Komentar Pasca Pengumuman Rangsangan Prihatin PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
OWHHH.....
Pada saya, soalan ini tak penting buat masa ini kerana siapa suruh korang percaya PH dahulu?
Tahulah sahaja bahawa sebelum dia berhenti sebagai PM interim, Tun Mahathir akhirnya mengaku kerajaan BN dahulu meninggalkan kekayaan sebanyak RM2 trilion untuk negara di mana RM1.2 trilion dibina dalam tempoh 9 tahun saya PM.
Siapa suruh korang percaya PH dahulu?
Cuma satu yang saya mnta sahaja ialah korang jangan percaya DAP dan PH lagi kerana mereka banyak memfitnah saya, banyak menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk mengenakan saya dengan apa jua cara dalam tempoh dua tahun lalu dan menipu Rakyat.
27 Feb 2020: Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-trillion-savings-further-stimulate-economy
27 Feb 2020: Dr M: Govt to tap RM2 trillion 'war chest'
https://www.nst.com.my/business/2020/02/569993/dr-m-govt-tap-rm2-trillion-war-chest
TERKINI : Melilau Tak Tentu Arah “Cekup dan Sumbat Mereka Dalam ZOO” – Azwan Ali
Azwan Ali atau Diva AA menyarankan agar kerajaan menangkap dan memasukkan orang awam yang masih gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke dalam zoo negara.
Katanya tindakan menangkap dan memasukkan orang awam yang masih keluar ke dalam zoo bertepatan dengan tindakan segelintir masyarakat yang disifatkannya melampau kerana ingkar arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP ini.
Justeru Azwan Ali yang memohon agar cadangannya ini dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjayakan langkah kerajaan memerangi Covid-19.
TERKINI : Sebab Kamu ‘Dayangku Intan’, Aku Sanggup Berkorban – Diva AA
“Dayangku Intan, memang betul sebab kamu Diva AA terkena macam ini (dituduh di mahkamah),” kata selebriti itu selesai membuat membuat bayaran denda kepada Mahkamah Majistret sebentar tadi.
Walaubagaimanapun kata beliau, tindakannya baru-baru ini yang mencetus kontreversi sehingga dihadapkan ke mahkamah tidak lebih sekadar mempertahankan penyanyi yang dianggap sebagai ikon yang berwibawa.
Namun beliau turut mengakui cara yang digunakannya itu salah.
“Bagi saya hormat dia, dia diva saya, ikon saya. Dayang jika anda melihat ini memang betul sebab kamu Diva AA terkena macam ini (dituduh di mahkamah).
TAHNIAH DARI AKU
Abdul Malek Hussein
Aku ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion.
Aku belum mahu nak ulas lagi.
Cuma aku nak bantu sikit Makcik Kiah yang mungkin tak faham ayat akhir yang Muhyiddin sebutkan dalam Bahasa Inggeris:
“This government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment.”
Makcik Kiah, ini yang Muhyiddin kata:
“Kerajaan ini bukanlah kerajaan yang anda pilih dulu. Tetapi saya ingin anda semua tahu bahawa kerajaan ini pedulikan anda. Saya menerima hakikat bahawa saya muncul sebagai Perdana Menteri anda pada saat yang sangat tak bagus.”
Muhyiddin pun mengaku rakyat tak pernah pilih kerajaan yang dibentuk sekarang dalam pilihanraya umum lalu, dan timing rampas kuasa pun tak kena.
Harap Makcik Kiah faham.
Pakej ‘Kiah Tertipu’
Jangan terpedaya rakyat sekalian. Ini sebabnya
1. Pertama, kerajaan tak keluarkan RM250b. Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10%, iaitu hanya RM22bil aja. Yang lain duit rakyat, seperti,
a. Tangguh bayar bank (RM100b – duit rakyat)
b. Keluar duit sendiri dari EPF (RM 40b – duit rakyat)
c. Tangguhan sumbangan ke EPF dan HRDF utk 6 bulan. Tapi selepas tu kena bayar semua yang tertangguh (RM6b – duit rakyat) dan juga jaminan pinjaman dari Danajamin (RM50b).
2. Kiah kena tipu. Bantuan penjimatan MakCik Kiah bukannya RM4,464. Penjimataan sebenar adalah RM864 sahaja, sebab:
a. Pinjaman kereta 1800 ( kena bayar jugak nanti)
b. Pinjamam PTPTN 1200 (kena bayar jugak nanti)
c. Pinjam kredit mikro 600 (kena bayar jugak).
Jadi RM3600 kena bayar. Makcik Kiah jimat hanya sewa rumah RM744 dan bil letrik RM120. Makcik Kiah jangan joli ye, jimat 864, bukannya RM4,464
3. Bantuan yang rakyat dapat bukannya macam Makcik Kiah, sorang dapat RM4200. Makcik Kiah juai pisanggoreng , laki pencen buat 2 kerja (bawak grab dan kerja RELA), anak pinjam PTPTN, kesemuanya akan dapat bantuan RM4200. Bagaimana pulak Makcik Limah suri tumah yang tinggal di Kampung, bukannya di bandar? Laki kerja kedai tomyam gaji hari, anak 3 orang masih di sekolah rendah? Jumlah dapat bayaran bantuan prihatin 1600, dan baki BSH RM600, jumlah RM 2200. Jauh rendah dari contoh Midin kata kat TV tadi.
4. Bantuan kepada Makcik Kiah bukan setiap bulan. SEKALI SAHAJA, tapi bayar 2 kali. Lepas itu, pandai-pandai lah.
5. Ramai akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah, ini sikit sangat. Syarikat yang tidak ada income akan tetap buang pekerja. RM600 terlampau sikit untuk mereka terus mambayar gaji. Kerajaan Singapura bayar sehingga 75% dari gaji pekerja syarikat (jika gaji SGD 4500, kerajaan singapura akan bayar 75% iaitu SGD 3,375 untuk tempoh 9 bulan. Kita bagi 3 bulan, itu pun RM600 aja. Ini tidak cukup, dan jutaan akan hilang kerja
6. Bantuan baru kepada mereka yang tiada pendapatan sebab hilang kerja atau tiada pendapatan adalah di antara RM 500 - RM1600 (bantuan prihatin). SEKALI SAHAJA. Untuk makluman, kos sara hidup di KL untuk suami isteri Bersama dua anak adalah RM6700 sebulan. Inikah prihatin? Di Singapura, kerajaan mereka memberi SGD 800 (atau RM 2400) sebulan selama 3 bulan kepada mereka yang hilang kerja. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka beri SGD 1000 (RM3000) sebulan selama SEMBILAN BULAN. Kita bagi one-off sahaja.
7. Kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun (0 peratus) menurut Kementerian Kewangan. Tapi ahli ekonomi ramai angarkan ekonomi akan meleset, dan sekurang kurangnya satu juta akan hilang kerja.
Kiah jangan tertipu. Bantuan yang diberikan kecil sangat,dan tidak mencukupi untuk negara mengatasi bala ini. Kerajaan masih kedekut. #kitajagakita.
Ada banyak lagi trick tersembunyi dari Midin tapi cukup lah untuk setakat ini. Kita sambung Part 2 nanti ya.
Makcik KIAH DAPAT RM8000 😱😱
SEDIKIT SEBANYAK TENTANG MAKCIK KIAH
Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.
Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum.🤣🤣🤣🤣🤣🤣
BERPUASHATI KAH ANDA DENGAN TAMBAHAN INI?
Baru tonton Pembentangan Pakej ransangan kedua Muhyidin sebentar tadi dengan nilai yang agak besar iaitu lebih RM 250 Billion.. ianya satu pakej ransangan yang baik dalam menghadapi kesan wabak Covid-19..
1- Sudah pasti jumlah RM 1600 yang akan dibayar dalam tempoh 2 Bulan itu akan menyelesaikan keperluan rakyat dibawah.. maksudnya kepeluan asas rakyat dibawah sudah dipenuhi..Malangnya ianya masih tidak bersasar dan tidak adil bagi kelompok bawahan..
Muhyidin masih menggunakan Template BRIM di zaman BN, RM 1600 itu hanya akan digunakan secara rawak kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM 4000.. Bagi yang peroleh gaji bulanan dari majikan, Mereka akan dapat tambahan pendapatan yang tinggi..
manakala kelompok yang berkerja dengan gaji hari..mereka hanya dapat gantian pendapatan yang hilang dalam tempoh sebulan ini, Bagi aku disini tidak adil.. manakala kelompok bujang dapat RM 800..
Sepatutnya Kerajaan meletakkan sasaran yang betul.. baru pendapatan rakyat seimbang..
Bagi yg peroleh gaji hari mereka perlu dapat lebih dari yang peroleh gaji bulanan dan tetap...Sebagai Contoh Penjaja Goreng Pisang dapat RM 2000 sebab dia kehilangan sumber pendapatan sebulan, manakala yang menerima gaji bulanan menerima sekitar RM 1000..
2- Dari sektor IKS pula, Muhyidin hanya sampaikan tambahan dana sebagaimana dalam belanjawan belanjawan sebelum ini kepada agensi pinjaman PKS, Tanpa ada jaminan jelas, Usahawan Kecil akan memperolehi Pinjaman mudah, Masih gunakan BSN sebagai Bank untuk Pinjaman MIKRO, bukan tanpa faedah, masih kekal dengan faedah....
Sepatutnya Jaminan Kerajaan ini mesti menggunakan semua saluran Perbankan seperti model pembiayaan Peribadi dengan memudahkan Rakyat memperolehi Modal Pinjaman..kalau guna model lama, ramai dikalangan IKS,terutama penjaja mereka tak akan layak..
Malangnya bagi IKS, penjaja,peniaga pasar malam, Kerajaan masih menggunakan model dan mengharapkan Institusi Zakat yang mana proses bantuan itu akan tak mungkin berlaku dengan cepat.. ia hanya sedap didengar..Sedangkan bagi kelompok Penjaja,Peniaga Jalanan keperluan mereka mendesak..
4- Dan peruntukan lain projek MRT, baik Pulih Jalan itu semua tak penting pun..Bagi aku ia takkan berlaku.. Sebab kerajaan ketiadaan Duit..Walaupun disebut jumlah Pakej Ransangan itu RM 250 billion.. Nilai kewangan yang benar cuma sekitar RM 20 Billion.. Yang lainnya masih tawaran yang disebutkan dalam pakej ransangan dan belanjawan sebelum ini..
Tak tahu bagaimana Muhyidin kata, Semua Kementerian kena jimatkan Perbelanjaan untuk penuhi Pakej Ransangan ini.. Singapura sebagai contohnyaia sebut dengan jelas segala pakej ransangan menggunakan Rezab simpanan Negaranya..
Bagi segala bentuk pakej ransangan kepada ekonomi tak mungkin tercapai melainkan hanya bantuan2 One Of dan pengecualian bayaran sewa dan penangguhan bayaran Pinjaman dari sektor perbankan yang diumumkan sebelum ini.... Yang lainnya masih terawang awangan.. Selepas itu kita akan kembali akan berhadapan dengan krisis ekonomi..
5- Bagi aku kelompok yang bekerja Sendiri, Peniaga Kecil IKS masih tetap terpinggir.. Mereka hanya dapat gantian separuh pendapatan dengan nilai RM 1600 untuk tempoh 2 bulan.. manakala bagi kelompok yang menerima gaji bulanan dan Kakitangan Kerajaan mereka akan peroleh pendapatan berganda..
Malah tidak ada peruntukan Jelas Rakyat dan Pekerja yang dibuang kerja..Apa solusi dan gantian pendapatan untuk mereka seperti yang diumuman Kerajaan Singapura...yang ada hanya RM 1500 skim KWSP...
6- *Dalam waktu terdekat ianya nampak baik.. dalam tempoh 2-3 Bulan* ini sudah pasti ada kuasa beli dipasaran.. Masih rakyat masih boleh terus berbelanja...
*Ancaman Ekonomi ini mungkin akan dirasai seawal Bulan Julai*... Aku tak tahu bagaimana Semua Kementerian nak lakukan penjimatan hanya untuk penuhi pakej ransangan COVID-19 Ini..
Dari sudut Ekonomi..Tidak ada petunjuk jelas kita boleh keluar dari kemelesetan Ekonomi yang teruk... ia hanya *Feel Good factor untuk kerajaan bagi tempoh 1-2 Bulan*...
Jawapannya dan realitinya kita hanya akan dapat rasai pada Hujung tahun ini,Menjelang pembentangan Belanjawan 2021...
Ipohmali
#malaysiagazette #mgtv TERKINI : APEK Naik Angin "SEJAM Beratur", Bagi Masa 20minit Je Beli Barang
Orang ramai beratur panjang mengikut jarak sosial dan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 9 bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Pasar Jalan Raja Boat, Kuala Lumpur.
TERKINI : Yang Suruh Datang (mahkamah) Bukan Mak Kau, Tapi Polis - Azwan Ali
TERKINI : Yang Suruh Datang (mahkamah) Bukan Mak Kau, Tapi Polis – Azwan Ali
Pengacara kontroversi Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA hari ini muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta dipercayai berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Hospital Putrajaya ke atas beliau dan seorang lagi selebriti.
Azwan yang tiba bersama dua pembantunya bagaimanapun terpaksa menunggu seketika sebelum dibenarkan masuk ke mahkamah.
Perlu kerjasama strategik bendung berita palsu Covid-19
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu wujudkan kerjasama strategik antara SKMM dan PDRM bagi menangani penularan berita tidak benar berkaitan Covid-19 agar rakyat tidak panik.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia perlu bagi mengekang penyebaran berita palsu.
Apa yang berlaku sekarang menjadi asas yang kukuh betapa Akta Anti Berita Tidak Benar perlu untuk negara dari mengekang berleluasanya penularan berita palsu, katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Zahid merujuk kepada laporan media perdana yang menyatakan banyak kertas siasatan telah dibuka oleh pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran berita tidak sahih Covid-19.
Sejak beberapa hari lalu banyak berlaku berita palsu terutama di media sosial berkaitan pandemik yang berlaku sehingga pihak berkuasa terpaksa menafikannya berkali-kali.
Menteri gagal, tetapi pecat CEO badan kebajikan yang lawan Covid-19
Tindakan Menteri Wanita dan Keluarga, Rina Mohd Harun yang dianggap antara menteri yang gagal sebelum ini memecat Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara ketika negara berhadapan dengan wabak Covid-19 dikecam.
Begitu juga tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Annuar Musa, memecat ahli Majlis Perwakilan Penduduk di seluruh Wilayah Persekutuan.
Tindakan ini dilakukan ketika sebahagian pemimpin kerajaan meminta semua pihak jangan berpolitik dan mengajak semua rakyat memberikan tumpuan kepada memerangi Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim telah ditamatkan perkhidmatan melalui satu surat yang ditandatangani oleh Rina baru-baru ini. Turut dipecat semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN.
“Janganlah berpolitik, ini masa untuk tumpu lawan virus. Saranan yang bagus,” kata Zokharnain Abidin, Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH.
“Habis pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara, kalau bukan tindakan politik, tindakan apa?” soal Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyyah (Yadim) itu melalui Facebooknya.
Beliau bertanya, “Adakah pemecatnya bukan orang politik?”
Padahal, katanya, mereka yang dipecat pula bukan orang politik, tetapi aktivis masyarakat.
YKN adalah badan di bawah Kementerian Wanita dan Keluarga yang bergerak siang dan malam bagi menjaga kebajikan rakyat.
Bagi Zolkharnain, alasan yang diberikan oleh pihak berkenaan bahawa ia bukan pemecatan tidak lojik langsung.
“Bukan pecat, penamatan perkhidmatan. Eleh… macam lobai kata, bukan pintu belakang, tebuk atap,”kata beliau menyindir kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan ini bukan kerajaan pintu belakang tetapi tebuk ikut atap.
Bagi ahli Parlimen Lembah Pantai, fakta bahawa Rina Harun yang memecat mereka lagi mendukacitakan.
“Rina Mohd Harun yang langsung tidak berfungsi sebagai wakil rakyat mahu pun menteri (dulu dan sekarang) memecat CEO& Ahli Lembaga Pengarah YKN yang selalu turun padang buat kerja.
“Kita sedang perang Covid-19 ke perang nak rampas jawatan?
Laksana moratarium tindakan politik, gesa Majlis Presiden PH
Laksana moratarium tindakan politik, gesa Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri agar segera melaksanakan moratorium tindakan politik di saat negara sedang berhadapan ancaman penularan Covid-19.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama hari ini menegaskan bahawa, ahli-ahli politik perlu bekerjasama demi negara.
Katanya, pada waktu ini seluruh tenaga rakyat perlu dirangkul dan digabungkan tanpa mengira kaum, agama mahu pun faham politik.
“Itu semua perlu dilakukan untuk melandaikan keluk wabak Covid-19 ini serta menyelesaikan kemelut ekonomi yang semakin menjelma.
“Sebarang tindakan bersifat politik pada waktu ini pasti disalah tafsir dan mengundang amarah rakyat, langsung menghilangkan fokus terhadap usaha memerangi wabak ini dan memulihkan negara,” katanya.
Kenyataan bersama Majlis Presiden PH itu adalah antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurut kenyataan itu lagi, Majlis Presiden turut memohon agar Ahli-Ahli Parlimen yang dipaksa menjadi pembangkang dilibatkan dengan lebih aktif dalam usaha mengekang penularan wabak.
Katanya, maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan jumlah kes positif Covid-19 di setiap kawasan Parlimen, sewajarnya dipanjang kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut.
“Maklumat itu seharusnya dipanjangkan supaya Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di kawasan terkesan, agar boleh turut sama membantu.
“Kami mencadangkan agar pakej rangsangan ekonomi Perdana Menteri hari ini memberi fokus khusus kepada aspek kebajikan pekerja dan majikan.
“Kami berharap majikan dan syarikat-syarikat dapat dibantu agar mereka tidak memecat atau menamatkan perkhidmatan pekerja dan para pekerja dapat diberi bayaran gaji yang mencukupi untuk menampung kehidupan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Dalam memerangi penularan wabak ini, Majlis Presiden turut mencadangkan kerajaan membayar gaji minima sebanyak RM1,200 sebulan kepada semua pekerja Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan ke bawah.
“Kerajaan juga boleh memujuk semua pemilik premis memberikan potongan 50 peratus kadar sewa untuk tiga bulan dan moratorium selama enam bulan untuk pembayaran sewa,” katanya lagi.
DOA ANDA SEMUA
Mohd Asri Abu Bakar
Salam Jumaat....
Harga runcit Petrol dan Diesel negara terus menurun ketika harga pasaran dunia pun jatuh dengan teruknya.
Tapi, berapa jauh sangatlah kamu hendak menggunakan kenderaan untuk bergerak?. Dalam keadaan sekarang ni kan...jika turun 80 sen pun, dah tak berguna apa-apa pun. kerana slogan "KAMU MESTI DUDUK DI RUMAH!!!" masih terpakai.
Kenapa minyak masak yang trend harga (global) turut jatuh menjunam...KERA jaan tidak pula ingin mengurangkan harganya?...sebab, minyak masak tetap di gunakan setiap hari oleh pengguna-pengguna.
Nampak tak muslihat tersebut?...dan, contoh lagi satu...facemask pun tak turun-turun lagi harganya, kenapa? pun jawapan yang sama, kerana permintan terhadap facemask masih terlalu tinggi. KERA jaan dan pengedar mendapat untung yang berlipat kali ganda tetapi menyusahkan rakyat.
Jika orang-orang yang fanatik kepada PN/MN..mungkin mereka sudah terpengaruh dan mudah di manipulasikan (dengan harga rendah minyak fosil) dan senang-senang jer mereka di perbodoh-bodohkan. Sebab apa? Sebab mereka semua kurang pandai (sebenarnya saya nak tulis BODOH tadi, tapi tak sampai hati dan takut mereka marah ngan saya yang ikhlas ini!).
SOALAN:
Kenapa kamu para caingok's dan walaun's tidak pernah memiliki kecerdikan? Saya tanya jer ni....dan ada bantahan tak?.
*logik dan praktikalnya...harga barang-barang akan turun...mengikut trend penurunan harga minyak.
VIDEO DISERTAKAN : DR MAZA MEMBELA PENGKHIANAT?
Amat mendukacitakan seorang mufti yang jahil tentang isu politik semasa, mahu mengulas berkenaannya dan lebih malang lagi beliau membawa hujah agama untuk mengelirukan masyarakat.
Ilmuan seperti inilah yang akan memburukkan imej Islam di kaca mata orang2 bukan Islam, seolah2 Islam menghalalkan pembelotan atau pengkhianatan. Seolah2 Islam membenarkan "matlamat menghalalkan cara" apa sekalipun.
Dr Maza memberikan hujah perkauman dan agama menyebabkan kejatuhan kerajaan PH. Dr Maza anggap kejatuhan kerajaan PH adalah kerana kerajaan PH telaj melanggar perlembagaan terutamanya di dalam hak orang2 Melayu dan Islam. Malangnya, tok peti ini tidak membawakan satu pun contoh bagi memperkuatkan hujah, selain dari persepsi semata2. Beliau memberikan contoh, selepas kejatuhan kerajaan PH, tiada lagi yang berdemontrasi dan negara semakin baik dan rakyat selesa sekarang.
Wahai Dr Maza. Tahukah kamu bahawa kejatuhan kerajaan PH itu bukannya kehendak rakyat, tetapi kerana pembelot dan pengkhianatan daripada orang2 yang telah diberikan mandat oleh rakyat di dalam PRU14 yang lalu? Muhyidin dan Azmin serta orang-orangnya meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan Umno parti yang dikenali sebelum ini sebagai parti pemerintah sebuah kerajaan kleptokrasi dan juga bersama Pas, sebuah parti yang pernah melaknat perbuatan khianat sehingga tumbangnya kerajaan Pas Perak pada tahun 2009. Akhirnya Pas kini bekerjasama dengan pengkhianat demi untuk jawatan menteri alam sekitar?
Benar, Tun M letak jawatan. Mengapa dia letak jawatan? Dia suka2 mahu letakkah? Dia letak jawatan sebaik sahaja dia tahu dia tiada sokongan dari majoriti MP dari partinya sendiri dan beberapa orang dari kartel kumpulan Azmin. Akibat pengkhianatan dari Muhyidin dan kumpulannya dari Bersatu serta Azmin beserta kumpulan kartelnya dari Keadilan, maka secara prinsipnya Tun M kena letak jawatan akibat PH telah hilang majoriti. Bukannya Tun M suka2 letak jawatan. Puncanya khianat.
Konon2nya selepas kerajaan PH jatuh, barulah negara ini aman, rakyat telah selesa. Tiada lagi berdemo, tandanya negara di dalam keadaan terbaik, kata Dr Maza.
Nah, betulkah sekarang semuanya lebih baik dari era kerajaan PH? Lihat dengan mata kepala sendiri, selesakah rakyat sekarang? Tiada berdemo? Usahkan berdemo, mahu minum teh pun tidak boleh. Tok peti pun tidak boleh memberikan kuliah dan solat jumaat. Tok peti pun kena berkurung macam duduk duduk dalam zoo. Bagaimana dengan ekonomi negara sekarang? Berapa ramai menteri yang dilantik sekarang dan berapa ramai yang benar2 berfungsi?
Mungkin semuanya berlaku akibat wabak COVID-19. Betul, ianya bertambah teruk menjelang peristiwa pengkhianatan. Wabak gelombang pertama di era kerajaan PH telah berjaya dikawal sehingga mendapat pujian dari WHO. Ketua Pengarah Kesihatan pun mengesahkan gelombang pertama berjaya ditangani dengan baik. Gelombang kedua bertambah serius, apabila kerajaan pintu belakang ini terhegeh2 untuk membentuk kabinet sehingga lebih seminggu. Tiada arahan dari menteri untuk mengawal keadaan ketika itu, sehinggakan perhimpunan Tabligh di Petaling berlangsung tanpa sekatan. Menteri kesihatan pun lambat dilantik sedangkan wabak sedang hebat menyerang waktu itu. Bahkan, sehingga kini TPM pun masih tidak terlantik. Di dalam keadaan ini pun masih berebut dan tidak puas hati dengan perlantikan menteri.
Apakah itu yang Dr Maza rasakan lebih baik, asalkan kononnya kerajaan Melayu Islam? Kerajaan melayu Islam yang memotong peruntukan parlimen Pembangkang walaupun itu kawasan majoriti melayu? Kerajaan PH yang memberikan semula royalti minyak kepada dua negeri majoriti melayu Islam iaitu Kelantan dan Terengganu serta memberikan peruntukan parlimen kepada semua kawasan Pembangkang waktu itu tetap tidak baik di sisi Dr Maza hanya kerana beliau anggap kerajaan PH itu dikawal oleh Dap?
Wabak yang sedang melanda sekarang menyerlahkan kepada rakyat bahawa tiada yang selamat, samada melayu atau Cina, Islam atau tidak, doktor atau ustaz, menteri atau raja. COVID -19 tidak rasist, semua kaum terlibat. Semoga Allah selamatkan negara kita. Semoga Allah kembalikan semula hak rakyat yang telah dikhianati oleh para pengkhianat.
WFAUZDIN NS
Nasihat yang baik sahaja tidak berguna juga perut anak sudah kekurangan zat dan kelaparan.
MOHD RADZI ISMAIL
Wahai Tuan Mufti DrMAZA.com,
Nasihat yang baik sahaja tidak berguna juga perut anak sudah kekurangan zat dan kelaparan.
Nasihat yang baik tidak berguna bila ketua kehilangan sumber pekerjaan
Solat berjemaah bersama keluarga tidak berguna jika anak-anak kebuluran.
Mohon keampunan pada Allah tidak berguna selagi ada sangkut dosa kezaliman sesama manusia akibat dapat kuasa jalan yang batil
Tidak lah Saidina Umar R.A hanya pandai menasihat rakyat waktu susah. Ingat lah kisah antara Saidina Umar & pembantunya Aslam waktu meronda dan baginda terjumpa rumah seorang wanita yang memasak batu dalam periuk.
Adakah Saidina Umar hanya menyuruh wanita tersebut bersabar dan bantuan dari langit akan turun?
Dan bila Saidina Umar hendak mengambil bantuan dari baitul mal dan pembantunya menawar untuk mengangkat, apa yang saidina umar kata?
"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"
"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."
Ini sahabat Nabi yang di jamin syurga, yang di beri kuasa oleh Allah pun tahu bertindak atas amanah.
Yang dapat kuasa jalan salah, tak kan hanya pandai menasihat?
Ingat Tuan Mutfi, barakah ini hilang bila orang yang bukan ahli dan tidak amanah memegang jawatan.
Walaupun kerajaan PH hanya 22 bulan, kehidupan rakyat baik, boleh bermuamalah, beribadat. Waktu ini lah semua asset kerajaan yang di rompak cuba di pulihkan, segala keboborokan di perbaiki, rezab negara makin pulih, FDI masuk mencurah-curah.
Kisah yang sama Allah rakamkan dalam Surah Yusuf Ayat 47-49.
Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil. (QS Yusuf 12: 47 – 49)
Tiba-tiba kesenangan itu di ragut dengan ujian yang maha dahsyat akibat dari pengkhianatan golongan agamawan. Justeru seluruh negara di timpa dengan fitnah akibat dari tangan-tangan rakus tak bertebing hendak berkuasa. Bila sudah dapat kuasa, dia sendiri pula tidak tahu hendak berbuat apa.
Setiap manusia pasti akan mendapat bahagian nya masing-masing; itu janji Tuhan yang Maha Adil. Orang khianat dan pembantu nya pasti akan menuai hasil semaian mereka di akhirat. Bagi kami rakyat yang di zalimi, kami mohon semoga mereka ini di kumpul kan bersama di akhirat dengan bendera di pacak di punggung.
Dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda: "Semua pengkhianat akan diberi tanda bendera pengkhianatannya pada hari kiamat sebagai tanda pengenalnya."
(HR. Bukhari) ~Mohd Sharif Mohd Mukhlis
MAMPUKAH MUHYIDDIN JADI PM PERTAMA YANG GAGAL DISINGKIRKAN MAHATHIR?
Oleh kerana Muhyiddin Yassin nampaknya sudah memilih mahu terus berbalah dan seakan-akan telah menutup pintu rundingan dengan Tun Mahathir Mohamad berhubung siapa yang lebih berkuasa dalam Bersatu, beliau tidak ada pilihan lain selain mesti menang dalam pertembungan ini.
Baik melalui usul undi tidak percaya atau dalam pertandingan mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir, jika kalah bermakna jawatan Perdana Menteri yang disandangnya juga bakal terancam sama.
Menang bukan saja satu-satunya pilihan buat Muhyiddin untuk terus bertahan di puncak kuasa sekurang-kurangnya sehingga PRU15 akan datang, bahkan kemenangan juga dengan sendiri dapat memadam rekod cemerlang Tun Mahathir yang sehingga ini telah sehingga berjaya menjatuhkan semua Perdana Menteri yang ingin dijatuhkannya.
Dalam sejarahnya, Tun Mahathir telah mengganggu dan menekan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn sehingga kedua-duanya berundur dan meletakkan jawatan.
Kemudiannya, beliau juga berkempen dan menjelajah ke seluruh negara untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak, meskipun kedua-dua bekas Perdana Menteri itu adalah pilihannya dan berjaya berada di puncak kuasa melalui sokongan tak berbelah bahagi daripadanya.
Hanya Tun Razak yang tidak mendapat gangguan atau tekanan daripada Tun Mahathir, selain kerana Perdana Menteri kedua itu adalah pemimpin sanjungannya, sebab lain ialah mungkin kerana Tun Razak meninggal dunia terlalu di awal usia disebabkan sakit leukemia yang dideritanya.
Dalam sejarah juga, Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua dua kali – pertama kali pada 1981 selama 22 tahun dan selepas itu pada 2018 menerusi PH selama 22 bulan.
Ini bermakna, sejak merdeka, selain ketika dirinya memegang jawatan Perdana Menteri yang dijatuhkan oleh dirinya sendiri dengan secara tiba-tiba dan mengejut beliau meletakkan jawatan, semua perletakan jawatan dan kejatuhan Perdana Menteri lainnya tercatat ada cap jari akibat campurtangan atau gerakan yang dilakukannya.
Itulah Tun Mahathir Mohamad yang kini sedang mengejar rekod untuk menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri bernama Muhyiddin.
Tetapi, berbeza dengan semua Perdana Menteri lain yang telah dijatuhkannya sebelum ini, perbalahannya dengan Muhyiddin ini sudah pula bermula sebelum Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri lagi.
Bermula dengan merasakan beliau telah dikhianati oleh Muhyiddin, persengketaan mereka berterusan lagi dalam soal siapa di antara Pengerusi dan Presiden yang mempunyai kuasa sebenar dalam Bersatu.
Kini dengan Muhyiddin langsung tidak memperdulikan bantahan Tun Mahathir berhubung tindakannya memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agung, beliau mengorak pencat silatnya lagi dengan melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru.
Muhyiddin juga memberi peruntukan RM4000 kepada setiap bahagian Bersatu untuk tujuan membantu ahli-ahli parti yang terjejas akibat Covid-19.
Sudah pasti tindakan terbaru Muhyiddin ini yang dilihat untuk mengukuhkan kedudukan dan menambah sokongan akan membuatkan Tun Mahathir yang sekarang umpama harimau luka lebih berdarah dan memendam rasa dibuatnya.
Untuk memastikan beliau benar-benar dapat menguasai Bersatu yang selama ini ditadbir bagai ada dua nakhoda, adalah dipercayai Muhyiddin selepas ini akan terus membuat beberapa keputusan yang mengejutkan dan di luar jangkaan.
Matlamat beliau tidak lain selain untuk memastikan dirinya menang sebagai Presiden, bahkan juga agar dapat menjadikan Bersatu sebagai parti yang dikuasai sepenuhnya dengan majoriti jawatan dimenangi oleh pasukannya.
Jika Muhyiddin dapat menguasai Bersatu selepas pemilihan nanti, adalah dijangka fungsi Pengerusi akan dihadkan atau tidak mustahil jawatan tersebut dihapuskan sama sekali.
Begitu pun, di sebalik itu, beberapa pemimpin PH yang ada bertemu dengan Tun Mahathir sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, tetap yakin bekas Perdana Menteri itu masih ada kekuatan untuk menjatuhkan Muhyiddin.
Salah seorang pemimpin tersebut menyatakan, Tun Mahathir lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.
Maka, sementara Tun Mahathir kian dibelenggu usia tua, manakala Muhyiddin dikekang kudrat yang tak seberapa akibat derita kanser, siapakah mampu muncul pemenang dalam pertembungan kali ini?
Apakah Tun Mahathir akan terus berjaya menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri yang ingin dijatuhkannya atau kali ini Muhyiddin mampu mencatat rekod sebagai Perdana Menteri pertama yang gagal dijatuhkan oleh Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 27/03/2020)
"Sepucuk Surat Doktor dari Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat"
Pertambahan 212 kes baru hari ni..please Malaysians, ikut arahan duduk rumah..masa makin suntuk.
Bagi yang ada di grup agar segera disebarkan,
Supaya semua orang tahu!
"Saya adalah seorang doktor barisan depan melawan wabak Corona.
Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.
Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
🙏Masker harus pakai 2 lapis, 🙏Pembungkus Sepatu (shoe cover) pakai 2 lapis🙏Sarung tangan pakai 5 lapis, 🙏di bagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang masker pelindung.
Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak bisa makan, minum atau ke toilet.😨😰😱
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.🙊
😭Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung.
😭Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.
😭Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
😭Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
😭 Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini. 😇Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan masker dan menikmati udara segar!💪💪💪
Kawan Kawan semua, 🙏🙏🙏mohon kalian bekerja sama dengan negara, 🙏🙏🙏bekerja sama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri,🙏🙏🙏 jangan keluar rumah dan melakukan pembatasan diri... yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?🙏🙏🙏
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan. 😭Jangan sia-siakan air mata kami.
😡Kamu pikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga pikir keluar rumah sebentar tidak masalah.
Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
👿Bila satu orang, dua orang, tiga orang .... hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu,
🙌Maka mohon semuanya agar bisa bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
😭Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin pulang pun tidak bisa pulang.😫
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.
👍👍👍Asalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita bisa memusnahkan wabak ini!
Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang!
Tolong pergunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatab di barisan depan berusaha mencegah dan mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE ... SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINT KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI . Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
❤Ada seberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka.