SITI ZAINAB MENGGUNAKAN ROSLI DAHALAN SEBAGAI TALIAN HAYAT BAGI MENYELAMATKAN DIRI DARI TINDAKAN SPRM



Hari ini, Isnin 29hb Jun, 2020 jam 3 petang di Kompleks Mahkamah Kajang, Jalan Cempaka Putih, Kajang, Selangor, Pihak Jabatan Peguam Negara atas Arahan Siti Zainab akan sekali lagi mencuba nasib mereka untuk mengenakan Bon Jaminan Keamanan sebanyak RM20,000 atas kritikan saya terhadap Tun Dr Mahathir.
Antara alasan yang digunakan adalah laporan polis keatas saya kerana saya meminta Tun Mahathir supaya berhenti menasihati negara-negara Islam yang bercakaran dan meminta beliau menyelesaikan perbalahan Umat Islam Negara ini yang beliau sendiri juarai. 

Persoalannya, adakah Tun Mahathir masih Perdana Menteri yang menyebabkan Siti Zainab, Peguamcara Negara 2 perlu mengenakan Bon Jaminan Keamanan ke atas saya? Adakah mengkritik Tun Mahathir menyebabkan kerajaan Tan Sri Muhiyiddin tidak aman?
Tindakan Siti Zainab ini hanya bertujuan mendiamkan saya kerana laporan polis yang saya buat ke atas Tun Mahathir dan Gopal Sri Ram selepas Tan Sri Apandi Ali mendedahkan tindakan Gopal menyampaikan hasrat Tun Mahathir meminta Tan Sri Apandi menangkap dan mendakwa Dato Sri Najib tanpa mengikut lunas undang-undang.

Susulan dari tindakan Siti Zainab terhadap saya, saya telahpun melaporkan kepada SPRM terhadap salahguna kuasa yang beliau lakukan dalam mendapatkan sebidang tanah di Ampang Hilir ketika beliau mewakili AGC dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Namun, Peguam Negara nampaknya memberikan perlindungan kepada Siti Zainab dan tidak menggantung tugas beliau sehingga kini.  Itu belum lagi laporan SPRM terhadap tanah yang beliau perolehi di Putrajaya, tanah yang beliau perolehi di Melaka ketika beliau menjadi Penasihat Undang-undang Kerajaan Melaka dan kemampuan  luar biasa beliau untuk membayar primium untuk tanah-tanah yang bernilai berjuta ringgit serta kemampuannya untuk melakukan renovasi rumah beliau di Petaling Jaya yang menelan belanja lebih sejuta ringgit.

Saya cuba fahami kenapa Tan Sri Idrus begitu takut dengan Siti Zainab sehingga bukan sahaja tidak berani mengambil tindakan, malah selepas SG 1 pencen bulan Ogos ini dan mula bercuti mulai 14 Julai ini, Siti Zainab pula mahu dinaikkan pangkat ke SG 1.  Rupa-rupanya, Peguam Negara kita sekarang tahu bahawa Siti Zainab mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa orang yang rapat dengan Perdana Menteri.

Terkini, Siti Zainab cuba menggunakan khidmat Peguam yang telah menyelamatkan PPBM dari dibatalkan pendaftarannya, Rosli Dahalan untuk berunding dengan Tan Sri Muhiyiddin Yassin bagi menyelamatkan diri beliau dari tindakan pihak SPRM supaya Siti Zainab boleh dilantik menjadi Peguamcara Negara 1. Rosli Dahalan sememangnya sangat rapat dengan YAB PM dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PNB (https://focusmalaysia.my/mainstream/lawyer-rosli-dahlan-appointed-pnb-director/). Rosli pernah didapati positive Covid 19 dan pernah juga menyumbang untuk tabung Covid Negara sebanyak RM150,000. 1MDB juga telah melantik Tetuan Rosli Dahlan Saravana (RDS) Partnership untuk mewakili mereka dalam hal-hal berkaitan undang-undang selepas Tan Sri Muhiyiddin menjadi Perdana Menteri.

Dengan mempunyai sekutu yang mempunyai kedudukan penting seperti Gopal Sri Ram dan Manoj Kurup yang dilantik oleh Tommy Thomas mengetuai bahagian pendakwaan AGC sejak 2018, mungkin di dunia ini Siti Zainab boleh terlepas dari SPRM dan masih boleh naik pangkat walaupun beliau sedang disiasat SPRM. Namun, beliau harus ingat bahawa dunia ini hanya tempat tumpangan sementara.  Beliau boleh lakukan pelbagai kezaliman keatas musuh beliau dan musuh Pakatan Harapan.  Namun akhirat kelak, Gopal Sri Ram, Manoj Kurup, Idrus Haron dan Rosli Dahalan, suami kepada saudara Siti Zainab sendiri, termasuk Perdana Menteri sekalipun tidak boleh menyelamatkan beliau.  Segala apa yang beliau lakukan dimuka bumi ini akan dihisab dan beliau akan menerima balasan yang setimpal.  Pesanan saya, berpada-padalah buat orang, takut tidak sempat nanti hendak meminta maaf pada yang dianiaya. Pesan dekat Manoj sama, mungkin dengan mengenakan Tan Sri Shafie Abdullah isu LHDN membolehkan beliau diangkat ke jawatan Peguamcara Negara 2. Namun, jangan sampai nanti tiba-tiba Allah angkat Tan Sri Shafie sebagai Peguam Negara pula.  Tak cukup tanah nanti kalian hendak lari.

Dato’ Lokman Noor Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia
29hb Jun, 2020
https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/3314124451964925/

KEBAKARAN WAD DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH - ADHAM BABA
https://youtu.be/8aJhEZ3nLE0

PERJUMPAAN DENGAN KETUA- KETUA CAWANGAN UMNO SRI GADING 26/6/2020
https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/3314186495292054/

Syafie Apdal dipergunakan utk lahirkan sentimen KENALI TUN DARI KACAMATA PEMIMPIN UMNO



Tun Dr Mahathir sangat licik bermain politik. Itu kita mesti akui. Tapi selicik licik Tun, kita diajar utk mengambil ikhtibar dari sejarah. Kata ilmuan...'Jika seseorang tidak belajar dari sejarah, dia berpotensi utk melakukan kesalahan org lain yg pernah terjadi di masa lalu yg sebenarnya hal tersebut boleh dihindari.'

Sejak era PM pertama lagi Tun Mahathir telah membuat onar hingga beliau disingkirkan dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman. Khabarnya kemarahan Tunku Abdul Rahman kpd Mahathir memang dpt dilihat jelas oleh jamaah Menteri hingga bila disebut nama Mahathir, Tunku Abdul Rahman akan berubah wajahnya.

Kemarahan PM pertama itu tidak sampai di situ... selepas berbelas tahunnya menyerahkan jawatan PM kpd Tun Razak dan PM bersilih ganti hingga ke zaman Mahathir... Tunku masih sangsi dgn Tun Mahathir.

Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yg dianggap org yg paling taat kpd Tun Mahathir di dlm bukunya menulis beliau pernah mempelawa Tunku Abdul Rahman menyertai semula UMNO Baru tetapi ditolak.

Tunku menjelaskan bahawa “Macam mana I nak maafkan dia? (Dr Mahathir). Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung."

Tidak ramai anak2 muda yg mengetahui kisah sejarah perbalahan itu.  Apa yg membuatkan Tunku Abdul Rahman kecewa dgn Tun Mahathir, "Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama lebih 17 tahun.

Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda," Tunku Abd Rahman, dipetik dari Surat daripada Dr Mahathir.

Rupanya kisah keegoan Tun Mahathir mahu semua org mengikut kata2nya bukan perkara baru dilakukan Tun Mahathir tetapi telah lama. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam, Tunku Razaleigh, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi, Najib Razak dan terbaru Muhyiddin Yassin adalah antara mangsa politik Tun Mahathir.

Kita belajar sejarah pertembungan Mahathir dan Ku Li. Pengundian berlaku 'bkackout' hingga sampai UMNO diharamkan. Dlm satu temubual Datuk Nik Ahmad Azmi memberitahu parti S46 terpaksa ditubuhkan atas nasihat Tunku kerana UMNO Baru yg Tun tubuhkan tidak membenarkan Tengku Razaleigh menyertainya.

Secara fakta  Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin jika kita melihat sejarahnya, mereka tidak meninggalkan UMNO tetapi keduanya disingkirkan. Yg meninggalkan UMNO adalah  Tun Mahathir sendiri.

Sebelum itu Tun Musa Hitam pula menjadi mangsa dan selepas berpuluh tahun barulah beliau memberitahu." Kalau saya lawan saya akn dituduh sebagai homoseksual dan mengadakan seks dgn binatang dan lain2. Kamu tidak kenal dia ( Tun ). Masa itu juga saya tiada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim," jelas Tun Musa Hitam.

Itu antara pengalaman mereka yg pernah bersama dgn Tun yg LGE dan rakannya Mat Sabu kena belajar sejarah. Apa kata Tun Abdullah Badawi atau dikenali Pak Lah yg sukar utk  kita melihat beliau marah tetapi dlm satu rakaman eksklusif ketika menjawat jawatan PM ketika itu Pak Lah berkata...

"Siapa kah Tun yg sudah keluar dari UMNO yg membuat arahan pada org UMNO apa yg patut dilakukan. Dia ( Tun ) berlagak seolah dia Pengarah pilihan parti. Menentukan org itu yg boleh pegang jawatan ini, org ini pegang jawatan itu. Siapa yg perlu ada dlm parti, siapa yg perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?"

Kisah yg berlaku kpd Pak Lah inilah yg kini berlaku sekali lagi kpd PH. Beliau bukan lagi anggota PH. Malah beliau gelendangan politik. Tiada berparti tetapi boleh mengarahkan LGE dan Mat Sabu bermesyuarat dgnnya dan menentukan siapa yg menjadi PM.

Tindakan LGE dan Mat Sabu bertemu Tun utk menentukan siapa bakal PM PH sepertimana berlaku bagaimana Tun mempengaruhi Tan Sri Muhyiddin dan Najib Razak memberi tekanan politik kpd Pak Lah utk berundur.

Yg menghairankan kita kedua wakil parti itu tidak menyanggah malah akan membawa kpd mesyuarat parti masing2 atas candangan Tun itu. Pelik sepatutnya mereka pergi mesyuarat tentulah tidak bersetuju kerana Syafie Apdal bukanlah dari parti Pakatan Harapan.

Kedua mereka lama dlm politik tetapi lama belum tentu bijak. Jika bijak sudah lama PAS dan DAP bersatu sejak era 70an dan 80 an lagi.

Mereka kena baca buku UMNO ' Berakhirnya Sebuah Impian' tulisan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Jika Mat Sabu nak bodek Tun skg dia kena kenal siapa Tun melalui buku yg ditulis oleh Allahyarham Tan Sri Mohammed Rahmat itu.

Siapa yg tidak kenal beliau. Selepas UMNO diharamkan dan muncul UMNO Baru, Mohamed Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dgn no 00000003 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yg baru.

Mohamed Rahmat diangkat oleh Mahathir utk mengimbangi kehilangan tokoh dari Johor, Tun Musa Hitam dan Shahrir Samad yg meninggalkan UMNO ketika itu. Siapa yg boleh digunakan Tun akan gunakan sepertimana 2 kali beliau menggunakan Anwar utk mencapai cita2 politiknya.

Mohamed Rahmat telah menggunakan kedudukannnya sebagai Menteri Penerangan utk membuat kempen Semarak bagi mengembalikan imej Mahathir yg teruk tercalar selepas pengunduran Tun Musa Hitam dan Ku Li.

Mohamed Rahmat dianggap org kuat Tun Mahathir. Ada yg kata beliau sangat kuat membodek Tun Mahathir sebagai PM ketika itu. Dlm sangkaan kita tentulah beliau mendapat byk penghargaan dari Tun Mahathir rupa2 sebaliknya apabila membaca buku beliau.

Kata Mohamed Rahmat beliau pergi ke pejabat Tun selepas diminta utk melepaskan jawatan sebagai Menteri sebelum itu..." Sir I setuju utk berhenti... tiada apa2 utk I." ( mungkin dimaksudkan jawatan CEO, Duta dan Pengerusi GLC.)

Jawab Tun, "Nothing for you...." . Mohamed Rahmad sgt kecewa dan menulis kesetiaan yg diberikan dibalas oleh Tun dgn kesombongan. Habis madu sepah dibuang.

Belajar dari sejarah...saya bersetuju keputusan yg dibuat Anwar. Dulu pun begitu dia kata dia akan serahkan jawatan PM kpd Anwar. Kemudian dia paksa Anwar berhenti. Anwar mengambil keputusan lawan kerana merasa beliau difitnah dan di pihak yg benar.

Teruk Anwar diperlakukan. Beliau diaib, dipukul, dibogel dan dipenjarakan. Selepas 16 tahun berlalu oleh kerana dendamnya kpd Najib beliau sanggup mengadap Anwar Ibrahim semata mata memenuhi kehendak nafsunya.

Kesediaan Anwar menerima Tun sungguh mengejutkan sehingga anak2 Anwar marah kerana mengenangkan sejarah penderitaan keluarga mereka. Malah seringkali kita melihat air mata Wan Azizah mengalir mengenangkan nasib suaminya di penjara.

Anwar memberitahu kemarahan teramat sangat dan dendam Run Mahathir kpdnya kerana dia menolak utk membantu anak Tun Mahathir yg memerlukan suntikan hampir RM 2 billion ketika itu.

Tun Abdullah juga dikatakan menjadi kemarahan Tun Mahathir kerana tidak meneruskan projek jambatan bengkok yg diilhamkannya.

Kes yg sama berlaku kpd Najib, kisah bermula apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yg berhasrat utk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dm pemilihan UMNO pada akhir 2013.

Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden parti kerana baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.

“Selama ini saya bertahan. Saya cuba utk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.

“Lebih2 lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,” ujar Najib

Jadi apa yg dilakukan oleh Tun skg ini adalah ulang tayang atas kejayaannya menjatuhkan pemimpin2 yg tidak sependapat atau mendengar 'titah'nya.

Perlantikkan Syafie Apdal ini matamatiknya sgt mudah. Pertama beliau bimbang jika Syafie Apdal suatu masa nanti akn  bersama sama Anwar menyokong PH. Kedua sekadar mahu DAP dan Amanah terus menyerang PKR.

Tun tahu Syafie Apdal tidak akan jadi PM. Mana cukup nombor dan adalah lebih baik dia melantik Hishamuddin atau Azmin. Beliau hanya mahu musuh Anwar ramai. Itu juga antara pendapat Bung Mohtar mengenai perlantikkan Syafie Apdal.

Selain itu Tun hanya mahu memainkan sentimen org Borneo jika PKR menentang bermakna PKR menolak pemimpin2 Borneo. Licikkan sdg Syafie Apdal sgt mustahil utk menjadi PM. Tun dulu jadi PM 22 tahun negeri Kedah tak maju2 juga. Tun tahu org Malaysia mudah dimain isu sentimen seperti Melayu di Malaya.

PKR telah Tun Mahathir lemahkan dgn pecahkan parti tsrsebut. Tun Mahathir menggunakan Azmin Ali utk berbuat demikian dan akhirnya PKR terpecah dua. Tapi Tun Mahathir tahu kekuatan PH akn kembali pada PRU 15 kerana Azmin Ali hanya boleh mempengaruhi pemimpin PKR dgn jawatan tetapi dgn rakyat yg menyokong PKR tidak sama sekali.

Ia berlaku sepertimana PAS dan Amanah. Walaupun 16 pemimpin utama PAS meninggalkan parti tersebut dgn menubuhkan Amanah tetapi kekuatan PAS jauh lebih kuat di mana hampir 1.7 juta mengundi parti tersebut pada PRU lalu.

Jadi Tun merasakan dgn meletakkan orgnya di dlm kerajaan PN dann beliau pula menguasai PH... maka politik negara ini berada dlm kekuasaannya. Tun bila2 masa boleh bersemuka dgn Muhyiddin. Tun tahun Muhyiddin memerlukan beliau utk memastikan Azmin dan Hishamuddin akn terus bersama.

Hebatkan politik Tun. Sebab itu LGE kena belajar ilmu politik ini. Tun bukan sebarangan ahli politik. Hanya Anwar yg Tun lihat lihat sebagai buku bertemu dgn ruas. Nasihat saya LGE pergi berjumpa Tun Musa Hitam, Pak Lah, Najib dan Anwar Ibrahim...pemimpin2 UMNO lebih kenal siapa Tun.

Jika nak hapuskan kleptokrasi... Hishamuddin bukan orgnya. Ingatlah sehingga kini Azmin Ali tidak pernah Tun menyalahkannya. Akhir kata saya minta jika beri komen mengenai Tun Mahathir jgn hina dgn panggilan tidak baik... cukup sekadar memberi fakta yg betul bagi mehnyokong artikel ini. Tunjukkan politik matang.

MP JB gesa bahas laporan tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah




KENAPA DAP, AMANAH TIDAK BISING SEPERTI AZMIN YANG DIRESTUI MAHATHIR


Tindakan DAP dan Amanah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan tiga pemimpin yang disifatkan dalang dalam Langkah Sheraton, pada asasnya adalah sesuatu yang wajar dan munasabah.
Dalam kenyataan bersama yang diwakili oleh Salahuddin Ayub dan S Kulasegaran, Amanah dan DAP berkata, tiga pemimpin itu ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdangan Atarabangsa dan Industri, Azmin Ali.
Kata mereka lagi, ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah dalang jahat yang bukan saja merencana Langkah Sheraton, bahkan merekalah punca sebenar tumbangnya PH sebagai kerajaan.
Tegas mereka, sebarang usaha untuk merebut kembali Putrajaya tidak harus melibatkan ketiga-tiga pemimpin itu, sebaliknya mesti merangkumi anggota parti asal gabungan PH, termasuk kem Tun Mahathir Mohamad dan Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal.
Walaupun tidak menyebut nama, adalah jelas kenyataan bersama itu ditujukan kepada Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang telah memaklumkan secara terbuka pertemuannya dengan Muhyiddin dan Hamzah, baru-baru ini.
Tetapi, baik pertemuannya dengan Muhyiddin atau Hamzah, Anwar memberitahu, perkara itu telah pun dimaklumkannya kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.
Dalam pertemuan dengan Muhyiddin, Anwar berkata, ia adalah untuk membincangkan isu-isu semasa, termasuk menangani Covid-19, manakala dengan Hamzah pula berkaitan hal-hal semasa dan tentang kementeriannya.
Semalam, Hamzah sendiri mengesahkan pertemuan dengan Anwar itu yang antara lain, menurut beliau, sebagai pertemuan sesama kawan lama yang tidak berjumpa dan lebih bersifat peribadi.
Dengan itu, apa masalahnya kepada Salahuddin dan Kulasegaran, melainkan jika terbukti sahih pertemuan Anwar dengan Muhyiddin dan Hamzah itu sebagai sebahagian daripada usaha PH untuk merebut kembali Putrajaya?
Apakah Salahuddin dan Kulasegeran tidak pernah berjumpa dengan sesiapa daripada parti lain dalam kerajaan?
Lagi pun, logikkah Anwar berjumpa kedua-dua mereka untuk merebut Putrajaya, sedangkan kedua-duanya sudah pun mendakap Putrajaya dengan Muhyiddin kini adalah Perdana Menteri dan Hamzah pula Menteri Dalam Negeri?
Yang hairan juga, kenapa sampai Amanah dan DAP mengeluarkan kenyataan media dalam hal ini kerana bukankah kedua-dua parti itu boleh bertanya sendiri kepada Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden PH?
Adakah dalam mesyuarat Majlis Presiden PH sebelum ini di mana ketika Anwar memaklumkan tentang perjumpaannya dengan Muhyiddin dan Hamzah itu, DAP dan Amanah ada bertanya lebih lanjut tujuan pertemuan tersebut?
Bagaimanapun, tiada jelas kenapa nama Azmin disebut sama dalam kenyataan media Amanah dan DAP kerana dalam kedaaan sekarang, adalah mustahil Anwar ada mengadakan perjumpaan dengan bekas Timbalan Presiden PKR itu.
Tak tahulah pula kalau Tun Mahathir ada berjumpa dengan Azmin secara diam-diam?
Seperkara lagi yang harus disedari, kecuali Muhyiddin, tingkah laku Azmin dan Hamzah dalam merosakkan perpaduan dalam PH sebenarnya sudah pun bermula sejak hari pertama PH berkuasa di mana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika itu.
Azmin dengan perangainya yang tak habis-habis menentang peralihan kuasa kepada Anwar, manakala Hamzah melompat daripada UMNO kepada Bersatu, juga dengan tujuan serta maksud yang sama.
Malah, melalui peranan Hamzah jugalah Kongres Maruah Melayu diadakan yang meletakkan Tun Mahathir duduk sepentas dengan pemimpin UMNO dan Pas.
Kepada Salahuddin khususnya, kenapa pada waktu itu beliau tidak bersuara apa-apa melihat perangai Azmin dan Hamzah yang terang-terang janggal di depan mata PH serta seolah-olah direstui Tun Mahathir?
Bukankah kerana Tun Mahathir terlalu memberi muka kepada Azmin dan Hamzah sejak dulu lagi adalah merupakan sebab terpenting berlakunya Langkah Sheraton yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH? (Shahbudindotcom 29/06/2020)


JOM PILIH BANK JADI KERAJAAN.


Shahbudin Hussein

Kalau masalah ini pun nak diserahkan kepada bank menentukan, lebih baiklah kita pilih saja bank jadi kerajaan....



BAHAYA LAGU NI


W.Faudzin

Mahathir kata dlm FB beliau, dia rasa serba salah bila orang lain namakan anak dia sebagai TPM, bukan kehendak dia, tapi terpaksa terima cadangan kawan2 dlm PH, kata orang tua ni.

Oooo...bila kena pada anak dia dicalonkan, dia 'terpaksa' terima. 
Bila orang calonkan Anwar, dia 'terpaksa' tolak? 

Mana lebih bahaya, ular ke orang tua ni???



PERBANDINGAN ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN SHAFIE APDAL.



Perbandingan antara Anwar Ibrahim dan Shafie Apdal dari segi Ketokohan Politik,Akademik dan Agama Islam.

1. Shafie Apdal seorang pemimpin politik yang berfahaman Autokratik.

1. Tokoh Politik Sahaja.
2. Tiada kepakaran dalam hal ekonomi dan kewangan.

2. Anwar Ibrahim pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia bangkit,melawan dan menolak politik kotor dan menggantikanya dengan POLITIK BERSIH.

1. Tokoh Politik.
2. Tokoh Akademik.
3. Tokoh Agama Islam.
4. Ada kepakaran dari segi pengurusan
Ekonomi & Kewangan.

TOKOH POLITIK.

1. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK seluruh dunia mengenal beliau sebagai Muslim Democrats.

2. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK ' oleh Majalah Time Pada tahun 2008.

Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14 buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

3. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan ke kelompok 50 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK ' oleh Majalah The Muslim 500 selama dua tahun berturut-turut ia itu tahun 2016 dan 2017.

Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14.

4. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang menerima anugerah ' GLOBAL PEACE PRIZE ' pada tahun 2017.

TOKOH AKADEMIK.

Anwar Ibrahim mendapat Ijazah Pertama PENGAJIAN SEJARAH dari University Malaya.

Ijazah Kedua PENGAJIAN DAKWAH ISLAM dari The International Islamic University Islamabad, Pakistan.

Master Degree, International Relation ( Hubungan Antarabangsa ) sebahagian daripada Sains Politik dari University Of Wisconsin Amerika Syarikat.

Phd Democracy,Freedom and Justice dari Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang terpelajar dan berpendidikan sebagai Tokoh Akademik yang tersohor diperingkat antarabangsa.

Maksud terpelajar disini ialah Anwar Ibrahik seorang AHLI AKADEMIK yang terlibat secara langsung dengan Pertubuhan Intelek atau Ilmiah di beberapa University yang terkenal di dunia.

Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK yang menjadi Pensyarah dan Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah dibeberapa buah University terkenal diperingkat antarabangsa seperti:

1. University of Oxford London England.

2. John Hopkins University Amerika Syarikat.

3. Georgetown University Washington DC Amerika Syarikat.

4. Terkini Anwar Ibrahim adalah Prefessor Undangan ( Visiting Professor ) di Harvard University Amerika Syarikat.

2. Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK yang bermaksud Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah atau FELLOW di University seperti berikut:

1. Anwar Ibrahim adalah FELLOW di University Of Oxford,London England.

2. Anwar Ibrahim adalah FELLOW di John Hopkins University Amerika Syarikat.

3. Anwar Ibrahim adalah FELLOW KEHORMAT di Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat.

TOKOH AGAMA ISLAM.

1. Anwar seorang yang taat dan berpengetahuan luas dalam agama Islam sebab itu Anwar boleh membahas pelbagai perkara mengenai ISLAM .

Anwar Ibrahim begitu rapat dengan para ulama diperingkat antarabangsa.

Anwar bukan Ustaz atau Ulama,Anwar adalah Intelektual Muslim yang diakui oleh dunia Islam dan Barat.

2. Anwar Ibrahim pemimpin politik yang pertama dan bertanggungjawab membawa budaya dan nilai-nilai ISLAM ke dalam pentadbiran kerajaan.

3. Anwar Ibrahim adalah pengerusi The Intetnational Institute of Islamic Thought ( IIIT ) sebuah pertubuhan Intelektual Islam di peringkat antarabangsa.

4. Anwar Ibrahim adalah Pengerusi The International Institute of Islamic Thought and Civilization dimana Anwar sendiri bersama Prof Dr.Syed Naquib Al Attas menuubuhkanya pada tahun 1988.

4. Anwar Ibrahim adalah pengerusi Muslims and Christians Understanding diperingkat antarabangsa.

5. Anwar Ibrahim adalah tokoh politik Malaysia pertama yang diberi penghormatan membuat ucaptama di Sidang Ulama Sedunia pada tahun 2011.

KEPAKARAN.

1. Anwar Ibrahim adalah ' Pakar Perunding Kewangan ' yang diakui oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

2. Anwar Ibrahim adakah ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' yang diakui oleh Bank Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2014.

ANWARPM9.

Abdul Rauf Hj Jainullah.


ADA PIHAK MAHU JAYAKAN POLITIK HELAH



Shafie Apdal adalah tokoh yang wajar kita hormati. Malah tak boleh dinafikan bahawa wakil dari borneo juga ada hak untuk memimpin persekutuan.

Cuma isunya sekarang ialah ada pihak sanggup menunggang segalanya untuk menjayakan helah politik.

Hanya semata-mata mahu menafikan peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Warisan dan PH benar-benar sepakat, saya percaya ada waktunya memang kita akan memiliki Perdana Menteri daripada Sabah dan Sarawak. Cuma sekarang ruang perlu diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk menetapkan asas-asas Reform yang tidak berjaya terlaksana dalam kesempatan 22 bulan PH memerintah.

Mengenai laporan Media "AMK Tetap Mahu Anwar, Tolak Shafie", sebenarnya saya hanya tegaskan bahawa kami tetap dengan pendirian Anwar perlu diangkat menjadi PM kerana kita faham ini hanya soal penyusunan politik dan waktu.

Berikut saya lampirkan respon penuh dua perenggan apabila saya ditanya oleh sahabat media:

"AMK masih berpegang dengan keputusan MPP sebelum ini. Iaitu pilihan kita hanya DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri

Kita tak boleh halang Amanah dan DAP untuk buat percaturan mereka. Namun kita mengharapkan rakan-rakan DAP dan Amanah akan mengutamakan keputusan dan pendirian di peringkat Pakatan Harapan"

Credit: Ahmad Syukri Abd Razab

KERJASAMA DENGAN MAHATHIR PUN PATUT DIHENTIKAN



Saya ada baca kenyataan media dari Amanah dan Dap yang tidak setuju ada rundingan dengan Muhyidin, Azmin atau Hamzah.

Cuma saya mahu tambah, kerjasama dgn Mahathir pun patut tak boleh dah...sbb dia dah jelaskan tak mahu kjasama dgn Anwar pngerusi PH.  Mahathir juga byk mungkir janji dgn PH, Mahathir juga khianat dan sabotaj PH bila letak jawatan.  Mahathir juga khianat PH bila cuba usahakan kjaan perpaduan, ertinya mahu lenyapkan PH.  Nasib baik gagal.  Byk alasan utk buang Mahathir ni...cukup la jadi budak2 Tun ni.  Cukuplah sekali diperbodohkan.  Ada rezeki nanti jadi la menteri semula, jgn risau.

WFAUZDIN NS

MCA Diasaskan Oleh Komunis Negara China ?

Shah Nazli

Penerangan tentang asal usul parti MCA dari Parti Komunis Negara China oleh Puan Zaharah Sulaiman, Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (ISTAC).

Antara kenyataan yg didedahkan;

1️⃣ MCA ditubuhkan 27 Februari 1949 oleh ahli Kuomintang (KMT) sebagai alternatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Kebanyakan pengasas MCA adalah Tentera Komunis berpangkat tinggi dari Division Kuomintang (Division Tentera Komunis China Di Malaya) yg diasaskan oleh Republik Sosial Rakyat China.

Malah MCA tanpa berselindung menggunakan lambang bintang Kuomintang yg sinonim dengan ideologi Komunis dalam bendera parti mereka.

𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗜𝗧𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗖𝗔.. bermati-matian desak kerajaan bawa pulang abu Chin Peng ke dalam negara.

TAHUKAH ANDA.. Kenapa pendedahan fakta sejarah asal penubuhan MCA ini hanya dapat didedahkan slps UMNO-BN tumbang PRU14 tempohari ?

#Sebarkan
#Viralkan
#MCA
#MuafakatKomunis


AMANAH BERSAMA PH PLUS



Amanah berpegang teguh dgn keputusan Mesyuarat Majlis Presiden PH yg menerima formula PH Plus. Keputusan itu diumum sendiri oleh Pengerusi PH, DS Anwar Ibrahim.

Semua yang Amanah lakukan adalah dalam kerangka PH Plus yg sudah dipersetujui bersama.  Terlalu naif untuk mengandaikankan pimpinan Amanah terlalu mudah untuk ditipu oleh Tun M, dan terlalu naif juga bagi mereka yg percaya andaian ini.  Menerima formula PH Plus adalah keputusan Majlis Presiden PH. Mempertahankan keputusan tersebut adalah prinsip.

Kalau ada pimpinan PH atau parti komponen PH sudah tidak lagi mahu percaya kepada Tun M, sila bawa dalam mesyuarat, kita bincang dan sekiranya perlu kita buatlah keputusan baru. Itu baru betul.

Manusia hidup perlu ada etika. Kita tidak boleh buat satu keputusan dan umumkan
pada rakyat untuk menerima seseorang sebagai rakan sekutu, tetapi bertindak sebaliknya dengan menyebarkan kebencian terhadap beliau. Itu hipokrit namanya.

InsyaAllah saya yakin pimpinan Amanah sedang mengemudi isu ini dengan penuh cermat, berhemah, dan berintegriti. Teruskan perjuangan anda dan jangan hiraukan celaan orang-orang yang suka mencela.  Kita telah melalui pelbagai cercaan sebelum ini dan kita tidak takut untuk terus melaluinya demi tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Seeru 'alaa barakatillah!

- Kredit Jamzuri Ardani

BERAPA LAMA LAGI SAYA HARUS DERITA.



*"Akhirnya, segalanya terbongkar"!

KUALA LUMPUR – Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.

Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.

“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook malam ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Dr Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas perdana menteri itu.

Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Dr Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mendedahkan perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam Pakatan Harapan apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.

Anwar berkata, isu jawatan perdana menteri itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan-rakan di Sarawak di mana beliau diundang ke bumi kenyalang Selasa lalu.

“Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuaat berulang kali minta jadi perdana menteri.

“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.

“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan ‘perang kenyataan’ di media sosial dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Khalid Samad mengenainya pencalonan beliau sebagai perdana menteri.

Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai perdana menteri malah menurut Anwar persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.

“Ini keputusan dan kami minta Tun bersetuju, tetapi Tun tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan. Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran,” katanya sambil menambah di sebalik segala hujah Dr Mahathir tetap berkeras.

Menurut Anwar, beliau percaya jika Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Beliau juga menafikan Dr Mahathir telah mempunyai angka atau sokongan mencukupi sebaliknya cakap-cakap mengenai ‘cukup jumlah’ itu hanyalah teori dan beliau diminta untuk bersandarkan kepada kepercayaan tersebut sebelum diangkat menjadi perdana menteri.

“Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi  sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya

Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika PH memerintah kelak.

Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.

Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi biar pun untuk tempoh enam bulan perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan menguntungkan masa 6 bulan tu.

Jemin Yidin

*KENYATAAN MEDIA*


Tian harus dipecat.

*29 Jun 2020*

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan semalam dan mempersetujui syor-syor Lembaga Disiplin seperti berikut:

Anggota yang dilucut keanggotaan:
1. YB Haniza Talha, Ketua Wanita KEADILAN
2. YB Dr Afif Bahardin, Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh
3. YB Zulkifli Ibrahim, ADUN Sg Acheh
4. Sdri Rahimah Majid, Ketua Wanita KEADILAN Sabah
5. Sdri Nur Zarina Zakaria, Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang

Anggota yang digantung keanggotaan:
1. Sdr Ahmad Raj Abdullah, terlibat dalam serangan fizikal terhadap sdr Chua Tian Chang pada 30 Mac 2020 - digantung sehingga selesai siasatan oleh pihak berkuasa

Anggota yang diberi amaran:
1. Sdr Chua Tian Chang, Naib Presiden KEADILAN
2. Sdri Carolyn Khor, Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang
3. YB Ginie Lim, ADUN Machap Jaya

*YB Datuk Ahmad Kassim*
*Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN*


MAHATHIR WAJAR DIPERSALAHKAN JIKA MANDAT PH TIDAK BERJAYA DIKEMBALIKAN



Sama ada Muhyiddin Yassin dapat dijatuhkan dan mandat rakyat berjaya dikembalikan semula kepada PH dalam waktu terdekat ini adalah persoalan yang mula membimbangkan semua orang.
Sementara pengundi yang memenangkan PH pada PRU14 lalu begitu berharap perkara itu menjadi kenyataan, pimpinan di blok pembangkang masih lagi bertelagah tanpa kesudahan.
Isunya cuma satu – siapa yang patut jadi Perdana Menteri.
Dari segi logik, oleh kerana PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah merupakan blok terbesar pembangkang, manakala Tun Mahathir Mohamad tidak lagi mempunyai parti serta Warisan bukan anggota rasmi PH, menetapkan calon Perdana Menteri sepatutnya bukan suatu perkara yang sukar.
Kalau pun kerjasama dengan Tun Mahathir dan Warisan dalam apa dikenali sebagai PH Plus perlu dilakukan, kedudukan asal PH tidak patut diketepikan atau dinombor-tigakan.
Ini tidak, Tun Mahathir tetap berkeras untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan mati-mati tidak mahu Anwar Ibrahim ada ruang sama sekali memegang jawatan itu.
Setelah namanya ditolak oleh PKR, Tun Mahathir sebaliknya mencalonkan Shafie Apdal daripada Warisan sebagai calon Perdana Menteri yang disokongnya.
Kenapa Tun Mahathir mengenepikan PH dalam soal ini, tetapi setelah namanya ditolak, telah memilih Shafie daripada Warisan yang hanya berada dalam gabungan PH Plus dan bukan anggota rasmi PH?
Mengapa timbul masalah dalam memilih calon Perdana Menteri adalah semata-mata kerana Tun Mahathir tetap merasakan beliau atau pilihannya saja yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Seperti dalam sembahyang, memang dulu Tun Mahathir adalah “imam” dan semua “makmum” menyokongnya.
Tetapi, setelah terlucut kedudukan sebagai “imam” Tun Mahathir harus tahu untuk membawa dirinya sebagai “makmum” pula.
Sudah tentu masalah akan timbul apabila setiap kali hendak sembahyang berjemaah, Tun Mahathir akan terus menonjolkan dirinya sebagai “imam” atau berdiri terlebih dahulu di tempat imam.
Apabila tidak berparti dan secara automatik bukan anggota rasmi PH, Tun Mahathir seharusnya memberi sokongan penuh kepada gabungan itu yang telah mempunyai “imam baru”, jika benar beliau betul-betul ikhlas mahu mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.
Soal sama ada Anwar selaku “imam baru” cukup sokongan atau tidak, tidak harus timbul sebab setelah namanya dimuktamadkan nanti, beliau tentu saja mampu bergerak untuk mencukupkan angka yang diperlukan bagi mengembalikan PH sebagai kerajaan semula.
Dalam hal ini, Tun Mahathir harus segera berhenti berkelakuan seolah-olah beliau masih “imam” yang sah dalam blok pembangkang, sementara “imam baru” sudah pun dilantik.
Memang kerjasama semua pihak diperlukan untuk menumbangkan PN, terutamanya mereka yang bersama-sama menjatuhkan BN pada PRU14 lalu, tetapi semua itu hanya akan menjadi mudah jika Tun Mahathir sedia berubah.
Selagi Tun Mahathir dengan kepalanya sendiri dan mahu menjadi “imam” sehingga mati, selagi itulah soal menentukan calon Perdana Menteri akan menemui jalan buntu.
Sekaligus juga,!PH tidak akan berjaya menumbangkan PN, baik melalui pengumpulan SD atau melalui undi tidak percaya.
Walaupun usul undi tidak percaya dibawa oleh Tun Mahathir, beliau pasti akan lebih disanjung jika peranannya hanya setakat menjatuhkan Muhyiddin saja dan bukan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Setidak-tidaknya beliau dapat menebus semula perlakuannya yang dianggap sengaja melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar di era PH berkuasa dan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan sebelum ini.
Tindakan Tun Mahathir terus mahu menjadi “imam” dan enggan menjadi “makmum” hanya akan memberi ruang PN dapat berkuasa dengan lebih lama lagi dan usaha menjatuhkan Muhyiddin akan menemui kegagalan yang mudah.
Makanya, kalau bukan dia, siapa lagi yang wajar diletakkan beban kesalahan dalam hal ini? (Shahbudindotcom 29/06/2020)

BILA PEMBUNUH ADIB AKAN DITANGKAP, UMNO-PAS SENYAP?

TOLAK ADU DOMBA HANCURKAN PH, ISU SHAFIE DIBINCANG MAJLIS PRESIDEN

DAP, AMANAH TOLAK BENTUK KERAJAAN LIBATKAN HAMZAH ZAINUDIN

Dr M paksa PKR pilih antara 2 kesudahan


Pada pilihan raya umum lalu, rakyat memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Mandat rakyat itu ditamatkan Mahathir apabila beliau meletakkan jawatan PM meskipun dipujuk Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu.
Keinginan beliau mendirikan sebuah kerajaan perpaduan mengejutkan ramai di saat getir, ketika semua ahli Parlimen perlu menyatakan pendirian mereka kepada Agong.
Cita-cita Mahathir mendirikan kerajaan perpaduan akhirnya hancur berkecai bersama jawatan PM sementara yang dipegangnya apabila beliau tidak lagi dicalonkan sebagai PM oleh Pakatan Harapan ketika berjumpa Agong. Sebaliknya, yang dicadangkan PH ialah Anwar Ibrahim.
“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.
“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH. Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut,” kata Mahathir dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 1 Mac lalu.
Pertarungan antara Mahathir dan Anwar tidak terhenti di situ. Persepsinya, mereka juga saling berebut jawatan ketua pembangkang, tetapi akhirnya jawatan itu dimenangi Anwar. Sebagai ketua pembangkang, selayaknya Anwar ialah calon PM parti pembangkang sekiranya mereka mendapat kuasa semula.
Namun, di dalam sifir buku politik Mahathir, jawatan ketua pembangkang tiada apa nilai.
Di dalam kekalutan mendapatkan kembali sokongan untuk menjadi PM, Mahathir semalam mencadangkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon PM menggantikan beliau.
Beliau turut mendakwa DAP dan Amanah sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini yang juga menyaksikan Anwar dan anak Mahathir, Mukhriz dilantik sebagai timbalan perdana menteri I dan II.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menangkis dakwaan itu segera dengan menjelaskan cadangan opsyen Shafie sebagai PM perlu dibawa berbincang mesyuarat Majlis Presiden PH yang turut dianggotai Anwar.
Persoalannya, jika Mahathir sanggup menyokong Shafie diangkat sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mencadangkan Anwar, yang juga ketua pembangkang sebagai calon PM?
Jika Mahathir boleh memujuk orang yang menyokong beliau untuk menyokong Shafie sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mampu berbuat demikian untuk Anwar?
Apakah Shafie mempunyai sokongan ahli Parlimen mencukupi berbanding Anwar? Opsyen melantik Mahathir sebagai calon PM ke-9 hancur berkecai, meskipun disokong penuh DAP dan Amanah kerana PKR dan Anwar enggan menerima beliau sebagai calon PM ke-9.
Oleh itu, mampukah Shafie mendapat sokongan ahli Parlimen yang cukup? Jika PKR menolak cadangan opsyen di mana Anwar menunggu 6 bulan sebelum Mahathir menyerahkan kuasa jika PH kembali berkuasa, apakah PKR boleh menerima cadangan baru ini, di mana jika ditakdirkan Shafie akan menjadi PM, belum tentu beliau akan ada tempoh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar. Silap-silap, Mukhriz yang memintas Anwar nanti.
Perkara paling membingungkan dalam Langkah terbaru Mahathir ini ialah syarat melantik Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri II.
Apakah locus standi yang ada untuk Mukhriz dilantik sebagai timbalan perdana menteri II? Secara jujurnya, Mohamad jauh lebih layak memegang jawatan itu berbanding Mukhriz kerana Amanah mempunyai kerusi Parlimen sekali ganda melebihi Mahathir, yang kini tanpa parti.
Sedar atau tidak, saban hari, persepsi kian dibina PKR ialah penghalang kepada usaha PH kembali menjadi kerajaan selepas parti itu bertegas tidak menerima Mahathir sebagai calon PM ke-9.
Langkah terbaru Mahathir ini akan memaksa PKR memilih antara 2 kesudahan, iaitu sama ada PKR akan menegaskan prinsip dan menelan tuduhan mereka punca pembangkang berpecah atau melupakan hasrat Anwar menjadi PM buat selama-lamanya?
FMT.

SHAFIE CALON PM, TAKTIK PECAH PERINTAH – PEMUDA PH SABAH