JANGAN SAMAKAN MERCEDES DENGAN UNTA NABI S.A.W

Tun M: Tak Perlu Bela Azmin dan Zuraida Lagi


Oleh Rahim Ahmad

Keputusan Kimanis sama seperti Tanjung Piai. Walaupun WARISAN hanya sekutu PH, tapi WARISAN pun berjangkit masalah yang ada kat Kerajaan PH. 

Biasalah, orang ramai dah mula menyampah dekat politik akhir-akhir ni, termasuk penyokong PH. Soal peralihan dari Tun Mahathir ke DS Anwar, kegagalan Menteri-Menteri dan isu dalaman PKR.

Memang gandingan Mahathir-Anwar tak dijangka-jangka berlaku sebelum PRU14. Almaklumlah, sejak 1998 kedua-dua tokoh ini dah berentap. Tapi diorang pilih untuk ketepikan perbezaan untuk jatuhkan Najib, selamatkan Malaysia dari rasuah dan pulihkan ekonomi negara. 

Sebenarnya ada dua pembodek terbesar Mahathir sekarang, dalam PKR yang tolak Mahathir dan PH pada awal penubuhan PH: DS Azmin dan Zuraida. Dua-dua Menteri ni kelahiran Singapore. 

Sama seperti hari ni, Azmin dan Zuraida ni bukan pandai tengok strategi politik, jauh sekali ada prinsip atau pegangan. Keputusan diorang kerana takut – takut hilang jawatan dan kuasa semata-mata. 

Pada Julai 2017, Azmin tegaskan Kerajaan Selangor adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. Azmin MB waktu ni
(https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/06/azmin-ali-pakatan-rakyat-govt-to-fulfil-last-ge-mandate/).

Azmin nak PAS kekal semata-mata sebab dulu dia harapkan PAS untuk jadi MB pintu belakang walaupun PKR, DAP dan 2 ADUN PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin memberi sokongan kepada DS Dr Wan Azizah jadi MB. 

Azmin dan Zuraida cuba melobi mati-mati untuk meletakkan Azmin sebagai calon PM. Mereka cuba panjangkan tempoh sampai Azmin umumkan bincang calon PM lepas menang PRU14 nanti! (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/09/azmin-menang-pru14-dulu-baru-bincang-siapa-pm/).

Pada 3 Januari 2018, Zuraida kata gandingan terbaik PM-TPM adalah Azmin-Mukhriz (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30675). 

Bila PH umum 7 Januari Mahathir-Wan Azizah sebagai PM7 dan TPM, dan Anwar sebagai PM8, pengikut Zuraida walkout. Zuraida, yang waktu tu Ketua Wanita PH, kata dia kecewa dengan pengumuman itu (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30675). 

‘Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.

“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa PPBM ketika itu.”’

PKR Selangor yang dipengerusikan Azmin, keluarkan kenyataan tak sampai 24 jam selepas pengumuman PH kata mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangkan 20 tahun perjuangan Reformasi. 

Kenyataan itu atas nama Hizwan Ahmad, Ketua Komunikasi PKR Selangor dan sekarang SU Politik Zuraida (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/31421).

‘Dalam pada itu, Hizwan berkata, PKR Selangor merasakan yang calon perdana menteri patut datang dari PKR sendiri.

“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya.’

Tun pernah kata, Melayu mudah lupa. Tapi mungkin Melayu Singapore ni lagi kuat pelupanya. 

Lepas keputusan PRU14, Azmin duk himpit Tun dekat Sheraton sebab dia takut-takut dia hilang jawatan MB Selangor yang lumayan, dan diberi jawatan Menteri Pusat yang junior. Dia mintak Guan Eng dan Mat Sabu supaya sokong dia kekal di Selangor. Dengar cerita komponen-komponen PH tanya – dia dah tanya Kak Wan belum, tapi Azmin tak boleh cakap apa. 

Tapi Tun Mahathir bagi peluang kat  Azmin dengan portfolio baru, Hal Ehwal Ekonomi. Zuraida dapat jawatan besar jugak, Menteri KPKT. 

Ruginya diorang ni tak perform.

Tak sampai setahun, Azmin dah nampak gagal. Datuk Kadir Jasin, Penasihat Media PM kata Tun Mahathir terpaksa buat Majlis Tindakan Ekonomi sebab PM tak puas hati prestasi menteri. Kadir kata lagi menteri tak turun jumpa peneroka Felda dan Felcra (https://www.sinarharian.com.my/article/12476/BERITA/Politik/PM-tidak-gembira-prestasi-Kabinet-PH-A-Kadir-Jasin).

Ini semua rujuk pada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. 

Bulan Mei 2019, Azmin respon pada Kadir dengan kata yang penting penilaian rakyat, bukan individu (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-yang-boleh-nilai-prestasi-menteri-bukan-individu-tertentu-azmin-208328). 

Azmin juga diberi kepercayaan untuk jadi Timbalan Pengerusi KL Summit 2019. Ini peluang dia bina profail dia (https://klsummit.my/members/). 

Tapi macam portfolio ekonomi juga, Azmin tak buat kerja dan akibatnya Malaysia gaduh dengan Saudi, UAE dan Maghribi, dan Presiden Indonesia dan PM Pakistan tarik diri untuk datang. 

Zuraida pula nampak lebih rapat dengan pihak pemaju. Janji nak bina rumah mampu milik masih tak jalan. Dia pusing satu Malaysia lantik orang politik jadi penyelaras KPKT kat negeri-negeri. PM pernah tegur Menteri-Menteri sebelum ni sebab lantik pegawai di luar garis panduan kabinet. 

Mungkin PM / KSN patut tegur Zuraida. Dengar cerita jawapan Zuraida penyelaras ni tak dibayar gaji. Tapi kalau tak dibayar gaji mereka dibayar macam mana? Dengan projek? 

Dalam ranking Malaysiakini Disember 2019 (https://www.malaysiakini.com/news/505434) Zuraida dapat nombor 21, bawah Mujahid Rawa. 22 Rina Harun, 23 Waythamoorthy dan 24… Azmin! Jumlah Menteri ada 28. 

Faktanya, kalau ikut rakyat, Zuraida dan Azmin dan lama kena pecat. Tun Mahathir mungkin boleh guna dua individu ni dulu, tapi diorang ni dah semakin lemah di mata rakyat. 

Sekarang bodek Tun, sebab nak kekal berkuasa. Dulu lawan Tun pun waktu bentuk PH dan Tun diumum jadi PM, sebab nak kekal berkuasa. 

Jangan nama Tun rosak nak jaga dua Melayu Singapore ni yang sebenarnya tak ikhlas sokong Tun pun.

MAT MASLAN... JANGAN KUTIP SABUN JATUH


Pengajaran ja tu Mat Maslan...hang dok jaja bagai Anwar dok lokap gitu gini....alaaa...habis sangat 2 tahun....Anwar berbelas tahun dok dalam biasa ja pun...sikit ja tu...untung Anwar ada penyokong dia... Boleh gak lawan Umno dulu...hang macamana pulak Mat? Adakah penyokong hang sanggup bermatian sebagaimana penyokong Anwar dulu? 

LEN MACAM AURA BAM MAT LA NI.



Man Toba

Teringat dulu masa kempen pru 14 keliling negara bam Mat Sabu tiap kali ceramah dia kata apa tuan tuan??

Dengan lantangnya dia menjerit " Tun Mahadir perdana menteri sementara, Anwar presiden menunggu!!! Setuju atau tidak???? " jerit Mat Sabu kepada audien lantas disambut gemuruh " SETUJU !!!"  Penuh semangat.  




Lain macam aura bam mat masa tu dok mengharap Tun M presiden sementara dan nakkan Anwar cepat2 ganti Tun M bagi selamatkan Malaysia ketika itu.

Hari ini, kita melihat sosok tubuh bam Mat seperti boneka pupet sahaja layaknya. Dia kini diam membisu seolah olah gerun dengan Tun M. Malah menjadi bahan ejekan dah dimerata rata sosmed. Ramai mengatakan si Tun M dah pegang " telor" beliau tu sebab Mat Sabu berubah nada kini.

Langsung alasan tak logik kata transisi pm7 ke pm8 akan jejaskan ekonomi. Walhal terbukti masa Tun pm4 serah kuasa kepada Pak Lah Badawi pm5 dulu takde apa apa ganguan pun terhadap ekonomi. Begitu juga Pak Lah pm5 serah kuasa kepada Najib pm6 sama je ekonomi camtu la jugak.

Dangkalnya pupet2 Tun M dek ketakutan atas faktor apa yang membuat masing2 kecut. Serupa jugalah peranan " Nobita " @ LGE 2x5 perangai pupet juga. 

Tuan tuan tak rasa ke 2 menteri nih dah upama pupet? Jika beginilah perangai pemimpin2 pupet tuan tuan nak ke mereka nih kekal bertanding untuk pru 15 nanti??  Tentu2 tidak bukan?

Itupun kalau PH ada peluang menang la. Gue tak rasa aura PH boleh menang pru 15 nanti dengan keadaan dan carabTun M memerintah kini.  Jika Dato Sri Anwar tidak diberi beluang menunjukkan kehebatan beliau mentadbir negara nanti. Mana cukop masa untuk beliau buktikan performance dalam tempoh kurang 2 tahun cukop ke??

Itupun kalau Tun M serah kuasa kepada Anwar tuan tuan. Kalian pikir Tun M mintak lanjut tempoh dia sampai hujung tahun nanti dia mintak pusing tambah tempoh lagi ke nanti? 

Atuk kata, dia janji akan serah kuasa lepas Persidangan Apec November nanti.. 

Bila sampai November, Atuk mungkin akan kata "Mulakan Tempoh Peralihan Kuasa selama 6 bulan, tak boleh main serah macam tu saja"..

Lepas 6 bulan dari November, Atuk mungkin akan kata "Takpa lah, dah 3 tahun nie alang-alang kita cukupkan sepenggal teruih lahh"..

Kita nak kata apa tuan²?

Man Toba Ori @ King Jason
Aktivis Bloggers

#Mei2020
#TunExpired
#ReMapPH
#Gengpm8
#Anwarpm8
#GemilangBersamaAnwar
#AnwarTrulyPH

KERAJAAN SEPENGGAL..PH BERBALAH DISEBABKAN MAHATHIR JUGA.



Menyedari kemerosotan sokongan rakyat kepada kerajaan terus berlaku, Tun Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa PH tidak mustahil hanya menjadi kerajaan selama sepenggal saja.
“Kita kalah lima pilihanraya kecil dan mereka masih tidak faham.
“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.
“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat.
“Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.
Peringatan tentang kerajaan sepenggal ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah diperkatakan lama sebelum ini dan saya sendiri sudah menulis mengenainya dalam blog ini lebih setahun yang lalu.
Di media sosial pula sudah ramai yang menulis dan memperkatakannya.
Berkaitan hal ini, Tun Mahathir barangkali paling terlewat dalam menyedari tentang kelemahan kerajaan yang sedang dipimpinnya yang mungkin hanya mampu bertahan selama sepenggal saja.
(Dalam perkembangan terbaru, Tun Mahathir dilaporkan telah membuat pembetulan berhubung kenyataannya bahawa mungkin jadi kerajaan sepenggal dengan mengatakan ia hanya akan berlaku jika perbalahan dalaman tidak segera ditangani)
Meski demikian, walau amaran Tun Mahathir itu adalah sesuatu yang baik, tetapi yang tidak baiknya ialah beliau seolah-olah tidak menyedari bahawa sebahagian besar punca perbalahan dalam PH adalah disebabkan dirinya sendiri.
Bermula dengan melantik Azmin Ali sebagai menteri, walaupun tidak dicalonkan oleh PKR lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, mudah menerima bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, secara sulit mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang untuk menguatkan kedudukannya dan berdolak-dalik tentang janji menyerahkan kuasa adalah antara punca utama yang menyebabkan perbalahan berlaku dalam PH.
Jika tidak berlaku semua perkara di atas, PH dan parti-parti di dalamnya pada hakikatnya aman-aman saja dan kerajaan boleh berfungsi dengan lebih baik dalam menunaikan janji kepada rakyat serta melaksanakan reformasi seperti yang dijanjikan.
Tetapi, barangkali kerana niat awal Tun Mahathir memang tidak ikhlas dalam menyertai PH, apalagi untuk menunaikan janji menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim, maka sebab itulah sejak awal dan satu demi satu pergolakan politik dicetuskannya.
Tujuannya ialah tidak lain supaya rakyat turut sama terbuai dan menghabiskan lebih banyak masa dengan politik, lalu dengan pemusatan kuasa yang masih terkumpul di tangannya, beliau dalam pada itu mampu bertahan lebih lama dan melengah-lengahkan peralihan kuasa.
Seharusnya, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu mengelakkan PH daripada menjadi kerajaan sepenggal, beliau yang seharusnya menunjukkan perubahan terlebih dahulu.
Ini tidak, beliau meminta orang lain berubah dan tidak berbalah, sedangkan perbalahan itu sendiri dicetuskan oleh permainan yang diaturnya.
Apakah perubahan yang mesti dilakukan oleh Tun Mahathir?
Pertama, beliau mesti kembali menyelak Buku Harapan dan berusaha menunaikan segala janji manifesto sebagaimana yang telah dijanjikan.
Kedua, Tun Mahathir mesti berhenti bermain politik, mengatur itu dan ini, memperkuatkan kedudukannya secara sulit atau masih cuba menubuhkan kerajaan lain sama ada melalui pintu belakang, pintu tepi atau melalui tingkap sekali pun.


Beliau harus sedar mandat yang diterimanya adalah menerusi PH dan kemahuan rakyat terhadap reformasi, maka sewajibnya beliau mengekalkan pilihan rakyat ini sehingga PRU seterusnya pada 2023 akan datang.
Ketiga, Tun Mahathir mesti segera menetapkan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar supaya ketidaktentuan tidak lagi berterusan dan semua orang selepas ini boleh fokus kepada kerja-kerja membina negara dan menjaga kebajikan rakyat.
Tidakkah Tun Mahathir sedar, banyak perbalahan dalam PH, termasuk dalam PKR, adalah berkaitan isu peralihan kuasa dan sebab akibat yang tercetus daripada percaturan yang sengaja ditimbulkannya?
Jika hari ini Azmin masih Menteri Besar Selangor misalnya, percayalah bahawa PKR tidak akan bergolak seperti yang ada sekarang dan begitu juga jika Tun Mahathir sendiri tidak sibuk-sibuk memperkuatkan dirinya sendiri dengan membelakangkan PH atas semua perbuatannya.
Kesimpulannya, dalam Tun Mahathir memberi amaran tentang kemungkinan PH menjadi kerajaan sepenggal kerana kononnya asyik berbalah, apakah beliau sebenarnya semakin jarang menatap cermin atau cermin sudah tiada di rumahnya? (ShahbudinHusin 20/01/2020)



JOM KITA RASMIKAN PESTA PONGGAL...KITA BUAT OK SAJA.

Nizam Aka

Oooo..pesta Ponggal rupa2nya..Kalau tak silap Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi ni bkn pimpinan PH..Habis tu,pimpinan parti mana?tanya sbb tak tahu..😂😂😂😂



MEMBIARKAN PEMIMPIN PEROSAK LEBIH BAHAYA PADA UMMAT



Mohd Munir Abdullah.

Memang la semua haram tapi membiarkan pemimpin semburit, kaki dadah, kaki rasuah bermaharajalela lagi besar dosanya. Disinilah pentingnya rakyat menegur pemimpin. Paling senang nak tegur ialah melalui troll kat sosial media. Kalau pemimpin dah ok, baru kami berhenti troll 😬


PAKATAN BARU SEDANG DIRANCANG MAHATHIR?


KUALA LUMPUR: Pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada pentadbiran 20 bulan Pakatan Harapan, FMT difahamkan.
Susunan baru itu, menjajarkan kumpulan-kumpulan politik yang bersepakat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan pengaruh PAS di nusa teras Melayu di wilayah utara Semenanjung, akan mempunyai kesan buruk bagi DAP dan Anwar Ibrahim.
“Mahathir menunjukkan percaturan politik yang mantap bagi menggagalkan pertelingkahan dalaman PH dan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaannya,” kata sumber yang arif dengan rancangan-rancangan licik di Putrajaya kepada FMT.
Perkembangan ini disebalik jangkaan bahawa akan ada menteri dan timbalan menteri melepaskan jawatan secara sukarela, susulan peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendirikan pada 2 Jan.

Seorang pemberi maklumat yang bercakap dengan FMT menamakan seorang lagi menteri dari parti Mahathir, PPBM akan mengumumkan peletakan jawatan.
Dipercayai menteri itu mengetuai salah satu daripada 3 kementerian yang pada penilaian Mahathir menunjukkan prestasi yang lemah.
Pimpinan parti secara peribadi bercakap tentang kebarangkalian rombakan Kabinet selepas Tahun Baru Cina, khabar angin yang menyebabkan kerisauan dalam kalangan menteri.
Tetapi seorang ahli Parlimen pemerintah memberitahu FMT bahawa kekalahan Warisan pada pilihan raya kecil Kimanis pada Sabtu akan mendorong perdana menteri mempercepat penyusunan semula Kabinet.
Sebarang rombakan Kabinet akan menjadi yang pertama di era pasca-BN.
“Ramai menteri bekerja hingga lewat malam pada minggu-minggu terakhir 2019 bersama pereka grafik masing-masing untuk menyediakan laporan kementerian yang indah-indah, menyenaraikan pencapaian masing-masing sejak memegang jawatan pada 2018,” kata wakil rakyat itu.
“Menteri-menteri tiada pilihan selain menulis mereka sudah melakukan yang terbaik dengan harapan Mahathir tidak akan menyingkir mereka.”
Susunan baru?
Namun perhatian tertumpu kepada kemungkinan kebangkitan semula PAS, terutama kebarangkalian parti Islam itu diberi peranan dalam kerajaan persekutuan buat pertama kali dalam 4 dekad, menurut sumber.
Penjajaran PPBM dan PAS oleh Mahathir mungkin akan memunahkan harapan DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PH, tetapi pasti akan menghalang cita-cita Anwar, presiden PKR yang mahu menjadi perdana menteri.
PAS pernah menjadi sekutu penting bagi Anwar, dan sokongan parti Islam itu membolehkan beliau mengharungi masa-masa yang genting selepas pertikaiannya dengan Mahathir pada 1998.
Susunan baru Mahathir-PAS itu akan menarik sebahagian sokongan orang Melayu-Islam yang beliau perlukan untuk menuntut tampuk pemerintahan.
“Impian itu kini semakin sukar dicapai,” kata sumber FMT.
PAS meninggalkan kerajaan perpaduan Barisan Nasional pada 1977, dan selama beberapa dekad menjana sokongan secara bijak di nusa teras Melayu ketika ia menjadi mangsa kepada dasar-dasar Mahathir di awal-awal pemerintahannya.
Bagaimanapun, parti Islam itu mengisytiharkan sokongan padu kepada Mahathir sebagai perdana menteri kerajaan PH, berikrar akan menyokongnya kekal di jawatan itu sepenuh penggal (2018-2023) menghadapi suatu persefahaman di mana Anwar akan mengambil alih sebelum pilihan raya umum akan datang.
Kebangkitan semula parti itu sebagai kuasa di peringkat persekutuan akan menjadi pukulan mati buat DAP, pengkritik terkuat dasar-dasar Islam parti itu ketika bersekutu dalam Pakatan Rakyat.


Walaupun berpisah, Mohamad Sabu dan Hadi Awang berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan pada dunia Islam. (Gambar Bernama)

Konflik antara pendirian sekular DAP dan dasar-dasar Islam Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat pada 2015, dan kemunculan Parti Amanah Negara, ditubuhkan oleh kumpulan serpihan golongan “progresif” dalam PAS, diketuai Mohamad Sabu, yang dilihat bersekutu dengan DAP.
Tetapi kesan daripada susunan baru itu tidak akan beri impak besar pada Amanah, kata pemerhati politik. Kedua-dua parti itu berkongsi “DNA”, dan pemimpin mereka, Mat Sabu dan Hadi, “saling bersetuju dalam banyak isu Islam dan cuma tidak sependapat dalam isu politik dalam negara,” kata pemerhati.
Rundingan sulit


Menteri Besar Terengganu, Samsuri Mokhtar.

Spekulasi mengenai susunan baru itu dicetuskan oleh pertemuan antara Hadi dan bekas pembantunya, Ahmad Samsuri Mokhtar, kini menteri besar Terengganu.
Pada minggu yang sama, laman Facebook Hadi memuatnaik gambar-gambar memaparkan pertemuan beliau dan delegasi pimpinan kanan PAS dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada 8 Jan.
Seorang penyokong setia perdana menteri juga mengatur pertemuan Hadi dengan Mahathir, FMT difahamkan.
Hadi dipercayai berada di Kuala Lumpur selama beberapa minggu untuk perbincangan dengan pemimpin-pemimpin partinya, serta mengurangkan kebimbangan Umno – rakan kongsi baru PAS – mengenai perbincangannya dengan Mahathir.


Pemimpin PAS bergambar dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 8 Jan 2020. (Gambar Facebook)

“Beliau hanya pulang ke Terengganu untuk kuliah mingguan di Rusila,” kata seorang sumber, merujuk kepada kuliah dhuha yang disampaikan Hadi di Marang.
Kumpulan dalaman Hadi dan Samsuri kunci mulut apabila dimaklumkan FMT ada butiran perbincangan Hadi dengan Mahathir.
Setiausaha politik Samsuri, Muhyiddin Abd Rashid, enggan mengulas. “Anda perlu tanya Dr Sam sendiri,” katanya.
Yang lain-lain kata mereka tidak sedar ada sebarang langkah, atau “belum lagi”, menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Beliau melihat pakatan antara PAS dan Mahathir secara positif.
“Tak jadi masalah kalau ia memanfaatkan rakyat dan negara. Tetapi setakat ini, perbincangan tertutup itu tiada kaitan dengan sebarang pakatan politik,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata PAS sentiasa terbuka dalam sokongannya kepada Mahathir untuk kekal berkuasa sepenuh penggal.
“Itulah pendirian presiden kami dari hari pertama,” katanya. “Dalam apa jua keadaan, parti kami dan presiden akan menyokong perdana menteri semasa, sehingga jika ada undi tidak percaya, kita akan sokong Mahathir sehingga penggal tamat.”

dianggap bersejarah sepertimana beliau bergabung dengan sekutu lama, Lim Kit Siang dari DAP, untuk menubuhkan Pakatan Harapan pada 2017.
Mahathir menjadi sasaran PAS kerana menentang cita-cita negara Islam parti itu. Mahathir selalu mengkritik Hadi sebelum ini.
Mahathir juga ada sejarah menekan pimpinan parti itu.
Apabila Hadi menjadi menteri besar Terengganu selepas PAS menang di negeri itu pada pilihan raya 1999, Mahathir dengan segera menyekat royalti minyak persekutuan, talian hayat untuk kerajaan negeri. Sebaliknya, “bayaran ehsan” pula dibuat, dibayar menerusi ketua-ketua jawatankuasa kampung berkaitan Umno.
Mereka saling bermusuhan dan menjelang pilihan raya umum 2018, Hadi menepis pelawaan Mahathir untuk berdamai dengan PAS.
“Kesediaan Mahathir untuk bertemu Hadi bila masa beliau menghubunginya di Putrajaya merupakan bab baru dalam hubungan mereka,” kata seseorang yang pernah bekerja rapat dengan pemimpin PAS itu.
Dari segi politik, pemulihan hubungan antara 2 pemimpin itu boleh difahami, katanya lagi.
“Mereka berdua tahu apa yang mereka saling boleh tawarkan.”
Bagi Mahathir, ia mengakui kawalan PAS ke atas blok undi Melayu yang strategik di nusa teras Melayu di wilayah utara Semenanjung.
Parti itu menang 18 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN pada 2018, meskipun menolak PH di kemuncak populariti gabungan itu.
Parti itu juga merampas Terengganu dari BN, disamping bertahan di Kelantan, dan meraih sokongan di Kedah dan Pahang.
Mencongak kerusi
Walaupun Mahathir mengetuai PH, PKR dan DAP yang mengawal sebahagian besar 129 kerusi gabungan itu di Parlimen.
PPBM hanya ada 26 kerusi, manakala PKR ada 50 kerusi dan DAP 42, dan Amanah 11. Sebanyak 10 lagi kerusi milik sekutu PH di Sabah: Warisan (9) dan Upko (1).
Dengan 18 kerusi PAS, pakatan Mahathir dan PAS akan ada 44 kerusi, atau 55 jika Amanah bersama mereka.
Ini belum mengambil kira penyokong-penyokong Mahathir yang terpendam dalam blok pembangkang lain, iaitu BN (41 termasuk 38 daripada Umno), dan Gabungan Parti Sarawak (18).
Laporan tambahan oleh Minderjeet Kaur, Robin Augustin dan Raja Faiz Zainuddin.

FMT.



ADAKAH KAK WAN AKAN MENJADI PM PERTAMA WANITA MALAYSIA?



Miqdad Zakaria

Selepas kak wan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 10 mei 2018..

Ana sempat bertemu dengan seseorang yang mahir dalam membaca "ramuan" politik tanah air..


Beliau ada menyentuh beberapa perkara termasuklah tajuk panas iaitu "peralihan kuasa" di masa mendatang..


Hari ini perkara tersebut telah berlaku satu persatu di hadapan mata ana.. Dan ana percaya "game" ini akan berterusan sehinggalah anak catur yang diinginkan selamat sampai ke petak yang terakhir..


Bukan itu sahaja..


Dengan strategy ala² bunuh diri kononnya.. Dan meletakkan Pakatan Harapan di zon yang sangat cemas.. Sehingga ada yang mengatakan Pakatan Harapan mungkin akan tamat riwayatnya pada PRU15..


Akan tetapi perkara tersebut bukanlah semudah itu akan berlaku.. Kerana Pakatan Harapan masih ada seorang ibu yang berjiwa besar.. Sifat jujur dan damainya membuatkan kita semua akur..


Dia pernah ditawarkan sebagai Perdana Menteri.. Tetapi beliau tetap ingin menunaikan janjinya seperti mana yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan ketika itu..


Oleh yang demikian..


Tidaklah menjadi kesalahan bila ana menyatakan sokongan padu kepada ibu kesayangan rakyat Malaysia.. Wanita pertama yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.. In syaa Allah wanita pertama juga yang akan muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas dipegang oleh seorang Perdana Menteri yang paling tua di dunia..


Dia adalah Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail Perdana Menteri Malaysia ke 8..


😍😍

KEKECEWAAN RAKYAT BUKAN KEPADA PH, TETAPI KEPADA MAHATHIR



Masalah paling utama yang dihadapi PH ketika ini bukan saja kehilangan sokongan daripada rakyat biasa yang mengundi gabungan itu pada PRU14 lalu, tetapi juga mula hilang sokongan daripada kalangan penyokong tegarnya sendiri.

Bagi yang mengundi PH yang menggunakan logo PKR untuk menumbangkan BN pada PRU lalu, kekecewaan utama ialah kerana banyak janji-janji utama yang gagal ditunaikan.

Janji utama berkaitan PTPTN yang mana pinjaman hanya perlu dibayar setelah peminjam bergaji RM4000 sebulan masih lagi tidak ditunaikan, malah pemimpin-pemimpin PH tidak lagi pun bercakap mengenainya.

Yang ditunaikan hanyalah janji picisan seperti sekatan imigresen dan beberapa cebisan yang lain.

Dalam hal ini, PH jangan lupa bahawa janji utama yang banyak didendangkan untuk menarik sokongan rakyat ketika kempen PRU14 ialah tentang bayaran semula setelah peminjam bergaji RM4000 sebulan itu.

Maka, sepatutnya janji itulah yang harus diutamakan lebih dulu berbanding janji picisan yang lain.

Begitu juga dengan janji pemansuhan tol, walaupun yang dijanjikan adalah pemansuhan secara berperingkat-peringkat, apa yang ditunaikan hanyalah pengurangan kadar sebanyak 18 peratus bersama pemanjangan tempoh konsesi selama 20 tahun lagi sehingga 2058.

Persoalannya, bilakah janji memansuhkan tol mahu ditunaikan?

Yang turut membuatkan rakyat paling kecewa ialah apabila Tun Mahathir Mohamad, tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tanpa segan silu mengatakan Buku Harapan yang mengandungi janji-janji kepada rakyat itu bukanlah kitab suci yang wajib ditunaikan.

Ini benar-benar suatu kenyataan tidak bertanggungjawab daripada seorang Perdana Menteri setelah memperolehi undi serta sokongan daripada rakyat.

Kenapa sebelum PRU14 tidak berani mengatakan Buku Harapan bukan sebuah kitab suci?

Disebabkan pendirian Tun Mahathir itulah maka pengundi PH mula menjauhkan diri selepas PH menjadi kerajaan dan mula kembali menyokong Najib Razak, terutamanya anak-anak muda kerana mereka rasa dipermainkan oleh PH yang sedang mentadbir kerajaan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Bukanlah mereka suka sangat untuk Najib dan BN kembali mentadbir negara, tetapi anak-anak muda ini sedang menghantar mesej yang seharusnya mudah difahami oleh PH.

Mesej itulah juga yang sedang dihantar oleh rakyat melalui beberapa kekalahan PH dalam pilihanraya kecil, dengan terakhir di Kimanis Sabtu lalu.

Selain itu, bagi penyokong tegar PH yang semangat reformasi telah meresapi sebahagian besar salur nadi perjuangan mereka, janji-janj reformasi dalam negara yang langsung tidak berlaku sehingga ini adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Setelah 20 bulan menjadi kerajaan, meskipun melakukan reformasi institusi tidak memerlukan apa-apa kos atau perlu meletakkan beban hutang 1MDB sebagai alasan, malangnya ia langsung tidak menunjukkan kemajuan.

Akta-akta drakonian yang mencengkam rakyat yang begitu kuat dilaungkan ketika kempen PRU14, tiada satu pun yang dimansuhkan setakat ini.

Asyik-asyik alasannya ialah sedang dalam kajian, sedang dalam kajian dan sedang dalam kajian.

Begitu juga reformasi dalam perlantikan dalam perlantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang banyak dikempenkan sebelum ini langsung tidak berlaku dan semuanya masih lagi sama ketika era BN di mana kuasa melantiknya terletak di tangan Perdana Menteri.

Tidak berlakunya reformasi itu , jika diteliti adalah kerana Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tidak mempunyai iltizam yang tinggi untuk melakukannya sehingga S Ambiga, pejuang masyarakat sivil yang terkenal baru-baru ini mengeluarkan ancaman akan berdemo di jalanraya jika reformasi yang dijanjikan tidak segera dilakukan.

Bukankah ini sesuatu yang memalukan PH?

Dalam hal ini, Tun Mahathir ternampak lebih selesa dengan gaya pemerintahan ala BN tanpa reformasi institusi yang dengan itu mampu meletakkannya seperti “maharaja paling berkuasa” dalam negara.

Tetapi, sedarkah Tun Mahathir, untuk apa mahu memperlihatkan dirinya begitu berkuasa, bukankah beliau hanya Perdana Menteri sementara selama dua tahun saja?

Begitu pun, antara PH dan Tun Mahathir, sama ada bagi rakyat biasa atau penyokong tegar gabungan itu, kekecewaan sebenar mereka adalah lebih kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir dengan kuasa yang terkumpul di tangannya telah berjaya melambat-lambatkan reformasi institusi dalam kerajaan melalui penciptaan pelbagai alasan, sambil menjinakkan beberapa pemimpin PH sendiri dengan kedudukan serta jawatan.

Harapan rakyat secara umumnya masih tinggi kepada PH dalam mentadbir negara ini dan untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, seterusnya untuk memenangi PRU15 akan datang.

Rakyat tidak lupa bagaimana sebelum adanya Tun Mahathir, PH atau sebelumnya Pakatan Rakyat, telah pun berjaya memberi contoh pentadbiran dan kerajaan yang cekap serta mesra rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Berdasarkan kejayaan di Selangor dan Pulau Pinang itu, PH bukan saja tidak mengecewakan rakyat, malah tetap diyakini, tetapi yang benar-benar membuatkan rakyat kecewa kepada PH adalah disebabkan Tun Mahathir.

PH sebagai kerajaan selama 20 bulan ini, bukan saja tidak banyak berbeza dengan era BN yang telah ditumbangkan, malah seakan-akan gaya lama PM4 yang begitu dibenci dahulu yang sedang mentadbir negara sekarang ini.

Apakah kita mahu PH ini terus menerus kehilangan sokongan dan mengecewakan rakyat? (ShahbudinHusin 20/01/2020)

MISI ZAID IBRAHIM: PH PERINTAH KELANTAN MAJU

ZAMAN BN TOL TAK PERNAH KURANG, NAJIB CERMINLAH DIRI

Video] Papagomo diserang di KKIA ?

Video] Papagomo diserang di KKIA ?

Tangkap layar video tular di media sosial Papagomo diserang individu tidak dikenali
KOTA KINABALU: EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diserang oleh beberapa individu tidak dikenali dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Dalam video yang tular di facebook itu kelihatan beberapa individu meminta Papagomo meminta maaf kepada Ketua Menteri sambil mengeluarkan kata kesat terhadapnya.

Difahamkan, Papagomo dikatakan sedang mendaftar di kaunter di KKIA lalu berlaku pertengkaran antara sekumpulan lelaki sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

Bagaimanapun beberapa anggota polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan keadaan.

Gambar Papagomo yang tular di media sosial
Jumaat lalu penyokong Parti Warisan Sabah mengecam tindakan Papagomo mengoyak gambar poster kad pengenalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bagi membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu. 


"Kita ada menerima maklumat mengenai kejadian itu namun sehingga ini tiada laporan polis dibuat," katanya. - Dikemaskini