang sepatutnya dibawa ke mahkamah dan didenda paling tidak pun di antara RM8,000 – RM12,000 (berdasarkan kes rujukan pencetus kluster Sivagangga dan Makcik Gelang Pink), yang secara automatik akan menghilangkan satu kerusi sokongan PN, menghapus majoriti Muhyiddin dalam parlimen.
Maka saya dengan ini mencabar Tengku Zafrul untuk mengulang kenyataan beliau di luar parlimen, kalau berani tuduhlah bahawa Kerajaan PH selama 22 bulan itu telah melakukan kesalahan dengan penganugerahan projek runding terus yang dinyatakan itu. Saya juga mendesak supaya Ust Dr. Khairuddin at-Takiri segera didakwa di mahkamah sebagaimana segeranya pencetus kluster Sivagangga dan Makcik Gelang Pink didakwa dan dihukum. Premisnya sama, tindakan yang mengkompromi keselamatan dan kesihatan awam.
Majlis Setiausaha Pakatan
Harapan (PH) meluahkan rasa kekesalan apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN)
bertindak menarik balik pindaan Perlembagaan bagi menghadkan tempoh menjawat
jawatan Perdana Menteri selama dua penggal, tanpa sebarang alasan.
Dalam kenyataan bersama antara
Fahmi Fadzil (KEADILAN), Khalid Samad (AMANAH) dan Liew Chin Tong (DAP), mereka
berpandangan bahawa pindaan itu adalah sebagai satu peluang keemasan untuk
melaksana reformasi yang amat bermakna di negara ini, namun telah disia-siakan
dan dibuang begitu sahaja oleh PN.
"Antara tujuan utama PH
mengusahakan pindaan ini adalah untuk memastikan seorang individu tidak
memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan
dia boleh mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut selama memegang
jawatan itu, termasuk menutup penyelewengan yang dilakukannya.
"Secara tidak langsung,
pindaan tersebut diharap akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pimpinan
politik baharu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan menutup kemungkinan
budaya pendewaan seseorang pemimpin," menurut kenyataan.
Pada masa sama, PH juga
berpandangan tindakan drastik itu menunjukkan bahawa PN tidak mempunyai
aspirasi tersendiri untuk memperjuangkan demokrasi di negara ini, sebaliknya
hanya mahu menikmati kuasa itu dengan sesuka hati.
"Sikap ‘pusingan U’ ini
membuktikan bahawa kerajaan hari ini tiada ‘falsafah perjuangan’ dan hanya
berminat memegang kuasa, dan tidak mempunyai wawasan atau visi yang lebih besar
untuk memastikan demokrasi sentiasa subur di bumi Malaysia," katanya.