KENYATAAN MEDIA 2 Julai 2020 KETUA PEMBANGKANG



MENGENAI PETRONAS

Baru-baru ini syarikat gergasi minyak negara kita, Petronas kehilangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang telah meletakkan jawatan lebih awal dari tarikh kontraknya yang sepatutnya berakhir pada bulan April 2021.

Setelah berkhidmat hampir 4 dasawarsa dalam Petronas, perletakan jawatannya itu ternyata mengundang banyak persoalan.

Petronas juga telah menyangkal laporan oleh agensi berita Reuters yang mendakwa perletakan jawatan tersebut berkait rapat dengan kerajaan negeri Sarawak.

Sebagai syarikat yang bertanggungjawab menyelia khazanah dan hasil negara, rakyat jelas tertanya-tanya apakah rencana sebenar di sebalik perletakan jawatan tersebut dan ini mesti dijelas dan diperincikan tanpa lengah oleh pihak Petronas.

Apakah ada campurtangan kerajaan?

Badan penarafan dunia S&P Global Ratings baru-baru ini juga telah membuat penilaian semula unjuran Malaysia dan Petronas dari stabil ke negatif.

Apa yang dibimbangi badan tersebut adalah mengenai campurtangan kerajaan dalam Petronas. Ia juga menggesa agar dijelaskan berkaitan bayaran yang dibuat kepada Sarawak.

Ketidakstabilan di Petronas telah memberi dampak yang negatif kepada ekonomi negara dan mengesankan para pelabur antarabangsa.

Gabungan pembangkang menuntut penjelasan menyeluruh dan tuntas terkait isu ini.

Kegagalan Petronas untuk meleraikan persoalan-persoalan ini akan mengundang ketidakpercayaan yang akan mengeruhkan lagi keadaan semasa.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang


*Kenyataan Media*



Khamis, 2 Julai 2020

*Dato' Seri Anwar Ibrahim Sebagai Calon Tunggal Perdana Menteri ke-9, Minta Pengerusi PH dan MPN Negeri Sabah Nyatakan Pendirian Jelas*

Di sini saya ingin menyatakan pendirian bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah secara konsisten menyokong penuh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

AMK Sabah juga berpendirian bahawa tidak ada calon kedua atau calon lain selain Dato' Seri Anwar untuk menerajui negara setelah Pakatan Harapan Plus mengambil alih Putrajaya samada melalui sokongan di Parlimen mahupun melalui Pilihanraya Umum ke-15.

Kita konsisten dengan janji yang perlu ditunaikan selepas mendapat mandat rakyat. Selain pelaksanaan Manifesto Harapan, janji peralihan kuasa juga perlu dilakukan kerana rakyat memberikan mandat untuk janji yang diberikan Pakatan Harapan.

Tun Mahathir telah gagal melaksanakan janji bukan sahaja apa yang termaktub dalam Manifesto bahkan beliau gagal dalam melaksanakan janji peralihan kuasa.

Maka setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan, tidak ada orang lain yang lebih sesuai selain Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato'Seri Anwar jauh lebih baik dan jauh lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan pengalaman yang cukup luas.

Kami juga meminta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan Negeri Sabah untuk menyatakan pendirian jelas beliau menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-9 tanpa ada pilihan kedua.

Ketetapan perlu dibuat segera agar akar umbi KEADILAN Sabah jelas dengan pendirian Pengerusi KEADILAN dan PH Negeri Sabah.

Kita tidak perlukan jawapan panjang dan berbelit melainkan meminta beliau menetapkan satu nama yang perlu diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus.

Kita bukan tidak menyokong anak Sabah dicalonkan sebagai Perdana Menteri tapi kita perlu nilai dari aspek keseluruhan dan siapa lebih layak. Ini soal perintah sebuah negara dan bukannya negeri.  Putrajaya memerlukan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan ekonomi negara serta melaksanakan agenda reformasi.

Dan saya yakin di bawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim, tanpa perlu mengangkat anak Sabah sebagai Perdana Menteri pun hak Sabah mampu dikembalikan kepada negeri di bawah bayu ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selaras dengan perlembagaan Parti PKR.

*Wendey Agong Bin Baruh*
_Timbalan Ketua AMK Sabah_
_Ketua Cabang KEADILAN Sipitang_


POSTING HARI INI








BUAT PEMBACA  YANG BUDIMAN ..HARI INI TERDAPAT 

32 POSTING.

SILA KE    OLDER POST     ATAU      >   BAHAGIAN 

BAWAH, ANDA MUNGKIN TERLEPAS MAKLUMAT 

BACAAN DI SEBELAH PAGI TADI.

JIKA MUHYIDDIN KEKAL PM LAGI, APA AKAN TERJADI PADA ZAHID HAMIDI DAN NAJIB?



Walaupun belum dibincangkan secara rasmi dalam parti, UMNO pada peringkat awal ini nampaknya telah bersetuju untuk terus mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.
Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, secara prinsipnya Muafakat Nasional atau MN yang menggabungkan UMNO dan Pas bersetuju untuk menamakan atau menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.
“Ini akan dibawa dalam saluran parti masing-masing.
“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang saya Setiausaha Agungnya, memang betul apa disebutkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang berkenaan perkara tersebut.
“Pendirian UMNO dan Pas dalam soal ini adalah pendirian yang sama.
“Saya sahkannya,” kata Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, Hadi lebih awal menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.
“PAS menzahirkan dukungan kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional demi mensejahterakan negara dan rakyat.
“Pada masa yang sama, PAS menzahirkan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15,” kata Hadi melalui laman Facebooknya.
Sokongan Pas terhadap Muhyiddin tidaklah begitu memeranjatkan, tetapi pendirian UMNO tentu saja dilihat agak pelik kerana jawatan Perdana Menteri adalah kerusi yang biasa diduduki oleh UMNO sejak merdeka lagi.
Apa lagi, dalam kerajaan PN ini, UMNO dan BN mempunyai jumlah kerusi yang terbesar sekali berbanding Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin.
Beberapa pemimpin UMNO pula sebelum ini menegaskan, sokongan mereka kepada Muhyiddin dan PN hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan saja, manakala untuk menghadapi PRU15, UMNO hanya komited untuk bersama Pas dalam MN semata-mata.
Maksud lain daripada pendirian tersebut ialah UMNO melalui kerjasama dengan Pas mahu mengambil balik jawatan Perdana Menteri yang terlepas sejak PRU 2018 lalu.
Dalam hal ini, aoakah kenyataan Annuar Musa ini bakal menjadi pendirian rasmi UMNO?
Bagaimana pula pendirian pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dalam soal ini?
Bersetujukah mereka untuk terus berperdana-menterikan Muhyiddin daripada Bersatu, sebuah parti serpihan UMNO sendiri?
Adakah UMNO benar-benar akan berjiwa besar untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan apakah ini juga bermakna, Bersatu akan diperuntukkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi berbanding UMNO?
Persoalan lain, jika Muhyiddin terus jadi Perdana Menteri lagi, apa kesudahannya kepada karier politik Najib Razak dan Zahid Hamidi selepas ini? (Shahbudindotcom 02/07/2020)

DIPECAT DARI PARTI, TETAPI MASIH KEKAL EXCO ?


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan teks

Parti telah mengambil keputusan memecat YB Haniza Talha. Ini bermakna Exco Perumahan kerajaan Negeri Selangor ini bukan lagi ahli parti.
Pada prinsipnya, apabila seseorang itu dipecat atau keluar parti, maka sewajarnya anggota itu meletakkan jawatan secara terhormat atau pihak yang melantiknya atas nama parti politik yang diwakilinya ketika itu wajar memecatnya.
Sekiranya MB Selangor tidak lagi menyokong atau tidak lagi terpengaruh dengan bekas bosnya dahulu iaitu Azmin yang telah menjadi pengkhianat parti, beliau harus membuktikan komitmen beliau kepada partinya sekarang. Sekiranya beliau masih berdiam diri dan sekadar menyatakan kesetiaan kepada parti dan Presiden dimulut semata-mata tetapi tidak mempamerkan kesungguhannya, maka tidak pelik kalau masih ramai lagi meragui kesetiannya terhadap parti.
Kita masih ingat, di era Azmin menjadi MB Selangor, beliau masih mengekalkan Exco-Exco dari Pas walaupun Pas telah mengistiharkan partinya tidak lagi bersama Keadilan dan Pakatan Rakyat ketika itu. Tindak tanduk Azmin ini menyebabkan kecelaruan di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat ketika itu dan Azmin dicurigai kesetiannya kepada parti. Nah, terbukti sudah sememangnya Azmin telah mengkhianati parti.
Apakah parti tidak belajar dari peristiwa tersebut? Bagaimana pentadbiran Selangor boleh diurus dengan baik sekiranya di kalangan Exco masih terdapat yang menyokong pengkhianat? Bayangkan di dalam mesyuarat Exco, pengkhianat ini turut bersama dan bagaimana kerahsiaan mesyuarat dapat dijamin?
Semoga MB Selangor pantas bertindak bagi membuktikan kejujurannya. Parti juga harus memandang serius perkara ini agar Selangor tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir yang cenderung kepada pengkhianat. Jangan ada api di dalam sekam di Selangor.
WFAUZDIN NS

DOA DIA SAJA MAKBUL GAMAKNYA, DOA ORANG TAK MAKBUL...KENA KE DIA MELALUT LA LEBAI...

RAMZAN AHMAD

Amboiiiii sedapnya karang ayat bila kena kat batang hidung sendiri@tujuh point lima inci?
Time dia kutuk@hina sampai rapat ke dinding orang yang tak satu kapai dengan dia dia tak perasan pulak???
Orang lain yang dia hina@kutuk pasai tak sekapai dengan dia dulu tu tak ber"Tuhan"kan Allah SWT ka????
#kasi up laa repot polis tu kemetot weyyy!!!
#stakat bikin status buat WALAUN jilat baik tak payah laa kemetot oiiii😂
#time dok tayang "scud" tu tak ingat Tuhan pulak bila dah "kena getah" baru nak ingat Tuhan ka kemetot oiiii???😏
#pstttttt....lagi satu kata kat batang hidung sendiri ka ???
#Sat admin sat bukan admin...hishhh pening walaun😂😂

Koyak sungguh mental lebai ni. Sampai nak mengadu dgn Tuhan tiap2 mlm suruh pisahkan roh dgn jasad orang yang cabar dia buat report polis atas isu Leena atau "Petronas With Love". Kerja Malaikat maut pun dia nak jaga. Bayangkan, kalau lepas ni lebai tu sendiri yang terpisah roh dari jasad? Tentu orang akan tafsir macam2. Sbb tu, jgn buat main2 doa begini. Lawan saja di mahkamah, tak perlu gelabah kalau kamu benar. Malu la dgn si Alexander Pittsuwan Thomprason tu, dia tenang dan ok je..semakin kerap post episod by episod...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Mokhtar Dup hr Anda boleh maki dan kutuk saya berapa puluh gantang yg mahu. Kerana maklum berpolitik secara yg paling bertamaddun. Tapi melampau. sudah tidak tinggal lagi kehormatan saya selain saya menyebut nama kamu pengaduan Tuhan. Walaupun kamu bersembunyi disebalik nama palsu atau fake akaun,namun Allah tahu siapa kamu. mlm kamu bermunajat Allah. memisahkan ruh kamu jasad kamu. Allah tahu..saya tiada kesalahan terhadap kamu. mohon seluruh teman yg mengenali saya aminkan doa saya ini setiap mlm. Moga menjadi pengajaran kepada org lain. Nota: polis berkaitan admin fb dibuat. Bukan Admin. juga telah 2. JULAI.2020.'

JOM AHLI UMNO...JOIN BERSATU



Nampaknya UMNO kena masuk Bersatu secara beramai-ramai mulai hari ini....


KATANYA ISLAM MEMIMPIN ?


ALI ABU

Hah...ni nak kata apa nih pulak..masa PH dulu hari hari hangpa hentam...ni diam bisu....

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan dalam, teks yang berkata 'Onn Abu Bakar h· Hanya 4 pemimpin Melayu dan 8 bukan Melayu. Tak da pula terjerit-jerit Melayu terancam atau Islam terancam...?'

ANWAR-MUHYIDDIN - JANGAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT, DIKENDONG BERCICIRAN




Gandingan Anwar - Muhyiddin - DenyutReformasi


Pembangkang akan kehilangan sokongan penyokong tegarnya jika Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Mengulas dakwaan yang Anwar bersedia menyingkirkan sekutu Pakatan Harapan dalam usahanya menjadi perdana menteri dengan membuat pakatan dengan Muhyiddin, penganalisis berkata sangat tidak masuk akal jika PKR mahu bergabung atau menyokong kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberitahu The Malaysian Insight yang PH dan PKR akan kehilangan sokongan penyokong tegarnya jika mereka menyokong Muhyiddin selepas “tragedi rampasan kuasa” Februari lalu.

Awang Azman berkata walaupun kerajaan PN melakukan kerja baik dalam usaha mengekang wabak Covid-19, penyokong pembangkang masih menyalahkan Muhyiddin dan bekas orang kuat PKR, Azmin Ali, kerana tumbangnya kerajaan PH.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu itu menambah, ia juga tidak masuk akal kerana gabungan itu sukar dibayangkan.

“Adakah Muhyiddin akan turun (sebagai PM) untuk Anwar? Atau dia akan ganti Azmin dengan Anwar dan ahli PKR lain?

“Muhyiddin akan mahu terus jadi perdana menteri dan pada masa sama mengukuhkan kedudukannya,” kata Awang Azman lagi.

Selasa lalu, Anwar menafikan tuduhan beliau sedang berpakat dengan Muhyiddin dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin untuk menyokong kerajaan semasa.

Walaupun Anwar tidak bercakap mengenai khabar angin itu secara berterus terang, wujud dakwaan yang beliau akan menyokong Muhyiddin jika ada undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen pada sidang 13 Julai ini.

Pensyarah sains politik Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali juga percaya yang gabungan Muhyiddin-Anwar sukar termeterai.

“Walaupun imej Muhyiddin sangat positif kerana dasar mesra rakyat dan insentif diberikan kerajaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, imejnya dicemari dakwaan yang dia membeli sokongan ahli Parlimen dengan lantikan dalam GLC.

“Dan walaupun rakyat nampak seolah-olah tak terlalu bimbang dengan lantikan ini, selagi mana dasarnya adalah mesra rakyat, PKR akan berpecah-belah jika Anwar menyokong Muhyiddin ketika ini.”

Mazlan berkata, jika perkara itu berlaku, ia adalah perpecahan kedua dalam PKR dalam tempoh kurang enam bulan.

PKR yang menang 50 kerusi Parlimen pada PRU2018, kini hanya memiliki 38 kerusi selepas Azmin membawa bersamanya 10 wakil rakyat untuk menyertai Bersatu.

Walaupun Ahli Parlimen Selangau Baru Bian keluar bersama-sama Azmin, beliau memutuskan untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Anwar juga perlu menjustifikasikan sokongannya kepada Muhyiddin kerana ia akan menjejaskan DAP dan Amanah yang menyokong Dr Mahathir melawan Muhyiddin.

“Walaupun DAP dan Amanah masih rapat dengan Anwar, kedua-dua parti hanya akan menyokongnya jika dia dapat menjustifikasikan kenapa langkah (sokong Muhyiddin) diperlukan.”

Secara teorinya ia boleh dilakukan, tetapi sangat sukar menjadikannya satu realiti kerana kemungkinan gabungan Anwar-Muhyiddin juga akan memecahkan PN, kata Mazlan.

“Jika Anwar betul-betul sokong Muhyiddin, akan ada perpecahan dalam PN kerana sebilangan orang Umno dan kumpulan Azmin tidak akan selesa dengan Anwar.

“Anwar sokong Muhyiddin mungkin nampak bagus secara teori tetapi pengamalannya hampir mustahil tanpa sebarang perpecahan sama ada dalam PH, PKR atau PN,” kata Mazlan lagi. –

 2 Julai, 2020. By Chan Kok Leong.


RAMAI ORANG MELAYU MASIH BODOH ???



Aku hairan ramai Melayu yang bodoh bongok dan bangang!!
Cina dah kuasai ekonomi lebih 70% bermakna kekayaan negara lebih 70% milik cina termasuk tanah!!

Masih lagi nak cerita tanah Melayu milik Melayu dan ketuanan Melayu lagi ke??
Melayu telah di bangsat  kan oleh pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri pun masih tak sedar-sedar lagi, apa ke bongok lah agak nya!! 😬😟

## Terus kan baca jika anda seorang yang berpegang pada kebenaran bukan munafik..
Jika tidak , di larang baca! ##

BUKTI BN- MEMBANGSAT KAN MELAYU:

Tanah rizab melayu hanya tinggal 13% sahaja..
Salah siapa?!!!!
Ekonomi melayu hanya 18% sahaja..
Terbelakang, tercorot dan terbangsat sekali berbanding bangsa lain..
Sepatut nya penguasaan ekonomi melayu 60%, baru lah seimbang dengan Cina sebab Melayu mewakili lebih 60% jumlah penduduk..
Terlalu jauh ketinggalan..
Salah siapa?!!!
Salah DAP ke?
Jelas ia nya salah BN- kleptokrasi yang telah gagal memartabat melayu walau pun telah memerintah lebih 60 tahun!!
Simpan sikit bodoh tu wahai melayu!!!! 😭😭😭

BUKTI BN PENGHIANAT RAJA-RAJA  MELAYU BUKAN DAP:
Lepas tu cerita DAP nak hapus kan kuasa raja-raja..
Padahal pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri yang jadi penghianat raja-raja!!
Siapa yang kurang kan kuasa Agong kalau bukan Tun- semasa dalam BN- dulu?
Zaman Najib- plak kuasa tentera di rampas dan berpindah ke MKN..
Salah DAP ke?

BUKTI DAP TAK BERKUASA:
DAP nak laksana UEC dan ICERD pun gagal adalah bukti DAP tak berkuasa, tak menguasai apatah lagi perdana menteri jadi kuda tunggangan DAP..

Kenapa Melayu takut dengan DAP?
Ia adalah hasil propaganda BN- hasil ciptaan Tun- semasa berada di BN- dulu sehingga kini masih di guna kan untuk memperbodoh melayu!

DAP komunis? Ada bukti ke? Kalau ada, lama dah DAP di haram kan di Malaysia!!
Dosa terbesar DAP adalah bagi peruntukan terbesar untuk agama Islam 62 juta berbanding BN- dulu 13juta..
- Ahli DAP berbilang kaum dan ada yang melayu berbanding MCA dan GERAKAN 100% cina..

Yang curi duit 1MDB umno-..
Yang curi duit FELDA umno-..
Yang curi duit Tabung Haji  umno-..
Yang curi duit MARA umno-..
Yang jual ic kepada China Melayu Umno- sejak 4 tahun lalu..
Tapi yang salah DAP rompak duit Melayu dan Islam!!

MELAYU BERPECAH BELAH:
- PKR wujud kerana ketidakadilan dan kezaliman BN-..
- PAS wujud kerana UMNO- tak setuju hudud..
- BERSATU wujud sebab pemimpin UMNO- jadi penyamun (kes 1MDB)..
Ada kah salah DAP?

BUKTI MELAYU TETAP BERKUASA DAN MEMERINTAH MALAYSIA HINGGA KIAMAT:
1) Melayu majoriti bermakna akan menguasai di dalam sistem demokrasi..
Sekira nya DAP mahu kan sistem negara komunis atau republik maka perlembagaan negara perlu di ubah..
Adakah cukup ahli parlimen DAP untuk menang undi di parlimen?
Tidak..
Adakah ahli parlimen Melayu baik dari kerajaan mahu pun pembangkang yang mengundi ikut DAP?
Tidak, hanya Melayu yang gila sahaja setuju..
2) Undang-undang tubuh kerajaan negeri mewajib kan hanya Melayu jadi Ketua Menteri atau Menteri Besar..
(Kecuali di PP sebab cina majoriti di sana)..
Cina nak memerintah negeri pun mustahil apatah lagi negara? Memang mustahil lah kan akibat dari undang-undang tersebut!!
-(Pemimpin Melayu dahulu bijak dalam merangka sistem demokrasi berpalimen demi survival bangsa Melayu, seolah-olah mereka tahu masa depan!)
3) Agong mustahil akan perkenan sekiranya Cina memerintah Malaysia..
KECUALI Agong dah gila!! 😄
- Percaya lah sekira nya benar PH telah terbukti membangsat kan Melayu Islam maka semua Melayu yang sokong PH akan keluar ramai-ramau!!

Orang Melayu sibuk bergaduh pasal politik tapi pemimpin-pemimpin Melayu kaya kan diri sendiri jadi penyamun!!

👉 Kesimpulan nya buat apa Melayu nak takut pada DAP sedang kan aku dah bukti kan Melayu tetap memerintah Malaysia hingga kiamat??!!

BUKTI DAP BUKAN KOMUNIS:
Tidak ada seorang pun orang DAP yang di penjara kan kerana bersalah dalam tragedi 13 mei 1969..
-Kalau DAP komunis lama dah penubuhan nya di haram kan di Malaysia!!
- AGONG pernah perkenan mereka angkat sumpah jawatan!!

BN- BOLEH MEMERINTAH ANDAIKATA NEGARA TELAH DI BAIKI:
Negara perlu kan Anwar untuk reformasi membebas kan semua institusi negaratermasuk lah sistem kehakiman supaya adil pada semua dan paling utama supaya tidak ada pemimpin-pemimpin yang jadi penyamun boleh terlepas dari hukuman!!
Berapa banyak lagi kita nak tengok pemimpin-pemimpin jadi penyamun terlepas dakwaan macam tu je??
Sebenarnya madey- paling takut Anwar jadi PM sebab kalau reformasi di laksana maka madey- juga pasti akan sangkut!!!

Setelah institusi negara di baiki maka tidak menjadi masalah sesiapa pun jadi pemerintah di masa depan!!
(Kalau BN- yang memerintah pun boleh pada masa tu.)

Kuasa Melayu pegang sampai kiamat tapi tak di manfaat kan sepenuh nya untuk memartabat bangsa Melayu..
Kenapa?!!!

Aku nak tengok BMF di laksana secara menyeluruh dan berkesan pasti cina bungkus punya!!
Adakah BN- akan laksana kan nya?
Atau Melayu kena tipu lagi dan di perbodoh-bodoh kan lagi?
Tak cukup kah lagi Melayu Islam di bangsat kan lebih 60 tahun??

Negara dunia yang amal sistem demokrasi pasti majoriti menguasai segala-gala nya tapi kat Malaysia terbalik!!
Pelik tetapi benar..
Kenapa??
AYUH MELAYU BANGKIT TUNTUT HAK ANDA!!!

Bila melayu nak sedar??!!
Sorry dah marah sangat tak boleh nak tahan!!😭😭😭

■COPY DAN PASTE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH SUPAYA LEBIH RAMAI MELAYU JADI BIJAK BUKAN MUDAH DI PERBODOH2 KAN..  TQ
Macai PN yang meroyan boleh dengar dan faham.sokong DAP aku tetap islam,dalam .PKR, AMANAH  yang alim-alim tetap islam walaupun DAP dalam gabungan PH.macai PN jer yang bodoh.😇




UMNO Bahagian Padang Besar akhirnya buat mesyuarat Agung di tapak pasar malam...😀😀😀




UMNO Online - Home | Facebook

Kisahnya...mula-mula depa mintak nak buat kat MRSM Beseri... kononnya atas alasan tiap-tiap tahun buat kat situ..Pengetua cakap...kami minta maaf, kerajaan dah bertukar, kami tak boleh bagi kebenaran.

Kemudian mintak nak guna Dewan Masyarakat di depan Taman Melati Indah... Juga tak dapat kebenaran, sebab itu milik Kerajaan Pusat jugak...

Mintak pula nak guna Tabika Kemas Alor Tampang... Pun tak dibenarkan...sebab KEMAS jugak di bawah kerajaan pusat....

Last sekali, dah tak ada pilihan, terpaksalah guna bangsal Pasar Malam Bukit Keteri.!

Hahahahaha...Mesyuarat Agung Tahunan buat kat pasar malam jer.....

Sian ko UMNO.... lepas kalah ni dah mcm anjing kepala buruk...pi mana pun kena halau...😂😂😂😂

- Rizal Perlis





MALAYSIAN MALAYSIA DAN DASAR AFIRMATIF BUMIPUTERA SIRI 1



LIYANA MARZUKI



*Posting panjang di hadapan. Pohon baca dengan minda terbuka dan berlapang dada.

1. Minggu lepas saya ada menulis mengenai Ketuanan Melayu. Bagaimana ia tidak sesuai dilaungkan dalam konteks penubuhan Persekutuan Malaysia.

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/168881594625979/?d=n

Makanya ramai la dikalangan kita marah dan tak bersetuju. Ada yang DM saya, dan terus labelkan saya “barua DAP”. Tu panggilan biasa yang saya terima, kalau teruk lagi dapatlah label “babi/ pig”. Kadang tu, kalau lagi teruk dapat dua2 terus: “DAPig” 😂

Seperti biasa, majoriti orang kita. Pemikirannya berbentuk binari, 1 atau 0. If you do not agree with me, you must be with my enemy 🤦🏻‍♀️

2. Hari ni saya nak menulis mengenai konsep Malaysian Malaysia. Bagaimana sejak dari mula saya kurang bersetuju. Walaupun ketika berkhidmat dengan kerajaan Pakatan Harapan, saya secara terbuka menyatakan saya tidak bersetuju dengan konsep “kesamarataan” dalam ideologi Malaysian Malaysia. Malah saya telah up satu posting dalam Bahasa Inggeris menyanggah pendirian parti DAP mengenai perkara yang sama. Jadi dalam posting terbaru ni, saya berharap untuk jelaskan pandangan saya mengenai konsep Malaysian Malaysia dan bagaimana ia kurang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam konteks negara berbilang bangsa. Jangan pula lepas ni, ada yang DM kata saya “barua UMNO” pula 😅

3. Sebagaimana yang ramai tahu, konsep Malaysian Malaysia ini dibawa oleh parti DAP. Dimulakan oleh Lee Kuan Yew selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dan membawa kepada keluarnya Singapura pada tahun 1965 daripada menyertai Persekutuan Malaysia. Ia secara terbuka menentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak dan koata istimewa kepada kaum Melayu/ Bumiputera. Slogan ini mahukan kesamarataan semua kaum di Malaysia. Tiada layanan istimewa kepada mana-mana bangsa. Semua perlu diiktiraf sama dan hidup di Malaysia berdasarkan merit/ keupayaan mereka.

4. Walaupun konsep itu nampak pada dasarnya adil dan saksama, tapi pandangan saya, dari segi pelaksanaan akan menimbulkan kekacauan. Tambah dalam konteks negara berbilang bangsa yang keupayaan antara kaumnya berbeza. Kita tidak boleh sangkal keupayaan kaum Cina dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Jauh lebih maju daripada orang Melayu dan Bumiputera. Dengan berlatar belakang peradaban (civilization) antara yang tertua di dunia, masyarakat Cina telah jadi pedagang yang merantau di seluruh dunia sejak berabad lamanya. Pendedahan mereka terhadap bidang perdagangan dan perniagaan telah bermula sejak generasi awal. Makanya boleh dikatakan masyarakat Cina dalam bidang perdagangan dan perniagaan dah sampai level “black belt”.

5. Berbanding dengan kaum Melayu dan Bumiputera, sejarah perdagangan awal kita hanya bermula hanya ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Itupun kita banyak dibantu dan belajar dari pedagang Cina dan India yang menjadikan Melaka pusat perdagangan mereka pada masa itu. Sampai sekarang, boleh dikatakan keupayaan kaum Melayu dan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perdagangan tidak boleh menandingi masyarakat Cina. Level kita hanya “white belt” pada mula2 penubuhan Persekutuan Malaysia.

6. Maka dengan itulah, banyak dasar afirmatif atau dengan kata lain layanan istimewa dibuat bagi memberi ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Itulah yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Konsepnya sama kalau masuk pertandingan. Kurang sesuai orang yang ada “black belt” untuk lawan yang pemain “white belt”. Kalau perlu berlawan kenalah bagi ruang/ advantage kepada mereka yang berkeupayaan rendah i.e white belt. Umpamanya, kelonggaran syarat dan bantuan lain yang boleh membantu menjadikan pertandingan itu supaya tidak jadi berat sebelah.

MALAYSIAN MALAYSIA DAN DASAR AFIRMATIF BUMIPUTERA SIRI 2


LIYANA MARZUKI


6. Maka dengan itulah, banyak dasar afirmatif atau dengan kata lain layanan istimewa dibuat bagi memberi ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Itulah yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Konsepnya sama kalau masuk pertandingan. Kurang sesuai orang yang ada “black belt” untuk lawan yang pemain “white belt”. Kalau perlu berlawan kenalah bagi ruang/ advantage kepada mereka yang berkeupayaan rendah i.e white belt. Umpamanya, kelonggaran syarat dan bantuan lain yang boleh membantu menjadikan pertandingan itu supaya tidak jadi berat sebelah.

7. Sama juga dalam sukan lain. Golf misalnya, kotak permulaan untuk pemain wanita berbeza dengan pemain lelaki. Ada juga diberi “handicape” atau markah tambahan kepada pemain yang baru mula bermain. Sama juga dalam konteks keupayaan negara. Di peringkat World Trade Organisation (WTO), negara-negara dikategorikan dalam kumpulan: (1) negara membangun, (2) negara sedang membangun dan (3) negara kurang membangun. Setiap kategori mempunyai layanan berbeza. Negara kita Malaysia dikategorikan dalam negara sedang membangun, dan dalam konteks peraturan WTO, kita diberikan pengecualian dan layanan berbeza daripada negara membangun. Jadi kita lihat, di mana2, konsep kesamarataan (equality) itu susah untuk terpakai. Tambah kalau ada dikalangan peserta2 yang mempunyai keupayaan berbeza.

8. Itu sejak mula saya katakan kesamarataan ini sukar diaplikasi dalam konteks negara berbilang bangsa. Mungkin sesuai konsep sosialis ini terpakai kepada negara satu bangsa seperti China, Rusia atau negara Eropah lain yang mana tiada jurang keupayaan dan ekonomi yang signifikan antara kaum. Saya lebih menyarankan konsep “ekuiti” atau keadilan digunapakai. Dalam Islam kita diajar mengenai konsep adil itu bermaksud “meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya”. Makanya, pada saya itulah konsep yang perlu dipakai. Sangat tidak adil seorang peserta “white belt” disuruh bertanding “on the level playing field” dengan peserta “black belt” bukan?

9. Satu lagi yang perlu dinyatakan. Ini saya dapat daripada seorang pakar ekonomi berkelulusan Cambridge, mendiang Martin Khor. Ramai yang tidak tahu mengenai beliau kerana beliau seorang yang low profile. Walaupun beliau pernah menjadi pakar ekonomi di WTO, Geneva dan pernah jadi penasihat ekonomi kepada banyak negara  Beliau berpendirian, hak2 bumiputera dalam Perlembagaan masih perlu lagi dipelihara. Kenapa? Kerana ia berkait rapat dengan isu keselamatan negara. Kita taknak peristiwa 13 Mei berulang. Bila mana satu kaum tidak berpuas dengan yang lain dan mulakan rusuhan kaum. Kena ingat, Nazi German mulakan geonocide ke atas bangsa Yahudi kerana mereka percaya bangsa Yahudi mengambil hak mereka dari aspek ekonomi. Ini kerana bangsa Yahudi punya keupayaan lebih tinggi daripada bangsa Eropah.

10. Sama juga dalam konteks mana2 negara, kalau jurang pendapatan dan ekonomi antara kaum semakin meningkat, akan timbul tidak puas hati. Akan timbul rasa tidak adil dan sekiranya berterusan dan tidak dikawal mungkin akan menjurus kepada situasi yang tidak diingini. Dalam konteks Malaysia, kalau semua sama rata, tiada bantuan dan layanan istimewa adakah jurang ekonomi antara kaum berkurang? Kena tahu, walaupun sudah 50 tahun dasar ekonomi Bumiputera dibuat namun jurang ekonomi antara kaum masih begitu, malah semakin renggang sejak berapa tahun kebelakangan ini. Saya senaraikan data dibawah yang dibuat oleh EPU dalam Laporan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pemilikan ekuiti

2011
Bumiputera- 23%
Bukan Bumiputera- 35%
Asing- 37%

2015
Bumiputera- 16%
Bukan Bumiputera- 30%
Asing- 45%

MALAYSIAN MALAYSIA DAN DASAR AFIRMATIF BUMIPUTERA SIRI 3



11. Maka tuan puan tengok, dengan adanya dasar afirmatif pun jurang ekuiti dan pendapatan antara kaum makin membesar, malah makin menurun. Jauh tersasar dari sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru iaitu 30% pemilikan bumiputera. Makanya kalau tiada langsung dasar ini, tuan puan rasa akan adakah keseimbangan ekonomi antara kaum? Adakah makin adil pembahagian ekonomi itu?

12. Saya percaya ramai antara pembaca bukan Melayu/ Bumiputera atau kalangan Melayu sendiri akan tidak senang dengan posting saya ini. Mereka akan tanya sampai bila nak bagi tongkat? Bagi tongkat pun Melayu/ Bumiputera sama saja. Tak berubah perangai. Asyik nak harap bantuan Kerajaan. Adilkah pada yang lain? Bab ni saya rasa kita kena bezakan. Bezakan perkara ini antara tujuan dasar dibuat berbanding dengan cara ia dilaksanakan. Pada saya, dasar afirmatif Bumiputera itu baik, masalahnya adalah cara ia dibuat on the ground. 57 tahun sejak penubuhan Malaysia, dasar ini tersasar jauh. Kenapa? Kerana implementasinya terlalu dipolitikkan dan pelaksanaannya penuh dengan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.

13. Ya, kita nak tolong peserta “white belt” bertanding dengan “black belt”. Tapi kalau peserta white belt itu jenis yang taknak usaha dan perbaiki diri, untuk naik warna tali pinggang lebih baik, apa guna?  Tambah pula jenis menipu, nak dia sorang je masuk bertanding walapun haprak dan tiada keupayaan. Itulah yang berlaku, dasar afirmatif ni dah jadi untuk golongan tertentu. Elitis. Sebagai contoh: patutnya sekolah berasrama penuh itu membantu golongan berpendapatan rendah mendapat pendidikan lebih baik. Tuan Puan tengok sekarang, sekolah berasama penuh dah jadi status elitis. Berapa generasi boleh masuk dan keutamaan diberikan kepada anak alumni/ bekas pelajar. Maka budak kampung yang patut layak, kuotanya diambil disebabkan kronism. Adakah itu dasar afirmatif yang kita inginkan?

14. Sama juga dengan biasiswa. Dibolot kadang itu, oleh golongan yang ada kabel. Saya dah banyak jumpa, ibu bapa penerima biasiswa Kerajaan, pangkat dan gaji sudah besar. Sudah mampu hantar anak belajar guna duit sendiri. Tapi masih lagi mengharapkan Kerajaan untuk bagi biasiswa pada anak mereka. Jarang kita jumpa, orang Melayu yang usaha sendiri hantar anak ke luar negara guna duit sendiri. Makanya, kebaikan dasar afirmatif itu berlegar dalam keluarga yang sama untuk beberapa generasi. Kouta yang patut dapat kepada anak orang kurang berkemampuan diambil. Adakah itu membantu?

15. Lain pula cerita, mengenai permit/ lessen/ saham bumiputera. Bukan rahsia, banyak yang dibolot oleh orang politik atau yang berkaitan dengan orang politik. Ketirisan dan rasuah berleluasa. Gejala Ali Baba itu dah jadi biasa. Belum cerita pula, hanya orang yang sama saja yang dapat. Banyak juga diguna untuk jadi dana politik. Ramai yang tahu perkara ini dan jadi open secret yang tak ramai mahu akui.

16. Itu yang didedahkan dalam Laporan Kemakmuran Bersama 2030. Tuan Puan kalau rajin bolehlah baca. Pada saya, ada tiga benda kena dibuat untuk betulkan dasar afirmatif ini:

a. need-based (berdasarkan keperluan);
b. ada sasaran (KPI);
c. merit dan akauntabiliti.

17. “Need-based” ini penting. Kita mahu dasar afirmatif ini  terpakai kepada golongan sasar yang memerlukan. Makanya pemberian tempat di sekolah asrama penuh dan biasiswa perlu dinilai sewajarnya. Kena tolak budaya kabel/ kronism atau alumni. Bagi pada anak orang miskin yang betul2 kurang mampu. Kena bagi dia sedikit pertimbangan juga. Budak bandar yang dapat 5A UPSR dengan tuisyen setiap hari, berbeza pencapaiannya dengan budak kampung dapat 5A tanpa tuisyen. Mungkin budak kampung yang dapat 4A tanpa tuisyen adalah lebih layak masuk sekolah berasrama penuh daripada budak bandar yang tiap2 hari masuk kelas tuisyen. Sama juga dengan biasiswa. Kena terapkan sikap pentingkan pelajar miskin dan memerlukan. Ibu bapa yang mampu kena usaha sediakan kewangan anak untuk belajar tanpa bantuan Kerajaan. Tambah pulak kalau mereka sendiri dulupun penerima biasiswa. Kerajaan bantu bagi biasiswa untuk tingkatkan taraf hidup. Supaya akhirnya kita berjaya tanpa mengharapkan bantuan lagi. Agar bantuan tersebut boleh dinikmati oleh orang lain yang layak pula. Ini lain pula yang jadi.

18. Kontrak/ permit/ saham Kerajaan tidak seharusnya jadi lubuk parti politik buat dana politik. Perlu diberi pada yang selayaknya. Yang mampu dan ada merit. Perlu diletak sasaran yang jelas untuk mereka capai. Kalau tak capai di-blacklist dan bagi pada orang lain. Itu makna akauntabiliti. Bukannya berlegar pada orang sama setiap kali, walaupun haprak tak boleh pakai. Memang apa pun tak jadi. Kalau tuan puan rajin, boleh baca laporan IMF mengenai dasar afirmatif  Kerajaan Korea ke atas syarikat Hyundai. Itulah resipi yang digunakan. Sampai syarikat tersebut berjaya di luar negara. Laporan ini juga membandingkan syarikat Proton dan Hyundai dan cara syarikat beroperasi. Jelas, Hyundai walaupun ditubuhkan lebih lambat daripada Proton, adalah lebih berjaya di peringkat antarabangsa. Itu adalah kerana dasar afirmatif yang digunakan adalah berdasarkan sasaran (KPI), merit dan akauntabiliti.

https://www.imf.org/external/pubs/ft/wp/2015/wp15131.pdf

19. Itu pandangan saya mengenai dasar afirmatif bumiputera. Perlu terus diadakan untuk keseimbangan ekonomi dan tidak boleh dihapuskan lagi bagi memastikan keselamatan dan survival negara. Namun demikian, ia tidak boleh lagi dibuat ikut acuan UMNO/ BN. Kena ada perubahan dalam tindakan dan pelaksanaan. Oleh Kerajaan dan orang Melayu sendiri. Tidak boleh kita perasan kita ni “tuan” tapi kita sendiri merosakkan negara dengan sikap kita yang “entitled”. Kena paham, kita nak lebih ramai jadi pemain “black belt” yang tak mengharapkan lagi Kerajaan “bend the rules” untuk dia. Yang mampu bertanding atas merit sendiri tanpa tongkat. Yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain.

20. Berbalik kepada konsep Malaysian Malaysia tadi. Saya perasan sekarang DAP dah kurang bunyi melaungkan konsep kesamarataan. Mereka dah banyak fokus dan war-warkan yang mereka menyokong Perlembagaan. Kalau DAP ikhlas menyokong Perlembagaan, perlu diutara secara jelas mereka mendokong dasar afirmatif yang terletak dalam Perkara 153 PP. Beri pandangan untuk bantu pelaksanaan untuk jadi lebih baik. Dan yang paling penting menolak mana-mana orang yang keluar pandangan rasis mengenainya, terutamanya di kalangan ahli parti sendiri.

21. Menerima konsep bangsa Malaysia (Malaysian Malaysia) tidak semestinya hanya berlandaskan kesamarataan mutlak lantas perlu menolak dasar afirmatif Bumiputera. Dua perkara ini boleh di-hybridkan (diadun untuk ditambah baik). Apa yang saya lihat, kalau DAP mahu lebih diterima, DAP kena perjelaskan pegangan tersebut. Setakat ini banyak yang samar2. Ia bukan boleh selesai dengan membawa lebih banyak Melayu masuk parti. Tambahan pula, bila mana hanya satu kaum saja yang kuasai Majlis Perwakilan Tertinggi nya. Pada saya ikhlas itu atas tindakan, bukan retorik semata.

Wallahu a’alam

Salam hormat,
Liyana Marzuki

P/S- Selain daripada dasar afirmatif Bumiputera, saya percaya Kerajaan perlu juga adakan dasar afirmatif untuk kaum India yang betul2 daif. Dah tiba masanya we call spade a spade dan bantu saudara bangsa Malaysia kita yang betul2 memerlukan. Need-based policy is the way to go!

"MEMATIKAN RETORIK" - "TO KILL THE ISSUE"




1) Untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan anda perlu membaca semua "Screenshot" yang saya sertakan. Ianya saya petik dari artikel-artikel saya tulis sebelum ini dan dijadikan "Excerpt" atau keratan hujah yang cuba disampaikan.

2) DSAI telah menjawab "tohmahan" beberapa individu dalam PH sendiri melalui Kenyataan Media bersama mereka. Bunyinya Tegas dan Keras dengan ayat ini terutamanya...
"𝙄𝙣𝙜𝙞𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙜𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙞𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙣𝙮𝙖𝙩𝙖 𝙝𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙡𝙤𝙢𝙥𝙤𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙧𝙪𝙠 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖. 𝙁𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙞𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙥𝙖𝙠".
3) Jika mereka ada perasan malu, mereka sepatutnya menghentikan gerakan yg DSAI anggap sebagai "helah kelompok yang kemaruk kuasa", Jelas di sini bahawa DSAI tahu mereka gilakan kuasa. MSO pernah menulis tentang "Kemabukan Kuasa" dan saya juga pernah tulisan "Kisah Pemabuk-pemabuk Yang Tenang". Maka ia jelas, itu adalah matlamat mereka.
4) DSAI telah sebut "Kelompok yang Kemaruk Kuasa" dan saya namakan sebagai KKK atau #K3, bukan K9 sebab itu unit ANJING, takkan dan tak mungkin kita nak samakan mereka dengan ANJING belaan seorang warga emas berusia 95 tahun yang belum cukup nyanyuk apabila dipertontonkan di hadapannya peluang mendapatkan "KUASA"??
5) Saya melihat bahawa PH telah terbelit dgn keputusan dan Slogan "mengembalikan Mandat Rakyat" dan memberikan "keutamaan mengambil alih semula kerajaan". Sekarang, ia menjadi satu Retorik bagi #K3. Mereka sedang MENUNGGANG RETORIK ini demi meraih sokongan sehinggakan tidak dapat tidak, DSAI mereka anggap WAJIB menerima Option 2 bagi menobatkan Org Tua itu atau calon PM SEBULU beliau sebagai PM9 jika kerajaan PN boleh dijatuhkan.
6) #K3 sudah menjadi TAKSUB dan OBSES kpd RETORIK ini sehingga mencetuskan pergeseran dalam PH malah DSAI sendiri diserang dan dihina oleh penyokong-penyokong parti komponen. Ini adalah "Wrong Signal" kepada rakyat dan ia sangat merbahaya kepada imej Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba atau bila-bila masa mungkin terpaksa menghadapi Snap Election atau PRU15.
7) Oleh yang demikian, PH perlu "mematikan" Retorik "Mengembalikan Mandat Rakyat" kerana ia sebenarnya telah dihancurkan sebaik sahaja Org Tua itu meletakkan jawatan sebagai PM. Semuanya telah musnah, hancur lebur malah ada antara yang terlibat memberikan mandat itu telah beralih ke Perikatan Nasional (PN). Naratif yg patut diangkat ialah "Mendapatkan Mandat Baharu" yg lebih segar dari Rakyat di PRU15 nanti.
8) Dalam usaha meredakan ketegangan antara pemimpin dan juga antara penyokong, PH perlu membatalkan niat asal untuk "mengambil alih semula kuasa kerajaan" secara SD atau tanpa pilihanraya kerana ini hanya menyebabkan kita hilang tumpuan kepada persiapan menghadapi Snap Election atau PRU15. Sbb cara itu juga boleh ditafsirkan sebagai cara pintu belakang atau tebuk atap.
9) Apabila DSAI berkata bahawa PH tidak digabungkan untuk memenuhi keperluan semasa seperti nak rebut kuasa PM dan jatuhkan kerajaan PN, sebaliknya mahu memastikan agenda "REFORM" itu berjalan, ada penyokong #K3 terus mempersoalkan APA SEBENARNYA KEPERLUAN SEMASA PH? Di sini saya rasa penting utk DSAI dan PH melakukan penegasan semula bahawa KEPERLUAN SEMASA PH kini adalah persediaan untuk menghadapi pilihanraya dan memperjuangkan isu-isu rakyat.
10) Oleh itu adalah lebih baik jika No. 1 PH boleh matikan Retorik "mengembalikan mandat rakyat" dgn cara SD atau "Tebuk Atap" PN, sebaliknya digantikan dgn "mendapatkan semula Mandat Rakyat yg baharu dan segar" di Snap Election atau PRU15. No. 2 "Keutamaan Mendapatkan Semula Kuasa Kerajaan" digantikan dengan "Keutamaan berMUAFAKAT, menggembeling tenaga bersama Menghadapi Pilihanraya".
"𝗞𝗶𝗹𝗹 𝘁𝗵𝗲 𝗶𝘀𝘀𝘂𝗲. 𝗢𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗳𝗼𝗿 𝗮𝗹𝗹".
Wallahualam.
Zus Din
01 Julai 2020
#SETIAKAWAN