UJIAN BUAT SEORANG USTAZ "BUDAK".

 


‘Ustaz Budak’ pro Pas didakwa cabul lelaki

‘Ustaz Budak’ pro Pas didakwa cabul lelaki

Seorang pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau.

Ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan majistret Wan Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, tertuduh kelihatan tenang dan memahami tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam kertas pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli, tertuduh didakwa mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun.

Tertuduh yang dikenali dengan gelaran ‘Ustaz budak’ di Kelantan didakwa bertindak mencium pipi kiri, mengeselkan kemaluan pada paha mangsa dan memegang kemaluan mangsa dalam kejadian jam 1.15 pagi  di sebuah hotel di Kota Bharu, pada 16 Disember lalu.

Tertuduh tampil di kandang tertuduh dengan memakai kain pelikat dan baju-T serta diwakili peguam Siti Atikah Abd Halim yang merayu kepada mahkamah supaya memberikan ikat jamin rendah.

Peguambela berkata pendapatan tertuduh terhad dan turut menanggung enam adik-beradik serta seorang ibu orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Siti Atikah, tertuduh juga wajar diberikan jaminan kerana dia seorang yang terlibat dengan pengurusan sebuah madrasah di Machang yang menguruskan 150 pelajar.

Sementara itu, Wan Mohamad Ibrahim memberikan jaminan terhadap tertuduh dengan nilai RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh 21 Januari depan bagi proses serahan dokumen.

Untuk rekod, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tidak lebih dua tahun.