PENOLAKAN KEPADA PN SEKARANG MIRIP PENOLAKAN TERHADAP BN SEBELUM PRU14 LALU



Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini.

Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

Sementara sokongan yang ada pada PN sebagai kerajaan amat runcing dan terumbang-ambing iaitu hanya dua majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan mungkin berkurangan lagi dalam waktu terdekat ini, yang sukar dinafikan juga ialah penolakan rakyat ternampak terus berkembang daripada semasa ke semasa.

Ada banyak isu yang menyebabkan rakyat mula sangsi dengan kerajaan sekarang, antaranya rungutan berhubung bantuan kepada rakyat akibat Covid-19 tidak seperti yang dijanjikan, tiada pelan untuk rakyat yang hilang pendapatan, masih tidak membela nasib Adib Kassim, anggota Bomba yang terbunuh dalam tragedi Kuil di Subang, hudud dan RUU355 masih kabur, kerajaan terlebih memanjakan Ahli-Ahli Parlimen dengan lambakan jawatan GLC dan pelbagai lagi.

Gembar-gembar kononnya kerajaan PN ini adalah kerajaan Melayu/Islam hampir tiada maknanya bagi rakyat kerana apa yang mereka bising-bising sebelum ini semuanya jadi senyap belaka apabila sudah beroleh kuasa.

Selain itu, dari sudut politik, cara Muhyiddin Yassin menangani isu Bersatu dengan keghairahan bertindak ala diktator turut membuatkan rakyat terhakis keyakinan terhadapnya.

Ramai yang melihat Muhyiddin atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak harus bertindak sekeras itu terhadap Tun Mahathir Mohamad selaku pengasas Bersatu atau kepada Mukhriz Mahathir yang akan mencabarnya bagi jawatan Presiden parti, sebaliknya perlu berhadapan secara “gentleman” dengan mereka dalam proses pemilihan.

Jika diperhatikan cara Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa yang dilakukan Najib Razak sebelum beliau tumbang pada PRU14 lalu.

Ketika itu, semua yang cuba menentang dan melawannya akan dipecat dan diketepikan melalui kuasa dan keangkuhan yang bertapak tinggi dalam dirinya.

Najib juga pada waktu itu tidak memperdulikan banyak teguran yang bertujuan memperbaiki kelemahannya lantaran terlalu yakin dirinya kebal daripada dijatuhkan.

Akhirnya, dengan serangan demi serangan yang mengakibatkan penolakan kian membesar, sokongan yang ada padanya terhakis sedikit demi sedikit dan akhinya berjaya ditumbangkan.

Apa bezanya dengan kedudukan Muhyiddin sekarang?

Kalau diperhati dan diteliti, semuanya saling tak berbeza sama sekali.

Sementara majoriti yang ada padanya hanya cukup-cukup makan dan serangan pihak lawan iaitu PH dan kumpulan Tun Mahathir sentiasa agresif, berfakta dan boleh diterima, ditambah rasa tidak puas hati rakyat yang terus membuak-buak, hakikatnya penolakan kepada Muhyiddin sekarang ini tak ubah seperti bagaimana Najib dan BN ditolak sebelum dijatuhkan pada PRU14 lalu.

Melihat semua perkembangan mutakhir, jika diadakan PRU mengejut sekali pun dalam waktu terdekat ini, kalau mereka tidak berpecah dan mampu berpakat sekali pun, PN tetap sukar untuk mencapai kemenangan berbanding PH.

Apa lagi kerana PN beroleh kuasa melalui pengkhianatan dan perampokan di tengah-tengah jalan, gelodak rakyat untuk membalas dendam tidak pernah surut selagi ia tidak dilampiaskan.

Lantaran itu, mungkin faktor paling pokok ialah tidak sanggup kecundang dalam PRU15 akan datang, dalam waktu-waktu mendatang ini akan terlihat perkembangan beberapa Ahli Parlimen PN menyeberang kembali kepada PH.

Mungkin bermula dengan seorang, diikuti seorang dua selepasnya, kemudian ada lagi menyusul, realitinya PN dalam potensi yang sangat besar untuk menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah negara.

Oleh itu, kemungkinan PN akan tumbang dalam waktu terdekat ini bukan sekadar perang psikologi, tetapi realiti yang paling mungkin menjadi kenyataan.

 (Shahbudindotcom 02/06/2020)


SENARAI PEMANDU MABUK, BILA PN NAK BERTINDAK?

LANTIKAN POLITIK: JANGAN ULANG ERA ISA SAMAD DI FELDA – MAZLAN

*BERAPA NILAI SEORANG AHLI PARLIMEN?*



Bertiup kencang sekarang berita dan khabar angin mengenai sesi “jual beli” dalam kalangan ahli-ahli Parlimen Malaysia. Pada masa yang sama, keadaan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya berapa sebenarnya nilai seorang ahli Parlimen? Berapa nilai jawatan yang ditawarkan atau dituntut sehingga mereka boleh dijual beli begitu sahaja?

Keadaan serta suasana ini sudahpun berpanjangan dan pastinya telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan juga dunia.

Ahli-ahli Parlimen perlu diingatkan bahawa sokongan yang telah diberikan oleh pengundi semasa PRU14 yang lepas BUKAN kerana batang tubuh diri anda. Rakyat membuat pilihan atas dasar janji-janji serta meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat dan merasai janji-janji pilihanraya itu dikotakan.

Selepas menang pilihanraya, TIDAK bererti calon yang menang itu boleh sesuka hati mengambil pertimbangan politik berkepentingan sendiri tanpa menghiraukan mandat sebenar yang diberikan oleh rakyat khususnya pengundi.  Seorang YB perlu ingat siapa yang meletakkan anda di situ dan atas dasar apa anda dipilih!

Bagi calon-calon yang bertanding atas tiket HARAPAN, dengan satu logo KEADILAN, majoriti rakyat memberanikan diri memilih anda atas dasar perjuangan yang berpaksikan kepada menegakkan KEADILAN dan kebenaran; menentang kezaliman; menjanjikan reformasi sistem dan institusi; dan menumbangkan pemerintahan kleptokrat. Mana-mana ahli Parlimen yang menang dan terpesong dari landasan ini, bererti pengkhianatan ke atas  amanah yang telah diserahkan rakyat kepada  mereka.

Telah tiba masanya, martabat ahli-ahli Parlimen di Malaysia ditingkatkan.  Mereka perlu tetap teguh dengan prinsip perjuangan, membela nasib rakyat dan kesejahteraan negara. Berperanan sebagai ahli Dewan Rakyat yang berkesan dan bertanggungjawab. 

Demi rakyat dan negara, calon-calon pilihanraya yang ada bibit-bibit mementingkan diri sendiri dan korup walaupun sedikit, perlu ditolak dari awal lagi. Susah sangatkah untuk kita mencari dan memilih 222 ahli Parlimen dari 32.74 juta rakyat Malaysia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan meletakkan kepentingan nasib rakyat dan negara mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain?

Saya yakin boleh.

Untuk itu berlaku, parti-parti politik perlu bertanggungjawab menawarkan calon-calon yang berkualiti serta amanah demi kesejahteraan rakyat dan negara. Pada masa sama, rakyat perlu mengundi mereka yang benar-benar memenuhi kriteria sebenar yang diperlukan termasuk mereka yang berpegang kepada prinsip yang betul dan tidak mengangkat sebarang agenda lain yang bersifat ketidakadilan dan pentingkan diri sendiri. Janganlah disebabkan kerakusan harta dan jawatan, masa depan rakyat dan negara tergadai.

https://www.facebook.com/337799410032578/posts/903303460148834/?d=w



SENARAI LENGKAP MP DAN GLC YANG DITERAJUI




#SCHEMEOFTHINGS 

Senarai Lantikan MP / ADUN / Ahli Politik 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 (𝗣𝗡) dalam GLC dan Agensi Kerajaan

(𝘒𝘦𝘮𝘢𝘴𝘬𝘪𝘯𝘪: 1 𝘑𝘜𝘕 2020)

𝗨𝗠𝗡𝗢:

1. MP Jelebu - Dato Jalaluddin Alias - Pengerusi UDA Holdings

2. MP Gerik - Dato Hasbullah Osman - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

3. MP Cameron Highlands/Umno - Dato Ramli - Pengerusi Amanah Raya Berhad

4. MP Padang Terap/Umno - Dato Seri Mahdzir Khalid - Pengerusi TNB

5. MP Pasir Salak/Umno - Dato Sri Tajudin Abd Rahman - Pengerusi Prasarana Berhad

6. MP Jerantut/Umno - Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris - Pengerusi Lembaga Getah Malaysia

7. MP Machang/Umno - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Pengerusi MPOB

8. MP Besut/Umno - Dato Seri Idris bin Jusoh - Pengerusi FELDA

9. MP Kimanis/Umno - Datuk Mohamad Alamin - Pengerusi MyIPO

10. Calon (Kalah) Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 - Datuk Seri Khaled Nordin - Pengerusi Boustead Holding Berhad

11. MP Jempol/Umno - Dato' Salim Sharif - Pengerusi RISDA

12. MP Tanjong Karang/Umno - Tan Sri Noh Omar - Pengerusi MISC Bhd

𝗠𝗖𝗔:

13. Calon PRU14 kalah Parlimen Tanjung Malim/MCA - Dato Seri Mah Hang Soon - Timbalan Menteri Pendidikan

14. Calon PRU14 kalah Parlimen Seremban/MCA - Datuk Ching Sin Woon - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang

15. Calon PRU14 kalah DUN Machang Bunok/MCA - Dato' Tan Teik Cheng - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang

16. Calon PRU14 kalah DUN Bemban - Datuk Koh Chin Han -  Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka

17. Naib Presiden MCA - Dato Sri Tian Li Ker - Timbalan Menteri Perpaduan Nasional

𝗣𝗔𝗦:

18. MP Marang/PAS - Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri

19. MP Bachok/PAS - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Pengerusi KESEDAR

20. MP Pasir Putih/PAS - YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

21. MP Pasir Mas/PAS - YB Ahmad Fadhli Shaari - Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

22. MP Dungun/PAS - Wan Hassan Mohd Ramli - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

23. MP Setiu/PAS - Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir - Pengerusi TEKUN Nasional

24. ADUN Jabi, Exco Terengganu/PAS - Azman Ibrahim - Pengerusi Lembaga Kenaf & Tembakau Malaysia

𝗚𝗣𝗦:

25. MP Bintulu/GPS - Datuk Seri Tiong King Sing - Duta Khas Ke China Bertaraf Menteri

26. MP Hulu Rajang/GPS - Datuk Wilson Ugak Kumbong - Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)

27. MP Sibuti/PBB - YB Lukanisman Awang Sauni - Pengerusi SEDA

28. MP Tanjung Manis/GPS - Datuk Yusuf Abdul Wahab - Pengerusi CIDB

29. MP Betong/PPB - Datuk Robert Lawson Chuat - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu

30. MP Serian/SUPP - Dato Sri Richard Riot - Duta Khas Ke Asia Timur Bertaraf Menteri

31. MP Baram/GPS-PDP - Anyi Ngau - Pengerusi Lembaga Koko Malaysia

32. MP Igan/GPS-PBB - Ahmad Johnie Zawawi - Pengerusi Bukan Eksekutif Indah Water Berhad (IWB)

𝗣𝗣𝗕𝗠:

33. ADUN Permas/PPBM - Che Zakaria Mohd Salleh - Pengerusi Kejora

34. MP Beaufort/PPBM - Datuk Azizah Mohd Dun - Pengerusi MARA

35. Ahli Dewan Negara/PPBM - Razali Idris - Pengerusi KETENGAH

36. MP Sabak Bernam/PPBM - Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh - Pengerusi FAMA

37. MP Tasek Gelugor/PPBM - Shabudin Yahaya - Pengerusi Felcra

38. ADUN Kempas/PPBM - Dato Osman Sapian - Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia

39. ADUN Bukit Kepong/PPBM - Dato Dr Sahruddin Jamal - Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

𝗠𝗜𝗖:

40. Bekas KP MIC - Datuk Nelson Renganathan - Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)

𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀:
41. MP Bukit Gantang/Bebas - Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - Pengerusi LKIM

𝗞𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹:
42. Bekas PKR - Zakaria Abd Hamid - Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

𝗦𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.. 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗚𝗜 ‼


Perihal agamawan dalam ‘senik’


Ada orang bertanyakan aku, apakah Rumi pernah membicarakan sesuatu mengenai seorang agamawan palsu, berserban besar sehingga menujah langit dan berjubah labuh sehingga menyapu tahi kambing?
Ya. Kataku, akan tetapi kata-kata guru Rumi iaitu Shams-i Tabrizi jauh lebih seru.
Katanya begini: “Setiap kerosakan yang terjadi di dunia ini berlaku kerana seseorang percaya kepada seseorang yang lain atas dasar taksub, atau dia menafikan sesuatu kebenaran juga atas dasar taksub”.
Jadi tidaklah menghairankan jika ada agamawan yang cakapnya berbolak-balik, menganjurkan menipu atau mengkhianat, dan mempertahankan korupsi atau kerosakan di muka bumi, tetapi masih ada pengikut yang ramai membuntutinya.
Ini kerana akar kerosakan di dunia ini terjadi oleh sebab taksub.
Hal ketaksuban seseorang pengikut kepada agamawan tertentu akan membuatkan mereka buta, mabuk, bebal, dan hanya menjadi tukang buntut.
Taksub berlaku kerana tiada lagi penggunaan akal dan penaakulan, atau perenungan. Otak mereka menjadi otak loceng. Yang tatkala bunyi genta bergema, mereka akan dengan tanpa segan silu menyembah agamawan itu.
Maka tidaklah hairan jika ada seseorang yang menciptakan kerosakan, akan ada 11 yang lain misalnya ikut sama menurut kerosakan itu kerana semua sudah taksub. Kita sebagai orang luar menyaksikan semua kegilaan dan kerosakan ini dengan tercengang. Tetapi mereka mencipta-cipta pelbagai alasan konon pintar.
Padahal mereka sedang melakukan kerosakan kerana taksub.
Ada orang bertanyakan aku, apakah Rumi pernah membicarakan sesuatu mengenai seorang agamawan palsu, berserban besar sehingga menujah langit dan berjubah labuh sehingga menyapu tahi kambing?
Ya, kataku. Rumi sebetulnya lebih banyak berbicara tentang pengikut agamawan seperti ini. Kerana mereka tidak berpelajaran, tidak menggunakan akal fikiran dan berotak loceng.
Rumi melihat pengikut agamawan korup seperti ini sebagai kaum Badwi yang perasan benar. Aku kutipkan satu wacana yang disebut Rumi untuk pertimbangan:
‘Rumi berkata: Seorang laki-laki sedang memimpin shalat, dan mengutip dari al-Quran: “Orang-orang Badwi keras kepala dalam kekafiran dan kemunafikan.” Tanpa sengaja seorang kepala suku Badwi hadir. Dia menempeleng telinga sang imam.
Pada rakaat kedua, imam itu mengutip ayat yang berbeza dari al-Quran: “Sebahagian dari orang-orang Badwi beriman kepada Allah dan Hari Akhir.” Orang Badwi itu berteriak, “Ha! Tamparan itu telah mengajari kamu bersikap lebih baik!”
Sedemikian bebalnya pengikut agamawan palsu yang menganjurkan penipuan sebagai maslahah. Masalahnya bukan sangat pada tampang dirinya, akan tetapi kepada pengikutnya yang taksub, dan tidak terpelajar. Seiibarat Badwi yang perasan.
Duhai sekarang, bayangkan jika si agamawan jahat ini diangkat menjadi pemimpin? Kemudian agamawan ini pula mengangkat mereka yang bebal seumpama Badwi sebagai pemimpin di peringkat lebih rendah?
Maka kita akan beroleh kegagalan dan kerosakan berganda.
Ada orang bertanyakan aku, apakah Rumi pernah membicarakan sesuatu mengenai seorang agamawan palsu, berserban besar sehingga menujah langit dan berjubah labuh sehingga menyapu tahi kambing?
Ini kerana kata orang itu, masakan seorang agamawan palsu tidak mengenali apa yang benar, dan apa pula yang palsu? Sedangkan dia agamawan, dan dia banyak ilmu?
Rumi pernah membicarakan perihal pemimpin-agamawan sebegini. Ia tidak melihat kehancingan pada dirinya. Ia hanya melihat kehancingan orang. Sedangkan kita orang yang tidak bergelumang dengan kekencingan sentiasa sedia melihat.
Kata Rumi begini:
“Semua sifat jahat – penindasan, kebencian, kecemburuan, ketamakan, kekejaman, kesombongan – ketika mereka ada dalam dirimu, mereka tidak membawa luka. Ketika kamu melihatnya dalam diri orang lain, maka kamu menghindar dan merasa sakit.
“Kita tidak berasa jijik pada koreng dan bisul kita sendiri. Kita akan mencelupkan tangan kita yang terjangkiti ke dalam makanan dan menjilati jemari kita tanpa pilih-pilih, tetapi ketika kita melihat sedikit bisul kecil atau sesetengah bilur di tangan orang lain, kita menghindar dari makanan orang itu dan tidak memiliki nafsu makan.
“Sifat-sifat setan seperti koreng dan bisul; ketika sifat-sifat itu berada dalam diri kita. Mereka tidak menyebabkan rasa sakit, tetapi ketika kita melihatnya bahkan pada tingkatan kecil dalam diri orang lain, maka kita berasa sakit dan jijik.”
Jadi agamawan akan berasa dirinya benar dengan jubah kepalsuan itu, kerana ia dibalut kain, benang dan seluruh busana atau jubah yang dibuat dari kepalsuan; padahal orang melihat dengan rasa jijik dan menyampah.
Akan tetapi agamawan tidak sedar, kerana kepalsuan itu ibarat sakit kulit yang ia berasa senang dengannya. Ia malah menjilat nanah bisul sendiri. Manakala pengikutnya pula dibutakan oleh rasa taksub. Atau sebahagian lagi seperti Badwi yang bodoh.
Bagaimana pula kita melihat keadaan masyarakat Islam yang diam, berkecuali atau tidak mempedulikan kesemberonoan sang agamawan dan pengikut-pengikutnya ini?
Bagaimana kita bersikap dengan orang yang rasa diri mereka lebih baik kerana konon tidak mencampuri kebejatan dan kebobrokan ini akan lebih bersih?
Kata Rumi, merekalah sebenarnya orang kafir (meskipun mereka orang Islam). Kerana mereka diam, tidak mahu menyebelah. Kekafiran itu ada dalam diri mereka tidak dapat dicuci. Malah tidak dapat diracuni, apatah lagi diberikan penawar. Kekafiran itu abadi dalam jiwa raga mereka membusuk, dan akan dihakimi kelak di hari pengadilan.
Rumi memetik perihal kekafiran dalam diri ini menerusi kisah Saidina Umar dan orang yang mengujinya dengan racun.
Aku petik begini dari teks “Fihi ma Fihi”:
“Sebuah bejana racun dibawa sebagai hadiah untuk Umar. “Apa gunanya ini?” tanyanya.
Mereka berkata, “Ketika tidak diperbolehkan masyarakat untuk membunuh seseorang secara terbuka, kamu dapat memberi mereka sedikit saja racun itu. Maka mereka akan mati diam-diam. Jika seorang musuh tidak dapat dibunuh di dunia ini, dengan sedikit racun saja dia akan terbunuh dengan tenang.”
“Kamu telah membawakanku sesuatu yang sangat berharga,” katanya, “Berikan kepadaku agar aku meminumnya, kerana dalam diriku ada seorang musuh besar yang tidak dapat dijangkau pedang. Aku tidak punya musuh lebih besar lagi selain dia.”
“Tidak perlu meneguk semuanya dalam satu tegukan,” mereka berkata. “Cukup satu cicipan saja. Bejana ini cukup untuk seratus ribu orang.”
“Musuhku juga bukan hanya satu orang,” kata Umar. “Dia seribu lebih kuat, dan telah menjerumuskan seratus ribu orang.”
Kemudian dia merampas cangkir itu dan meminumnya sekali gus. Seketika orang-orang yang berkerumun di sana menjadi beriman, seraya berkata, “Agamamu adalah benar!”
“Kamu semua telah menjadi beriman,” kata Umar, “Akan tetapi seorang kafir dalam diriku belum menjadi seorang yang beriman.”
Sungguh, demikian dahsyat sekali jiwa yang gagal ditundukkan jika tidak bersikap. Itu baru kekafiran dalam diri seorang Umar. Padahal itu Umar.
Bagaimana kalau kekafiran (padahal dia Islam) pada seseorang agamawan palsu yang berserban besar menujah langit dan berjubah labuh santak menyapu tahi kambing?
Demikianlah kita melihat agamawan, dan pengikutnya; dan mereka yang diam enggan mengatakan apa-apa ketika krisis.
Mereka percaya mereka akan selamat, sedangkan Rumi pernah mengingatkan;
“Nafsu paling hina dina dalam diri kita akan memperdayakan kita dengan ungkapan ‘Tuhan Itu Maha Pengampun.’ Yakni berbuatlah apa-apa pun, kerana Tuhan itu kan Maha Pengampun.
Jadi mereka menjadi Qabil dengan sengaja. Mereka terpedaya dengan sudut, atau perspektif. Padahal perspektif ‘Tuhan kan Maha Pengampun’ itu meletakkan mereka dalam kemusnahan.
Oleh kerana itu mereka terus-terusan bergelumang dalam kepalsuan, dan bersorak gembira. Mereka memandang kita yang berada di luar pusaran kepalsuan dan kerosakan itu bagaikan kita yang cuai, salah, atau bodoh sembari mengucapkan kata kasihan.
Mereka duduk dalam “senik”. Kata “senik” dalam bahasa Melayu arkaik (kuno) bermaksud bakul atau raga mengisi yang kotor-kotor tercela. Jadi mereka seronok bergumpal dalam senik. Mereka dalam senik itu perasan diri mereka digeruni.
Sedangkan kita yang berada di luar lingkungan kebejatan itulah yang berasa kasihan kepada mereka. Kita melihat mereka dalam senik itu dengan rasa jengkel dan terkejut.
Semoga kita berada di jalan benar. Semoga kita terpelihara daripada agamawan, pengikut dan mereka yang diam; kerana semua mereka itu membinasakan.
Binasa perlahan.

Anwar calon paling layak sebagai PM

Anwar Ibrahim, MB Selangor ke-17? - ismaweb

Dalam sejarah Malaysia, kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan rakyat selepas 61 tahun berkuasa kerana tidak berpuas hati dengan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, boros, dan rasuah yang menjadi amalan biasa.
Justeru, rakyat memberi mandat kepada pemerintahan baru, iaitu Pakatan Harapan untuk menghancurkan penyelewengan yang dilakukan pemimpin kleptokrasi.
Kerajaan baru mula menyiasat kes berskala besar seperti 1MDB, Tabung Haji, dan banyak lagi.
Apa yang berlaku adalah pengkhianat merancang menjatuhkan kerajaan PH dengan bersekongkol bersama beberapa pemimpin yang sudi menjadi pengkhianat kepada mandat rakyat.
Pengkhianatan ini dihadiahkan pelbagai jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Selain itu, keputusan perbicaraan kes dikaitkan dengan 1MDB baru-baru ini membuktikan dengan jelas tujuan sebenar mereka. Apa yang menyedihkan ialah kerajaan sedia ada perlu mendokong kehendak ahli Parlimen tidak berprinsip demi meneruskan pentadbirannya.
Hari ini, saya nampak peluang yang cukup cerah untuk kerajaan PH kembali mentadbir Malaysia dan meruntuhkan kerajaan “pintu belakang/atap” yang tidak menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.
Kali ini, kita perlu mencadangkan seorang calon sangat berkaliber untuk jawatan perdana menteri yang boleh mendapat kepercayaan rakyat serta merealisasikan perjuangan sebenar idealisme PH.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan PH yang baru.
Saya tidak perlu memperkenalkan latar belakang, perjuangan, dan pengalaman beliau dalam politik. Beliau pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri, menteri kewangan, menteri pendidikan, dan banyak lagi jawatan di peringkat persekutuan.
Pemilihan Anwar mestilah dipercepatkan untuk mengatasi masalah ekonomi dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi. Pengalaman beliau juga akan memberi nafas baru kepada pelabur asing yang berurusan dengan negara.
Akhir kata, saya merayu kepada semua pemimpin tertinggi PH supaya menerima cadangan saya dan mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri yang baru.
Pappa Raidu Veraman daripada Suara India Malaysia (MIV).

Respon kepada Dato Che Abdullah Mat Nawi, Jika PRU Segera PH boleh tewas di Kelantan?



Tidak tepat pandangan YB.

1. PAS menang besar PRU14 lalu disebabkan faktor besar Pengundi Luar Kerajaan Kelantan dapat ke UMNO. Jadi mereka pilih PAS, tak mahu pilih PH takut pecah undi.

2. Itu selepas Rafizi melalui Invoke keluarkan analisis UMNO akan tawan Kelantan, Terengganu.

3. Kajian badan bebas, pengundi yang menetap dalam Kelantan memang tidak suka akan Pas, tapi muak dengan Umno. PH adalah alternatif, lagi bagus jika PH boleh ambil alih Kerajaan Pusat segera.

4. Pru15, tidak mustahil jadi seperti PRU 2004, dimana PAS mentadbir negeri dengan majoriti 1 DUN sahaja, asal 2 DUN tapi tewas di PRK Pengkalan Pasir. Itu realiti sebenar amarah Pengundi Luar Kelantan.

5. Saat ini, YB mungkin boleh bercakap selesa, sbb YB dah jdi Timbalan Menteri Pertanian 3, dalam Kerajaan PN kuasai federal dan PAS kuasai Negeri.

6. Tapi YB kena ingat, jangkahayat PN cuma berberapa minggu sahaja lagi, sebelum 13 Julai 2020. PH akan buat Undi tidak percaya, PN hanya majoriti 2 Kerusi, bila bila masa boleh tumbang.

7. Isu air di Negeri Kelantan dah jdi No 1, sebelum ini anak perantau tak kisah sangat; sebab mereka balik sekejap sekejap sahaja, tapi kalini mereka balik lebih 2 bulan di Kelantan sbb PKP COVID 19. Semua isu rumah sendiri, isu kampung, isu Majlis Daerah, isu Pejabat Tanah, isu jalan Kg, Isu Politik dan Isu2 kritikal lain mereka dah maklum. Mereka dah maklum dah situasi sebenar.

8. Pas tidak lagi boleh kata Kerajaan Pusat gagal bagi Royalti, gagal benar lulus RUU355, gagal uruskan kes Pil Kuda dan HIV, kes penceraian tinggi, kes pelacuran di sekolah, kes Lebuhraya, Lapangan Terbang, Perlabuhan dll. Kamu dah jdi Kerajaan Pusat.

9. Malah duit RM400 juta sudah dalam tangan, alasan tiada duit sudah tidak praktikal saat Exco boleh kereta Mercedes sebuah seorang, dan elaun 50,000 seorang waktu rakyat kesusahan.

10. PN sekarang dalam krisis, adakah Pas nak bagi kerusi kepada Umno ataupun Bersatu? Politik ‘cas keting’ di Kelantan kita dah tahu. Jika naik PAS, Umno akan cantas, bergitu lah sebaliknya. Mustahil Pas nak serah kerusi DUN kepada UMNO ataupun Bersatu.

Sambil tu saya nak sertakan salinan video akak ni, dia komen pasal Air Kelantan. Beliau perkenalkan diri yang ayah beliau orang Totok Pas, daripada gaya cakap beliau, saya percaya dia ni Anak Perantauan. Boleh dengar sendiri, lagi pun dia pengundi Parlimen YB, terima kasih.

Syam Ghaz

MITOS ISLAM TERANCAM SENYAP SUNYI

KERAJAAN PN TIADA ‘EXIT STRATEGY’ TANGANI PEMBUANGAN PEKERJA?

ARAK, PEMANDU MABUK DAN PROPAGANDA KAUM



1. Kecoh baru-baru ni, kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk. Kes maut pulak makin meningkat masa PKP. Dah sah-sah masa ni kilang arak dilarang beroperasi. Masih mangkuk-mangkuk ni dapat bekalan dan belasah memandu ketika mabuk. Menyusahkan orang sampai bawak maut. Yang maut bukan sahaja orang ramai, penjawat awam makin ramai pula yang terkorban. Al-Fatihah buat mereka.



2. Kalau kita lihat jumlah kes yang dinyatakan oleh PM8, kes tahun 2020 sahaja iaitu dari Jan-Mei sebanyak 21 kes. Tahun 2019 yang secara total sepanjang tahun ialah 23 kes. Beliau pun bimbang dengan angka yang makin meningkat. Ini hanya takat bulan Mei. Kalau tunggu sampai hujung tahun, nescaya lagi teruk.

https://www.pmo.gov.my/ms/2020/05/perlu-pinda-akta-untuk-hukuman-lebih-berat-terhadap-pemandu-mabuk-pm-muhyiddin/

Kalau nak ikut perbandingan, kes tahun 2015-2017 adalah lebih tinggi daripada ketika zaman PH memerintah. Boleh dikatakan masa zaman PH lah kes pemandu mabuk ni antara paling rendah. Boleh tengok data dibawah.

http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/1cad7b0c-cc21-4ba9-a487-ed17a2db975e/resource/6035909b-7c08-479b-9ace-de7ef78bf336/download/statistik-punca-kemalangan-maut-2011-2019.xls

3. Walaupun begitu, ketika PH memerintah dalam tempoh 22 bulan itu, kes pemandu mabuk diapi-apikan macam nak kiamat. Penunggang agama dan walaun prejudis bangsa gunakan isu ini untuk bangkitkan isu perkauman dan agama. Ada yang marah sampai doakan Menteri PH kena langgar dengan pemandu mabuk. Punya la teruk perangai. Ada kalangan pemimpin sebuah parti Islam siap sound: “Jangan budayakan arak dalam masyarakat”. Gempak gempita suruh diharamkan arak di Malaysia.



4. Namun demikian, tuan puan tengok. Sekarang walaupun jumlah kes lagi akan jadi lagi teruk daripada tahun 2019, senyap sunyi alam FB dan Twitter. Suhu perkauman dan prejudis bangsa dah menurun. Takde lagi ratib nak suruh Menteri Agama sila meninggal, takde lagi kecaman ke atas Menteri Pengangkutan. Walhal dua-dua Menteri Pengangkutan zaman PH dan PN berbangsa Cina. Sekarang isu pemandu mabuk bukan lagi dibuat isu agama dan bangsa.

5. Jadi sekarang kita dah nampak. Hiprokrasi tahap dewa yang mereka ada. Zaman sekarang, kurang dah ratib haramkan arak di Malaysia. Setiausaha Agong PAS yang juga Menteri Undang-Undang dah senada pandangan dengan bekas Menteri Pengangkutan DAP. Kaum minoriti pun ada hak. Hak untuk minum arak tak boleh di sanggah. Yang penting perlu ada kawalan yang berkesan. Namun sangat susah untuk arak diharamkan.

6. Ada seorang pensyarah kanan juga tak habis ratib kes pemandu mabuk ni salah Kerajaan dulu. Dah tukar Kerajaan pun sama je dalil beliau, PN tak salah yang salah PH dulu. Katanya sebab lembap nak bentangkan di Parlimen. Ikut pengalaman beliau la, 2 minggu draf dah boleh siap. Kenapa tak dibuat masa PH memerintah. Saya yang heran punya lah banyak kes sebelum tahun tahun 2018 dan 2019, pernah ke dia salahkan Kerajaan dulu. Pernah ke dia mendesak sampai begitu?

7. Saya juga cabar beliau kalau betul mendesak, tolong sarankan Kerajaan PN masukkan pindaan dalam Parlimen sesi Mei baru ni. Tolak tepi undi tak percaya PM8 dulu. Tapi sebab kita memang nak sekang kes pemandu mabuk, harus dan wajib bentangkan Rang Undang-Undang tersebut secepat mungkin. Takde pulak saya nampak beliau desak untuk percepatkan pindaan kepada Kerajaan PN, sesi Mei pun dah terlepas. Walhal segala draf pindaan dah ada di Jabatan Peguam Negara. Hanya tunggu kelulusan Kabinet PN untuk dibentangkan di Parlimen.

8. Apa yang Menteri Pengangkutan PN buat? Suruh pemandu mabuk ambil Grab jangan memandu. Lepas tu, buat pulak bancian awam dalam talian. Berbulan lagi ambil masa untuk buat semua tu. Draf yang pensyarah kanan cakap boleh siap 2 minggu, dah jadi makin lama dan lambat. Sampai la ni tak masuk Kabinet. Katanya nak masuk bulan Julai. Tupun kita harap sangat. Tapi pensyarah kanan UUM terus senyap. Ada satu Mufti dulu yang bising pun, sekarang dah tak banyak bunyi.

9. Jadi kita yang di bawah ni, macam biasa kena main dengan politikus haprak penggunggang agama. Dulu katanya sebab Kerajaan kafir, arak dibudayakan dalam masyarakat. Maka kes pemandu terus meningkat. La ni, Kerajaan Melayu Islam (please jangan sebut depan MCA, nanti kena hampuk) kes lagi mencanak-canak. Jadi apa cerita? Dengan sedapnya keluar dalil-dalil yang jelik didengar. Dah hilang dah ratib benda yang katanya perlu dibuat dulu.

10. Saya pernah buat suatu posting tentang isu arak yang dipolitikkan. Tuan Puan boleh baca kalau berminat. Yang ni saya hentam PH dan PN. Disensasikan isu arak untuk kelangsungan politik. Mainkan dan manipulasi sentimen rakyat untuk kepentingan mereka-meraka. Ada juga saya buat perbandingan undang-undang di negara lain mengenai arak. Harap-harap ramai yang boleh buka mata.

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/147057546808384/?d=n

11. Yang pastinya, kita pengundi ni jangan cepat sangat termakan propaganda politik. Depa kata untuk bangsa dan agama. Padahal, yang paling utama hanya untuk mereka meraih kuasa. Sembang kencang dulu, bagi rakyat panas. Timbulkan isu kaum dan agama benda yang paling senang.

12. Bila dah memerintah, baru tahu langit tinggi rendah. Dah boleh kita nampak, keluar la segala dalil dan helah. Ingat, yang untungnya mereka, kuasa dah ada di tangan, jawatan dan gaji GLC dah merasa. Yang kita, menganga… terpaksa la hadap kes pemandu mabuk yang makin meningkat.

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

100 Pencapaian Kerajaan PN dalam 100 hari



1) Semuanya lebih teruk di zaman PN dari PH di ganda dengan tiga

2) Kesemua MP PN mendapat jawatan rashwah Menteri dan GLC

3) Forecast MIER 2.4 juta Pekerja Hilang pekerjaan

4) Menteri Maskot Agama yang tak ada function macam bunga plastik hiasan

5) Acap kali anggota keselamatan mati kena langgar akibat pemabuk

6) DAP belum di haramkan

7) Dong Zhong belum di haramkan

😎 UEC belum di haramkan siap TAR college dapat extra fund

9) Mutfi Ghadr masuk gua janji nak tegur MY

10) Kali pertama parlimen hanya ada titah YPDA dan tak bersidang; tapi rampas Dun berjalan lancar

11) Reza Aziz bebas lepas pulangkan separuh wang curi

12) Air Suam boleh bunuh Covid

13) Ada 500 negara dalam dunia

14) Unit mengukur berat jisim sudah tukar jadi 10 kilometer

15) Lebai PAS kata arak di bolehkan

16) Masjid tutup berminggu-minggu bukan sebab DAP

17) Pemandu mabuk hari-hari

18) Rancangan Malaysia ke 12 di tangguh sebab PN tak ada majoriti

19) Budget tambahan lulus luar parlimen

20) Parti pemerintah pertama yang ada di belah kerajaan dan pembangkang

21) Malaysia beli spy software dari Isreal di bawah Najib Razak yang kini sebahagian dari MP PN

22) Dalil dan hukum boleh berubah ikut kepentingan politik parti pemerintah

23) Teknokrat dalam parti lebai adalah muhong besar; yang mereka tahu tambah bini dan tebang balak

24) Krisis Air Kedah boleh di selesaikan oleh Menteri Mewa hanya pada 2040

25) Balak boleh di tebang janji ganti dengan durian musang king

26) Buluh kini jadi tanaman yang bagus lepas mereka bantah Teresa Kok zaman PH

27) Kedah Darul Makmur dan Wisma Darul Iman sudah bertukar geografi

28) Makcik Kiah kena tipu dan hanya dapat 10% dari 8K yang di janjikan; ini lagi teruk dari skim ponzi

29) Bantuan Gaji tambahan yang di janjikan sudah habis peruntukan

30) Islam tidak terancam walaupun 11 minggu tak sembahyang Jumaat

31) Sajat masih lagi berpakaian perempuan

32) Tahajjud dengan letak nombor akaun sudah mendapat sertu mutfi dan agamawan

33) Tiada takbir raya di masjid walapun kilang arak sudah boleh beroperasi

34) Harga Ayam dan barang-barang asas naik berkali ganda

35) PM pertama yang tangguh sidang parlimen sebab takut tak dapat undi

36) RUU355 masih di taman di dalam jirat

37) Bekas Pensyarah yang berhenti sebab nak lawan kleptokrat kini berjuang di samping kleptokrat

38) Tender Project 30 juta boleh lulus 50% bayaran pendahuluan sebelum kerja berjalan

39) Kedai Judi boleh di buka janji patuhi SOP; ini tak bermakna Islam terancam

40) Timbalan Menteri Agama hanya mampu like status terdahulu nak haramkan arak walau ada kuasa

41) Permohanan BPN di tolak kalau ada SSM. Kalau ada kes Mahkamah layak dapat GLC

42) Penghina Jawi dari MCA boleh di angkat jadi Timbalan Menteri Pendidikan; Tapi Mutfi Ghadr bisu tak kata apa

43) Solat di masjid kena denda, tapi berkumpul beramai-ramai di pejabat maskot agama di galakkan

44) Bantuan barang-barang RM100 hanya dapat nilai RM30. Lagi RM70 adalah cas penghantaran

45) Engineer Parti Islam tak boleh spot fake picture 500 negara. Dia juga tak boleh spot fake ulama so no wonder

46) Melah bising baju pramugari tak patuh syariah. Tudung melah pun kor singkat lepas jadi Timbalan Menteri

47) Razman Kastam dulu penyokong BMF dilihat hipokrit lepas beli barang dekat kedai apek sebab nak murah punya pasal

48) Keganasan rumah tangga boleh di atasi dengan bersuara doreamon

49) Mufti Utara berhenti jadi jurucakap kerajaan Ghadr lepas geng dia tak dapat lobi Mutfi

50) Gunting Rambut boleh kurangkan tekanan darah

51) TikTok boleh ganti medium pembelajaran dalam talian

52) Overkill penggunaan jargon boleh dapat jawatan timbalan menteri kabinet

53) Kenyataan media dalam bahasa selain dari melayu dan inggeris dibenarkan; even mutfi ghadr pun tak kata apa

54) Menteri KBS endorse main judi kuda sebagai e-sport

55) Heli hilang tiba-tiba boleh jumpa

56) Rahib Melah kunci lori adalah MP yang paling tua dalam dunia, hidup lebih satu abad

57) Cina MCA kalau minta maaf terus berjiwa besar; kalau Cina DAP terus masuk neraka kata Melah Kunci Lori

58) Lebai Boddo dulu kata Menteri Setang bila benarkan arak. Time kawan dia jadi menteri, dia sendiri jadi setang.

59) Konsep fiqh al yahud halaluna wa harammukum di galakkan.

60) Walaun kata Covid takut salji, lepas kena covid sebab main salji dia tadah tin milo

61) Walaun Bekam dulu kata TikTok mudarat, bila lebai kantoi benar tiktok walaun mutarligat

62) Menteri Benarkan kilang arak beroperasi, TokPeti salahkan KSU, lepas menteri kata dia tahu, TokPeti buat-buat tak tahu

63) Menteri Duta Timur Tengah sanggup karang surat palsu pada pempimpin luar negara janji di lantik jadi Menteri

64) PKP kurangkan pencemaran alam sekitar kata meneteri mewa. Buat apa susah2 rangka plan, kita biar sahaja pada alam semulajadi kan?

65) Mak Lampir sembur jalan untuk cegah Covid, why not? Kitakan selalu sentuh jalan dengan tangan

66) Face Mask Komunis lagi murah dari FaceMask Melayu Isle

67) Walaun PAS kata boleh kurung covid dalam botoi.

68) Bantuan boleh di lambatkan sebab nak tepek muka menteri dahulu

69) Kes Adib masih di dalam peti sejuk; AG melayu isle lagi teruk dari TT sampai bapa adib kena tulis surat lagi

70) Kabinet 74 menteri paling besar dalam sejarah dengan 17% lebih perbelanjaan tapi takut masuk parlimen

71) Negara lain bagi bantuan duit dalam akaun bank, kita di beri pilihan keluar wang KWSP sendiri

72) Islam ada penyelesaian untuk Covid19 kata Hadi Awang. dah masuk 100 hari tak nampak lagi apa yang hadi awang canangkan

73) Walaun yang dulu nak langgar menteri agama kini boleh share resepi masak memasak bila ada orang mabuk arak

74) Export minyak sawit ke india sudah jadi halal walaupun Modi zalim pada orang islam di sana

75) Menteri ponteng kerja sebab nak bagi kuliah dhuha

76) Walaun adalah ahli kitab moden

77) Hudud bukan lagi keutamaan sebab takut MCA tak redha

78) Portal Isytihar harta SPRM tidak beroperasi kerana harta MP PN bertambah ekponan setiap hari

79) Penyokong kuat Dong Zhong di angkat jadi menteri, tapi mutfi bisu

80) Sijil ISO9001 yang tamat 4 tahun masih boleh di guna pakai kata menteri mewa

81) Air kencing Adun PN negatif sebab sokong PM atap

82) Menteri Sumber Manusia pakai degree Palsu

83) Lebai PAS tiba-tiba kata tak mampu tunai manifesto nak hapus PTPTN

84) PM pertama yang tak dapat legitimasi dari pemimpin dunia

85) Yang gila kuasa nak jadi PM adalah MY bukan Anwar macam yang di tajjasus of Mutfi

86) Lebai 22 bulan minta bubar parlimen, bila dewa marang jadi Menteri terus marah siapa minta bubar parlimen

87) Negeri Kafir macam Singapura lebih cepat SOP buka masjid sepenuhnya; Menteri agama kita duk bising bab tongkat khutbah.

88) Akaun Twitter SPRM hilang macam hilang kes rasuah reza aziz

89) IQ Graduate King's College London setaraf dengan Graduate Kolej Sungai Buluh Aliran Rasuah

90) Pemandu mabuk boleh langgar orang di pasar ramadhan, tak pernah jadi zaman PH

91) MP PN wajib lompat pada sesiapa yang boleh bida harga tertinggi

92) Dai' mualaf yang dulu memekak islam terancam sampai minta bubar parlimen, kini boleh jadi lembut macam span basuh pinggan lihat islam di hina

93) Rakyat mati kelaparan tak makan itu bukan masalah kerajaan, yang penting semua ahli politik kenyang dan tidak kelaparan

94) Khianat halal kalau di buat oleh PM PN, janji dia boleh jadi imam dan pandai baca doa

95) Kali pertama harakah warning jangan menghasut perkauman, lepas puluh tahun makan lendir hasil takfiri dan perkauman

96) Zaman PN malaikat pun hamba sahaya mereka kata Guru TarSenik

97) Lantik pengerusi perlabuhan dari DAP haram, tapi kalau dari MCA halal toyibban

98) MCA sokong parti komunis China pun halal, janji bukan DAP

99) Prof Kangkung Kamarul mohon maaf kali ke tiga sebab post artikel fitnah

100) Penjawat awam yang kritik kerajaan PN terus kena SISPAA, zaman PH tak pernah sekat kebebasan bersuara sebab di jamin dalam artikel 10 perlembagaan negara.