11. Maka tuan puan tengok, dengan adanya dasar afirmatif pun jurang ekuiti dan pendapatan antara kaum makin membesar, malah makin menurun. Jauh tersasar dari sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru iaitu 30% pemilikan bumiputera. Makanya kalau tiada langsung dasar ini, tuan puan rasa akan adakah keseimbangan ekonomi antara kaum? Adakah makin adil pembahagian ekonomi itu?
12. Saya percaya ramai antara pembaca bukan Melayu/ Bumiputera atau kalangan Melayu sendiri akan tidak senang dengan posting saya ini. Mereka akan tanya sampai bila nak bagi tongkat? Bagi tongkat pun Melayu/ Bumiputera sama saja. Tak berubah perangai. Asyik nak harap bantuan Kerajaan. Adilkah pada yang lain? Bab ni saya rasa kita kena bezakan. Bezakan perkara ini antara tujuan dasar dibuat berbanding dengan cara ia dilaksanakan. Pada saya, dasar afirmatif Bumiputera itu baik, masalahnya adalah cara ia dibuat on the ground. 57 tahun sejak penubuhan Malaysia, dasar ini tersasar jauh. Kenapa? Kerana implementasinya terlalu dipolitikkan dan pelaksanaannya penuh dengan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.
13. Ya, kita nak tolong peserta “white belt” bertanding dengan “black belt”. Tapi kalau peserta white belt itu jenis yang taknak usaha dan perbaiki diri, untuk naik warna tali pinggang lebih baik, apa guna? Tambah pula jenis menipu, nak dia sorang je masuk bertanding walapun haprak dan tiada keupayaan. Itulah yang berlaku, dasar afirmatif ni dah jadi untuk golongan tertentu. Elitis. Sebagai contoh: patutnya sekolah berasrama penuh itu membantu golongan berpendapatan rendah mendapat pendidikan lebih baik. Tuan Puan tengok sekarang, sekolah berasama penuh dah jadi status elitis. Berapa generasi boleh masuk dan keutamaan diberikan kepada anak alumni/ bekas pelajar. Maka budak kampung yang patut layak, kuotanya diambil disebabkan kronism. Adakah itu dasar afirmatif yang kita inginkan?
14. Sama juga dengan biasiswa. Dibolot kadang itu, oleh golongan yang ada kabel. Saya dah banyak jumpa, ibu bapa penerima biasiswa Kerajaan, pangkat dan gaji sudah besar. Sudah mampu hantar anak belajar guna duit sendiri. Tapi masih lagi mengharapkan Kerajaan untuk bagi biasiswa pada anak mereka. Jarang kita jumpa, orang Melayu yang usaha sendiri hantar anak ke luar negara guna duit sendiri. Makanya, kebaikan dasar afirmatif itu berlegar dalam keluarga yang sama untuk beberapa generasi. Kouta yang patut dapat kepada anak orang kurang berkemampuan diambil. Adakah itu membantu?
15. Lain pula cerita, mengenai permit/ lessen/ saham bumiputera. Bukan rahsia, banyak yang dibolot oleh orang politik atau yang berkaitan dengan orang politik. Ketirisan dan rasuah berleluasa. Gejala Ali Baba itu dah jadi biasa. Belum cerita pula, hanya orang yang sama saja yang dapat. Banyak juga diguna untuk jadi dana politik. Ramai yang tahu perkara ini dan jadi open secret yang tak ramai mahu akui.
16. Itu yang didedahkan dalam Laporan Kemakmuran Bersama 2030. Tuan Puan kalau rajin bolehlah baca. Pada saya, ada tiga benda kena dibuat untuk betulkan dasar afirmatif ini:
a. need-based (berdasarkan keperluan);
b. ada sasaran (KPI);
c. merit dan akauntabiliti.
17. “Need-based” ini penting. Kita mahu dasar afirmatif ini terpakai kepada golongan sasar yang memerlukan. Makanya pemberian tempat di sekolah asrama penuh dan biasiswa perlu dinilai sewajarnya. Kena tolak budaya kabel/ kronism atau alumni. Bagi pada anak orang miskin yang betul2 kurang mampu. Kena bagi dia sedikit pertimbangan juga. Budak bandar yang dapat 5A UPSR dengan tuisyen setiap hari, berbeza pencapaiannya dengan budak kampung dapat 5A tanpa tuisyen. Mungkin budak kampung yang dapat 4A tanpa tuisyen adalah lebih layak masuk sekolah berasrama penuh daripada budak bandar yang tiap2 hari masuk kelas tuisyen. Sama juga dengan biasiswa. Kena terapkan sikap pentingkan pelajar miskin dan memerlukan. Ibu bapa yang mampu kena usaha sediakan kewangan anak untuk belajar tanpa bantuan Kerajaan. Tambah pulak kalau mereka sendiri dulupun penerima biasiswa. Kerajaan bantu bagi biasiswa untuk tingkatkan taraf hidup. Supaya akhirnya kita berjaya tanpa mengharapkan bantuan lagi. Agar bantuan tersebut boleh dinikmati oleh orang lain yang layak pula. Ini lain pula yang jadi.
18. Kontrak/ permit/ saham Kerajaan tidak seharusnya jadi lubuk parti politik buat dana politik. Perlu diberi pada yang selayaknya. Yang mampu dan ada merit. Perlu diletak sasaran yang jelas untuk mereka capai. Kalau tak capai di-blacklist dan bagi pada orang lain. Itu makna akauntabiliti. Bukannya berlegar pada orang sama setiap kali, walaupun haprak tak boleh pakai. Memang apa pun tak jadi. Kalau tuan puan rajin, boleh baca laporan IMF mengenai dasar afirmatif Kerajaan Korea ke atas syarikat Hyundai. Itulah resipi yang digunakan. Sampai syarikat tersebut berjaya di luar negara. Laporan ini juga membandingkan syarikat Proton dan Hyundai dan cara syarikat beroperasi. Jelas, Hyundai walaupun ditubuhkan lebih lambat daripada Proton, adalah lebih berjaya di peringkat antarabangsa. Itu adalah kerana dasar afirmatif yang digunakan adalah berdasarkan sasaran (KPI), merit dan akauntabiliti.
https://www.imf.org/external/pubs/ft/wp/2015/wp15131.pdf
19. Itu pandangan saya mengenai dasar afirmatif bumiputera. Perlu terus diadakan untuk keseimbangan ekonomi dan tidak boleh dihapuskan lagi bagi memastikan keselamatan dan survival negara. Namun demikian, ia tidak boleh lagi dibuat ikut acuan UMNO/ BN. Kena ada perubahan dalam tindakan dan pelaksanaan. Oleh Kerajaan dan orang Melayu sendiri. Tidak boleh kita perasan kita ni “tuan” tapi kita sendiri merosakkan negara dengan sikap kita yang “entitled”. Kena paham, kita nak lebih ramai jadi pemain “black belt” yang tak mengharapkan lagi Kerajaan “bend the rules” untuk dia. Yang mampu bertanding atas merit sendiri tanpa tongkat. Yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain.
20. Berbalik kepada konsep Malaysian Malaysia tadi. Saya perasan sekarang DAP dah kurang bunyi melaungkan konsep kesamarataan. Mereka dah banyak fokus dan war-warkan yang mereka menyokong Perlembagaan. Kalau DAP ikhlas menyokong Perlembagaan, perlu diutara secara jelas mereka mendokong dasar afirmatif yang terletak dalam Perkara 153 PP. Beri pandangan untuk bantu pelaksanaan untuk jadi lebih baik. Dan yang paling penting menolak mana-mana orang yang keluar pandangan rasis mengenainya, terutamanya di kalangan ahli parti sendiri.
21. Menerima konsep bangsa Malaysia (Malaysian Malaysia) tidak semestinya hanya berlandaskan kesamarataan mutlak lantas perlu menolak dasar afirmatif Bumiputera. Dua perkara ini boleh di-hybridkan (diadun untuk ditambah baik). Apa yang saya lihat, kalau DAP mahu lebih diterima, DAP kena perjelaskan pegangan tersebut. Setakat ini banyak yang samar2. Ia bukan boleh selesai dengan membawa lebih banyak Melayu masuk parti. Tambahan pula, bila mana hanya satu kaum saja yang kuasai Majlis Perwakilan Tertinggi nya. Pada saya ikhlas itu atas tindakan, bukan retorik semata.
Wallahu a’alam
Salam hormat,
Liyana Marzuki
P/S- Selain daripada dasar afirmatif Bumiputera, saya percaya Kerajaan perlu juga adakan dasar afirmatif untuk kaum India yang betul2 daif. Dah tiba masanya we call spade a spade dan bantu saudara bangsa Malaysia kita yang betul2 memerlukan. Need-based policy is the way to go!