UMS KANTOI LAGI ATAU "DIFITNAH" LAGI??


Mohamad Huzaifah


Sungguh tidak disangka ramai juga para walaun yang begitu husnuzon kepada "ulama" mereka. Sikap yang bagus dan diharapkan dapat teruskan sikap sebegitu kepada orang lain juga. Janganlah di pilih-pilih pula dan menyerang musuh-musuh kamu seperti kecaman-kecaman yang dilemparkan kepada DSAI sebelum ini yang mana masih juga diulang-ulang sehingga hari ini.

Scandal terbaru yang melanda UMS ini lebih dilihat benar dan agak bersungguh-sungguh untuk si "pemfitnah" melakukan kerja-kerja ini kerana:

1) No plate kenderaan yang sama digunakan.
2) Jenis kereta, warna, etc juga sama.
3) No hp juga sama. 
4) SUARA PUN SAMA??

Namun terdapat beberapa posting yang cuba membersihkan nama UMS daripada scandal ini berdasarkan hujah:

1) Kenyataan UMS yang menyatakan no hp nya digunakan oleh pihak ketiga.
2) No hp juga boleh dipalsukan.
3) No plate kereta juga boleh dipalsukan.

Namun hujah-hujah ini bagi saya tidak begitu kuat untuk UMS membersihkan nama beliau. Maka saya merasakan amatlah wajar untuk Mokhtar Dup membuat kenyataan penafian yang KERAS terhadap kejadian ini dan membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM. Ini kerana:

1) Pemalsuan no pendaftaran kenderaan adalah satu kesalahan dibawah seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. 

2) Jelas terdapat print screen perbualan yang menunjukkan no hp UMS atau cubaan "memfitnah" UMS dan jika ini benar, ianya adalah satu kesalahan. Amat mudah untuk menjejaki siapa yang memulakan seberan video tersebut. Amat mudah juga untuk menangkap "pelakon-pelakon" tersebut.

3) Status UMS sebagai ulama PAS harus dijaga dan dipelihara. WAJIB untuk mempertahankan kesucian dan kemulian status seorang ULAMA. Jangan cemarkan nama baik ulama-ulama islam yang lain. 

Kepada mangsa dan juga suami mangsa. Ambillah tindakan lanjut supaya perbuatan keji ini menjadi pengajaran kepada yang lain dan pelaku dapat diambil tindakan. Tindakan tuan dan puan mampu menyelamatkan bakal mangsa-mangsa yang lain. Jika memerlukan bantuan untuk membawa perosak rumah tangga anda ke muka pengadilan, inshaAllah boleh DM kami,  kami akan bantu sehabis mungkin.



Kerajaan PN.. 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗜 bolot jawatan.


Mohd Afendi Abas


Kerajaan PN.. 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗜 bolot jawatan.

1. BINI DILANTIK 'Board of Director' dalam satu kementerian si SUAMI ⁉️.. Isteri kepada Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

2. Anak kepada setiausaha politik PM dilantik sebagai ahli lembaga pengarah LKIM.

#PNipu

KENAPA TAK DESAK ...


Mohd Shah Rim

Desak ler.. desak.. masa PH bukan main lagi..kesialan PAS..


Masa PH, tulisan Jawi dia tolak

Wan Sidek

Naik jadi Menteri, nah tulisan Mandarin terus dia bagi.

Bila lah sahabat PAS nak keluar gua, nak kata puasa 6 pun sekarang dah masuk Zulqaedah.

Takdir!


JANGAN SOKONG BAWA REBAH DAN MAKI KIRI KANAN



Abe Awang Malaya


Ada orang tanya kenapa TUN nak 6 bulan? Kawe raso la, 6 bulan tu bukan untuk dia tapi untuk DSAI kumpul sokongan untuk jadi Next PM..

Bo Bo La Maki Dia...Maki Dia Pun Buakn Nya Bertambah Kerusi MP yang sokom DSAI. Ni duk maki dia Saka Tua la, Kerala la, Kutty la...apa yang kita daapt dengan maki dia. Dia pun ada penyokom nya, nak buat penyokong dia lari dan pi bersama PN ka?

Ke Guaner?

Betullah Abe Awang Malaya duk royat selama ni..nak jd PM bukan pakai undi dalam FB, buh sejuta pun I support DSAI for PM tapi kalu bilangan MP dop cukup duk situ je la.

Jadi kita ni kena paham, dop payah maki-maki, pakat-pakat tolong cukupkan kerusi MP tu lebih afdhal.

Ni sesama sendiri hambat tubik PH sebab setuju dengan Opsyen 2. Hok alorh la...jap lagi marila tu pakat serang kawe yang tak da kepentingan apa apa ni.

Jangan sokom sampai bawa rebah DSAI tu..sokom biar naik. Kalu ada jalan mudah wat apa nak pilih jalan payah.

Ok I rest my case.

Gud Luck la pada yang rasa lebih kuat sekarang..dulu lawan MO1 yang di benci oleh ramai Rakyati tapi sekarang lawan kita si Abah yang pandai baca Doa, Lobai yang penuh dengan Dalil, dan Kleptokrats yang kaya raya.

Join Tabligh dah lepas ni. Penat penat kita sokom bila menang YB pakat jadi Kera, lompat sampai tumbang Kerajaan Pilihan Rakyat.

Kamarul Edimuhizad mu tunggu aku datang.




WALAUNS KATA TAK PERCAYA..OK APA KATA PEMANDU MOKTAR SENIK...Netizen siasat.


Pemandu ustaz nafi. 






Pihak Aleena Aishah kemuka bukti. Siri 2.





BELIAU MENCABAR AGAR MOKTAR SENIK MEMBUAT LAPORAN POLIS.


sabaq...berlambak lagi bukti dok ada....
ceqhita kali ni lebih panjang...
la santai² la dulu....

kot la hangpa nak desak mokhtar senik saman aku...


saya jugak tak beqhani nak repot kat pulis walaupun saya mendakwa nombot saya telah di gunakan oleh pihak lain....

kahhhhhhhh



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks






IBRAHIM MAT ISA TULIS

Kenapa tak buat laporan polis..? Tak apa, nak up status berkaitan Islam, nak ceramah , nak tazkirah, nak sembahyang di medsos secara online sambil letak akaun bank, tapi bersihkan nama, bila ada isu saja, mcm isu kebenaran Arak dan no ramalan, PAS membisu, ligat naikkan program majlis ceramah dan ilmu..itu namanya scammer..

DALIL DH JUMPA!!!!!


https://wrlr.blogspot.com/2020/06/aku-sebenarnya-malas-nak-kisah-bab-yang.html



Mudah nya Bani PH kena tipu ,Patut la parti tunggang langgang .

Tersebar video rakaman perbualan Whtsup  Ustaz Mokhtar Senik yang bersayang2 dengan perempuan. Punya la nk bagi orang percaya whtsup Ustaz moktar senik sanggup tak save nama. Supaya senang nak tuduh No whtsup sama dengan No poster2 Ustaz Mokhtar Senik.

Mcm ni la..

Kamu buka no siapa2 pun rakan ke saudara ka , klik edit kemudian dekat ruang save Nama kamu buang dan masukkan no kemudian save.

Last step kamu buka whtsup, call No yang save tadi. Dia akan keluar No. yang kamu save dalam ruang Nama tadi..

Contoh letak No anwar ibrahim ke, mat sabu ke kemudian save , last call guna whtsup dia akan keluar no anwar dan mat sabu.

Mudah kan nk buat fitnah ? Kacang je.
Kalau la admin kat tempat perempuan tu, admin akan londehkan semua termasuk muka dan video call biar dapat bukti Kukuh baru sebarkan. Dah alang2 nk jatuh kan Ustaz Mokhtar Senik biar buat betul2 🙂.


#PASCybetTrooper




PH Plus perlu kukuhkan tekad bersama berdepan PN




Dr M releases list of 114 MPs backing him | Free Malaysia Today


“Saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada (Datuk Seri) Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik.”
Itu kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dua tahun lalu berhubung usahanya untuk menziarah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir berhasrat untuk menyampaikan penghargaan selepas Anwar bersetuju dengan cadangan pencalonannya sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam gabungan empat parti komponen PH ketika itu, parti terlibat iaitu PKR, Amanah, Bersatu dan DAP bersetuju agar semua keputusan dibuat secara konsensus iaitu dengan dipersetujui oleh semua empat parti. 
Jika ada mana-mana satu parti tidak bersetuju, ia tidak akan diterima sebagai keputusan PH.
Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk PH, tiga parti bersetuju, tetapi PKR tidak membuat keputusan.
Namun pada saat terakhir PKR bersetuju. 
Masa yang panjang itu diambil oleh PKR dipercayai disebabkan rasa tidak senang dengan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri ketika Anwar dipenjara.
PKR bersetuju dan pada PRU-14, PH menang manakala Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7.
Betul kata Dr Mahathir, persetujuan tersebut kerana Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perasaan diri sendiri.
Pastinya, bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih daripada dirinya.
Hari ini, wujud persimpangan. Persoalannya hampir sama, iaitu soal siapa akan menjadi perdana menteri PH.
Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal perdana menteri untuk PH, DAP dan Amanah bersetuju, tetapi PKR menolaknya.
Sehingga artikel ini ditulis, PKR masih kekal dengan pendirian tersebut. 
Pasti penyokong gabungan PH atau kini dikenali sekarang sebagai PH Plus, mahu satu penyelesaian yang terbaik untuk keadaan ini.
Justeru, kita mengharapkan kedua-dua tokoh ini, yang telah mewarnakan persada politik negara sejak sekian lama, untuk mencari titik persamaan dalam memastikan kesinambungan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU-14 dapat diteruskan.
Seluruh komponen PH Plus perlu memusatkan tekad bersama untuk berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) yang kini memegang tampuk pemerintahan negara.
Segala emosi dan perasaan perlu diketepikan ketika ini. Pastinya bukan mudah tetapi ia tetap perlu dilakukan demi masa depan PH serta mandat yang digalasnya.
Setiap hari, kita mengharapkan agar ada perkembangan positif dalam perkara ini. 



Apa status permohonan mySalam untuk golongan M40


Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong hari ini membangkitkan tentang status terkini pelaksanaan skim MySalam untuk golongan M40 yang sepatutnya telah dilaksanakan tahun ini. 
Dalam satu kenyataan katanya, pendaftaran inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu telah dibuka pada awal tahun ini dan ditutup pada 31 Mac lalu. 
“Akan tetapi, individu M40 yang telah mendaftar belum menerima sebarang maklumat lanjut walaupun sudah hampir tiga bulan pendaftaran tamat.
“Laman sesawang mySalam menyatakan bahawa inisiatif mySalam untuk M40 yang layak telah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
“Adakah kerajaan yang baharu ini akan meneruskan skim mySalam atau menghentikannya?” soalnya yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka.
Tegas Poay Tiong, kelewatan atau keengganan kerajaan untuk memperluaskan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan menafikan hak mereka untuk mendapatkan bantuan jika jatuh sakit. 
Skim mySalam atau Skim Perlindungan Nasional B40 dilancarkan secara rasmi oleh kerajaan PH pada 24 Januari tahun lalu.
Sejak diperkenalkan, mySalam telah memberi manfaat dan perlindungan kepada 4.3 juta rakyat yang menghidapi 45 penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital. 
Mereka yang layak boleh menerima bayaran tunai sebanyak RM8,000 dan menuntut manfaat hospitalisasi sebanyak RM50 sehari. 

Muhyiddin cuba bebaskan Najib dari segala tuduhan, dapat bertanding PRU15

Muhyiddin cuba bebaskan Najib dari segala tuduhan, dapat bertanding PRU15


LAGI PENENTANG IDENTITI NEGARA DILANTIK KE JAWATAN TINGGI-TINGGI



ADRIAN LIM CHEE EN




Hebat MCA. Secara senyap-senyap, Ketua Pemudanya Nicole Wong Siaw Ting telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Pembangunan Sumber Manusia.
(Bukti https://www.hrdf.com.my/boardofdirectors/)

Siapa Nicole Wong Siaw Ting Ketua Pemuda MCA ini?

Ketua Pemuda MCA bantah Jawi/Khat dalam silibus pendidikan
(Bukti  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633578/pemuda-mca-bantah-tulisan-jawi-dimasukkan-dalam-silibus-sekolah)

Nicole Wong ulangi pendirian MCA bantah Jawi/Khat
(Bukti https://m.malaysiakini.com/news/501856)

Seperkara lagi. Ketua Pemuda MCA ini mempunyai ijazah sarjana (Masters) dari University of West Coast of Panama.

Carian di internet menunjukkan bahawa universiti ini kilang sijil.

Maka hari ini, kita mempunyai tambahan seorang lagi pemegang sijil palsu dan penentang Jawi/Khat yang duduk dalam Kerajaan Malaysia.

Hebat MCA. Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya......

1. Pelabuhan strategik Kelang, Penang, Melaka dia sapu.
2. Ruang udara dia control dengan memecat CEO Melayu CAAM dan digantikan CEO Cina.
3. Peruntukan sekolah swasta Cina dia naikkan dari RM40 juta kepada RM58 juta.
4. Sekolah swasta Cina yang dimiliknya bagi biasiswa UEC tanpa had.
5. Penentang jawi/khat dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.
6. Pelawan undang-undang Islam dilantik Timbalan Menteri Perpaduan.

Hari ini MCA tambah lagi seorang penentang khat/jawi dan pemegang sijil palsu dalam Kerajaan.

Hip hip hooray!



** BERHATI- HATI DENGAN CYBERTROPER PN SEDANG BERUSAHA MELAGA- LAGAKAN KOMPONEN PH SUPAYA BERPECAH**



Kini kerja-kerja geng kartel bersama PN sedang berperanan menyerang PH supaya berpecah kerana PN cukup takut dengan kesepakatan PH.

Usaha melagakan AMNH dan DAP dengan PKR diatur melalui beberapa orang pimpinan mereka supaya menyokong Tun Mahathir sebagai PM9 dan bukannya DSAI.

Jangan terkejut team Mahathir ingin melamar AMNH dan DAP bersama Tun Mahathir yang terkenal dengan liciknya. Nasib baik PAS tidak boleh terima AMNH dan UMNO pula menolak DAP ini boleh menggagalkan kerja-kerja team Mahathir. Apakah AMNH dan DAP tidak mengetahui strategi mereka yang anti PH sedang berusaha melagakan sesama komponen dalam PH sedang berjalan?

Ada segelintir MP dari AMNH dan  DAP ingin kembalikan jawatan menteri yang tidak pernah dinikmati kecuali setelah PH menang dalam PRU14 kerana terpengaruh dengan janji Mahathir. . Sebagaimana kita ketahui bahawa kita memang  bergantung dan tolong menolong sesama PH.

 Mampukah AMNH dan DAP bersendirian menentang BN/PN? . AMNH masih lemah di peringkat akar umbi dan hanya ramai Jenderal tapi tenteranya kurang untuk melawan PAS tanpa sokongan PKR.

Oleh itu arahan DSAI kepada pimpinan MPP/MPN/AMK/WANITA PKR supaya jangan membuat kenyataan media menyerang dan mengkritik AMNH/DAP itu adalah paling tepat. Gunakan saluran Majlis Presiden dan bukannya masing-masing bebas mengkritik antara satu sama lain.

Syabas kepada DSAI yang telah memberi arahan kepada PKR supaya siapsiaga menghadapi sebarang PRU secara mengejut dan bersedia bila-bila masa menyahut cabaran UMNO/PAS untuk PRU15 dan yakin PH kembali diberi mandat oleh rakyat nanti yang menolak kerajaan pintu belakang. Apakah PN tidak malu kepada dunia?

PH tidak bimbang pun kepada PN  kerana masalah agihan kerusi dalam PH tiada masalah berbanding dalam PN. Kekosongan kerusi BERSATU sebanyak 52 kerusi dalam PH boleh dibincang antara PKR/AMNH/DAP berdasarkan  kepada kawasan majoriti  melayu perlu diberi kepada PKR (melayu) dan AMNH untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BERSATU kecuali Mahyudin berhasrat bersama PH maka kerusi sebanyak 52 boleh dikembalikan kepada BERSATU Team Mahyudin andainya ingin bersama DSAI.

 Kita berharap Majlis Presiden PH lupakan mana-mana parti yang ingin bersama Tun Mahathir dan disebaliknya bergabung dengan mana-mana MP yang mahu bersama DSAI perlu diatur segera demi untuk kembalikan kepada kerajaan yang sah.

" FIKIR-FIKIRLAH JALAN TERBAIK UNTUK KEMBALIKAN KUASA RAKYAT YANG DIKHIANATI OLEH AZMIN SEMBURIT/ZURAIDA DAN GENG KARTEL SUDAH PASTI AKAN DIHUKUM  OLEH RAKYAT DALAM PRU15".

(WI)

RAMAI YANG TANYA KENAPA ADA PIHAK YANG BERMATI-MATIAN TAKNAK DSAI JADI PM??



Ada pendpt yg kata DSAI dipecat dulu sbb tidak mahu guna wang rakyat utk bailout sykt kroni. Ada benarnya, itu naratif era Reformasi dan salah satu sbb kita difahamkan yg DSAI enggan tandatangan Cek utk selamatkam sykt yg ada kaitan dgn anak DIA. Anak Org Tua tu dikatakan naik pening sampai cuba bunuh diri. Cerita2 itu yg kami dgr di zaman Reformasi dulu la. 😄 Betul atau tidak, Allah shj yg tahu tuan badan tak pernah akui.

Sebenarnya ramai heran kenapa puak PNyamun, Kapitalis, Cukong2 dan Pemodal besar yg sentiasa di belakang org2 yg punya kuasa, di sebalik tabir cari peluang menguasai kekayaan, sgt takut DSAI jadi PM? Saya malas nak jawap walau saya tahu, sbb itu bermakna depa ni batch baharu penyokong Reformasi atau depa tak baca apa yg kami para Penulis Reformasi tulis dlm blog-blog dan Laman-laman Pro-Refiormasi sejak 1998.

SAYA DEDAHKAN SEMULA KISAH DI ERA REFORMASI YG JD SALAH SATU PUNCA PALING UTAMA DSAI DITAKUTI. Kisah ini sebenarnya bermula seawal 1997 lagi bila DSAI jadi Pemangku Perdana Menteri bila Org Tua tu bercuti di luar negara. DSAI telah membentangkan Pindaan ke atas Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya masih ingat ketika itu sudah ada serang menyerang sambil perli di dada akhbar antara penyokong kedua-kedua belah pihak. Saya antara yg dipanggil oleh org2 seorg MP Kartel ketika ini yg dulunya dia adalah salah seorg org kuat DSAI. Adalah tawaran-tawaran yg dibuat utk sama2 berjuang menentang rasuah, penyelewengan dan berada dlm kem DSAI. But that is beside the point. Apa yg jadi punca ialah Pindaan dilakukan oleh DSAI ke atas APR. Baca Hansard Parlimen bertarikh 28 Julai 1997. Bil 36 Parlimen Ke 9 Penggal Ke 3 bermula dari mukasurat 13.

Asalnya APR memperuntukan Badan Pencegah Rasuah atau BPR (kini SPRM) hanya boleh mendakwa Menteri dan Pegawai-pegawai Kerajaan dgn hendaklah didakwa sewaktu mereka dlm jawatan dan perkhidmatan TETAPI DSAI telah meminda melalui Parlimen ketika ketiadaan Org Tua itu kepada memperuntukan BPR berkuasa membuat siasatan dan pendakwaan walaupun selepas 10 tahun Menteri atau Pegawai-pegawai Kerajaan bersara dari jawatan.

Org Tua tu, para Menteri, Pegawai2 Kurap dan Korup mula panik dan ketakutan, mereka mula merancang bg menjatuhkan DSAI sbb depa yakin DSAI akan cari perasuah dan PNyamun hingga ke lubang cacing jika dia jadi PM. Sbbtu Org Tua tu sgt tidak percaya kpd DSAI walau DSAI dah kata dia tak akan usik cerita lama dan maafkan. Cuma dia mintak hentikanlah segala kontrak kerajaan utk anak2 Org Tua tu. Itu saya dgr sendiri DSAI sebut sewaktu iring dia dlm salah satu ceramah dl Utara sewaktu PRU13 (thn 2013).

Bermula dari pindaan APR 1997 tu lah keluar buku Dalil 50. DSAI TIADA kes rasuah utk diugut, oleh itu satu-satu cara yg paling berkesan ialah kes liwat. Jika sekadar digambarkan kaki perempuan, mereka pun sama, so apa nak heran? Bila digambarkan sbgai peliwat utk "bunuh karaktor" DSAI, masyarakat Islam pasti terkejut dan marah. Bygkan berapa byk mereka yg terlibat dgn fitnah ini sdg menanggung Dosa Qazaf sbb generasi yg belum lahir pada 1997 sehingga kini pun ada yg percaya dgn fitnah ini.

Saya boleh sebut sekoq2 yg jadi dalang termasuklah arwah Pengetua saya yg akhirnya jadi Menteri. Tapi sbb ramai dah jadi arwah rasa tak manis pula utk saya sebut nama, semoga Allah ampunkan dosa2 mereka.

Wallahualam.

- Zus Din 
24 Jun 2020
#SETIAKAWANPH
#DSAI4PM

Kelab CheDet Menjawab Najib Razak mengenai tulisan `Stealing Chicken'.



1. Semalam Najib menulis di FB nya untuk menajawab tulisan Tun Dr. Mahathir yang bertajuk Stealing Chicken.

2. Saya akan menjawab tulisan Najib yang penuh dengan penipuan itu. Saya akan cuba tulis seringkas yang boleh kerana risau ramai yang tak suka baca kalau panjang. Kenyataan Najib saya petik dalam Bahasa Inggeris dan jawapan saya dalam Bahasa Melayu untuk mudah nampak perbezaannya.

3. Saya akan bahagikan jawapan ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah berkenaan kes 1MDB dan Riza Aziz. Bahagian kedua adalah mengenai anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan.

Bahagian Pertama (Kes 1MDB dan Riza Aziz)

Najib said:
As already explained by our lawyers, the US$248 million was the total sums received by the various investors for Riza's film projects out of which:

- US$107 million is settled here in Malaysia.

- US$60 million was settled with the DOJ last year which the DOJ then sent to Malaysia. (you forgot about this?)
https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-ag-says-us-govt-h…

- US$120 million has been repaid back to investors along with interest and dividends due to the film projects. These repayments made long ago were also referred to in the phone call recordings between me and the Crown Prince of Abu Dhabi which your own MACC political appointee head exposed to the public earlier this year.
https://www.malaysiakini.com/news/506460

4. Kenyataan Najib diatas adalah penipuan. US$248M bukanlah pelaburan yang diterima untuk filem Riza. Ianya bukan satu bentuk pelaburan. Berikut disertakan fakta mengenai US$248M:

- US$10M adalah dari Good Star Limited dimiliki oleh Jho Low. Duit ini datang dari 1MDB.

- USD$238 adalah dari Aabar BVI. Duit ini datang dari 1MDB.
Untuk justifikasi penerimaan duit ini kepada bank BSI, Riza memberikan perjanjian pinjaman untuk buat film.

- Tetapi, USD$238M ini dibelanjakan untuk pelbagai tujuan termasuk tujuan peribadi seperti berikut:-

i. US$94M untuk membeli kediaman di US dan UK.
ii. US$41M untuk tujuan berjudi
iii. US$5M untuk beli poster
iv. US$64M untuk buat film

- Dalam deklarasi cukai di US, Riza mengatakan kemasukan duit US$94M yang digunakan untuk membeli kediaman itu  adalah hadiah.

- Perhatikan, mula-mula kepada pihak bank, diberitahu ianya adalah pinjaman. kemudian kepada pihak percukaian diberitahu hadiah. Tetapi ianya bukan pelaburan seperti yang ditulis oleh Najib.

5. Riza Aziz telah membayar US$60M kepada DoJ dalam penyelesaian pelucutan hak keatas aset Red Granite. Ini adalah keatas penggunaan US$64M diatas untuk buat film yang datang dari duit 1MDB. Ini adalah penyelewengan. Sebab itu, Riza terpaksa bayar DoJ untuk amount yang hampir sama.

6. Tidak ada sebarang pembayaran balik kepada pelabur seperti yang ditulis Najib. Tidak ada pembayaran US$120M seperti yang ditulis oleh Najib. Tidak ada sebarang pelaburan terhadap pembuatan film ini dan tidak ada sebarang pembayaran balik pelaburan. Tidak ada sebarang perjanjian pelaburan untuk film ini. Kenyataan najib bahawa US$120M adalah bayaran balik pelaburan adalah penipuan.

7. Dalam perbualan antara Najib dengan Putera Abu Dhabi, Najib sebenarnya meminta untuk dibuat satu perjanjian pelaburan supaya kemasukan duit itu akan dilihat sebagai satu pelaburan dan supaya Riza boleh terlepas dari pendakwaan pelucutan hak DoJ. Tetapi perjanjian ini tidak dibuat. Sila dengar perbualan yang  didedahkan.

8. Mengapakah banyak pihak mempersoakan perjanjian penyelesaian Riza Aziz dengan kerajaan Malaysia?  Ianya adalah kerana jumlah yang perlu dipulangkan adalah lebih rendah dari jumlah penyelewengan. Saya perincikan fakta mengenainya:

- US$248M adalah jumlah penyelewengan yang melibatkan Riza Aziz.
- US$108M adalah jumlah yang perlu dipulangkan oleh Riza melalui penyelesaian yang dibuat dengan Mahkamah
-US$108M ini adalah terdiri daripada aset berikut:-
i. 3 buah kediaman di US dan UK (New York Citi, Beverly Hills dan London)
ii. Poster
iii. Cash dari Escrow account yang berjumlah US$14M.

- Sebelum itu, seperti yang ditulis diatas, Riza Aziz telah bayar kepada DoJ sebanyak US$60M dan DoJ telah berikan kepada Malaysia sebanyak US$57M.

Oleh itu Jumlah kesemuanya adalah US$108M + US$60M = US$168M.

Maklumat mengenai penyelesaian ini seperti yang diterangkan oleh AG Idris Harun boleh dibaca di sini:
https://www.theedgemarkets.com/article/riza-aziz-case-settlement-us108m-asset-forfeiture-top-red-granite-payout

9. Jumlah US$168M ini adalah jauh lebih rendah dari US$248M yang diselewengkan dari 1MDB. Ada orang suka gunakan perkataan seleweng dan ada yang suka guna perkataan curi.

10. Seleweng US$248M dan pulangkan balik US$168M. Ataupun ada yang bagi perumpamaan cuti 10 ayam dan pulangkan balik 9 ayam atau lebih rendah dari itu.

Najib: As explained many times, all 1MDB transactions where money was deemed missing was either guaranteed or paid to Abu Dhabi government-owned IPIC.

Do you deny that there was a settlement agreement between Malaysia and Abu Dhabi signed in 2017 where IPIC had agreed to return all the alleged 1MDB missing money before 30 December 2020? Do you want to view the settlement agreement? I have a fully signed and executed copy if you want to see. If the court case was not on-going, I would have posted this up by now.

11. Najib salah lagi. transaksi 1MDB bukan hanya melibatkan Aabar-BVI tetapi meibatkan bebrapa syarikat lain seperti Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low.

12. Benar, perjanjian penyelesaian dibuat antara 1MDB dengan IPIC pada 2017, tetapi dalam perjanjian tersebut, tidak ada dinyatakan persetujuan untuk IPIC memulangkan semua duit 1MDB yang hilang sebelum 30 December 2020. TIdak ada.

13. Tidak ada persetujuan dari IPIC untuk pulangkan semua wang 1MDB. Kalau persetujuan ini ada, kerajaan BN pada ketika itu akan memberitahu mengenai perkara ini. Semenjak dari tarikh penyelesaian tersebut pada 2017, tidak pernah sekalipun diberitahu bahawa IPIC bersetuju untuk membayar balik duit 1MDB yang hilang.

14. Berikut disertakan berita mengenai perjanjian penyelesaian yang telah dicapai pada tahun 2017 diantara 1MDB dan IPIC.

https://www.theedgemarkets.com/article/ipic-1mdb-settlement-deal-gets-court-approval

15. Dalam perjanjain penyelesaian itu, ini yang telah dipersetujui:-

- IPIC will receive an amount of US$602.73 million (RM2.61 billion) by July 31 and a further amount of US$602.73 million by Dec 31.

- 1MDB and MoF Inc will assume liability for future interest and principal payments for two tranches of bonds totalling US$3.5 billion that were guaranteed by IPIC

Maksudnya, menerusi perjanjian itu, Malaysia (MOF) akan bayar US$1.2B kepada IPIC selewat-lewatnya 31 December 2017 dan Malaysia (MOF) akan menanggung bayaran bunga dan pokok untuk bond bernilai US$3.5B.

Dengan kata lain, sebanyak US$4.7B duit Malaysia (MOF) atau duit rakyat perlu digunakan untuk penyelesaian ini. Convertlah kepada RM, berapa banyak duit rakyat akan digunakan.

16. Jelas dalam perjanjian penyelesaian pada 2017 itu, tidak ada kenyataan bahawa IPIC akan membayar balik duit 1MDB. Kenyataan dari London Stock Exchange mengenai perjanjian penyelesaian ini disertakan di bawah.

17. Najib Razak cuba menggunakan ayat ini yang ditulis dalam perjanjian itu untuk menunjukkan bahawa IPIC akan bayar kesemua duit 1MDB: "the parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities."

18. Ayat diatas bukanlah bermakna IPIC akan bayar balik duit 1MDB yang hilang. ayat itu bermaksud mereka sedia berbincang mengenainya. Tidak ada sebarang persetujuan dari IPIC bahawa mereka akan bayar balik duit 1MDB. Sekiranya ianya benar, maka pengumuman mengenainya akan dibuat menerusi London Stock Exchange kerana ini akan melibatkan implikasi kewangan.

Bahagian Kedua (Anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan)

Najib: Then was Mirzan your son when he built up Konsortium Perkapalan in the 1990s which eventually needed a bail-out from Petronas via MISC in the economic crisis of 1998?

19. Benar, Mirzan memiliki syariakt Konsortium Perkapalan Berhad dan akibat dari kegawatan ekonomi 1997, Mirzan terpaksa menjual syarikat beliau. Syarikat ini dijual dibawah harga yang sepatutnya dan Petronas melalui MISC sebenarnya mendapat keuntungan daripada pembelian ini. Ini bukanlah bail out kerana Mirzan tetap rugi dengan penjualan ini dan syarikat yang beli mendapat keuntungan. Syarikat Mirzan ini tidak pernah mendapat kontrak kerajaan. Sila buktikan sekiranya syarikat Mirzan pernah dapat kontrak kerajaan seperti yang dicabar oleh Tun M.

Najib: Was Mohzani your son in 1997 and where you the PM in 1997 when he became the largest shareholder of the Hospital Pantai group after buying it from the Vincent Tan controlled Berjaya group?
http://lib.perdana.org.my/…/mokhzani%20mahpital%20pantai.pdf

Subsequently, the FOMEMA concessions and the government hospitals supplies contract was awarded to that group while you were still PM.

20. Ye benar, Mokhzani merupakan pemegang saham Pantai Holdings yang besar pada tahun 1997. Tidak ada masalah dalam hal ini. Sesiapa boleh beli saham dalam mana-mana syarikat dan menguasai syarikat tersebut.

21. FOMEMA mendapat concession adalah pada September 1997 tetapi pada ketika FOMEMA mendapat kontrak tersebut, ianya bukan dibawah Pantai Holdings. FOMEMA dimiliki oleh Anjur Dinamik Sdn. Bhd. (ADSB) dan Koperasi Doktor Malaysia. FOMEMA bukan dimiliki oleh Mokhzani ketika mendapat contract tersebut.

22. FOMEMA dibeli oleh Pantai Holdings pada Februari 2000. Perlu diingat bahawa FOMEMA telah pun diberi kontrak oleh kerajaan pada tahun 1997 lagi. Tambahan lagi, pada tahun 2001, Mokhzani menjual kesemua pegangannya dalam Pantai Holdings. Oleh itu, persoalannya disini, adakah Mokhzani mendapat kontrak kerajaan semasa Tun menjadi PM? Jawapannya tidak. Sila buktikan sekiranya Mokhzani mendapat kontrak kerajaan.

Najib: Were you also PM when Mokhzani's Kencana group founded a year before was awarded a major fabrication (Offshore Structures) license by PETRONAS in the year 2002. Kencana Petroleum is one of only seven licensees in Malaysia awarded at that time.

23. Kencana Petroleum ni, sejarahnya bermula dari Hin Loon Engineering (HLE) pada tahun 1982 lagi. Pada waktu tu lagi, syarikat HLE ini telah bermula sebagai contractor untuk fabrication yard. Datipada HL Engineering ini maka lahirlah Kencana HL. HL Engineering telah mempunyai fabrication yard di Lumut pada tahun 2000 seluar 11 ekar. Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001.

24. Kencana HL ataupun HL Engineering telah mempunyai fabrication yard di Lumut pada tahun 2000 lagi. Pada tahun 2002, Kencana HL diberikan lesen untuk fabrication oleh Petronas. Ini adalah lesen dan bukannya kontrak. Lesen ini diberikan kepada 7 syarikat lain. Ingat ye, ini bukannya kontrak, tetapi lesen sebagai fabricator.

25. Pada tahun 2005, Kencana HL mengembangkan fabrication yard mereka di Lumut sehingga 53 ekar dan kemudiannya pada tahun 2007, Kencana HL mengembangkan fabrication yard meraka sehingga 123.7 ekar.

26. Pada tahun 2008, Syarikat Kencana HL diberikan kontrak fabrication oleh Petronas. Tahun 2008, Tun M sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, kontrak Petronas ini diberikan bukan semasa Tun M jadi PM.

Najib: Were you also PM in the year 2003 where your son Mukhirz owned Opcom and the company was awarded a direct award without tender contract worth RM214 million by Telekom Malaysia on the direct instruction of the Ministry of Finance? (see attached letter).

27. Surat yang ditunjukkan oleh Najib Razak yang bertarikh October 2003 itu adalah surat jawapan dari Kementerian Kewangan kepada Telekom Malaysia Berhad.

28. Apakah tujuan surat itu? Surat itu adalah untuk memberi kelulusan kepada Telekom Malaysia Berhad untuk melakukan rundingan terus. Di Malaysia, tender melebihi RM200,000 perlu dibuat melalui tender. Walaubagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu seperti hanya ada satu syarikat yang boleh membekalkan peralatan tersebut, maka perolehan secara rundingan terus boleh dibuat dengan syarat mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.

29. Oleh kerana di Malaysai tidak ada syarikat lain yang boleh membekalkan fiber optic melainkan OPCOM pada ketika itu, maka Telekom Malaysia Berhad telah menghantar surat pada September 2003 kepada Kementerian Kewangan untuk memohon rundingan terus. Maka, pada Oktober 2003, kementerian kewangan memberi kebenaran iaitu meluluskan Telekom untuk mebuat rundingan terus dengan OPCOM. Untuk pengetahun pembaca, OPCOM telah terlibat dengan perniagaan fiber optic seawal tahun 1994 iaitu hampir 10 tahun sebelum proses perolehan ini. OPCOM adalah satu-satunya syarikat pada ketika itu yang mempunyai pengalaman lama dan kemampuan untuk pembuatan kabel fiber optic. Sebab itu rundingan terus ini dibuat.

30. Adakah Telekom Malaysia memberi kontrak tersebut pada tahun 2003? Jawapannya tidak. Surat pada tahun 2003 itu adalah kebenaran kepada Telekom Malaysia untuk buat perolehan secara rundingan terus. Kontrak pembekalan fiber optic antara Opcom dan Telekom Malaysia ini berlaku pada 7 Februari 2004. Adakah Tun M Perdana Menteri pada ketika itu?

Najib: As for your second sting as PM, was it true that the RM21.6 bilion National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) was the only mega-project rushed through and announced by the PH government and approved by cabinet in record time?
https://www.theedgemarkets.com/…/cabinet-approves-rm216b-na…

And was it true that Opcom shares jumped 50% upon the project being announced as it would be one of the main beneficiary of that project?

31. OPCOM tidak terlibat dalam projek National Fiberasation and Connectivity Plan (NFCP). Ini adalah kerana OPCOM tidak memiliki lesen MCMC. Oleh itu, OPCOM tidak boleh mendapat projek ini. Ingat tak diatas tadi, saya jelaskan bahawa Kencana HL mendapat lesen fabrication pada tahun 2002? dan saya bagitau bahawa ini bukanlah pemberian kontrak tetapi ianya adalah lesen sahaja. Begitulah juga dengan MCMC. Hanya pemegang lesen sahaja yang boleh terlibat.

32. Saya telah menjawab setiap satu dakwaan Najib Razak mengenai anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan. Saya dah jawab mengenai Konsortium Perkapalan Berhad, Kumpulan Hospital Pantai, Kencana Petroleum, OPCOM iaitu semua yang dibangkitkan oleh Najib. Saya dah tunjukkan bahawa tidak ada satu pun kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anak Tun M.

33. Oleh itu, sehingga kini, Najib Razak masih tidak dapat membuktikan kontrak kerajaan diberikan kepada anak-anak Tun semasa Tun M menjadi Perdana Menteri. Cuba lagi ye, Najib.

34. Tulisan ini agak panjang walaupun saya dah berjanji untuk tulis secara ringkas yang boleh. Ternyata susah nak buat sebab saya cuba menjelaskan secara terperinci dan beserta dengan fakta nya.

-Dr.Fikir, KCD.

Sumber Rujukan:
[1] Dokumen Mahkamah Department of Justice
[2] Kenyataan AG Idrus Harun mengenai penyelesaian Riza Aziz
[3] Kenyataan London Stock Exchange mengenai perjanjian penyelesaian 1MDB - IPIC.
[4] Kencana Petroleum Annual Report
[5] OPCOM Annual Report 2004