Nasihat yang baik sahaja tidak berguna juga perut anak sudah kekurangan zat dan kelaparan.


MOHD RADZI ISMAIL

Tiada penerangan foto disediakan.

Wahai Tuan Mufti DrMAZA.com,


Nasihat yang baik sahaja tidak berguna juga perut anak sudah kekurangan zat dan kelaparan.
Nasihat yang baik tidak berguna bila ketua kehilangan sumber pekerjaan

Solat berjemaah bersama keluarga tidak berguna jika anak-anak kebuluran.
Mohon keampunan pada Allah tidak berguna selagi ada sangkut dosa kezaliman sesama manusia akibat dapat kuasa jalan yang batil
Tidak lah Saidina Umar R.A hanya pandai menasihat rakyat waktu susah. Ingat lah kisah antara Saidina Umar & pembantunya Aslam waktu meronda dan baginda terjumpa rumah seorang wanita yang memasak batu dalam periuk.
Adakah Saidina Umar hanya menyuruh wanita tersebut bersabar dan bantuan dari langit akan turun?
Dan bila Saidina Umar hendak mengambil bantuan dari baitul mal dan pembantunya menawar untuk mengangkat, apa yang saidina umar kata?
"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"
"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."
Ini sahabat Nabi yang di jamin syurga, yang di beri kuasa oleh Allah pun tahu bertindak atas amanah.
Yang dapat kuasa jalan salah, tak kan hanya pandai menasihat?
Ingat Tuan Mutfi, barakah ini hilang bila orang yang bukan ahli dan tidak amanah memegang jawatan.
Walaupun kerajaan PH hanya 22 bulan, kehidupan rakyat baik, boleh bermuamalah, beribadat. Waktu ini lah semua asset kerajaan yang di rompak cuba di pulihkan, segala keboborokan di perbaiki, rezab negara makin pulih, FDI masuk mencurah-curah.
Kisah yang sama Allah rakamkan dalam Surah Yusuf Ayat 47-49.
Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil. (QS Yusuf 12: 47 – 49)
Tiba-tiba kesenangan itu di ragut dengan ujian yang maha dahsyat akibat dari pengkhianatan golongan agamawan. Justeru seluruh negara di timpa dengan fitnah akibat dari tangan-tangan rakus tak bertebing hendak berkuasa. Bila sudah dapat kuasa, dia sendiri pula tidak tahu hendak berbuat apa.
Setiap manusia pasti akan mendapat bahagian nya masing-masing; itu janji Tuhan yang Maha Adil. Orang khianat dan pembantu nya pasti akan menuai hasil semaian mereka di akhirat. Bagi kami rakyat yang di zalimi, kami mohon semoga mereka ini di kumpul kan bersama di akhirat dengan bendera di pacak di punggung.
Dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda: "Semua pengkhianat akan diberi tanda bendera pengkhianatannya pada hari kiamat sebagai tanda pengenalnya." 

(HR. Bukhari) ~Mohd Sharif Mohd Mukhlis