Keputusan UMNO
bawahan terutama bahagian UMNO Perak yang Zahid ada pengaruhnya menjatuhkan MB
Peja, mereka telah masuk perangkap Politik sendiri sebenarnya... tujuan asal
Zahid dan Najib untuk jatuhkan Peja di Perak hanya bertujuan untuk gugurkan MB
dan kekalkan Kerajaan untuk bagi signal kepada Muhyidin...
Itu sebab sedar akan
kesilapan, Zahid kelam kabut keluarkan keluarkan kenyataan, yang UMNO masih
mahu mengekalkan kerajaan PN... cuma mahu tukar MB... hakikatnya yang tak
disedari, tindakan UMNO bahagian telah membubarkan Kerajaan sedia ada
memandangkan UMNO bukan dalam gabungan rasmi PN... Itu sebab aku kata Zahid ini
seorang yang gelojoh...
Mereka terlupa...
Sultan Negeri Perak adalah Sultan yang bijaksana dan arif dalam Undang-undang... bila
MB hilang sokongan... maka wajar seluruh ahli jemaah Exco turut meletak
jawatan... kerana Kerajaan sudah pun terbubar... itu yang berlaku bila sebelum
ini Bersatu umum keluar dari gabungan PH...
Jadi jika ada
mana-mana Adun, hatta ada pemimpin UMNO menyokong tertubuhnya Kerajaan PH...
kita raikan sokongan dan kerjasama mereka... TETAPI untuk meletakkan kerjasama
dengan parti UMNO dan PH membentuk kerajaan pemimpin PH wajib tolak... JANGAN
masuk dalam Perangkap UMNO... biarlah UMNO dan PN berantakan... Pengkhianatan
telah pun dilakukan UMNO... sukar untuk dipulihkan...
JANGAN ada pemimpin
PH kerana dendam dengan PAS terutama di dalam Amanah... rindukan kerusi empuk
Exco kita masuk dalam perangkap UMNO untuk bekerjasama dengan mereka... lebih
baik jadi pembangkang bermaruah dari bersama dengan UMNO... bagi yang gelojoh
dengan 'move' politik ini... biarlah mereka bersama dengan UMNO...
Kita biarkan UMNO dan
Pakatan Nasional saling berantakan... ini petanda baik untuk kita di
Persekutuan dan dalam PRU 15... PM tebuk atap itupun bila-bila saja boleh
tumbang...
Ingat pesan Tok Guru
Nik Aziz... JANGAN sesekali percaya dengan UMNO..!! - Ipohmali, edited by papa