Kini kerja-kerja geng kartel bersama PN sedang berperanan menyerang PH supaya berpecah kerana PN cukup takut dengan kesepakatan PH.
Usaha melagakan AMNH dan DAP dengan PKR diatur melalui beberapa orang pimpinan mereka supaya menyokong Tun Mahathir sebagai PM9 dan bukannya DSAI.
Jangan terkejut team Mahathir ingin melamar AMNH dan DAP bersama Tun Mahathir yang terkenal dengan liciknya. Nasib baik PAS tidak boleh terima AMNH dan UMNO pula menolak DAP ini boleh menggagalkan kerja-kerja team Mahathir. Apakah AMNH dan DAP tidak mengetahui strategi mereka yang anti PH sedang berusaha melagakan sesama komponen dalam PH sedang berjalan?
Ada segelintir MP dari AMNH dan DAP ingin kembalikan jawatan menteri yang tidak pernah dinikmati kecuali setelah PH menang dalam PRU14 kerana terpengaruh dengan janji Mahathir. . Sebagaimana kita ketahui bahawa kita memang bergantung dan tolong menolong sesama PH.
Mampukah AMNH dan DAP bersendirian menentang BN/PN? . AMNH masih lemah di peringkat akar umbi dan hanya ramai Jenderal tapi tenteranya kurang untuk melawan PAS tanpa sokongan PKR.
Oleh itu arahan DSAI kepada pimpinan MPP/MPN/AMK/WANITA PKR supaya jangan membuat kenyataan media menyerang dan mengkritik AMNH/DAP itu adalah paling tepat. Gunakan saluran Majlis Presiden dan bukannya masing-masing bebas mengkritik antara satu sama lain.
Syabas kepada DSAI yang telah memberi arahan kepada PKR supaya siapsiaga menghadapi sebarang PRU secara mengejut dan bersedia bila-bila masa menyahut cabaran UMNO/PAS untuk PRU15 dan yakin PH kembali diberi mandat oleh rakyat nanti yang menolak kerajaan pintu belakang. Apakah PN tidak malu kepada dunia?
PH tidak bimbang pun kepada PN kerana masalah agihan kerusi dalam PH tiada masalah berbanding dalam PN. Kekosongan kerusi BERSATU sebanyak 52 kerusi dalam PH boleh dibincang antara PKR/AMNH/DAP berdasarkan kepada kawasan majoriti melayu perlu diberi kepada PKR (melayu) dan AMNH untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BERSATU kecuali Mahyudin berhasrat bersama PH maka kerusi sebanyak 52 boleh dikembalikan kepada BERSATU Team Mahyudin andainya ingin bersama DSAI.
Kita berharap Majlis Presiden PH lupakan mana-mana parti yang ingin bersama Tun Mahathir dan disebaliknya bergabung dengan mana-mana MP yang mahu bersama DSAI perlu diatur segera demi untuk kembalikan kepada kerajaan yang sah.
" FIKIR-FIKIRLAH JALAN TERBAIK UNTUK KEMBALIKAN KUASA RAKYAT YANG DIKHIANATI OLEH AZMIN SEMBURIT/ZURAIDA DAN GENG KARTEL SUDAH PASTI AKAN DIHUKUM OLEH RAKYAT DALAM PRU15".
(WI)