PENJELASAN ISU THP
PENJELASAN ISU THP
Tabung Haji Plantations Berhad (THP)
🔵 THP anak syarikat Tabung Haji, dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji Sendirian Berhad.
🔵 Dimiliki lebih 73% saham oleh Tabung Haji dan ditubuhkan sejak 1972
🔵 Kini diterajui CEO baru En Muzmi Mohamed, dan Pengerusi THP sekarang ialah Tan Sri Abu Talib Othman.
🔵 THP sebelum ini memecat Chief Financial Officer (CFO) Mohamed Azman Shah Ishak selepas satu forensik audit dijalankan ke atas syarikat.
🔵 THP merupakan syarikat berskala sederhana yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit, sebahagian kecil yang lain melibatkan getah.
🔵 THP memiliki tanah lebih 100,000 hektar, 80% darinya terletak di Sarawak, bakinya di Sabah dan Indonesia.
🔵 THP juga memiliki 6 buah kilang kelapa sawit.
🛑 Apakah yang berlaku kepada syarikat ini?
🟦 Syarikat ini sebuah syarikat yang 'tenat', jika diukur dengan 'failure indicator' sejak 2014, 'net liabilities lebih tinggi dari defisit', dan syarikat dikategori ',syarikat sakit'
,🟦 Berdasar kepada Laporan Tahunan 2018, syarikat ini mengalami kerugian demi kerugian sehingga mencecah RM658 juta.
🟦 Untuk prestasi suku pertama Tahun 2019 sahaja, syarikat mencatat kerugian sebanyak RM76.7 juta
🟦 Manakala pinjaman syarikat seperti dilaporkan, untuk Tahun Kewangan 2018 berjumlah RM1.4 bilion
🟦 Bagi suku pertama 2019, jumlah pinjaman syarikat dicatatkan sebanyak RM1.29 bilion.
🟩 Hutang syarikat melibatkan pemiutang (creditors) sehingga Tahun Kewangan 2018, berjunlah RM213 juta, manakala untuk suku pertama 2019, berjumlah RM182 juta.
🟣 Bagaimana dengan aliran tunai yang dimiliki syarikat ini?
➡ Untuk Tahun Kewangan 2018, cash yang ada pada syarikat hanya sebanyak RM50.6 juta, manakala untuk suku pertama 2019, cash yang dimiliki berjumlah RM43.8 juta.
⛔ Berapakah jumlah bayaran (repayment) perlu dijelaskan syarikat setahun?
➡ Syarikat perlu menjelaskan bayaran hutang kepada pihak finance dan pemiutang setahun melebihi RM100 juta.
⛔ Jadi apakah yang berlaku?
➡ Syarikat tidak mempunyai cash yang mencukupi untuk membayar hutang kepada finance dan pemiutang dan keadaan ini berlaku sejak tahun 2015.
⛔ Apakah yang dibuat?
➡ Bermula 2015, syarikat terpaksa diberi bantuan (subsidi) pada setiap tahun oleh induk, TH, memandangkan syarikat tiada kemampuan untuk membayar hutang.
⛔Apakah puncanya?
➡ Syarikat mempunyai 'high borrowing' (jumlah hutang sangat tinggi) di mana syarikat dalam keadaan 'insufficient payment capability' (tiada kemampuan yang mencukupi membayar balik pinjaman) sejak 2015.
⛔ Apakah pelan yang dibuat syarikat pada tahun 2015?
➡ THP menjual 2 syarikat miliknya di Gemas dan Terengganu pada tahun 2015, dan setahun berikutnya 2016.
⛔ Tahun 2015 dan 2016 ini, di bawah pemerintahan siapa?
➡ Pada tahun ini di bawah pemerintah Barisan Nasional sebagai kerajaan.
⛔ Mengapakah syarikat ini menjadi syarikat sakit, dan apakah punca utama aktiviti perladangan yang dijalankan mengalami kerugian teruk sejak 2014?
➡ Aset dibeli THP melalui assesment yang salah oleh pengurusan lama THP, apa yang disebut 'poor study' yang mana akhirnya menyebabkan 'bad investment' berlaku kepada THP sejak 2014, dan tidak mampu bayar hutang sejak 2015.
➡ Tanah yang dibeli THP pada harga yang tinggi, ada juga tanah ' dipaksa beli' melalui cara 'inherited lands', yang mana majoriti aset ini melibatkan tanah yang tidak berdaya maju 'unperformed'.
➡ Pengeluaran juga dikenalpasti punca masalah berlaku kepada syarikat ini, sebagai contoh tanah di Sarawak, melibatkan dengan Tamaco, tanah yang dibeli THP dinyatakan seluas 5,700 hektar.
➡ Apabila audit forensik diadakan, didapati tanah itu sebenarnya bukan seluas 5,700 hektar, tetapi hanya sekitar 4,700 hektar, sudah 1,000 hektar hilang di situ.
➡ Manakala produksi dari projection THP juga terjejas teruk, pada tahun 2014, THP menjangkakan projection mencapai 68,000 tan, namun apa dicapai hanya 27,000 tan, bagi tahun 2015, sepatutnya THP mencapai projection sebanyak 97,000 tan, tetapi hanya dapat 31,000 tan.
Sehingga tahun 2018, jumlah sepatutnya diperolehi THP dari projection ialah 569,000 tan, namun apa yang berlaku, hanya 181,000 tan sahaja yang berjaya dihasilkan.
Di sini sahaja, THP kerugian 69% dari hasilnya.
⛔ Kenapa syarikat buat pinjaman tinggi?
➡ Syarikat pada awalnya optimis dapat mencapai hasil projection sehingga 569,000 tan, maka syarikat meminjam dengan jumlah pinjaman tinggi, dengan keyakinan dapat membayarnya, namun apa berlaku, 69% dari projection hilang dan rugi.
⛔ Dari tahun 2015-2018, bagaimana syarikat menjalankan operasi?
➡ THP bergantung kepada 'ihsan' subsidi dari TH selama 3 tahun tersebut memandangkan syarikat sakit, tak mampu bayar hutang, apatah lagi membayar gaji ALP, pengurusan, kakitangan dan buruh.
⛔ Tahun 2015, tadi disebutkan semasa era pentadbiran BN, THP ada menjual asetnya?
➡ Ya, TH menjual asetnya di Gemas, Negeri Sembilan dengan harga RM31.5 juta, manakala setahun berikutnya 2016, aset THP di Terengganu dijual dengan harga RM52 juta.
⛔ Apakah pelan rasionalisi dibuat Tabung Haji?
➡ TH telah memulakan pelan rasionasilasi untuk memulihkan prestasi kewangan institusi tersebut melibatkan anak syarikatnya TH Plantations Berhad (THP)
➡ THP mempunyai pegangan aset ke atas tanah berkeluasan 6,513.80 hektar di Sibu dan Bintulu, Sarawak.
➡ THP berkepentingan dalam dua buah syarikat berkaitan, iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW)
➡ BSV terlibat dalam operasi penjualan Buah Tandan Segar (BTS) manakala MW pula syarikat terlibat aktiviti penyewaan hartanah pelaburan.
➡ Pelaburan THP dalam perladangan di Sibu dan Bintulu ini, pada awalnya dilihat mendatangkan keuntungan kepada syarikat dengan pelaburan awal melalui BSV sebanyak RM221 7 juta dan MW sebanyak RM42 49 juta, namun kemudiannya syarikat mula mengalami kerugian demi kerugian.
➡ Kedua syarikat ini dikenalpasti pengurusan tertinggi TH, tidak berdaya maju dan perlu dilepaskan kepentingan bagi mengelakkan THP terus menanggung beban hutang berpanjangan.
➡ THP mengambil keputusan tidak lagi berminat meneruskan operasi dan pegangan saham ke atas dua syarikat tersebut yang dilihat tidak memberi keuntungan jangka panjang kepada perniagaan.
➡ Ia bertujuan untuk mengurangkan pinjaman semasa THP dan meningkatkan kecekapan operasi syarikat tersebut.
➡ Selain itu, pengurusan tertinggi THP juga melihat kemerosotan prestasi pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) melibatkan perladangan di Sibu dan Bintulu, menjadi faktor THP membuat keputusan menjual aset tersebut.
➡ Dato' Seri Najib dalam kenyataannya, mendakwa THP tidak pernah rugi dari aktiviti perniagaannya sepanjang dia menjadi PM, apa disebut Najib hanyalah andaian, tiada dikemuka fakta dan laporan prestasi menyokong dakwaanya.
➡ Najib sebut BTS boleh hasil 52,040 se tan dari aset di Sibu dan Bintulu tersebut, namun hakikatnya ia tak berlaku seperti didakwanya.
⛔ Apakah kesan kepada THP selepas Penjualan Aset tersebut*
➡ THP mengunjurkan keuntungan hasil dari pelan rasionalisasi ini, dapat meningkatkan nisbah penggearan daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali.
➡ THP juga akan mendapat perolehan keuntungan dari pelan ini sebanyak RM9.41 juta setahun, dan kedudukan semasa THP masih mempunyai 94,462.08 hektar aset dipegang melibatkan sektor perladangan kelapa sawit dan getah.
➡ Selain itu, pelan ini juga dilihat sebagai langkah untuk menjelaskan hutang THP kepada pemiutang berjumlah RM130 juta, sebahagian lain digunakan untuk modal kerja, bayaran kepada pemiutang dan beberapa perbelanjaan lain perlu dilunaskan THP.
➡ Perkembangan ini positif apabila saham THP melonjak naik 5 sen kepada 9.17% menjadikan jumlah pegangan keseluruhan bernilai RM525.89 juta.
Semoga penjelasan ini dapat memberi kefahaman jelas kepada pembaca.
FATWA PAS E-WALLET CURI DATA ‘BATIL’?
Fatwa Pas e-wallet curi data ‘batil’?
Ipohmali
Macam macam jenis Gila sekarang.. Pemimpin PAS terdesak sampai kaitkan pemberian RM 30 insentif Kerajaan bagi menggalakkan penggunaan E-Wallet atau NirTunai sebagai ransangan belian melalui platform online dituduh sebagai cuba menceroboh data peribadi.. sampaikan jadikan ia sebagai Isu Keselamatan..
Memalukan betul pemimpin PAS yg dikata Teknokrat…. Jokowi dan Indonesia dah lama mendahului kita dalam kempen penggunaan E-Wallet atau E-Dompet.. mereka dah masuk ke era Ekonomi Digital..Kat Sana ada Platform depa sendiri dikenal sebagai DANA PAY..Perkembangan disana lebih cepat dari kita.. Kita baru nak mula tahun 2020..
Konsep E-wallet ini berbeza dengan Kad Debit,Visa dan Mastercard yang menghubungkan kita dengan Akaun Simpanan.. E-Wallet ini peganti bagi duit kita di Dompet bagi urusan jual beli dan Transaksi.. Kalau kita selalu bawa RM 50 kat Dompet untuk keluar rumah,Hari ini kerajaan mahu jadikan Duit kita disimpan di Handpone dan Akaun Online kita..
Lagi teruk ada walaun dan Pemimpin PAS kaitkan dengan Bantuan seperti BRIM.. Ini bukan bantuan.. Ini dana khas atau insentif untuk kerajaan mengubah cara berbelanja rakyat menggunakan platform E-Dagang.. malah esok ia akan jadi platform Kerajaan memberikan bantuan kepada Rakyat…
Kata Depa..Kononnya.. Butiran Peribadi kita akan diambil.. Kita diminta Selfie.. Walhal banyak Apps hari ini kita diminta Selfie dan masuk kan butiran peribadi..terlebih dahulu termasuk Grab.. masuk butiran peribadi itu pun satu cara Kerajaan menjaga keselamatan.. Dulu Grab takda fungsi ini..selepas ada Kes jenayah melibatkan pemandu Grab…Kita sudah mula diminta Selfie terlebih dahulu untuk gunakan Apps seperti Grab..
Hari ini semua pergerakan kita, aktiviti kita boleh dikesan.. Bila kita main Game online seperti PUBG atau Pokemon Go.. Bila kita naik Grab atau order Food Panda.. atau kita sentuh Kad Touch & kita atau swap Kredit atau Debit Kad.. segala aktiviti kita boleh dikesan..
Apa perlu Kerajaan nak curi Data Rakyat susah susah kena bagi RM 30.. Semua rekod kita Kerajaan ada, Kat Pintu Airport pun kita boleh sangkut dengan segala bentuk Rekod Jenayah, Hutang.. hatta hari ini rekod Perbankan kita pun dijual walaupun takda guna E-Dompet..
Tapi itulah PAS.. Kerja dia menghasut jer.. siap kaitkan agenda DAP..Sedangkan Kerajaan kelantan pun ada gerbang E-Wallet dia.. Kelantan Pay..Kalau ikut lagi tak guna Kelantan Pay tu.. nasib dia esok sama dengan idea Carbon Kredit.. Apapun takde… Sembang ja..
Tengok lah Esok.. Bila rakyat dah banyak guna sistem E-Wallet… Esok PAS minta derma..dia dulu guna sistem E-Wallet atau Dompet ni.. masa tu depa akan bagi tahu kita Dalil Quran dan Hadis.. Sirah Nabi..kenapa kita wajib guna E-Dompet sebagaimana dalil depa beli Merc Benz Mewah yang beharga RM 700 ribu..
OTAI AJAK KE JALAN RAYA. TUNTUT MAHATHIR KOTAKAN JANJINYA.
Malam semalam telah berlangsung program bual bicara “Dr. M Letak Jawatan Mei 2020” anjuran Otai Reformasi di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, KL.
Program yang dimoderatorkan oleh Zanirun Baba itu menampilkan ahli panel terdiri daripada Dr. Idris Ahmad, Pengerusi Otai Reformasi; Mustapa Mansor, aktivis kemanusiaan; Dr. Siti Aini Omar, Ketua Berita Jom Channel dan saya sendiri selaku blogger serta penulis buku Anwar PM8 – Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati.
Ini adalah pogram pertama Otai Reformasi dalam usaha menuntut PH dan Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Dr. Idris antara lain menyebut bahawa peralihan kuasa kepada Anwar adalah suatu keperluan yang tidak dapat dielakkan, selain merupakan janji yang sudah lama dipersetujui secara bersama dalam PH, ia juga kerana tiada apa yang boleh dibanggakan sejak 20 bulan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.
Katanya, semua orang dapat merasakan tiada apa-apa kemajuan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Mahathir untuk negara ini seiring dengan janji yang dilaungkan sebelum PH berjaya menjadi kerajaan.
Untuk itu, tegas beliau, peralihan kuasa mesti dimuktamadkan segera agar Anwar dapat membawa negara ini melangkah dengan lebih berjaya menuju kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.
Mustapa pula mengimbas bagaimana sejak awal lagi Otai Reformasi memang keberatan untuk menerima Tun Mahathir ke dalam PH.
Katanya, sejarah lama Tun Mahathir membuatkan Otai Reformasi ragu-ragu terhadap Pengerusi PH itu, walaupun setelah beliau berbaik semula dengan Anwar.
“Meskipun Otai akhirnya berlapang dada menerima Tun Mahathir, keraguan itu akhirnya terbukti apabila dalam sususan kabinet selepas PH menang PRU14, hanya dua daripada sekian nama yang dicadangkan oleh pimpinan PKR telah dilantik sebagai menteri.
“Selebihnya, menteri daripada PKR yang dilantik oleh Tun Mahathir adalah merupakan cadangan daripada pihak lain,” ujar beliau.
Sebagai ahli panel seterusnya, saya mengingatkan tugas menentukan tarikh peralihan kuasa ini adalah merupakan tanggungjawab Majlis Presiden PH melaksanakannya.
Malangnya, Majlis Presiden seolah-olah gagal berfungsi dan sesetengah ahlinya sudah menjadi seperti “ular sawa kenyang” sekarang ini.
Saya juga memberitahu bahawa jika tarikh peralihan kuasa ditetapkan, Tun Mahathir tidak akan menjadi “Perdana Menteri lame duck” sepertimana pada 2003 dahulu kerana Anwar tiada sebarang kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.
Saya turut menegaskan bahawa permintaan Tun Mahathir untuk menganjakkan peralihan kuasa sehingga November atau selepas Sidang Apec 2020 adalah tidak relevan untuk diterima, sebaliknya keterujaan dunia akan lebih menyerlah dan mampu melonjakkan nama Malaysia jika ketika itu Anwar yang menjadi Perdana Menteri.
Dr. Siti Aini mengimbas beberapa kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan beliau tetap akan mengotakan janji melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.
Sehubungan itu, oleh kerana memungkiri janji adalah ciri-ciri munafik seorang muslim, Tun Mahathir, tegas beliau, mesti menunaikan janjinya.
Secara keseluruhan, sambutan program pertama Otai Reformasi malam semalam cukup mendapat sambutan dan semua yang hadir bertekad untuk merealisasikan peralihan kuasa sehingga berjaya.
Untuk itu, Otai Reformasi bersetuju untuk mengadakan program seperti bual bicara ini ke seluruh negara sehingga Majlis Presiden PH dan Tun Mahathir akur kepada proses peralihan kuasa.
Jika terus tiada kemajuan, Otai Reformasi juga bersetuju untuk menggerakkan kekuatannya dengan mengadakan himpunan aman di depan Pejabat Perdana Menteri pada setiap minggu bagi menuntut penentuan tarikh peralihan kuasa itu.
Ditegaskan bahawa semua langkah ini adalah bagi memastikan PH dapat bertungsi dengan baik sebagai kerajaan serta tidak berpecah belah akibat lupa kepada janji setelah beroleh kuasa.
Kesimpulannya, malam semalam adalah permulaan dan segala-galanya pasti akan jadi lebih menarik selepas ini.
Tunggguuuu…..(ShahbudinHusin 22/01/2020)
PERALIHAN KUASA: MAJLIS PRESIDEN TIDAK BERFUNGSI?
Peralihan kuasa: Majlis Presiden tidak berfungsi?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Peralihan kuasa menjadi perkara yang semakin meluas dibicarakan dalam kalangan rakyat.
NGO Otai Reformasi tidak terkecuali menganjurkan forum bertajuk “Dr M lepas jawatan Mei 2020?” malam tadi di bilik persidangan restoran Amjal, Kuala Lumpur.
Membariskan 5 panel dan 3 daripadanya sering berucap di media sosial forum itu menjadi medan meminta secara ‘keras’ Tun Mahathir berundur genap 2 tahun selepas Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum ke 14 pada Mei ini.
Penulis buku “Anwar PM ke-8”, Shahbudin Husin berhujah punca Dr Mahathir berani berlengah-lengah untuk mengumumkan tarikh persaraannya adalah kerana Majlis Presiden PH tidak berfungsi secara sewajarnya.
Beliau berkata sekiranya Majlis Presiden PH menetapkan tarikh peralihan kuasa lebih awal, hal itu tidak akan menganggu pentadbiran kerajaan.
Menurut Shahbudin, berbeza ketika Mahathir mahu melepaskan kuasa kepada Abdullah Badawi pada 2003 lalu, ketika itu Pak Lah merupakan timbalan perdana menteri dan banyak ‘benda’ boleh ditawarkan kepada sesiapa yang mengampu beliau.
Hari ini, katanya sinis, Anwar hanyalah ahli parlimen biasa. Jika seseorang bertemu beliau maka hanya teh secawan yang akan diperolehi.
Oleh itu, beliau mempersoalkan fungsi sebenar Majlis Presiden yang sebelum PRU 14 lalu bertaring tetapi kini menikus.
“Kenapa Majlis Presiden PH boleh berfungsi untuk pilih siapa calon perdana menteri dan pembahagian kerusi, tetapi tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa.
“Bermula malam ini, kita akan mulakan gerakan untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa seperti mana Mahathir janjikan,” katanya tegas.
Pengerusi Otai Reformis, Dr Idris Ahmad pula mempersoalkan prestasi Kabinet yang dipimpin Mahathir tidak berupaya memperbaiki ekonomi negara dan seharusnya ketua kabinet tersebut berundur.
“Kalau syarikat ada CEO baru, diberi tempoh masa 6 bulan. Ini sudah setahun setengah tak ada tanda-tanda tunjukkan keadaan makin pulih.
“Tentang politik sekarang amat sedih, tengoklah DAP, kenyataan Lim Guan Eng dan Amanah oleh Mohamad Sabu. (Mereka) buat pusingan U sebab apa,” katanya.
Idris berkata kebanyakan menteri Kabinet “dipegang” Mahathir sehingga tiada yang berani menyuarakan mengenai tarikh peralihan kuasa perdana menteri.
“Style Mahathir biarkan mereka lakukan kesalahan, tetapi fail dia pegang,” katanya.
Menerusi persefahaman pimpinan PH, Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai perdana menteri ke-8.
Pada 14 Januari lalu, Mahathir menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan jika presiden parti dalam PH memintanya berbuat demikian.
Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.
Namun Anwar sebelum ini berkata beliau dijangka mengambil alih jawatan itu daripada Mahathir pada tahun ini cuma tidak pasti tarikh yang tepat.
PKR HADAPI CABARAN DALAMAN SUKAR – SIM TZE TZIN
PKR hadapi cabaran dalaman sukar – Sim Tze Tzin
Oleh: Redzuan RF8 Media
Menjelang Presiden PKR Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri ke 8, pergolakan dalaman parti itu adalah isu yang paling sukar untuk ditangani, kata pengarah strateginya Sim Tze Tzin
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian berkata, berdepan tugas sukar menghadapi konflik yang berlaku dalam parti.
Katanya, peranan utamanya sebagai Pengarah Strategi adalah untuk menguruskan perbezaan pendapat antara pemimpin dan ahli bagi memastikan parti tersebut kekal bersatu dan kuat.
Terdapat dua puak dalam PKR, satu penyokong Presiden Anwar Ibrahim dan satu lagi penyokong kepada pemimpin nombor dua parti, Mohamed Azmin Ali.
“Saya tidak menafikan kami berdepan masalah dalaman yang perlu diatasi. Tugas saya kini lebih berat berbanding sebelum ini, kerana kami kini menjadi kerajaan dan parti mempunyai masalah perpecahan dan sebagainya,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Bagaimanapun, katanya kewujudan masalah berpuak-puak di dalam parti adalah perkara biasa, sambil menambah Umno juga mempunyai masalah yang sama pada masa lalu.
Sim, yang juga ahli Parlimen Bayan Baru menekankan kepentingan menguruskan perbezaan pendapat dengan baik dan menjadi keutamaannya untuk tidak membiarkan ia memberi kesan kepada kerajaan.
Beliau berkata perlu berkomunikasi dengan semua pihak untuk memastikan mereka mengetepikan perbezaan pendapat agar semua ahli boleh bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
Sim menambah, ia juga penting bagi kerajaan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai tindakan dan dasar baik yang telah dilaksanakan memandangkan ramai tidak berpuas hati.
SYED SADIQ..INI JAWAPANNYA
Ibrahim Md Isa.
Syed Saddiq: Ini jawapannya!
Sebab Tun suka cakap belit-belit macam ulaq. Janji awal bukan main, saya tetap pegang janji jadi PM hanya DUA TAHUN. Pi oversea bila reporter press luar tanya, mula duk buat auta, nak 3 tahun, nak tambah 6 bulan. Janji terbaharu kononnya lepas APEC 2020.
Kalau ya nak tambah, kami sedia! Tapi sila berunding dalam Majlis Presiden biar keluar hitam putih then baru kami percaya dan akur.
Kalau tidak, kami tetap akan kata.. Tun kaki auta, cakap macam pe...! Ok puas hati?
KENAPA LEBAI TAK BELI MERCEDES MELALUI MOFAZ?
Mat Zulaimi Kazim
Kenapa Merc 14 buah tidak dibeli dengan MOFAZ agen Kelantan tp dibeli melalui Hup Seng agen KL?
MOFAZ milik orang melayu Kelantan dan Hup Seng pula milik "melayu" KL, anak melayu Kelantan ada kenapa pilih melayu KL? Eh...Hup Seng cina Dap, yakkk... ingatlan melayu.
Bagaimana pula dgn penyelenggaraan? Mesti di KL sbb beli dgn agen KL... kesian anak melayu Kelantan yg berjaya dlm perniagaan tapi dipinggirkan oleh Kerajaan Kelantan sendiri.
Sebenarnya slogan BMF buy muslim first asalnya buy melayu first hanya slogan politik rasis. Betul la bila kerajaan Perak tak benarkan kempen BMF di masjid2 Perak sehingga YB Asmuni dikecam habis2an. YB Exco kata tak boleh berpolitik dalm masjid dan BMF itu adalah politik... depa nafi.
Nah sekarang kita harap rakyat Kelantan bangkit desak kerajaan Kelantan keluarkan kenyataan kenapa beli Merc 14 buah itu di kedai Cina KL bukan di kedai melayu Kelantan? Slogan BMF itu adalah bohong dan termasuk dalam siri bohong yg diperjuangkan oleh boneka politik taksub dan rasis.
Kenapa Merc 14 buah tidak dibeli dengan MOFAZ agen Kelantan tp dibeli melalui Hup Seng agen KL?
MOFAZ milik orang melayu Kelantan dan Hup Seng pula milik "melayu" KL, anak melayu Kelantan ada kenapa pilih melayu KL? Eh...Hup Seng cina Dap, yakkk... ingatlan melayu.
Bagaimana pula dgn penyelenggaraan? Mesti di KL sbb beli dgn agen KL... kesian anak melayu Kelantan yg berjaya dlm perniagaan tapi dipinggirkan oleh Kerajaan Kelantan sendiri.
Sebenarnya slogan BMF buy muslim first asalnya buy melayu first hanya slogan politik rasis. Betul la bila kerajaan Perak tak benarkan kempen BMF di masjid2 Perak sehingga YB Asmuni dikecam habis2an. YB Exco kata tak boleh berpolitik dalm masjid dan BMF itu adalah politik... depa nafi.
Nah sekarang kita harap rakyat Kelantan bangkit desak kerajaan Kelantan keluarkan kenyataan kenapa beli Merc 14 buah itu di kedai Cina KL bukan di kedai melayu Kelantan? Slogan BMF itu adalah bohong dan termasuk dalam siri bohong yg diperjuangkan oleh boneka politik taksub dan rasis.
PELIK TAPI BENAR BENAR LEBONG
Mohd Shah Rim
Aku pun pelik, sebab mengikut pengakuan berani Ostaz Nik Amar, kenderaan Mercedes sebanyak 14 butir dibeli pada tahun 2018, sedangkan pada 2018, minta bantuan RM100 juta untuk pembayaran gaji kakitangan dan lain lain...Macam mana masa takde duit nak bayar gaji, ada duit beli Mercedes..??
KENYATAAN MEDIA
*Kenyataan Media*
*21 Januari 2020*
*Syed Saddiq Ego, Dangkal Dalam Memahami Teguran Rakan Komponen Pakatan Harapan*
Saya mengambil maklum akan kenyataan yang dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mana beliau membidas beberapa pimpinan KEADILAN dan DAP berhubung isu peralihan kuasa.
Saya faham beliau selaku Ketua Armada BERSATU sudah tentu ingin mempertahankan Pengerusi parti beliau namun beliau perlu faham isu yang lebih besar.
Beliau seharusnya faham beberapa pimpinan KEADILAN dan DAP hanya menginginkan agar tarikh peralihan kuasa ditetapkan. Tarikh peralihan kuasa amat penting untuk ditetapkan bagi menjamin kestabilan kerajaan semasa dan bukan meminta Tun Dr.Mahathir meletakkan jawatan serta merta.
Kita sedia maklum Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail juga pernah ditawarkan untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14. Namun atas semangat muafakat Pakatan Harapan serta perjanjian yang telah dibuat beliau menolak tawaran berkenaan dan menepati janji seperti yang dimeterai dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan walaupun parti yang dipimpin Tun Dr.Mahathir hanya memenangi sedikit kerusi Parlimen.
BERSATU meminta kerusi Parlimen paling banyak untuk dipertandingkan iaitu 52 kerusi namun hanya memenangi 13 kerusi atau 25% dari keseluruhan kerusi yang dipertandingkan PPBM berbeza dengan KEADILAN yang memenangi 47 kerusi. Melalui keputusan ini saya ingin bertanya kepada Syed Saddiq di mana yang Syed Saddiq kata "democratically elected Prime Minister"? Yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada PRU 14 hanya adalah Pakatan Harapan sebagai parti untuk mengganti Barisan Nasional yang zalim kepada rakyat.
Jika KEADILAN, DAP dan AMANAH boleh menepati janji untuk mengangkat Tun Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 walaupun Tun Dr.Mahathir sebelum ini adalah seteru mereka, kenapa sukar untuk Tun Dr.Mahathir menunaikan janji peralihan kuasa kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kita tidak minta Tun untuk meletakkan jawatan serta merta tapi sekurang-kurangnya satu tarikh yang cukup untuk Dato Seri Anwar Ibrahim melakukan perubahan sistem selaku perdana menteri perlu ditetapkan.
Jika kita mengikut penilaian rakyat, kerajaan Pakatan Harapan dinilai sebagai 'gagal' dalam melaksanakan manifesto. Rakyat juga semakin tidak yakin Tun Dr.Mahathir akan menyerahkan kuasa kerana sering menangguhkan peralihan kuasa. Jika rakyat melihat berlaku pengkhianatan terhadap Dato' Seri Anwar bagaimana lagi rakyat ingin menaruh kepercayaan kepada kerajaan dalam melaksanakan janji-janji yang telah dibuat?
Syed Saddiq sepatutnya menghargai wakil rakyat rakan komponen BERSATU dalam Pakatan Harapan berani bersuara memberi peringatan kepada Tun Dr.Mahathir kerana ini bukan kerajaan Barisan Nasional yang mana pimpinan di bawah semua 'yes Boss' sehingga akhirnya pemimpin menjadi 'gila kuasa'.
Tun Dr.Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan juga seharusnya "get his house in order" bagi menarik keyakinan rakan komponen dan bukannya mencipta kontroversi seperti isu PAS akan bersama Pakatan Harapan dan menutup mata bila Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengadakan pertemuan di kediaman beliau bersama pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan urusan projek. Jika perkara ini Tun gagal kawal maka rakyat akan menilai Tun sebagai pemimpin yang gagal.
Syed Saddiq juga perlu mengelakkan dari mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan fakta sebenar apa yang berlaku seperti menyatakan Azmin Ali sebagai individu yang menjayakan penubuhan Pakatan Harapan sedangkan semua orang tahu Azmin la individu yang menentang keras penubuhan Pakatan Harapan dan ingin mengekalkan kerjasama dengan PAS. Malah Azmin Ali merupakan individu yang dengan jelas dan keras menantang keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan menamakan Tun Dr.Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Jika Syed Saddiq terus menjadi "penjilat" Tun Dr.Mahathir dan sombong dalam menerima teguran rakan pimpinan lain maka beliau gagal sebagai seorang Ketua Pemuda.
*Bryan Chua*
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK Kota Kinabalu
DUNIA LEBIH TERUJA JIKA ANWAR JADI PM KETIKA APEC 2020
Dengan tak semena-mena Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November ini telah menjadi alasan terbaru bagi Tun Mahathir Mohamad untuk melanjutkan lagi tempoh kuasanya sebagai Perdana Menteri paling tua dalam dunia.
Perkara itu disebutnya bulan lalu dengan mengatakan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim hanya akan dilakukan selepas sidang tersebut.
Kata beliau, perubahan kepimpinan negara, jika berlaku pada Mei 2020 sebagaimana yang selalu dijanjikannya sebelum ini, ia akan sedikit sebanyak menimbulkan gangguan kepada Sidang Apec 2020 itu.
Soalnya, relevankah Sidang Apec dijadikan alasan untuk Tun Mahathir berada lebih lama mencengkam kuasanya di Putrajaya?
Sidang Apec 2020 pada November ini adalah kali kedua Malaysia menjadi negara penganjur dengan kali pertama pada 1998 dahulu iaitu tidak lama selepas beliau memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini bermakna, walaupun Sidang Apec mungkin penting untuk Tun Mahathir menonjolkan menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang berjaya dua kali menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau tidaklah penting sangat kepada Sidang Apec itu sendiri.
Tun Mahathir dan Malaysia mungkin terlihat penting kepada Sidang Apec ketika kali pertama negara menjadi penganjurnya pada tahun 1998 dahulu.
Sebaliknya, untuk Sidang Apec 2020 November ini, bukan saja keterujaan gabungan negara-negara dalam Lingkaran Asia Pasifik, bahkan juga kepada dunia, tentunya ialah apabila Malaysia mempunyai Perdana Menteri baru berbanding Tun Mahathir yang sudah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Apa lagi gaya pentadbiran Tun Mahathir, idea serta pemikirannya sekarang dengan 1998 dahulu hampir tidak berbeza sama sekali.
Dengan Anwar menjadi Perdana Menteri, Sidang Apec itu nanti pastinya menjadi suatu acara yang hebat kerana semua ingin menyaksikan tampilnya seorang pemimpin baru beserta idea-idea barunya.
Lantas itu, ia tentunya menjadikan Sidang Apec itu nanti sebagai tumpuan dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia.
Untuk itu, alasan Tun Mahathir untuk menganjakkan peralihan kuasa dengan menjadikan Sidang Apec sebagai alasan sebenarnya tidak relevan sama sekali.
Negara tidak mendapat banyak manfaat jika beliau masih sebagai Perdana Menteri, berbanding jika Anwar yang sudah ditunggu lebih 20 tahun berada menerajui negara ini.
Kalau Tun Mahathir dan rakyat ingin negara terlonjak di mata dunia melalui Sidang Apec itu, beliau seharusnya kekal dengan pelan asal peralihan kuasa pada Mei dan bukan selepas November 2020. (ShahbudinHusin 21/01/2020