Video] Papagomo diserang di KKIA ?

Video] Papagomo diserang di KKIA ?

Tangkap layar video tular di media sosial Papagomo diserang individu tidak dikenali
KOTA KINABALU: EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diserang oleh beberapa individu tidak dikenali dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Dalam video yang tular di facebook itu kelihatan beberapa individu meminta Papagomo meminta maaf kepada Ketua Menteri sambil mengeluarkan kata kesat terhadapnya.

Difahamkan, Papagomo dikatakan sedang mendaftar di kaunter di KKIA lalu berlaku pertengkaran antara sekumpulan lelaki sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

Bagaimanapun beberapa anggota polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan keadaan.

Gambar Papagomo yang tular di media sosial
Jumaat lalu penyokong Parti Warisan Sabah mengecam tindakan Papagomo mengoyak gambar poster kad pengenalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bagi membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu. 


"Kita ada menerima maklumat mengenai kejadian itu namun sehingga ini tiada laporan polis dibuat," katanya. - Dikemaskini